Tuesday, January 27, 2009

Akhirnya Sufina pon dah kahwin

So i went to Blue Wave Hotel, Shah Alam to attend my high school classmate's wedding reception.


Selamat Pengantin Baru Sufina dan Izuan.

Walking gracefuly on the isle of red roses



Schoolmates


Those who are up for grabs and also have been grabbed!

May you will embrace a wonderful journey ahead.



photos from :Ammar tokey TBS and Dina Azureen.


i'm not perfec.

Monday, January 26, 2009

Cerita tentang Hana

Pak Ude tak ade kat rumah sebab Pak Ude ada dekat sekolah. Dengar cerita Hana demam. Satu hari, dua hari, 3 hari sampai hari ke berapa entah Hana masuk hospital.

Satu hari, dua hari, demam Hana tak surut-surut. Baring je kat atas katil dan makan ubat ikut masa. Kesian Hana, sakit demam..



Sampai hari ke berapa entah, Nurse datang nak bagi ubat kat Hana. Belum sempat apa-apa Hana turun dari katil tendang nurse tu. Salah tu Hana, walaupun Hana bosan dan menyampah makan ubat yang tak sedap tiap-tiap hari.

Jangan tendang nurse. Kesian dia. Dia cari makan rawat orang.

Kalau nak tendang, tendang la muka Ehud Barak ke, Ehud Olmert ke, Ariel Sharon tak pun Radovan Karadzic. Boleh Pak Ude join sekali lempang dan rodok perut diorang dengan screw driver. Pastu kita panggil ramai-ramai, atuk, nenek, abah, Mak Ngah, Mak Lang semua lompat atas diorang ramai-ramai sambil pakai boot bola. Jangan lupa pasang C4 sebelum nak blah dan ucapkan *&!#@&%#%$*** in hell!


i'm not perfec.

Friday, January 23, 2009

mari belajar mengucap



1st time ade orang celebrate birthday aku, 1st time ade birthday cake (dua biji cake weh!), 1st time kene baling telur...

above all, thank you kekasih hati for the superfineeeeeee dining, bouquet of flowers, patience and streams of love, tender and care

terima kasih : Wazid, Adan, Marz, Kila, Nisa, Ayuni, Ennie, Kak Farah and all the birthday wishers

and also mrs. Faridah Hanim (well placed pitching!)

background music : Selamat ulang tahun sayang (Imran Ajmain bola)

Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman Liza bersalin

Post kali ini, aku jujur mengatakan lebih berinformasi dari post-post yang terdahulu. sedikit sebanyak jika anda membacanya, ternaik sikit la pengetahuan anda tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini.

ceh, macam prakata buku "bagaimana anda mahu menjadi seorang jutawan" pula..


kalau cakap pasal bersalin, memang tepat kalau kita tujukan hal ini sangat berkaitan dengan wanita. kalau setakat mengandung bukan sahaja wanita sahaja mengandung, lelaki pon boleh. bezanya jika wanita mengandung, dia mengandungkan bayi. lelaki pula tak boleh mengandungkan manusia, tetapi lebih kepada nasik beryani, ayam goreng kfc, Rojak karim, Cendol, lengkong jagung, Baked pasta william, ketam goreng bercili, Asam pedas ikan pari Melaka, air sirap limau, lemak daripada nasik lemak dan jugak lemak daripada haiwan yang bernama kambing hasil daripada memakan kari kambing, sup kambing dan juga kambing golek. Fenomena lelaki mengandung ini boleh juga dikenali sebagai Fenomena PJK iaitu Fenomena Perut Jalan Kedepan.

pada suatu ketika dahulu Roy (bukan nama sebenar) adalah seorang atlet lari pecut sekolah kebangsaan jenis Tamil. Roy memang lari laju, jangan katakan laju macam Cheetah, roy punya laju boleh mengalahkan Mitsubishi Lancer Jerung yang sedang parking.

badan dia masa itu memang tip top. Perut yang berketul, lengan yang pejal. "muscular" kalau disebut oleh Orang Tanzania yang tau cakap bahasa Inggeris.

tapi 13 tahun selepas meninggalkan sekolah Kebangsaan jenis Tamil dan mula berkerja sebagai kerani di sebuah Kompeni, bentuk fizikal Roy sudah berubah. Kalau dulu, dia melalui garisan penamat dengan menujahkan kepalanya, tapi sekarang tak sampai 20 meter ke garisan penamat mungkin Roy boleh memenangi perlumbaan lari pecut kerana perutnya yang terkedapan itu.

sekarang dia dikenali sebagai Boroy (bukan nama sebenar lagi, nama sebenarnya ialah Azman Shamsuddin Othman al- babun pintu).

berbalik kepada cerita bersalin tadi. Liza baru pulang dari menemankan suaminya mendapat PHD di London. Semasa di London, setelah bosan berguling-guling di rumah sewanya di London barat, ada baiknya kalau Liza berkerja disamping dari meringankan beban dan stress suaminya yang sedang menyiapkan thesis.

Suami mana yang tak naik bengang, lepas tension dan kusut bergelumang menyiapkan thesis di Universiti, balik rumah buka pintu sahaja tengok isteri terguling-guling ke rumah dari kiri ke kanan sambil hal-hal rumah tangga tidak diambil peduli.

Setelah ayat " hantar saya balik rumah mak saya, sekarang jugak" dan ayat suami memujuk isteri yang suka berguling, Liza bersetuju untuk mendapatkan pekerjaan sebagai tukang sapu di Universiti tempat suaminya belajar.

walaupun kerja itu ibarat kerja domestik saja, gajinya boleh menyamai gaji seorang pensyarah di Malaysia. Tak payah masuk MLM sebab nak kaya lah! (MLM? heh!!)

untuk pengetahuan anda, banyak kelebihan jika anda bersalin di UK. selain daripada boleh mendapat cuti bergaji minimum selama 6 bulan, anda juga berkelayakan untuk bersalin di hospital secara percuma. dapat elaun susu dan juga faedah-faedah yang lain. Berbanding jika anda berkerja di Malaysia, anda hanya layak untuk mendapat cuti bersalin maksimum 60 hari sahaja.

anda tidak perlu risau apa-apa kerana setiap perbelanjaan ditanggung. Malah, anda akan mendapat seorang pemeriksa kesihatan yang datang ke rumah anda pada setiap bulan untuk memastikan anda dan cahaya mata anda sihat hendaknya.

dah lah cuti, bergaji pula tu, dapat menyusukan anak sehingga habis dan melihat anak anda itu membesar sehingga ke tahap boleh bertatih. Cuti 2 bulan di Malaysia, tak sempat apa-apa pon beb. Menyusu anak pon tak habis dah kena pergi kerja. Balik dari kerja anak kau pon dah boleh cakap bukan "EMAK, AYAH" tapi "IBUK, GUWE MINTAK MAAFIN DEH. GUWE BISA NONKRONG SAJA HARIAN DI DEPAN TIFI" akibat dari penjagaan seorang pembantu rumah berkerakyatan Indonesia. Jangan salahkan anak itu.

Oleh itu, Liza dan suaminya memilih untuk " get herself pregnant purposedly" semasa Liza sedang berkerja. Barulah family planning yang mantap dan efektif.

bukan nak berbangga dengan negara orang lain. Negara yang telus dan jujur dalam pemerintahan dan pengurusan oleh kerajaan yang boleh dipercayai. Tiada penyelewengan dan rasuah di dalam menjalankan kerja. FYI, UK tak banyak sumber-sumber asli seperti Malaysia yang ada hasil minyak, getah, kelapa sawit, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi. Pendapatan Malaysia melalui minyak sahaja berjumlah RM60 Billion setahun.

Kita tidak mintak untuk dibayar dan semuanya diberi percuma, tetapi semua benda perlu berbayar di negara kita yang kaya ini. Tol, sekolah, mati, Cukai pendapatan, Perkhidmatan Awam, Borang- borang kerajaan dan macam-macam lagi.

Kalau semuanya perlu dibayar, mana pergi hasil tahunan negara Malaysia kita ini yang berbillion-billion?

Kalau ada masa, pergi jenguk rumah menteri. Berapa banyak kereta mewah yang anda akan nampak? itu baru cerita pasal kereta.

Pengajaran di sini. Jangan jadi bodoh memilih orang yang songlap duit kita.

Quote of the day " get yourself pregnant purposedly".


i'm not perfec.

Saturday, January 17, 2009

Pengalaman Husni pergi sekolah

pukul 6.45 pagi, Husni dah mula menggelabah.

'mati aku...dah lambat sangat ni" kata Husni, walaupun baru darjah 2 tapi dia sudah ingat mati. bagus.

Sepantas Caldina, Husni mencapai towel dan berlari menerjah bilik air. Dia mandi ala kadar hari tu, kalau dah memang situasi genting seperti "ala kassim, mak mintak maaf kassim" memang dah terlalu lambat kalau nak menyesal.

siapa suruh layan Smart Shop sampai pukul 2 pagi. Setakat Sepit rambut Kayla Beverly Hills dan Nasha Aziz mempromosikan "Ab Flex' itu pon Husni sanggup tidur lambat. Zaman itu, itu aja yang paling best nak layan, astro , mega tv semuanya tak ada lagi. kalau ada boleh lah layan Uefa Champion League ka, Tom tom bak dan Vaan.

6.46 pagi (amacam? cepat tak dia mandi?) Husni tgh pakai baju dan sempat sarung beg sekolah, stokin dah pakai, seluar je belum, kelakar jugak rupa dia masa tu. Punyalah kelam kabut Husni pagi tu.

"pin, pin!!" bunyi van achik, van sekolah yang Husni naiki dah menunggu kat depan rumah, sarat dengan budak-budak yang tengah termenung memikirkan kenyataan mereka kena pergi sekolah pagi-pagi dan tiap-tiap hari.



"sekejap, sekejap!!" jerit Husni dengan harapan Achik van tu memahami keadaannya yang mendesak itu. Bajet macam dengar je Achik Van tu. Situasi macam ni pagi-pagi memang pantang untuk Achik Van tu, leceh dan membuang masa.

"pin!!! pin!!!" kali ini, bunyi honnya lagi garang dari tadi.

Husni make sure dia pakai seluar. Dah kelakar sangat kalau berlari masuk dalam van dengan semua lengkap kecuali seluar sekolah. Husni lompat nak menuruni tingkat dua rumahnya melalui tangga , tak sempat dia nak menjejak kesemua anak tangga, dah macam cerita kung fu Hong Kong berlawan atas pokok gayanya.

Tak sempat nak breakfast sebab Achik Van dah mula me rem rem vannya. Dah peringkat tak boleh berkompromi lagi dah ni. Di honnya buat kali terakhir barang kali. "PIN!!! PIN!!!"
Mak Husni pon satu hal, ntah apa pasal tiba-tiba boleh pulak dia masak Spaghetti Carbonara dengan Roasted Turkey pagi tu. Husni hanya sempat mengambil bau yang enak dari masakan ibunya pagi tu. Sambil air mata menitis menjatuhi pipi, Husni seraya berkata "i love you ayam belanda" tanpa dia menoleh kebelakang lagi.

Dia pantas memakai kasut, dan berlari masuk ke dalam van sambil nafasnya tercungap-cungap. Lega... yang penting Husni tidak ketinggalan van hari itu. kalau tertinggal boleh jadi nahas buat Husni sebab bapak dia memang tak into dengar cerita anak tak pegi sekolah.Bapak Husni garang.Mampus Husni kalau bapak dia ajak sparring. Bapak dia dulu masuk tekwando, sekarang pakai tali pinggang Alien Workshop. Agak-agak kau siapa menang kalau lelaki berumur 38 tahun ajak budak umur 8 tahun berlawan?


Dalam van, Husni rasa something wrong dengan kaki dia. Rasa pelik sangat, rasa tak selesa di bahagian depan kakinya.Dia kemudian tersedar, apa yang tak kena pada kaki kirinya..

"damn you Smart Shop!!" jerit Husni.

Hari itu Husni sangat pasif dalam kelas dan rehat pon sorang-sorang. Selain daripada berasa pelik, boleh jadi malu besar kalau orang tau hari itu Husni pakai kasut dua-dua belah kanan.


i'm not perfec.

Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman Nizam tengok bola

Nizam memang suka tengok bola. Memang dari kecik abah Nizam dah jinakkan anaknya untuk meminati bola (bola sepak). Mana-mana perlawanan bola yang ada, confirm Nizam dan abahnya akan ada punya. Yang menjadi satu hal, abah si Nizam ni bukanlah nak memupuk minat Nizam untuk bermain bola tapi setakat nak menjadikan dia suka orang tengok bola. Memang satu langkah yang tidak bijak pakcik, tapi nak buat macam mana umur Nizam pon dah mencecah 32 tahun. dah tak sempat nak lentur apa-apa lagi dah. silap lentur boleh patah pulak nanti.

kalau dari kecik abah nizam mengajar dia main bola, mungkin dia boleh jadi 'terel' dan bermain untuk mana-mana pasukan super league kat Malaysia ni, setakat gaji Rm5 ribu tu senang-senang je boleh dapat walaupun dia jadi pemain 'simpanan beku'. Tapi, itu lah kalau tengok bola ni bukannya untung apa pun, jadi miskin sikit adalah. Nak tengok satu game je dah Rm10, kalau 10 game dah berapa?erm.. berapa ntah.

tapi Nizam dah tak kisah semua itu, minat dia tengok bola memang dah lama tersemat di dalam hatinya. nak cakap apa pun cakap la. tengok bola dalam tv lain sama sekali tengok bola live kat stadium. lagi-lagi kalau tengok bola sepak Malaysia, bagi Nizam, ia boleh menghilangkan stress di pejabat. mana taknya, kalau gol dah terbuka luas, sepak bola pon boleh melalut adalah masa yang terbaik untuk memaki hamun pemain. lepas maki hamun, Nizam akan tersenyum seorang diri. stressnya hilang.



kadang-kadang sampai pancit jugak nak maki hamun dan menjerit dalam stadium, mana taknya main lompat sana lompat sini, malas kejar bola dah cekak pinggang, tendang bola tak kena, tackle macam nak patahkan kaki orang, bila bawak bola tertinggal, passing team lawan dan asik-asik kena bawak strecther keluar walaupun tercedera sikit.. dia punya drama kalau kene tackle, guling-guling kalah cerita hindustan.. sakit macam nak beranak.

banyak pengalaman Nizam tengok bola ni. Perangai penonton memang macam-macam, kadang-kadang dia punya lawak memang tak boleh blah pun. hari tu masa Nizam tengok bola ada pakcik ni jerit kat seorang pemain pertahanan Malaysia kembar dua.


"rita mane rita?" , " dia ni lutut dah goyang ni kahwin dengan janda!" jerit pakcik ni kepada budak abang kepada adiknya yang mempunyai muka yang sama . memang betul pon apa yang pakcik ni cakap, sepak free kick macam sepak goal kick, ke laut.


Dulu dalam satu game ni, ada polis sound seorang pakcik ni sebab mulut dia bising sangat. kau tau pakcik ni cakap apa? "suka hati aku la aku nak jerit ke hapa, kat sini je tempat aku nak enjoy.Asek nak stress je, kerajaan rasuah, minyak dah mahal" betul punya marah pakcik ni, bila aku pikir-pikir balek betul jugak cakap dia. kat luar tu semuanya stress dan mendukacitakan belaka, masa tengok bola lah tempat golongan-golongan marhaen macam Nizam ni nak berseronok.


walaupun sampai begitu sekali dugaan dan cabaran tengok bola sepak tempatan, Nizam tetap setia. tak macam kawan-kawannya yang lain. diorang suka kondem Nizam kenapa tengok bola sepak Malaysia. kata mereka tak ada class lah, macam budak sekolah main la dan itu ini. Mereka layan English Premier League. bajet orang putih. dia punya die hard konon macam lahir kat Old trafford, Stamford Bridge je. Tanya je semua tau pasal team yang dia sokong tu, padahal kalau main bola boleh tahan huduh jugak rupanya.


"Mak tak kuase nyah.."

Main bola, tidur bola, tembak yahudi. baru betul!









Kepala anak kecil itu berkecai ditembusi peluru

aku hanya mampu marah sambil kaki dan tanganku terikat erat




i'm not perfec.

Monday, January 12, 2009

Komitmen

tadi sorang member aku bertunang, minggu depan pulak classmate aku masa kat sekolah dulu nak kahwin. sebok kami semua berjumpa kembali kawan-kawan sekolah nak passing kad jemputan kahwin sambil "catch up" cerita-cerita lama masa zaman kami pra SPM dulu.

tak habis-habis dengan ayat " Dah nak kahwin dan si _______(isikan tempat kosong) ni"

komitmen beb, pasal kahwin ni aku tak nak cakap apa.



hakikatnya..

kita membesar,

menyusu di pangkuan ibu dan berlari ke tadika pelajari ABC,

berseluar biru dan bertukar ke seluar hijau,

ke kuliah universiti yang membawa ke tempat kerja,

ke perkenalan hinggalah ke gerbang perkahwinan,

dari cahaya mata ke cucunda,

dan kematian adalah penamat segala-galanya bagi sebuah kehidupan


member kau nak kahwin dah, kau register subjek pon tak settle lagi untuk sem ni. apa cerita?









i'm not perfec.

Sunday, January 04, 2009

nama budak-budak zaman sekarang

Raya itu hari, aku beraya dengan keluarga di Shah Alam. dah 3 malam straight aku menghabiskan masa hingga ke waktu sahur lepak di Jalan Damai, dekat Ampang Park sana tu. Nak harapkan kedai Pak Arab je laa yang tak tutup. Kedai lain kebanyakkannya tutup, ramai yang dah balik ke kampung.

Pagi raya aku bangun. (jangan carik nahas bangun lambat pagi raya). Pergi sembahyang di surau, dekat saja dengan rumah aku. kalau ikut tahun- tahun yang sebelum ni, aku beraya di Masjid Shah Alam (masjid negeri). kalau terasa nak beraya di oversea, datang la ke masjid ni. Suasana macam Karachi, Dhaka dan Jogjakarta pon ada.

immigran ramai sangat. dari pintu masuk nak ke masjid saja paling koman pon dua kali aku kena tahan.


"bayya, bayya, ambil gambar kasi satu kali tangkap boleh?" mamat bangla dah dressup smart dengan sluar slack dan baju checkers suruh aku ambilkan gambar dia dengan lagi 10 orang kawan-kawan dia dengan berlatarbelakangkan air pancut masjid.

"nak bagi kat girlfriend dia kat kampung kot" kata aku dalam hati

takpe , aku layankan aje. snap!

Bangla, India, Indon semua ada. Spanish, Guatamalan n Swedish je yang aku belum jumpa lagi.

yang tak boleh belahnye, minah-minah Indon punya dressing. Semua stok berbaju kebaya, belah sana sini dan jarang-jarang nampak bra nampak coli. ye la, aku paham raya punya pasal mestila nak cantik-cantik kan, tapi ini masjid tempat orang sembahyang. respect la siket. nak seksi pon bertempat la.dalam bilik mandi ke, dalam neraka ke,stor ke, tepi longkang ke banyak lagi tempat. aku serious ni.

ini lah lumrah orang yang tak berkampung. Dulu havoc berkemas dan bersiap-siap nak balik ke kampung, naik van kemudian pajero dengan satu famili dengan beg-beg baju. Bila atas jalan raya, bukan nampak famili aku je, famili orang lain pon boleh nampak bergerak dengan kenderaan sendat nak balik beraya kat kampung. Dia punya feeling memang satu macam.

tapi dulu Shah Alam lagi sunyi, tapi makin lama makin ramai pulak orang yang beraya kat sini. ye lah, dah beranak cucu. Shah Alam ni dah jadi kampung aku dah. sejak lahir sampai lah ke hari ni. dah 10 tahun dah!


hanya mereka yang puasa cukup dibenarkan beraya kat rumah aku.


Balik dari sembahyang raya dan selepas aktiviti itu dan ini (you know what), aku lepak tengok tv jap. layan CNN.. ada orang datang. saudara abah aku yang automatiknya saudara aku jugak. ramai anak-anak dia, makin tahun makin bertambah ahli keluarga dia. dari beraya berdua dengan isteri dengan motorsikal, dah ada anak tukar ke kancil, tukar ke Proton Juara bila dah bertambah lagi , kali ni dah naik Estima dah. tahun lusa naik keretapi agaknya datang beraya.


masa tengah tengok tv...


"adik kau yang kecik ni sapa nama dia, tahun lepas tak nampak pon?" tanya aku kepada abang budak kecik ni.

"tahun lepas dia baby lagi, sekarang dah pandai jalan." balas abang budak kecik ni

"nama dia apa?" aku tanya balik

"Alexander Danial" dengan gagah abang budak kecik tu menjawab.

"Pergh! Alexander Danial? hebat betul nama dia. Nama kau John Ape pulak?"

"eh takdelah, nama saya Muhamad Amin"

"mak yang nak nama ni" abang budak kecik ini menyambung lagi.





amacam? nama anak kau orang apa pulak?




home made cheesecake di pagi raya (oleh Kekaseh Hati ;-)


Skuad terjah raya rumah orang kat kampung




i'm not perfec.