Wednesday, February 20, 2008

hantu

seperti yang anda sudah maklum ataupon belom maklum, aku study kat UPM. aku tinggal di dalam sebuah kolej dan di kolej aku pegang satu jawatan. tugas aku ialah untuk mengawal selia dan mengurus perihal student yang mendiami 4 blok di kolej itu.

blok dilemma diduduki oleh penghuni lelaki. manakala blok cermin, balak dan keranjang adalah blok perempuan.



sejak kebelakangan ini kecoh ttg kejadian ade orang ketok pintu dlm pukul 3,4 pagi di blok budak pompuan.mengikut ceritanya.. nama tuan bilik itu dipanggil oleh satu suara, dan disebabkan sangat takut jadi budak2 pompuan ni takut nak bukak pintu. nama mereka disebut oleh makhluk ni sebab pada setiap pintu budak pompuan letakkan gambar n nama mereka sbg pengenalan untuk penghuni blok. dan dimaklumkan lagi, tak de pulak terdengar bunyi orang berjalan atau ape, cume bunyi ketukan pintu dan nama penghuni bilik yang dipanggil seperti menyuruh membuka pintu.

kejadian ni semakin menjadi-jadi berlaku. satu malam sampai 4 kes bilik budak pompuan yg dikacau. anehnye kejadian ini berlaku di due blok pompuan je, iaitu blok cermin dan balak. blok keranjang tak kene.

jadi sebab takut name diorang dipanggil, budak2 pompuan ini cabut segale name n gambar diorang yg ditampal dipintu bilik masing-masing. tiap2 hari ade je kes yang dilaporkan kat aku. aku pon xtau nak cakap ape, bacaan yassin dibuat setiap malam di dalam blok mengikut aras. tapi pelik kenape ade makhluk ini yang dikacaunye.

pada suatu hari ketua blok keranjang datang jumpe aku. die bagitau ade budak yang kene kacau malam tadi..

shida (bukan name dlm frenster) bgtau yang pada pukul 6 pagi ade lembaga misteri berkain puteh dan berkepale merah, mengetuk2 dan memanggil name budak ni.. budak ni takut untuk bukak pintu. tapi lembage ni terus mengetuk pintu bilik itu. pastu budak ni pon memberanikan diri untuk bukak jugak pintu tu. pintu itu dibukak, pastu budak ni ternampak lembage puteh yang berhelmet, mengilai dan kemudiannya melarikan diri. apabila ditanya kat budak pompuan tu, bagaimana rupa lembaga tu, budak tu tak dapat menjawab sebab die kate die tak nampak rupe sebenar lembaga tu. sejak kejadian tu, budak tu demam panas dan kemudiannya dihantar ke Pusat Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

kejadian ini menjadi begitu mistirius. aku tak dapat tidur lena memikirkan ttg kejadian yang berlaku. apakah lembaga itu dan bagaimana nak menangkapnya.

setelah 3 hari mengalami mencari jawapan.. tiba2 shida dtg jumpa aku dgn muka yang tersengih2..

aku bertanye, "apakah masalah saudari ini?"

shida menjawab" hehe.. sebenarnyekan..hehe.. lembage tu.. ade kawan budak tu yang menyamar nak sakat budak yng demam tu. die pakai telekong pastu pakai helmet motor. tak sangke pulak sampai demam. ni pon sebab rase bersalah die, die mengaku."

aku pon terus mengkarate tiang lampu yang berada di tempat motorsikal itu kepada 8 bahagian.

tammat sudda...

i'm not perfec.

No comments: