pukul 6.45 pagi, Husni dah mula menggelabah.
'mati aku...dah lambat sangat ni" kata Husni, walaupun baru darjah 2 tapi dia sudah ingat mati. bagus.
Sepantas Caldina, Husni mencapai towel dan berlari menerjah bilik air. Dia mandi ala kadar hari tu, kalau dah memang situasi genting seperti "ala kassim, mak mintak maaf kassim" memang dah terlalu lambat kalau nak menyesal.
siapa suruh layan Smart Shop sampai pukul 2 pagi. Setakat Sepit rambut Kayla Beverly Hills dan Nasha Aziz mempromosikan "Ab Flex' itu pon Husni sanggup tidur lambat. Zaman itu, itu aja yang paling best nak layan, astro , mega tv semuanya tak ada lagi. kalau ada boleh lah layan Uefa Champion League ka, Tom tom bak dan Vaan.
6.46 pagi (amacam? cepat tak dia mandi?) Husni tgh pakai baju dan sempat sarung beg sekolah, stokin dah pakai, seluar je belum, kelakar jugak rupa dia masa tu. Punyalah kelam kabut Husni pagi tu.
"pin, pin!!" bunyi van achik, van sekolah yang Husni naiki dah menunggu kat depan rumah, sarat dengan budak-budak yang tengah termenung memikirkan kenyataan mereka kena pergi sekolah pagi-pagi dan tiap-tiap hari.
"sekejap, sekejap!!" jerit Husni dengan harapan Achik van tu memahami keadaannya yang mendesak itu. Bajet macam dengar je Achik Van tu. Situasi macam ni pagi-pagi memang pantang untuk Achik Van tu, leceh dan membuang masa.
"pin!!! pin!!!" kali ini, bunyi honnya lagi garang dari tadi.
Husni make sure dia pakai seluar. Dah kelakar sangat kalau berlari masuk dalam van dengan semua lengkap kecuali seluar sekolah. Husni lompat nak menuruni tingkat dua rumahnya melalui tangga , tak sempat dia nak menjejak kesemua anak tangga, dah macam cerita kung fu Hong Kong berlawan atas pokok gayanya.
Tak sempat nak breakfast sebab Achik Van dah mula me rem rem vannya. Dah peringkat tak boleh berkompromi lagi dah ni. Di honnya buat kali terakhir barang kali. "PIN!!! PIN!!!"
Mak Husni pon satu hal, ntah apa pasal tiba-tiba boleh pulak dia masak Spaghetti Carbonara dengan Roasted Turkey pagi tu. Husni hanya sempat mengambil bau yang enak dari masakan ibunya pagi tu. Sambil air mata menitis menjatuhi pipi, Husni seraya berkata "i love you ayam belanda" tanpa dia menoleh kebelakang lagi.
Dia pantas memakai kasut, dan berlari masuk ke dalam van sambil nafasnya tercungap-cungap. Lega... yang penting Husni tidak ketinggalan van hari itu. kalau tertinggal boleh jadi nahas buat Husni sebab bapak dia memang tak into dengar cerita anak tak pegi sekolah.Bapak Husni garang.Mampus Husni kalau bapak dia ajak sparring. Bapak dia dulu masuk tekwando, sekarang pakai tali pinggang Alien Workshop. Agak-agak kau siapa menang kalau lelaki berumur 38 tahun ajak budak umur 8 tahun berlawan?
Dalam van, Husni rasa something wrong dengan kaki dia. Rasa pelik sangat, rasa tak selesa di bahagian depan kakinya.Dia kemudian tersedar, apa yang tak kena pada kaki kirinya..
"damn you Smart Shop!!" jerit Husni.
Hari itu Husni sangat pasif dalam kelas dan rehat pon sorang-sorang. Selain daripada berasa pelik, boleh jadi malu besar kalau orang tau hari itu Husni pakai kasut dua-dua belah kanan.
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment