Wednesday, December 31, 2008

budak kecil yang kepenatan

Dahinya berpeluh-peluh. tak usah cerita pasal bajunya, memang basah lencun . Sani meneruskan pelariannya di tengah hari yang panas membakar dan berjelaga. ada lagi 4 kilometer yang perlu digagahinya sebelum sampai ke rumah dengan suhu mencecah 40 c.


perjalanan balik dari sekolah memang tidak berapa menyeronokkan bagi Sani. Sani perlu balik awal kerana dia perlu bersiap ke sekolah agama pula pada waktu 2.30 petang. perjalanan yang jauh dan cuaca yang panas terik betul-betul menguji Sani.


"entah-entah duduk dalam oven lagi nyaman dari sekarang ni". bisik hati Sani dengan nada benci. ape nak buat Sani, bapak kau bukan menteri nak suruh kau balik dengan driver naik Toyota Alphard.

lagi satu kilometer, Sani dah nampak rumah kecilnya di hujung kampung.

"yah.. sikit lagi" langkah sani dipercepatkan. habis kering mulut Sani yang dahaga. jangan kata kan 3 tempayan, 18 tempayan sirap pon mampu dihabiskannya ni.


"Mak, i'm home~" jerit Sani, dengan perkataan yang baru dipelajarinya di sekolah tadi.

"Iye, kau dah makan belum?beras ade kat dapur tu, ikan ade kat sungai, sayur... benihya mak letak tepi pangkin" Memang brutal mak Sani ni. Nak mendisiplinkan anak katanya, diajarnya berdikari.

"iyelah Mak" jawab Sani, seperti biasa.


Nasib baik Sani sempat singgah Drive thru McD tadi.

-Memang hectic kalau pagi sekolah kebangsaan dan petang terpaksa bersiap cepat tanpa hilang penat dan ke sekolah agama pula-
i'm not perfec.

Tuesday, December 30, 2008

Darjah 3

Dulu masa aku darjah 3, aku ditempatkan di dalam kelas 3 Merak kalau tak silap, kalau silap maknanya aku bukan di dalam kelas 3 Merak. Sempat beberapa minggu sahaja aku di dalam kelas itu, aku dipindahkan ke sebuah kelas yang lain. Untuk pengetahuan, rakan kelas aku di 3 Merak adalah rakan kelas aku yang sama semasa kami di dalam darjah 2.

aku tak berapa nak paham kenapa aku dipindahkan ke kelas yang baru itu. Ada khabar angin yang mengatakan, perpindahan aku ke kelas yang lain itu berjumlah RM2.7 juta setelah beberapa rundingan dijalankan dan insiden tumbuk menumbuk berlaku diantara cikgu2.

Bile dapat tahu aku ditukarkan kelas,hatta aku berkata "Okay fine, whatever. M.O.J (Mak Okay Jerr)". Setakat pindah kelas ni takde hal lah. Berhijrah bak kata orang. Macam nabi dari Mekah ke Yathrib.

Kelas darjah 3 semuanya ditetapkan dengan tema nama burung. Jadi masa tu ade kelas 3 Merak, 3 serindit, 3 Merpati dan lain2.. entah macam mana cikgu2 masa tu letak satu kelas itu dengan nama 3 pu..aku pulak tak semena-mena dilantik jadi ketua kelas aku yang baru iaitu
3 PUNAI!

gile, macam la tak ada nama lain nak bagi kat kelas.

bagi la nama yang senonoh sikit, 3 helang ke, 3 gagak hitam ke, 3 phoenix ke, paling koman pun 3 Burung Wak-wak. kadang-kadang kita tak paham macam mana orang berpikir kan?


pernah jugak aku terdengar, perbualan budak2 pompuan masa rehat.


budak pompuan 1 "hei, tgk tu. ketua kelas 3 Punai"

budak pompuan 2 " 3 ape kau cakap?"

budak pompuan 1 "3 Punai!"

Budak Pompuan 1 + 2 " hehehehehe"

*pervert punye budak *


i'm not perfec.

Saturday, December 27, 2008

Harum Semerbak





Memang bukan aku mintak 2 post berturut-turut tentang nama kedai yang sangat ironi.

tapi nak buat camne beb. kedai ni aku jumpe mase aku balik raya dari kampung aku di Zimbabwe Utara beberapa tahun yang lepas. untuk perhatian, aku bukan orang Afrika. Cuma kami sekeluarga mencari kelainan pada aidilfitri tahun itu dengan beraya dengan puak Wakukulaayimutila yang terkenal dengan sifat Cannibal mereka. Dasar tak pernah jumpe roti canai punye puak.

Walaupun mereka ganas, tetapi kami berjaya menjinakkan mereka dengan mengajar ketua puak mereka Encik Kulimitongga Aboue bermain 'snake' yang terdapat di dalam handphone 3310 aku. Satu kampung leka, baik yang laki dan perempuan, tua atupun muda.

Ada jugak beberapa minggu yang lepas Encik Mimi (nama pendek Encik Kulimtongga Aboue) menghantar surat bertanyakan khabar keluarga dan juga mana tau ada handphone 3310 telebih, boleh main snake infrared katanya. Dia jugak ada cakap high scores mereka sekarang dah 332 points. Aku hanya tersenyum sinis membaca surat itu.




peace out brader.

untuk tokay kedai di atas ini. Good Marketing strategy!


i'm not perfec.

Tuesday, December 23, 2008

Apa cerita ni?

aku pon tak berape nak sure kenape dlm banyak2 name kedai, name ini jugak yang menjadi pilihan hati tokey kedai ni.




setelah seharian, terdapat beberapa kemungkinan yang aku timbulkan tentang apekajadahnya letak nama kedai serupa ini:

1. Jujur, mengaku kelemahan diri sendiri. susah nak jumpe, peniaga yang jujur pada zaman ni.
2. feng shui, byk bawak ong mungkin. mungkin hasil atau progres bisnes adalah berlawanan dengan nama kedai.
3. tak ada cita2 nak maju, semata-mata nak break-even atau pon rugi.
4. konon-kononnye funny.
5. mengharap belas kasihan orang ramai. orang sakit yang berasa kesian akan datang ke kedai ini dan membeli ubat, walaupon banyak lagi kedai lain sebab kesian dgn annual revenue kedai ni.
6. lagi baik dari name kedai ini "Ling Corp".
7. saje nak provoke aku, supaye masokkan gambar kedai die dlm blog ni, supaya dapat publisiti meluas "lah sangat".


p/s: ini bukan gambar photoshop.

funny beb. haha.

jgn beli barang dekat kedai aquarium dekat tepi sekolah (dekat dgn pasar) kat Bentong. Orang die kerek dan racist.sombong.

i'm not perfec.

Thursday, December 18, 2008

Kisah Tamrin 1

Jam quartz menunjukkan hampir pukul 1 pagi. setelah menoreh 3 ekar kebon pokok getah, Tamrin sempat juga menoreh "Tamrin wuz ere" di pokok yang penghabisan. pergh! memang champion budak ni. ini semua kerja rutin Tamrin. memang dia seorang pemuda yang rajin. tiap2 hari mesti nak menoreh. kalau kebon dia habis menoreh, Tamrin juga ade buat servis menoreh kebon orang laen. F.O.C pulak lagi tu.

kerja menoreh dan Tamrin kira dah sebati dah. satu kampong tahu, si Tamrin ini gila menoreh. sampaikan orang kampung tidak menggunakan lagi perkataan menoreh, dah "menamrin" dah sekarang ini. bersempena dengan kegiatan dan kegemaran Tamran.

kalau pagi itu hujan, memang bencana buruk pada orang kampung. Habis segala harta bende di toreh oleh Tamrin. kereta, balai raya, muka ketua kampung, rumah YB semua bercalar akibat torehan si Tamrin ini kerana tidak dapat melepaskan giannya untuk menoreh.

Tamrin seorang pemuda biasa, dia suka main bola. pemain kegemaran dia Fernando Tores kerana nama dia serupa dengan hobi Tamrin apabila ditukar kepada fernando Toreh. hebat juga si Tamrin ini bermain bola, bila bola sudah dikakinya, jangan harap lah pihak lawan nak masuk, memang terus bagi gol punye lah Tamrin ni. mana taknya, pisau menoreh pon masih digenggam erat oleh Tamrin ketika bermain bola. padah namanya, kalau masuk nak menghalang Tamrin melakukan jaringan gol.

Tamrin tidak habis sekolah, dia hanya sempat menghabiskan zaman persekolahannya pada darjah 4. Sebelum itu, Tamrin belom cukup kritikal dengan hobinya. dan pada ketika itu juga, pihak sekolah masih lagi mempunyai bajet untuk memindahkan pokok getah yang sudah dewasa di tepi kelas Tamrin. Tamrin boring asek menoreh pokok yang sama, itu pasal dia mengamok sampai habis perut pengetua Dolah di toreh.



Tamrin dulu pernah bercinta. punyelah havoc zaman die bercinta dulu. satu kampung tahu kisah cinta Tamrin dengan Noreha. Noreha ni pon bukannya cun sangat, tapi boleh laa nak bawak ke majlis ataupon fanfair. Tamrin suka budak perempuan ini pon bukan apa, selain daripada boleh memanggilnya Noreh, Noreha ni pulak anak kepada ketua segala kebon getah di daerah itu. memang seronok la si Tamrin ini dengan hobinya.

Noreha tau dia tak cun, jadi terpaksa lah dia jadi Girlfriend yang pura2 baek dan gedik. tiap-tiap hari dia ikut si Tamrin pergi menoreh dengan membawa mangkuk tingkat sebanyak 16 tingkat untuk membuktikan kisah cintanya yang teragung. dah berapa ramai pemuda yang Noreha cuba tackle tapi x dapat. akhirnya dapat juga si Tamrin ini.

Tamrin punya suka satu macam bila bercinta ni, susah nak digambarkan. pendek cerita, satu kampung pon terasa bahang percintaan Tamrin dan Noreha. Semua pokok, bukan setakat pokok getah, pokok, cengal, pokok ubi, pokok sawi pon ada tertulis.

"Tamrin Luv Noreha 4eva"

Status Tamrin pada mula tertulis "in relationship" die Friendster, kemudiannya bertukar kepada "it's complicated" apabila Noreha sengaja mengada2 tukar Profile name die kepada Noreh Jones. Akhir sekali, apa yang ditakuti oleh penduduk kampung selama ini telah terjadi. status Tamrin menjadi "single". Bunyi petir sabung menyabung, awan hitam gelap berkumpul, suasana gelap menyelubungi kampung itu. tandanya hari nak hujan.

"wholy shit, what happened?", Noreha kene grabbed dengan sapa? kata abang long Man dengan nada takut, Ketua gengster kampung itu. Muka dia tak hensem, sebab kene calar terok semasa dia berlakon jadi pokok semasa pementasan drama sekolah rendah pada suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya Noreha telah membuat pembedahan plastik, dia melakukan pembedahan kepada mukanya sampai menjadi Norah Jones. Noreha lari ke U.S, dan sengaja membuat chaos di sana apabila dia claim yang dialah Norah Jones yang sebenar. wtf?

Penduduk kampung mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kampung itu. Gali kubur sendiri maknanya kalau terus tinggal di sana.

Selepas clash, Tamrin join tabligh. Sekarang dia ada di India.

Penduduk Kampung yang panic tadi, berpindah semula ke kampung Halaman. Lega hati mereka, sambil belegar-legar di ruang tamu rumah sendiri mengupah tukang urut untuk mengurut dada dan menarik nafas lega.

sunyi pulak laa bila Tamrin tak ada. dah la sunyi, mereka pulak terpaksa pergi ke kebon pada tiap2 pagi untuk menoreh getah. selama ini, bila Tamrin ada, boleh laa orang kampung rilex siket.

apa yang akan terjadi kepada penduduk kampung jika Tamrin pulang dr India? adakah dia sudah insaf? adakah die beli pisau toreh yg lgi mahal dan berkuasa elektrik? adakah dia akan skip balek Malaysia dan terus ke U.S dan mencari Noreha Jones?

adakah perlu cerita ini disambung?

berikan pendapat anda....





i'm not perfec.

Revisited: BM to BI translations for Dungus~!

  1. Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
  2. camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
  3. Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
  4. you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
  5. hey sex baby = hai bayi yang seksi
  6. shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
  7. i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
  8. that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
  9. i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
  10. i have no power!! = tak kuasa i!!
  11. u make me irrritated~!= menyampah mak~!
  12. u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
  13. like DUH!! = saye suke Cik Midah
  14. puhleasee!! =negeri Perlis
  15. loser~ = pengalah~
  16. i hate u!! = macam laa muke kau cantik sangat!!
alala.. comeynye si 'semak' ni.

i'm not perfec.

mari kawan dan berkawan

siapa yang baca blog saya ni saya anggap kawan, walaupun mase darjah due dulu die pernah buat fitnah cakap saya suka kat amira atau walaupun kepale die dulu pernah berdarah sebab buat fitnah saya suka kat amira mase darjah due dulu. sekali anda baca, automatic jd friend in request.

(kenape aku bahasekan diri aku saya? giler akademik.? tu la.. dah lame sangat tak menulis, sampai dah lupe dah 'kebiasaan')

okay la camni. sape2 yg bace blog ni, postkan lah link anda dalam ruang komen (kalau korang ade blog sendiri) tapi kalau xde blog,dont worry kalau lawa. kalau yg sebaleknya tu, please worry lah kan. banyak laa siket blog list aku. disamping itu boleh laa kita berkawan baek sama sedarjah, belajar bersama, maen bersama.. hohoho.. hahaha..

terbaek ke ape idea aku tu?

Hana's Tale

lame tak update pasal anak saudara aku ni. makin besar makin kurang comelnye, tapi masih lagi di level yang comel la.

hana, hana. umur dah empat tahun rasanya. masih lagi dengan pelat die.

satu hari tu, abang aku bawak famili die pegi makan. makan kat luar. lepas makan tu, abang aku singgah kat rumah aku, sebab atok n nenek dah rindu sgt kat cucu diorang.

atok: hana pergi makan kat mane tadi?

hana: abah bawak hana makan kat luar.

atok: yela, kat mane?

hana; kat luar la, kat luar rumah

abang aku: kat restoran siam tu, kat shalam mall.

atok; owh, makan kat restoran siam ye. sedap ke?

hana; sedap.org siam tu orang ape?

atok (bapak aku ) tgh tgk berite, jdi die dah turn on mode kurang kaseh sayang siket nak layan

hana: atok, orang siam tu ape?

atok;......

hana: siyam bunge eh?


semua orang:..............................................

-satu family berdekah sekejap-

hana.. hana. kau punye pelat ni comel la.




Hi'm not perfec.

Thursday, December 04, 2008

Revisited. Cabaran sebagai lepakers bereputasi

sejak cuti bermula, kerjaya sebagai lepakers memanglah amat sinonim bagi aku dan kgkwan aku yg lain. tidak sukar untuk menjadi lepakers tetapi untuk mencapai title bereputasi bukan calang2 orang yang boleh memilikinya.

kebanyakan lepakers selalunya memulakan aktiviti murni mereka pada waktu malam. sejajar dengan seruan Islam hadhari yang aku pon sampai sekarang tak tahu satu haram pasal menatang ni.

kerjaya ini mudah, walaupun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan tetapi pulangan lewat ke rumah. seorang lepakers perlulah mempunyai ketekalan azam yang tinggi dan ketahanan utk duduk selama beberapa jam membincangkan isu2 negara, gossip2 hangat di pasaran dan juge kenaikan harga makanan dan minuman yg semakin menjadi2 yang berlaku di kedai2 mamak.

selalunya, lepakers akan duduk melepak sambil membincangkan isu2 yang berkaitan dgn pembangunan negara sprti apekejadahnya yang berlaku kepada remaja2 pada masa kini yg tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

gossip2 hangat yang selalu diperbualkan pula adelah berkaitan perkembangan awek2 yg slalu datang memarketkan diri di tempat kerja lepakers ini.

isu kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak memang ternyata menjadi tumpuan lepakers. mereka amat prihatin membincangkan isu ini kerana ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan kewangan lepakers. kerjaya sukarela ini amat mencabar bila tahap ekonomi dan kewangan mereka terjejas. dengan hati yang tekal, mereka masih mampu meneruskan perjalanan hidup dalam industri yang penuh mencabar ini walaupon dipelekoh ataupon disembelih oleh tokey2 mamak yang semakin hari semakin kaya dan boroi.

selain daripada itu lepakers juge bercerita dan berkongsi pengalaman mereka. terlalu banyak yg boleh diceritakan ttg pengalaman yang merangkumi pelbagai perkara, aspek dan juge kedai spek mane yang tak patut anda pergi.

kami juge berbual kosong. isinya terlalu abstrak dan subjektif di sini seperti "kenape awek tu jalan macam tu?"

lawak2 juge boleh diperolehi dengan mudah melalui sesi melepak ini. banyak klasifikasi lawak, seperti lawak bodoh, lawak gile, lawak jawe, lawak verbs, lawak ngumpat orang dan macam2 lagi wak.

teka tekijuga boleh tercetus dgn mudah semasa melepak. tidak kisah la anda nak menduga rakan2 lepakers yg lain dgn teka-teki 'out of the box', 'inside the box' dan juga 'what is inside the box".

antara teka teki yg boleh dikemukan di sini ialah

soalan 1
kambing ape yg pakai jam kat kaki?

jawapan:
kambing yang kaye.

soalan 2
tu ape?

jawapan
tu.tuuu..nang.

soalan 3
kueh ape yg x dijual di kedai kueh?

jawapan
kueh tiow goreng

selain daripada itu lepakers juga berfungsi sebagai support groups. mereka menyediakan sesi kaunseling tanpa bayar utk mendengar masalah2 anda. masalah2 sperti putus cinta, putus tunang dan juge putus tali persaudaraan. maaf, masalah putus tali pusat memang diluar kebijaksanaan dan kepakaran lepakers.

anda juga boleh dikutuk dan diperkotak katikkan secara free. ya, tanpa bayaran!


cabaran paling utama yang dihadapi oleh lepakers ini ialah apabila ada dikalangan ahli keluarga yang tidak memahami kerjaya sebagai lepakers yang penuh hectic dgn jadual yang ketat.

M, bukan nama sebenar ataupon nama glemer adalah seorang mangsa keadaan dalam isu ini. walaupon dikenali sebagai seorang lepakers yang terhormat dikalangan colleagues nya tanpa disedari M mempunyai masalah ibubapanya yang kurang memahami reputasi M sebagai lepakers terhormat yang selalu memintanya untuk pulang awal ke rumah ataupon jangan lupa yang M ada rumah untuk pulang.

M menceritakan pengalamannya. SMS2 pedas dan menikam kalbu ternyata sudah menjadi asam garam nya.

antara SMS simple tapi pedas berasap yang diterimanya:

  1. "no, 13. jalan mak minang, 5/1F seksyen 5 Shah Alam, selangor"
  2. "what r u doing? are you trying to save the world?"
  3. "pulanglah kepangkal jalan pintu masuk ke rumah"
  4. "ini rumah, bukan hotel"
  5. "bile nak check in?"
  6. "rindu sangat ke kat mamak2 tu?"
  7. " tak sayang kat mama n abah lagi ke?"
  8. " jgn sampai Batman hilang kerja"
  9. " mama terpikir nak buat extreme make over tukar rumah ni jadi kedai mamak"
  10. " ape kurangnya mama ngn abah compared tu mamak2 tu"
  11. " x dapat2 lagi ke kerja kat kedai mamak tu?"
  12. " mama doakan M bahagia selalu disamping mamak2 yang tercinta"

walaupon penat, tetapi kami sebagai lepakers terhormat masih memegang etika kami untuk senantiasa pulang awal ke rumah. barulah work life balance. selalunya walaupon waktu kerja yang panjang kami memastikan yang kami tidak akan pulang lewat malam. kami akan pulang seawal jam 5 atau 6 pagi.selalunya synchronized dengan azan subuh. pulang dan mengejutkan ahli keluarga untuk solat suboh secara berjemaah.

tak dapat dinafikan kerjaya yg memenatkan ini memerlukan tidur yang secukopnya iaitu antara 8 hingga 23 jam.

pesanan saya kepada Lepakers samada baru atau lama. teruskan kerjaya murni anda. tanpa anda siapalah kedai mamak. cheers!! (teh tarik)


a sweet betrayal indeed


i'm not perfec.

Perkebunan adalah



ntah macam mane ntah aku boleh terlibat didalam bidang perkebunan. semuenye bermula, bile lecturer aku suruh tanam pokok sayur untuk dijual, dan hasilnya boleh laa di'sadaqoh'kan kepada rumah anak yatim. (ape yang ntah macam manenye aku boleh start join scene perkebunan?mcm ni laa sebenarnye!)

jadi tiap2 petang aku akan pegang cangkul dan habiskan masa aku dikebon. satu dua hari yang pertama, memang semangatlahkan. masok hari2 yang seturusnya, rasa malas tu dah datang bertandang. mane taknye, bile orang laen sebok maen futsal, layan ezora la itu ini petang2. aku berpanas, bercangkul, bercucuk, bercabut rumput, berpeluh, ber'suntanned', ber ape lagi ntah kat tapak kebon aku.


aku tanam sawi, kangkung, bayam, kacang panjang dgn felato.(petole dik)


ade jugak tanam impian, mintak2 boleh kurus lahkan, yang hairannye tak kurus2 pon. dammit.

penat die ade mcm baru turun kinabalu.(kinabalu pon tak penah naik!kecoh!)

tapi seriously penat la, balek kelas je aku rushing nak pergi kebon, nak kene bersihkan tanah, membajak, merumput , dan itu ini yang laen.

tapi takpe, subjek volunteerism punye pasal. aku slalu ingatkan diri aku.. ini sume kerja mulia, nak sedeqah utk anak yatim. takpe2 aku layan kan aje.

bile benih yang aku semai dah besar, dah tumbuh daun itu ini. aku pon pergila menuai. basuh itu ini, packaging itu ini. bawak laa kancil aku pergi menjual kat upm.

sempat la aku naek turun fakulti jual kat lecturer, bangunan pentadbiran, foodcourt sume.

mcm kangkung aku jual rm1 utk 500 gram. memang banyak dan murah la kalau nak compare dgn harge pasar ke mane. sebab orang cakap, kalau jual mahal takde orang beli. memang pandai pon orang itu. bende mahal manusie mane pon tanak beli. cube jual mercedes CLS 3 longgok sepuloh ringgit, mesti berduyun2 n habis licin show room tu. ape laa yang diorang jual mahal2 sngt, mestila kurang orang nak beli. bende simple pon nak suruh aku pikirkan. haiyoh!

tapi lepas buat sume bende ni, baru laa tesedar sikit penat lelah petani. susah beb tanam sayur. nak hidup tu memang susah, nak jadi kaye ape lah lagi.

punyelah berminggu2 aku menanam, memabaje itu ini, bile jual.. alamak yang maximum aku dapat 3,4 ratus je. mcm tak berbaloi dgn usahe aku slame ni. takpe, pikir kerje amal punye pasal, aku kool je.

part menjual kangkung tu yang paleng menyayat hati.sedih beb.susah nak jual. dah jual banyak dgn harge murah pon orng merungut lagi. yang aku tak boleh blah mcm mane tesco boleh jual dgn harge lagi murah dari harge aku.

tesco jual rm1.49 je utk sekilo kangkung, aku pulak jual rm2 utk sekilo. kalau kat pasar sekilo tu diorang jual dekat rm3.50

gile sial tesco ni. patot la peniage runcit sume lipat tikar (ke gulung tikar, ke diorang dah pakai toto skrg ni) sbb xleh blah dgn harge 'potongan istimewa'


yang paleng aku tak tahan (tp tahan jugak laa air mate disebabkan sebak n touching my heart you know) bile aku jual kat sorang pensyarah ni.

mase tu tgh hari, aku dari pagi dah kat kebon menuai kangkung, basoh , packaging sume la. panas jugak malaysia ni. mcm tak biasse pulak. tgh hari aku pon massukkan kangkung dlm kete dgn bakul2nye sekali nak pergi menjual. nak ditambah sadis cerite ni, kete aku tu aircond die ikut suhu luar, kalau luar panas dlm kete lagi la panas. dah mcm dlm sauna bergerak.

nak tambah menyayat hati bagi mengalir air mata jatoh ke pipi lagi. hari tu bulan puase pulak. dah la panas, haus.rase mcm nak minom peel fresh apple with aloe vera je dalam gelas yg berisi ais.


aku: prof,...eh jap, lupe nak ketok pintu. dush.dush ( bukan tok, tok ye sbb tangan aku dah muscular sbb tiap2 hari pegang cangkul). er... prof, nak beli kangkung tak? saye jual murah ni.

prof: owh, boleh jugak. brape awak jual?

aku: sekilo rm2 je.

prof: oit, apsal murah? awek kaye ke?

aku: takdelah prof. saye tengok prof miskin. hehe.

prof: wuteverr

aku: amek la due paket ni.

prof: yela2.. (sambil menghulur rm2 kat aku)

aku: thank you prof

prof: saye bukan makan sangat ni. takde sape kat rumah. takpela, sayor ni nanti boleh la saye bagi makan kat arnab saye.

pergh... menusuk sial hati aku. punye laa penat aku tanam. nak bagi makan arnab je.

ikut hati memang aku nak nanges lah kan. aku sorang je yg tahu betape menyayat hatinye hati aku mase tuh. touching giler sial.

sedih. sampai ke hari ni.

takpelah pis. anak yatim punye pasal.





i'm not perfec.

Hilang tapi sudah ade balek

sorry la.tapi aku memang nak citer siket. 2 3 menjak memang aku malas siket nak menulis dlm blog (mesti korang malas nak bace kan. dilema seorang penulis blog yg tiade pembace), xde motivasi langsung aku nak menulis. tak tau la, rase macam malas je. tulis tak tulis xde beze pon.

tapi tak kesah la. mulai sekarang, aku pasang niat, aku menulis utk rekod aku. biarlah takde orang bace pon, biarlah aku sorang je yang syok sendiri menulis, yang penting aku syok menulis kan?

shit. cakap sorang-sorang lagi.

jadi, lepas dekat 5 bulan tak menulis ni.aku sebenarnye, sebok mengumpul material (haha) utk penulisan blog ni. dah banyak tempat dah aku pergi untuk mendapatkan idea2 baru utk diletakkan sebagai posting dlm blog aku. banyak tempat la sgt! kedai mamak je.

lepak punye lepak, cakap dgn orang sana sini. sekali aku pon terpikir, Shit.. kalau aku letak dalam blog ni mesti best. tapi lupe pulak. aku menulis ni utk diri aku sendiri.bukan ade orang bace pon.(sedih tak ayat ni?).senang2 bile dah lame sikit nnti, boleh laa aku tersengih sorang2 bile bace balik penulisan aku ni. (pathetic siyal)

no turning back! the writings will go on!


i'm not perfec.