kalau ikut hati memang dah lama aku plan nak buat post pasal tajuk ni. cerita dia memang syahdu. tapi nak kena tunggu timing yang sesuai, itu hari aku dah nak post dah tapi bila fikir-fikir balik... timing dia tak sesuai. itu hari dah dekat sangat dengan Deepavali.. apekejadah nak cerita pasal tragedi Syawal pulak?
ceritanya bermula begini.
Latib adalah seorang pemuda yang berumur 21 tahun. Walaupun dia seorang pemuda, takde lah pulak dia nak pasang niat jadi ahli pemuda UMNO. walaupun dia tahu, dia boleh dapat duit kalau jadi ahli sebab wakil bahagian ke apa mesti bagi duit kat diorang suruh kibar bendera Malaysia sambil naik motor jalan-jalan. Latib bukan pemuda murahan.
Masa tu dah dekat sangat dengan raya. esok lusa dah raya. jadi disebabkan Latib ni kira duduk di kawasan bandar la jugak, kawasan tempatnya dah menjadi semakin sunyi kerana ramai jiran yang dah pasang lagu Sudirman dan balik kampung. Latib dah takda kampung. bukannya sebab apa, sebab nenek dia dah duduk dekat rumah dia. jadi kalau agak-agak dia nak balik kampung, dia pegi la bilik nenek dia yang terletak di dalam rumah dia.
jadi waktu malam, selalulah si Latib ni pergi keluar dengan kawan-kawannya yang senasib dengan dia. ada la dalam satu dua orang yang senasib. kalau dulu malam-malam lepak best la jugak sebab ramai kawan, ini dah tinggal dua kerat.. jadi Latib dah jadi buntu. bukan buntut meskipun Ubuntu. ubuntu ke i yang buntu ni? ke diorangbuntu?
disebabkan takda apa nak dilepakkan di kedai mamak. Latib dan kawan-kawannya selalu lah pergi Damansara Uptown jalan-jalan usha-usha barang. walaupun esok lusa dah nak raya, gile ramai orang yang ada lagi kat Uptown tu. zaman tu Uptown belum tutup lagi la. Memang ramai orang kat situ, yang nak beli baju, beli stereng kereta, beli minyak ikan belacak, masalahnya abang yang ada gerai magic bukak gerai dia. tak paham Latib, time raya camni ade ke orang nak shopping daun terup? mungkin abang tu nak ajar buat magic tiba-tiba dalam sampul duit raya yang kosong boleh jadi ada duit. save lah sikit bajet nak bagi duit raya dekat anak saudara.
tapi itulah aktiviti latib dan kawan-kawannya. Uptown lah tempat paling meriah diorang boleh pergi sebab tempat lain semua dah tutup. jadi sepanjang dah dekat nak raya tu, tiap-tiap malam diorang akan datang ke Uptown. sekadar jalan-jalan je. rasa seronok lah sikit.
tiap-tiap hari diorang keluar. balik rumah awal pagi. pukul 5 pagi camtu. memang bagus punya anak. balik rumah je. sahur, sembahyang subuh ke apa semua. dah matahari nak naik.. tup si Latib ni tidur. saaaaaampai lah pukul 3 petang. itu yang rasa macam takde ape sangat puasa ni. bangun je.. tunggu sikit dah berbuka. malam pergi lagi uptown.
satu hari tu.. esok dah nak raya. si Latib bertuah ni masih lagi tengah tidur nyenyak kat bilik dia. itu jam baru pukul 9 pagi. si Latib ni baru tidur pukul 7 pagi tadi.
Mak Latib bangunkan dia. suruh kemas sana-sini kat rumah tu. biasalah, esok nak raya. mestilah buat-buat busy sikitkan. takkan nak buat-buat busy time krismas. Santa klaus bukan tahan panas nak datang Malaysia bagi mainan.
Latib terpaksa bangun, mak dia dah asik terjerit-jerit kat bawah suruh si Latib ni tolong dia. Latib punya ngantuk memang takleh blah. kalah ngantuk pakgard yang selalu kantoi tido kat mana-manapun korang boleh nampak. kat bank, kat kilang, kat sekolah, kat motor. eh silap.. kat motor tu namanya makgard.
Latib dah rase macam tak boleh blah. mak dia dah marah-marah dia sebab tak tolong dia kemas rumah dan tolong apa yang patut.
tanpa cerita banyak, latib ambik wallet dia dan kunci kereta terus dia keluar rumah. asalkan yang penting dia boleh lari dari buat kerja yang disuruh oleh maknya. tak guna punya anak.
tengah latib ni drive, dia tak tau mana nak pergi. tiba-tiba dia nampak tempat cuci kereta. dia pon pergi tempat tu dan terus buat keputusan tanpa menoleh belakang sebab dah ada side mirror dan terus nak basuh kereta.
punyalah ramai pemalas kat muka bumi ni. ramai pulak orang yang beraturkan kereta dia untuk di basuh. Latib parking dan terus duduk dan tunggu turn kereta dia dibasuh. nak makan karipap pon tak boleh sebab bulan puasa.
punyalah lama Latib tunggu kereta dia nak dibasuh. dekat sejam setengah la dia tunggu. konfirm berkepuk poket tokay tempat cuci kereta ni bila dia nak balik kampung. dah macam jam dekat federal highway dah dia punya beratur.
lepas kereta dia dibasuh. Latib terus nak balik rumah. mati akal jugak tunggu sampai sejam setengah nak basuh kereta. dia pikir mesti mak dia dah cool down sikit bila balik nanti.
sampai je depan rumah dia tengok ramai betul jiran-jiran berkumpul depan rumah dia.
"aik, takkan dah meeting nak buat open house kot? cepatnya" dalam hati Latib.
naik hairan jugak bila uncle dan muncle. eh silap.. aunty yang berkumpul datang depan rumah dia ni. pelik..
apa yang terjadi kepada Latib?
adakah keretanya kilat berseri-seri selepas dibasuh?
adakah ada majlis berbuka puasa yang diorganize oleh bapa Latib? kalau ada kenapa ramai sangat yang datang, baru dekat-dekat pukul 11 pagi kot, berbuka bukan ke pukul 7 malam. lambat lagi tu.
adakah jiran tetangga sedang menunggu ketibaan Latib sebagai anak bertuah?
adakah jirannya tak tahu apa nak dibuat kat rumah diorang lantas melepak depan rumah Latib.
adakah jirannya melakukan perhimpunan haram bagi menggesa kerajaan bagi harga minyak turun?
nantikan jawapannya pada hari Selesa ini di dalam......tragedi Syawal part two.
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment