Pagi sebelum memulakan perjalanan tu, aku rasa agak teruja. first time beb, join konvoi. takdela ramai sangat. setakat 10 bijik motor je. which is just nice.
itu hari kitorang randesvouz (ntah camna nak eja) dekat Esso RnR jejantas kat Sg. Buloh. Janji pukul 11. tapi standard lah kawan dengan melayu. Pukul 12.30 baru gerak. aku sebagai new comer, menurut saja keadaan.
geng ni agak sempoi jugak. suka jalan-jalan. bawak laju pun ye jugak. diorang ni spesis tukar tayar setiap 5-6 bulan disebabkan heavy mileage.
kene tau, ade jugak geng motor yang setakat duduk parking motor banyak-banyak kat mane-mane restoran korner lot. cerita pasal tukar ekzoz, tukar windshield dan mane-mane bab kosmetik yang lain. buat-buat kecoh untuk nampak happening. tak kesah la beb. lain orang lain cara. lain cara lain orang.cara lain orang lain.lain lain orang cara.
bawak motor dekat highway ramai-ramai memang best. susah nak gambarkan. sebab aku tak boleh ambik gambar masa bawak motor. nanti sapa nak pegang handle?
first time aku bawak 160 km sepanjang 2 minggu bermotor. first time aku bawak 161 km. first time aku bawak 167km. first time aku bawak 172 km dan first jugak la aku bawak 180km. tapi sebenarnya dalam poket aku bawak 97 je.
Ringgit Malaysia.
padahal masa briefing sebelum bergerak, masing-masing dah dibagitau untuk top speed 160 km saje sebab bulan puase la, lagi 2 minggu nak raya la itu ini. padahal yang bagi briefing tu sendiri yang lupa diri bawak lebih dari 160 km. tapi sebenarnya 160 takdela laju sangat. (pergh berlagak sial aku)
tak sampai satu jam, kitorang dah sampai Tapah. berhenti isi minyak jap. pastu terus kami bergerak ke Juru.
malas aku nak cerita panjang, akhirnya kami sampai ke Yan. pelikkan nama tempat ni. Yan. yang bagi nama ni macam pemalas je nak pikir nama yang okay sikit macam nama-nama tempat baru sekarang, Sentul Indah, Sijangkang Permai, Parit Bersih, Taman Rashidah Utama ataupun Taman Latifah Bini kedua.
petang tu, kami menelusuri jalan kampung dari Yan ke Baling. sebenarnya tujuan ride ini ialah untuk tujuan amal. sedekah kepada orang susah di salah sebuah Kampung di Baling.
Buka puasa di rumah member di Baling memang best. orang kampung kalau terima kedatangan orang dari bandar, sambutannya lain macam sikit. meriah.
malam tu kami buka puasa secara besar-besaran. terbaik habaq-hang. banyak gila lauk-pauk. seperti biasa jangkaan aku kalau masuk kampung-kampung yang original ni, masakan dia mesti eksotik punya. kerabu pokok nangka. jantung pisang berlubang, lemak ikan cili api. tapi pasembor dia memang terbaik. aku tak tau harga dia berapa. tapi ikut kata member aku, dia beli kat pasaramadhan. memang famous la kat tempat ni.
amacam?
pasembor dia adalah hasil kolaborasi dari daging, tauhu, timun, lengkuas dan kuah yang masam-masam manis. yang paling aku suka sebab banyak daging. tak lokek orang yang menjualnya. tak macam kat bandar. nasik ayam, ayam tu kene penyek dengan pisau takpun ketuk baru nampak lebar sikit. tak patut betul la. kadang-kadang bagi timun terlebih satu potong pon boleh ambil balik.
Pasembor champion
satu lagi, dia punya murtabak memang bak datang. daging lagi lebih dari isi yang lain. dah macam steak la pulak. kenangan yang aku takkan lupa.
last skali, kami ditapaukan dengan air nira nipah. pergh! berkonfrontasi dalam perut aku dengan pelbagai kaum makanan yang disatukan.
buruk sangka sebelum perjalanan Kedah ini memang tak patut sekali. ade ke boleh terpikir aku akan di baling dengan pasembor di Baling ni? cetek betul la. korang pon ntah macam mana boleh pikir macam aku. dasar tak pernah amik SRP!
pagi esok tu, kami bergerak ke satu kampung ni di Baling. tujuan asal kami. kampung ni agak ceruk di pedalaman. sebelum sampai tu, kami sempat di tahan polis. bukan apa, saja la nak bertegur sapa. jarang-jarang geng motor masuk tempat camni. Polis pon saja la tanya, berapa harga motor ni, berapa laju, kenapa tak tampal sticker L dan paling aku ingat sekali " kalau malu nak pasang L cakap je la" aku tersenyum sipu seperti gadis kampung yang terselit bunga di rambutnya yang baru sahaja ditegur fizz fairuz.
Sampai kat kampung tu, kami melawat rumah-rumah yang memerlukan kedatangan kami. kesian la aku tengok diorang. ada yang anak dia umur dah 27 tapi sakit kejang terlantar atas katil bertahun-tahun. ada sorang budak ni yang kulit dia menggelupas dan bersisik. kesian aku tengok. nangis je. aku usap belakang dia, kasar. rasa kulit dia yang keras dan macam nak tanggal. ada jugak yang geli nak pegang, tapi ntah la. kesian beb. dia punya kritikal sampai takda kelopak mata. maknanya mata dia tak boleh nak tutup. kau bayangkan macam mana dia nak tidur. aku tak sampai hati nak amik gambar budak tu. aku rasa korang pun takkan sanggup.
mereka
bila borak dengan family dia, dia ada la cerita, duit tak cukup nak rawat. tapi kalau ikut, budak ni susah nak pulih. paling kurang ikhtiar untuk kurangkan sakit dia je. kesian beb. umur baru3 tahun dan kena uji macam ni. setiap masa rasa sakit. kita ni macam mana pulakkan?
lepas tu, kami singgah di air terjun apa ntah, aku pun bukan lupa memang tak tau pun. tiruk dulu. pergh sejuk beb. refreshing.
oh lupa, sebelum tu kami sempat naik gunung Jerai. pemandangan memang menarik, boleh nampak petak-petak sawah padi nampak seperti keperak-perakkan bila ditemani sinaran cahaya matahari pada waktu pagi.
cuma tak seronok, dah ada hotel kat betul-betul atas puncak gunung jerai tu. Melayu, nak duit cepat.. jual la kat Cina. easy money. lama-lama semua tergadai. ah, aku malas nak cerita benda camni. depressing gila.
Puncak gunung jerai.
balik tu kami cross dari Baling kedah ke Kuala Kangsar. diorang dah briefing ini jalan banyak gila corner. Sebenarnya jalan ni merentasi banjaran Titiwangsa. kiri-kanan bukit, hijau sepanjang jalan. cuaca pulak nyaman dan sejuk. sekejap je member-member depan aku dah hilang. semua sedang asyik layan lap. aku pun sambil lap, tersenyum puas. tak sia-sia beb beli motor. pengalaman camni la yang buat priceless. kenapa? nanti aku cerita.
lepak je lepas layan lap Titiwangsa.
lepas tu kami sampai ke RnR sungai Perak. isi minyak dan terus ke Tapah. sebelum tu diorang dah bagitau, ini Highspeed punya session. lepas dari tol Jelapang menuruni gunung-ganang tu diorang boleh bantai bawak sampai 220 km. aku ketiga last. laju gila diorang ni. tahap aku setakat 180 dan 200 je kadang-kadang. itupun sampai sekarang aku boleh macam tak percaya macam mana aku boleh bawak laju macam tu, dengan turun bukitnya-dengan jalan basahnya. berderau darah!
Lepas bawak laju dari Tol Jelapang, diorang singgah kat Tapah. sampai berasap enjin motor. Ade 2 bijik Yamaha R1 yang kena tapau. cicir jauh. baru aku tau, motor laju pun tak kan laju kalau takda skill dan hati kering.
lepas tapah, kemudian kami sampai la kerumah masing-masing. dalam pukul 11 malam. esok kerja beb.
kenapa aku boleh tersenyum puas masa aku layan lap kat banjaran Titiwangsa tu? banyak sebab beb. pertama, bila layan lap. memang masyuk. kau boleh rasa dia punya adrenaline rush. susah la nak cerita. yang kedua, aku tak terpikir kalau aku naik kereta aku boleh sampai ke tempat macam ni dan dapat pengalaman macam ni. boleh jalan-jalan, masuk tempat orang, bila motor kita lalu boleh tengok budak-budak sekolah lambai-lambai tangan, anak-anak orang asli pon lambai-lambai tangan. berhenti kat mana-mana ada orang amik gambar sama-sama. dan yang ketiga ialah sebab boleh bawak laju la. tapi tu bukanlah benda primary.
sekian beb.
i'm not perfec.