Wednesday, December 31, 2008

budak kecil yang kepenatan

Dahinya berpeluh-peluh. tak usah cerita pasal bajunya, memang basah lencun . Sani meneruskan pelariannya di tengah hari yang panas membakar dan berjelaga. ada lagi 4 kilometer yang perlu digagahinya sebelum sampai ke rumah dengan suhu mencecah 40 c.


perjalanan balik dari sekolah memang tidak berapa menyeronokkan bagi Sani. Sani perlu balik awal kerana dia perlu bersiap ke sekolah agama pula pada waktu 2.30 petang. perjalanan yang jauh dan cuaca yang panas terik betul-betul menguji Sani.


"entah-entah duduk dalam oven lagi nyaman dari sekarang ni". bisik hati Sani dengan nada benci. ape nak buat Sani, bapak kau bukan menteri nak suruh kau balik dengan driver naik Toyota Alphard.

lagi satu kilometer, Sani dah nampak rumah kecilnya di hujung kampung.

"yah.. sikit lagi" langkah sani dipercepatkan. habis kering mulut Sani yang dahaga. jangan kata kan 3 tempayan, 18 tempayan sirap pon mampu dihabiskannya ni.


"Mak, i'm home~" jerit Sani, dengan perkataan yang baru dipelajarinya di sekolah tadi.

"Iye, kau dah makan belum?beras ade kat dapur tu, ikan ade kat sungai, sayur... benihya mak letak tepi pangkin" Memang brutal mak Sani ni. Nak mendisiplinkan anak katanya, diajarnya berdikari.

"iyelah Mak" jawab Sani, seperti biasa.


Nasib baik Sani sempat singgah Drive thru McD tadi.

-Memang hectic kalau pagi sekolah kebangsaan dan petang terpaksa bersiap cepat tanpa hilang penat dan ke sekolah agama pula-
i'm not perfec.

2 comments:

Cuaq's said...

Suh sani datang umah aku, aku blanje dia makan! Hahaha..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

malam die ade tuisyen pulak! memang penyebok si sani ni!