Sunday, July 08, 2007

hancur badan dikandung tanah


pagi, sebelum menjalankan t/jawab

yes, dekat 2 3 minggu jugak aku tak brade dihadapan laptop aku menulis blog yg sangat ku sukai ini.

aku jadi fasilitator untuk intake baru UPM 2007/08. 2 minggu sebelum intake tu ade la beberape kursus lagho yang patot aku hadiri. aku tak pegi kursus BTN. sebab aku sangat menyampah dengan hal2 kursus untuk mengbrainwash aku support government yg korup dan retorik ini.dalam kate lain, aku tak pegi sebab aku pegi holiday dgn kgkwan aku ke pulau perhentian terengganu. mungkin jugak kejadian bot terbalik disebabkan ketidak keberkatan kerana tak pergi kursus BTN tu. pegilah mampos!

jadi hari pendaftaran pelajar baru adalah pada hari Ahad yang lepas. aku menerima tanggungjawab sebagai pengangkat beg2, barang2,teddy bear, biskot pingpong dan macam2 lagi kepade pelajar baru.

seronok, tapi amat memenatkan. budak2 ni bawak barang macam baru lepas kene halau dari rumah. banyak nak mampos. novel berjilid2 pon die bawak gak.


a good friend of mine, christine Hor

tugas aku adelah untuk menyambut mereka dan menjadi machai untuk bawak barang. yang datang menghantar sampai 2, 3 kereta. ade yang sampai 18orang ahli keluarge datang menghantar seorang pelajar baru. nampak sangat mereka sangat teruja, bangga dan betol2 mengharapkan yang terbaek akan dibawa pulang ketika sudah bergraduat nanti.


keluarga yg datang dari jauh

mak ayah yang tua, yang tak brape sihat, orang kampong, orang bandar. adik kakak yang cun, tapi sorry tak dapat memikat hati aku. abang adik yang berpakaian hensem. berspek mata hitam yang secara majoritynya mahu kelihatan cool, dengan harapan dapatlah menarik perhatian akak2 fasi yang berada disitu.

memang penat kerja aku ni. bawak barang. sambot mereka. berbual dengan mak bapak mereka, ramah mesra sikit. nak tunjuk first good impression kpd mak ayah yang datang daari jauh menghantar anak.

aksi2 mendebarkan ketika sedang bertugas di perbatasan

lepas dah hantar barang, dah penat sumer, peloh mencurah2 mengalir, ditambah lagi dengan cuaca panas global warming. ternyata ia bukanlah satu tugas yg dianggap enteng.

tapi yang memotivasikan aku untuk terus bertugas ialah bila menddapat penghargaan dari keluarga pelajar2 baru itu.

"terima kaseh ye nak, tolong pakcik. nanti tolong tgk2 kan anak pakcik tu. nah amek nombor telpon die..."

"mak bapak kamu mesti bangge dgn kamu, banyak btol tolong kami ye, awak ni orang mane"

"thank you aa. u vely good la"

tinggi harapan mak bapak ni

SATISFACTION giler. puas aku. puas aku dapat menolong.

kdgw aku curi mase rehat aku. memang takleh blah laa tahap kepenatan die. aku lepak dengan rakan2 setugas aku yang lain. ini ade satu cerite menarik. pengalaman rakan aku tolong family angkat beg. name die OD. rajin jugak budak ni tolong orang. ade satu family ni sangat terharu bile si OD ini terbongkok-bongkok dan berpeluh2 mengangkat beg mereka.

Makcik" terime kaseh laa kamu, tolong makcik angkat beg. pakcik tu memang tak larat nak angkat beg berat-berat yang banyak ni"

OD" ish, tadehal lah makcik. tak banyak pon. sikit je ni"

Makcik" banyak la.. sampai 3 beg besar. makcik tak tahu nak balas budi baik anak ni. makcik orang kampung. tanam padi je. orang susah"

OD" takpe makcik. saye okay je"

Makcik" terime kasih laa nak. tolong makcik. makcik hargai sangat". makcik ni dah start sebak. mungkin kerana nak meninggalkan anak mereka di tempat yang baru. dan mungkin juga disebabkan sangat terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh OD.

OD" saye okay je makcik"

Makcik" makcik tak tahu nak balas budi anak. nah, amek laa se ikat rambutan ni. ini je yang makcik boleh bagi. kalau nak bagi duit tu, makcik takde. sumer dah dibagi kat anak makcik. ambiklah.."

OD" ish, takpelah makcik"

Makcik" ambiklah nak, ini je yang makcik termampu nak balas. duit makcik takde.Ambiklah nak, lapang hati makcik nanti" makcik tu dah start menangis dah

OD" terime kaseh la makcik"

Makcik" baik anak ni, makcik balik dulu ye. pakcik tu tak brape sehat sangat"

OD" jumpe lagi makcik"

mungkin care aku bercerite ni tak nampak dramatik sangat, tapi sumpah sikit lagi air mate aku nak mengaler mase OD citer ngn aku. sebak ke, atau terharu.. ntah aku pon tak tahu laa

bende2 camnilaa yang memotivatekan aku untuk terus membantu. kerana aku percaya..

" buat baik, akan dibalas baik"


pakcik dari kelantan. sebak la bile aku tengok die last berpelok dgn anak die sebelum balek.


" sebaik-baik manusia itu, adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"


current song. beautifull girl by Shawn kingston.



i'm not perfec.

4 comments:

mindafreak said...

alhamdulillah... baguihlah anak makcik yg seorang neh ngan kawan2nyer yg baek ati jd penchacai!

f.y.i lagu beautiful girls tuh mamat yg nyanyi tuh nama dia Sean bukan Shawn. sekian terima kaceh.

Anonymous said...

My my my, its a beautiful world!

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

indeed, when you know how to aprreciate it.


owh, thanks for the correction mindfreak!

Anonymous said...

weh, pe nih....???

kosong jer..
sebok berchinte ke???

hahhahha....