Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman Nizam tengok bola

Nizam memang suka tengok bola. Memang dari kecik abah Nizam dah jinakkan anaknya untuk meminati bola (bola sepak). Mana-mana perlawanan bola yang ada, confirm Nizam dan abahnya akan ada punya. Yang menjadi satu hal, abah si Nizam ni bukanlah nak memupuk minat Nizam untuk bermain bola tapi setakat nak menjadikan dia suka orang tengok bola. Memang satu langkah yang tidak bijak pakcik, tapi nak buat macam mana umur Nizam pon dah mencecah 32 tahun. dah tak sempat nak lentur apa-apa lagi dah. silap lentur boleh patah pulak nanti.

kalau dari kecik abah nizam mengajar dia main bola, mungkin dia boleh jadi 'terel' dan bermain untuk mana-mana pasukan super league kat Malaysia ni, setakat gaji Rm5 ribu tu senang-senang je boleh dapat walaupun dia jadi pemain 'simpanan beku'. Tapi, itu lah kalau tengok bola ni bukannya untung apa pun, jadi miskin sikit adalah. Nak tengok satu game je dah Rm10, kalau 10 game dah berapa?erm.. berapa ntah.

tapi Nizam dah tak kisah semua itu, minat dia tengok bola memang dah lama tersemat di dalam hatinya. nak cakap apa pun cakap la. tengok bola dalam tv lain sama sekali tengok bola live kat stadium. lagi-lagi kalau tengok bola sepak Malaysia, bagi Nizam, ia boleh menghilangkan stress di pejabat. mana taknya, kalau gol dah terbuka luas, sepak bola pon boleh melalut adalah masa yang terbaik untuk memaki hamun pemain. lepas maki hamun, Nizam akan tersenyum seorang diri. stressnya hilang.



kadang-kadang sampai pancit jugak nak maki hamun dan menjerit dalam stadium, mana taknya main lompat sana lompat sini, malas kejar bola dah cekak pinggang, tendang bola tak kena, tackle macam nak patahkan kaki orang, bila bawak bola tertinggal, passing team lawan dan asik-asik kena bawak strecther keluar walaupun tercedera sikit.. dia punya drama kalau kene tackle, guling-guling kalah cerita hindustan.. sakit macam nak beranak.

banyak pengalaman Nizam tengok bola ni. Perangai penonton memang macam-macam, kadang-kadang dia punya lawak memang tak boleh blah pun. hari tu masa Nizam tengok bola ada pakcik ni jerit kat seorang pemain pertahanan Malaysia kembar dua.


"rita mane rita?" , " dia ni lutut dah goyang ni kahwin dengan janda!" jerit pakcik ni kepada budak abang kepada adiknya yang mempunyai muka yang sama . memang betul pon apa yang pakcik ni cakap, sepak free kick macam sepak goal kick, ke laut.


Dulu dalam satu game ni, ada polis sound seorang pakcik ni sebab mulut dia bising sangat. kau tau pakcik ni cakap apa? "suka hati aku la aku nak jerit ke hapa, kat sini je tempat aku nak enjoy.Asek nak stress je, kerajaan rasuah, minyak dah mahal" betul punya marah pakcik ni, bila aku pikir-pikir balek betul jugak cakap dia. kat luar tu semuanya stress dan mendukacitakan belaka, masa tengok bola lah tempat golongan-golongan marhaen macam Nizam ni nak berseronok.


walaupun sampai begitu sekali dugaan dan cabaran tengok bola sepak tempatan, Nizam tetap setia. tak macam kawan-kawannya yang lain. diorang suka kondem Nizam kenapa tengok bola sepak Malaysia. kata mereka tak ada class lah, macam budak sekolah main la dan itu ini. Mereka layan English Premier League. bajet orang putih. dia punya die hard konon macam lahir kat Old trafford, Stamford Bridge je. Tanya je semua tau pasal team yang dia sokong tu, padahal kalau main bola boleh tahan huduh jugak rupanya.


"Mak tak kuase nyah.."

Main bola, tidur bola, tembak yahudi. baru betul!









Kepala anak kecil itu berkecai ditembusi peluru

aku hanya mampu marah sambil kaki dan tanganku terikat erat




i'm not perfec.

No comments: