Monday, June 25, 2007

mari berjalan bersamaku


mari berjalan bersamaku

ke sebuah tanah yang kau janjikan kebebasan dan demokrasi

di tempat Ibrahim dan Musa pernah berjuang

jajahan diktator Saddam sebelum mati digantung


mari berjalan bersamaku

ini tapak sebuah sekolah sekumpulan kanak-kanak iraq
mereka belajar membaca, belajar menari,

tapi selalunya mereka lebih suka bermain

hari-hari penuh dengan gelak tawa riang

ini peristiwa sebelum mereka mati


mari teruskan berjalan bersamaku

melihat darah yang masih basah pada tubuh
menanggung kesedihan yang sayu dipandang
mahukah kau teruskan berjalan?
atau kau terlalu sombong memikirkan hal sendiri?
atau kau terlalu bagus untuk semua ini?
atau kau fikir kau tiada kaitan untuk pembunuhan kanak-kanak ini?

riwayat kanak-kanak bumi iraq
tak disangka jenazahnya menjadi ratapan
tak terfikir begini akhir kehidupan


belum,
mereka masih belum
masih belum puas bermain sebelum mati.
mati.MATI.mati.

mari berjalan bersamaku...






current song: everybody hurts ; R.E.M

i'm not perfec.

perhentian: Karam di lautan berduri

aku baru balek dari pulau perhentian terengganu. tempat tu memang superb maveles terbaek cantik.

air die jernih, dkt pantai air die kaler hijau, tapi bile aku duduk lepak kat kedai makan menghadap laut, air die nampak kaler biru pulak. pasir die putih, bak tepong yg di ayak.. cewah.

mat salleh die pulak.. aiyo. use ur imagination lah. sweden, holland, wales, england, france SUPERB. tapi aku usha yang laki jer, yang pompuan aku tak usha sbb nanti mak aku marah takpon gf aku marah.

nak aku bercerita, shark, blue marlin and barracuda yang aku makan. ikan2 eksotik ni memang susah nak dapat kat mainland.

nak jugak aku bgtau korang kat sini, i make friends with many people. especially Ricardo, seorang chilean. die yang bertanggungjawab mengajar aku ayat2 menyumpah dalam bahasa latin. fariq and djidji (french), mark (dutch), kakak kedai runcit( yg bagi diskaun seringgit utk orang melayu kite). adik kedai runcit besut ( yang jual sliper kat aku). rastaman (american) yang sangap for weed. pompuan mat salleh yg pandai cakap melayu yg sebok cari john. geckos yg buat aku geli nak masok bilik. dan tidak dilupekan kepade budak kecik bawak boat yg menyebabkan boat tu terbalek dan menyebabkan henpon aku jahanam. owh tidak dilupekan kepade ryan seorang american yg cool dengan slangnyer.( this is the he...ro)

aku jugak seperti mahu memasang cita2 untuk menjadi beach boys sperti joe, abang dreadlock dan juge Nan. ternyata hidup mereka amatlah laidback, relax dan super cool.

malang skali.

sebelom kami menjejakkan kaki ke pantai, dan di sambut oleh awek2 yang menanti di sana. boat kami terbalek. menyebabkan kami agak lemas. basah, dan habis jahanam smer barangan elektronik sperti handfon, laptop,Sony PSP.

ini semua angkara budak berumur 10 tahon yng menjadi jockey boat dan tidak dapat dinafikan faktor ombak kuat.

"sometimes everthing is wrong"


current song ; read my mind. the killers.


cau guys. i'm off to UPM. budak baru nak masuk next week. sblm tu aku kene tabahkan diri mengharungi kursus pembantu Universiti untuk jadi fasi. dengar lah ceramah2 yang mengarut yang bagi aku tak praktikal, efektif dan outdated.

kalau yer pon bagi lah syllibus.. " bagai mana untuk tidak culture shock". " bagaimana untuk menguruskan wang ptptn anda". "bagaimana untuk tidak terjerat dengan budak lelaki yang kaki pompuan dan suke main kayu tiga dan juge jgn menjadi pompuan bodoh".


shit!! habis dah cuti aku. shitt!!!!!!





i'm not perfec.

Tuesday, June 12, 2007

akhirnya.. Brie pon kahwen dah.




bergambar beramai2 bersama Brie dan suaminya pada hari perkahwinan.


on the 19th of may 2006 Liyana@Brie got married with a 32 years old man who happens to be her lecturer. sorry, i cant remember his name.

"haiyoh!!! brie kawen? giler cepat". that was my response when i first heard one of my classmate is gonna get married.

"budak pompuan, jgn ade yang start.. ni jap lagi ramai laa ni yang menggatal nak kawen". itu alip punye respon.

oleh krana brie kawen dgn lecturer, kami masing2 terfikir, alangkah bagusnye kalau kami pon memilih lecturer sbg profession pilihan. ade status, gaji pon sedap,calon isteri pon ramai. boleh pilih2.

nak tackle bakal bini pon senang. Bagi A utk subjek yg die amek suda, walaupon tak layak dapat A. tapi oleh krane bakal bini, maknenye memang patot la pon kan dapat A.hahaha

anyway, Selamat pengantin baru kepade Brie dan Suaminya. insyaallah bahagia bersama2 hingge ke akhir hayat. takyah nak bercerai-berai. aku tak support bende2 camni.



"oy, behave laa sket. act mature. Brie pon dah kawen laa, kau perangai cam budak2 lagi". ajim (kanan skali) dgn gaya boyishnya.



azreen, the next anticipated friend to get married. kemon azreen, tunggu ape lagi? tunggu Hafiz bukak braces dulu eh?


the most promising, young, talented, loyal, responsible bachelors.
(mari memarketkan diri)

wedding Brie hari tu, ramai gak kgkwn lame yg aku jumpe. lame giler dowh tak nampak. dari yang gemok dah jadi kurus. dari yg dulu kurus suke ejek budak laen gemok skrang sudah gemok. dari yg selebet kat skolah, skarang sudah gorgeous. suda pandai make up. pendek kate, masing2 dah berubah lah. yer laa.. it has been nearly 5 years from the last day of schooling kan?

aku akan cube listkan name kgkwn yg ade pd hari wedding hari tu.

clan aku. the 'up for grabs bachelors'. yes, u can simply grab us at our tummy.hahaha
alep,azam,amran,mad altezza,apai,habeeb n ajim.

pastu yg laen2..
ab,nashriff,ali,munzir,mariah ecatherina,amirah,ainul hayati,sufina,hiddie,faraliza,azreen,najwa,dina azureen, dan.. sape lagi, aku pon tak ingatlah.



petang tadi, sprti biase lepak kat Mamak sblm bermain bola. Mika (bukan name sbenar) , member aku tibe2 bercerite pasal menginginkan anak.

"kalau lah aku kawen lepas aku habis SPM, boleh laa aku bawak anak aku lepak ngn korang hari ni".

" ade jugak aktiviti aku mase2 cuti ni, amek anak dari skolah, ptg bwk die lepak, malam check homework die, pastu ajar die pasal 'life'. cerite camne aku ngn mak die bleh get acquainted iaitu melalui ruang mari berkenalan majalah URTV n then kawen. alangkah best.naluri kebapaan aku mmg membuak2 pada ketika ini"

yer lah Mika, bawak anak kau lepak mamak. dah betol lah tu.

selamat hari bapa sedunia. jadilah bapa kepada anak yang sah. sekian, thank you.

current song: wonderful life by James Morrison.

i'm not perfec.

Tuesday, June 05, 2007

cabaran sebagai lepakers bereputasi

sejak cuti bermula, kerjaya sebagai lepakers memanglah amat sinonim bagi aku dan kgkwan aku yg lain. tidak sukar untuk menjadi lepakers tetapi untuk mencapai title bereputasi bukan calang2 orang yang boleh memilikinya.

kebanyakan lepakers selalunya memulakan aktiviti murni mereka pada waktu malam. sejajar dengan seruan Islam hadhari yang aku pon sampai sekarang tak tahu satu haram pasal menatang ni.

kerjaya ini mudah, walaupun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan tetapi pulangan lewat ke rumah. seorang lepakers perlulah mempunyai ketekalan azam yang tinggi dan ketahanan utk duduk selama beberapa jam membincangkan isu2 negara, gossip2 hangat di pasaran dan juge kenaikan harga makanan dan minuman yg semakin menjadi2 yang berlaku di kedai2 mamak.

selalunya, lepakers akan duduk melepak sambil membincangkan isu2 yang berkaitan dgn pembangunan negara sprti apekejadahnya yang berlaku kepada remaja2 pada masa kini yg tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

gossip2 hangat yang selalu diperbualkan pula adelah berkaitan perkembangan awek2 yg slalu datang memarketkan diri di tempat kerja lepakers ini.

isu kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak memang ternyata menjadi tumpuan lepakers. mereka amat prihatin membincangkan isu ini kerana ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan kewangan lepakers. kerjaya sukarela ini amat mencabar bila tahap ekonomi dan kewangan mereka terjejas. dengan hati yang tekal, mereka masih mampu meneruskan perjalanan hidup dalam industri yang penuh mencabar ini walaupon dipelekoh ataupon disembelih oleh tokey2 mamak yang semakin hari semakin kaya dan boroi.

selain daripada itu lepakers juge bercerita dan berkongsi pengalaman mereka. terlalu banyak yg boleh diceritakan ttg pengalaman yang merangkumi pelbagai perkara, aspek dan juge kedai spek mane yang tak patut anda pergi.

