Tuesday, December 30, 2008

Darjah 3

Dulu masa aku darjah 3, aku ditempatkan di dalam kelas 3 Merak kalau tak silap, kalau silap maknanya aku bukan di dalam kelas 3 Merak. Sempat beberapa minggu sahaja aku di dalam kelas itu, aku dipindahkan ke sebuah kelas yang lain. Untuk pengetahuan, rakan kelas aku di 3 Merak adalah rakan kelas aku yang sama semasa kami di dalam darjah 2.

aku tak berapa nak paham kenapa aku dipindahkan ke kelas yang baru itu. Ada khabar angin yang mengatakan, perpindahan aku ke kelas yang lain itu berjumlah RM2.7 juta setelah beberapa rundingan dijalankan dan insiden tumbuk menumbuk berlaku diantara cikgu2.

Bile dapat tahu aku ditukarkan kelas,hatta aku berkata "Okay fine, whatever. M.O.J (Mak Okay Jerr)". Setakat pindah kelas ni takde hal lah. Berhijrah bak kata orang. Macam nabi dari Mekah ke Yathrib.

Kelas darjah 3 semuanya ditetapkan dengan tema nama burung. Jadi masa tu ade kelas 3 Merak, 3 serindit, 3 Merpati dan lain2.. entah macam mana cikgu2 masa tu letak satu kelas itu dengan nama 3 pu..aku pulak tak semena-mena dilantik jadi ketua kelas aku yang baru iaitu
3 PUNAI!

gile, macam la tak ada nama lain nak bagi kat kelas.

bagi la nama yang senonoh sikit, 3 helang ke, 3 gagak hitam ke, 3 phoenix ke, paling koman pun 3 Burung Wak-wak. kadang-kadang kita tak paham macam mana orang berpikir kan?


pernah jugak aku terdengar, perbualan budak2 pompuan masa rehat.


budak pompuan 1 "hei, tgk tu. ketua kelas 3 Punai"

budak pompuan 2 " 3 ape kau cakap?"

budak pompuan 1 "3 Punai!"

Budak Pompuan 1 + 2 " hehehehehe"

*pervert punye budak *


i'm not perfec.

1 comment:

Nurul Aishah said...

enggak ku tau kao mpunyai blog..jika ku tau dah lama aku melawat smbl menyibuk mempublish komen..haha..klaka la nukilan kau ni..wpun agk kelewatan mbaca tp terhibur gak la aku mengisi masa mkn gaji buta aku dgn membacanye..haha