Monday, January 14, 2008

kenduri kawen





sejak dari pukul 6 pagi aku dah msg budak2, kite gerak pilahdeplhia pukul 8 sperti yang dijanjikan sewaktu mamak session smlm. tapi haram budak2 ni..TAK bangon. aku pulak tak tido2, tak boleh tdo.
xtau laa. bile badan penat sangat di tambah pula kerinduan yang melanda hati pada kekaseh membuak2.

10 pagi aku ger. nak jimat punye pasal naik laa 850 turbo charge aku. walopon dah diberi peringatan yang keter laju camni memang hamjadah takde aircon, sbb semua tenaga dan pembakaran minyak ditujukan kepada prestasi kuasa enjin dan tidak ade sedikitpon peruntukan untuk bahagaian siti hawa atau pon pendingin hawa. apetah lagi hawa nafsu untuk kekal di dalam iklim selesa dan nyaman.

kami tabah. sambil menyanyikan lagu hujan dan harap2 hujan tak turun dengan lebat, kalau tidak nahas aku dalam keter yang berkabus akibat siti hawa tak tumpang skali dan takde pendingin hawa.



dlm kul seblas. aku sampai pilah. tapi ontheway tu aku dah nampak sawah dan trus menyatakan visi aku kepada amran dan azam bahwa kita akan bergambar disana. yeah!

sampai, je orang ramai. sronok tgk suasana kenduri ni. awek baj kur. pakcik2 makcik2 yang kengkadang terlebih peramah menyapa kita. layan jer. eksotik sket pergi tempat yang laen ni dgn bahasa dan budaya yang berlainan. orang nogoghi.



alhamdulillah, kakak alep slamat kawen. dan kakak alep menyatakan kontrak untuk trus memberi kebenaran membuat persidangan di markas kami seperti biasa. fuh!! kami jamin ia tak akan menganggu institusi kelaurga yang baru tertubuh itu.




bergambar sana. bergambar sini. nampak budak kecik. nampak pengantin. nampak crowd.nampak awek cun, owh.. tak nampak pulak. nampak orang tgh makan.. snap!snap!snap!


last skali singgah sawah. aku bagi azam dan amran untuk mulakan sesi penggambaran. sampai turn aku...




BATERI HABIS!!!

aku pon terus melafazkan ayat2 suci al-quran bagi menenangkan diri



TAMMAT



i'm not perfec.

1 comment:

amran said...

pilahdelphia..
always on my mind.. lala..