Thursday, December 18, 2008

Kisah Tamrin 1

Jam quartz menunjukkan hampir pukul 1 pagi. setelah menoreh 3 ekar kebon pokok getah, Tamrin sempat juga menoreh "Tamrin wuz ere" di pokok yang penghabisan. pergh! memang champion budak ni. ini semua kerja rutin Tamrin. memang dia seorang pemuda yang rajin. tiap2 hari mesti nak menoreh. kalau kebon dia habis menoreh, Tamrin juga ade buat servis menoreh kebon orang laen. F.O.C pulak lagi tu.

kerja menoreh dan Tamrin kira dah sebati dah. satu kampong tahu, si Tamrin ini gila menoreh. sampaikan orang kampung tidak menggunakan lagi perkataan menoreh, dah "menamrin" dah sekarang ini. bersempena dengan kegiatan dan kegemaran Tamran.

kalau pagi itu hujan, memang bencana buruk pada orang kampung. Habis segala harta bende di toreh oleh Tamrin. kereta, balai raya, muka ketua kampung, rumah YB semua bercalar akibat torehan si Tamrin ini kerana tidak dapat melepaskan giannya untuk menoreh.

Tamrin seorang pemuda biasa, dia suka main bola. pemain kegemaran dia Fernando Tores kerana nama dia serupa dengan hobi Tamrin apabila ditukar kepada fernando Toreh. hebat juga si Tamrin ini bermain bola, bila bola sudah dikakinya, jangan harap lah pihak lawan nak masuk, memang terus bagi gol punye lah Tamrin ni. mana taknya, pisau menoreh pon masih digenggam erat oleh Tamrin ketika bermain bola. padah namanya, kalau masuk nak menghalang Tamrin melakukan jaringan gol.

Tamrin tidak habis sekolah, dia hanya sempat menghabiskan zaman persekolahannya pada darjah 4. Sebelum itu, Tamrin belom cukup kritikal dengan hobinya. dan pada ketika itu juga, pihak sekolah masih lagi mempunyai bajet untuk memindahkan pokok getah yang sudah dewasa di tepi kelas Tamrin. Tamrin boring asek menoreh pokok yang sama, itu pasal dia mengamok sampai habis perut pengetua Dolah di toreh.



Tamrin dulu pernah bercinta. punyelah havoc zaman die bercinta dulu. satu kampung tahu kisah cinta Tamrin dengan Noreha. Noreha ni pon bukannya cun sangat, tapi boleh laa nak bawak ke majlis ataupon fanfair. Tamrin suka budak perempuan ini pon bukan apa, selain daripada boleh memanggilnya Noreh, Noreha ni pulak anak kepada ketua segala kebon getah di daerah itu. memang seronok la si Tamrin ini dengan hobinya.

Noreha tau dia tak cun, jadi terpaksa lah dia jadi Girlfriend yang pura2 baek dan gedik. tiap-tiap hari dia ikut si Tamrin pergi menoreh dengan membawa mangkuk tingkat sebanyak 16 tingkat untuk membuktikan kisah cintanya yang teragung. dah berapa ramai pemuda yang Noreha cuba tackle tapi x dapat. akhirnya dapat juga si Tamrin ini.

Tamrin punya suka satu macam bila bercinta ni, susah nak digambarkan. pendek cerita, satu kampung pon terasa bahang percintaan Tamrin dan Noreha. Semua pokok, bukan setakat pokok getah, pokok, cengal, pokok ubi, pokok sawi pon ada tertulis.

"Tamrin Luv Noreha 4eva"

Status Tamrin pada mula tertulis "in relationship" die Friendster, kemudiannya bertukar kepada "it's complicated" apabila Noreha sengaja mengada2 tukar Profile name die kepada Noreh Jones. Akhir sekali, apa yang ditakuti oleh penduduk kampung selama ini telah terjadi. status Tamrin menjadi "single". Bunyi petir sabung menyabung, awan hitam gelap berkumpul, suasana gelap menyelubungi kampung itu. tandanya hari nak hujan.

"wholy shit, what happened?", Noreha kene grabbed dengan sapa? kata abang long Man dengan nada takut, Ketua gengster kampung itu. Muka dia tak hensem, sebab kene calar terok semasa dia berlakon jadi pokok semasa pementasan drama sekolah rendah pada suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya Noreha telah membuat pembedahan plastik, dia melakukan pembedahan kepada mukanya sampai menjadi Norah Jones. Noreha lari ke U.S, dan sengaja membuat chaos di sana apabila dia claim yang dialah Norah Jones yang sebenar. wtf?

Penduduk kampung mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kampung itu. Gali kubur sendiri maknanya kalau terus tinggal di sana.

Selepas clash, Tamrin join tabligh. Sekarang dia ada di India.

Penduduk Kampung yang panic tadi, berpindah semula ke kampung Halaman. Lega hati mereka, sambil belegar-legar di ruang tamu rumah sendiri mengupah tukang urut untuk mengurut dada dan menarik nafas lega.

sunyi pulak laa bila Tamrin tak ada. dah la sunyi, mereka pulak terpaksa pergi ke kebon pada tiap2 pagi untuk menoreh getah. selama ini, bila Tamrin ada, boleh laa orang kampung rilex siket.

apa yang akan terjadi kepada penduduk kampung jika Tamrin pulang dr India? adakah dia sudah insaf? adakah die beli pisau toreh yg lgi mahal dan berkuasa elektrik? adakah dia akan skip balek Malaysia dan terus ke U.S dan mencari Noreha Jones?

adakah perlu cerita ini disambung?

berikan pendapat anda....





i'm not perfec.

2 comments:

5speed said...

dok....sambong cite ni dok....best wooo...

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

sedih aku ni sebenarnye, bile blog ni kau sorang je yg bace.


xpe beb, demi kau.. aku tulis..


amacam? suci tak?