kami juge berbual kosong. isinya terlalu abstrak dan subjektif di sini seperti "kenape awek tu jalan macam tu?"

lawak2 juge boleh diperolehi dengan mudah melalui sesi melepak ini. banyak klasifikasi lawak, seperti lawak bodoh, lawak gile, lawak jawe, lawak verbs, lawak ngumpat orang dan macam2 lagi wak.

teka tekijuga boleh tercetus dgn mudah semasa melepak. tidak kisah la anda nak menduga rakan2 lepakers yg lain dgn teka-teki 'out of the box', 'inside the box' dan juga 'what is inside the box".

antara teka teki yg boleh dikemukan di sini ialah

soalan 1
kambing ape yg pakai jam kat kaki?

jawapan:
kambing yang kaye.

soalan 2
tu ape?

jawapan
tu.tuuu..nang.

soalan 3
kueh ape yg x dijual di kedai kueh?

jawapan
kueh tiow goreng

selain daripada itu lepakers juga berfungsi sebagai support groups. mereka menyediakan sesi kaunseling tanpa bayar utk mendengar masalah2 anda. masalah2 sperti putus cinta, putus tunang dan juge putus tali persaudaraan. maaf, masalah putus tali pusat memang diluar kebijaksanaan dan kepakaran lepakers.

anda juga boleh dikutuk dan diperkotak katikkan secara free. ya, tanpa bayaran!


cabaran paling utama yang dihadapi oleh lepakers ini ialah apabila ada dikalangan ahli keluarga yang tidak memahami kerjaya sebagai lepakers yang penuh hectic dgn jadual yang ketat.

M, bukan nama sebenar ataupon nama glemer adalah seorang mangsa keadaan dalam isu ini. walaupon dikenali sebagai seorang lepakers yang terhormat dikalangan colleagues nya tanpa disedari M mempunyai masalah ibubapanya yang kurang memahami reputasi M sebagai lepakers terhormat yang selalu memintanya untuk pulang awal ke rumah ataupon jangan lupa yang M ada rumah untuk pulang.

M menceritakan pengalamannya. SMS2 pedas dan menikam kalbu ternyata sudah menjadi asam garam nya.

antara SMS simple tapi pedas berasap yang diterimanya:

  1. "no, 13. jalan mak minang, 5/1F seksyen 5 Shah Alam, selangor"
  2. "what r u doing? are you trying to save the world?"
  3. "pulanglah kepangkal jalan pintu masuk ke rumah"
  4. "ini rumah, bukan hotel"
  5. "bile nak check in?"
  6. "rindu sangat ke kat mamak2 tu?"
  7. " tak sayang kat mama n abah lagi ke?"
  8. " jgn sampai Batman hilang kerja"
  9. " mama terpikir nak buat extreme make over tukar rumah ni jadi kedai mamak"
  10. " ape kurangnya mama ngn abah compared tu mamak2 tu"
  11. " x dapat2 lagi ke kerja kat kedai mamak tu?"
  12. " mama doakan M bahagia selalu disamping mamak2 yang tercinta"

walaupon penat, tetapi kami sebagai lepakers terhormat masih memegang etika kami untuk senantiasa pulang awal ke rumah. barulah work life balance. selalunya walaupon waktu kerja yang panjang kami memastikan yang kami tidak akan pulang lewat malam. kami akan pulang seawal jam 5 atau 6 pagi.selalunya synchronized dengan azan subuh. pulang dan mengejutkan ahli keluarga untuk solat suboh secara berjemaah.

tak dapat dinafikan kerjaya yg memenatkan ini memerlukan tidur yang secukopnya iaitu antara 8 hingga 23 jam.

pesanan saya kepada Lepakers samada baru atau lama. teruskan kerjaya murni anda. tanpa anda siapalah kedai mamak. cheers!! (teh tarik)


a sweet betrayal indeed


i'm not perfec.

Monday, June 04, 2007

mending the broken heart



living for my life

was everything a man could want to do
i could never see tomorrow
i was never told about the sorrow

how can you mend a broken heart?
how can you stop the rain from falling down?
how can you stop the sun from shining?
what makes the world goes round

how can you mend a broken man?
how can a loser ever win?

owh friends, yes you..

please
help me mend my broken heart
and let me live again

how can a broken man mend his broken heart?
he just want to live again, that's all that he wants



i'm not perfec.

lately...

lately i've been experiencing hard times, feeling miserable and unbearable sadness that i can't take anymore.


till i forgot, how does happiness feels.

seriously, i forgot.



let me be like this for a few days, weeks or years.

i'm not perfec.

Saturday, June 02, 2007

i will not forsake, the colours that you bring

people say..

" the water is warm till you discover how deep"



this has been too hard. too hard. i am feeling weak.

Ya Allah, Kurniakanlah pertolonganMu. amin.

i'm taking a break till things be as wonderful as before.



i'm not perfec.