Thursday, December 04, 2008

Revisited. Cabaran sebagai lepakers bereputasi

sejak cuti bermula, kerjaya sebagai lepakers memanglah amat sinonim bagi aku dan kgkwan aku yg lain. tidak sukar untuk menjadi lepakers tetapi untuk mencapai title bereputasi bukan calang2 orang yang boleh memilikinya.

kebanyakan lepakers selalunya memulakan aktiviti murni mereka pada waktu malam. sejajar dengan seruan Islam hadhari yang aku pon sampai sekarang tak tahu satu haram pasal menatang ni.

kerjaya ini mudah, walaupun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan tetapi pulangan lewat ke rumah. seorang lepakers perlulah mempunyai ketekalan azam yang tinggi dan ketahanan utk duduk selama beberapa jam membincangkan isu2 negara, gossip2 hangat di pasaran dan juge kenaikan harga makanan dan minuman yg semakin menjadi2 yang berlaku di kedai2 mamak.

selalunya, lepakers akan duduk melepak sambil membincangkan isu2 yang berkaitan dgn pembangunan negara sprti apekejadahnya yang berlaku kepada remaja2 pada masa kini yg tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

gossip2 hangat yang selalu diperbualkan pula adelah berkaitan perkembangan awek2 yg slalu datang memarketkan diri di tempat kerja lepakers ini.

isu kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak memang ternyata menjadi tumpuan lepakers. mereka amat prihatin membincangkan isu ini kerana ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan kewangan lepakers. kerjaya sukarela ini amat mencabar bila tahap ekonomi dan kewangan mereka terjejas. dengan hati yang tekal, mereka masih mampu meneruskan perjalanan hidup dalam industri yang penuh mencabar ini walaupon dipelekoh ataupon disembelih oleh tokey2 mamak yang semakin hari semakin kaya dan boroi.

selain daripada itu lepakers juge bercerita dan berkongsi pengalaman mereka. terlalu banyak yg boleh diceritakan ttg pengalaman yang merangkumi pelbagai perkara, aspek dan juge kedai spek mane yang tak patut anda pergi.

kami juge berbual kosong. isinya terlalu abstrak dan subjektif di sini seperti "kenape awek tu jalan macam tu?"

lawak2 juge boleh diperolehi dengan mudah melalui sesi melepak ini. banyak klasifikasi lawak, seperti lawak bodoh, lawak gile, lawak jawe, lawak verbs, lawak ngumpat orang dan macam2 lagi wak.

teka tekijuga boleh tercetus dgn mudah semasa melepak. tidak kisah la anda nak menduga rakan2 lepakers yg lain dgn teka-teki 'out of the box', 'inside the box' dan juga 'what is inside the box".

antara teka teki yg boleh dikemukan di sini ialah

soalan 1
kambing ape yg pakai jam kat kaki?

jawapan:
kambing yang kaye.

soalan 2
tu ape?

jawapan
tu.tuuu..nang.

soalan 3
kueh ape yg x dijual di kedai kueh?

jawapan
kueh tiow goreng

selain daripada itu lepakers juga berfungsi sebagai support groups. mereka menyediakan sesi kaunseling tanpa bayar utk mendengar masalah2 anda. masalah2 sperti putus cinta, putus tunang dan juge putus tali persaudaraan. maaf, masalah putus tali pusat memang diluar kebijaksanaan dan kepakaran lepakers.

anda juga boleh dikutuk dan diperkotak katikkan secara free. ya, tanpa bayaran!


cabaran paling utama yang dihadapi oleh lepakers ini ialah apabila ada dikalangan ahli keluarga yang tidak memahami kerjaya sebagai lepakers yang penuh hectic dgn jadual yang ketat.

M, bukan nama sebenar ataupon nama glemer adalah seorang mangsa keadaan dalam isu ini. walaupon dikenali sebagai seorang lepakers yang terhormat dikalangan colleagues nya tanpa disedari M mempunyai masalah ibubapanya yang kurang memahami reputasi M sebagai lepakers terhormat yang selalu memintanya untuk pulang awal ke rumah ataupon jangan lupa yang M ada rumah untuk pulang.

M menceritakan pengalamannya. SMS2 pedas dan menikam kalbu ternyata sudah menjadi asam garam nya.

antara SMS simple tapi pedas berasap yang diterimanya:

  1. "no, 13. jalan mak minang, 5/1F seksyen 5 Shah Alam, selangor"
  2. "what r u doing? are you trying to save the world?"
  3. "pulanglah kepangkal jalan pintu masuk ke rumah"
  4. "ini rumah, bukan hotel"
  5. "bile nak check in?"
  6. "rindu sangat ke kat mamak2 tu?"
  7. " tak sayang kat mama n abah lagi ke?"
  8. " jgn sampai Batman hilang kerja"
  9. " mama terpikir nak buat extreme make over tukar rumah ni jadi kedai mamak"
  10. " ape kurangnya mama ngn abah compared tu mamak2 tu"
  11. " x dapat2 lagi ke kerja kat kedai mamak tu?"
  12. " mama doakan M bahagia selalu disamping mamak2 yang tercinta"

walaupon penat, tetapi kami sebagai lepakers terhormat masih memegang etika kami untuk senantiasa pulang awal ke rumah. barulah work life balance. selalunya walaupon waktu kerja yang panjang kami memastikan yang kami tidak akan pulang lewat malam. kami akan pulang seawal jam 5 atau 6 pagi.selalunya synchronized dengan azan subuh. pulang dan mengejutkan ahli keluarga untuk solat suboh secara berjemaah.

tak dapat dinafikan kerjaya yg memenatkan ini memerlukan tidur yang secukopnya iaitu antara 8 hingga 23 jam.

pesanan saya kepada Lepakers samada baru atau lama. teruskan kerjaya murni anda. tanpa anda siapalah kedai mamak. cheers!! (teh tarik)


a sweet betrayal indeed


i'm not perfec.

7 comments:

aQieYa said...

ello apis!
ur back
this is my link aqieya.blogspot.com

sWiss chEese said...

siyes, part batman tu xleh blah =D
btw, i've linked ur blog..
hope u dont mind bout it..=>

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

hey, thanx man. i've just started. linking me to yours, is my pleasure..

thanx.

aainaa said...

hey, nice way of rebranding the meaning of seating and doing nothing. hehe. i like this one..keep up the good work hun!!

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

thank you love~!

kodin said...

haha.. sengal gak ko nih... kesian gak nnti cicakman pun dah xde keja.. haha

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

cicakman tak payah nak risau ape kalau cgpa die okay