Subang Jaya, 21 Oktober 2009 10.33 pagi (parking McDonald)aku dan kawan-kawan berkumpul kat McD dekat dengan Subang Parade tu. Kami gerak satu kereta sahaja . Kereta aku, kancil Standard LNBS. Kami hendak pergi Ipoh, sebab orang Ipoh kata sana best.
Tepat pada pukul 10.47 pagi kami gerak ke Ipoh. Janji nak bertolak pukul 10 pagi, tapi standard la Melayu kan, si Akmal datang terkedek-kedek dengan alasan ikut emak pergi pasar yang buat dia lambat. Ape dia ingat kitorang ni budak darjah 1 Melur ke apa nak termakan dengan alasan macam tu. Bagitau je la baru balik Cynna semalam.
Ipoh, 21 Oktober 2009 11.15 pagi (Tol Ipoh Selatan)Sekejap gila dah sampai ipoh? rasa macam 2 jam duduk dalam kereta. Tapi memang kami sampai pukul 11.15 pagi pon. Tapi bila tanya kat Sidek dan Akmal diorang kata sekarang dah pukul 2 petang. Itu bermakna jam aku salah. Damnit!. Jam beli kat Uptown memang tak boleh percaya. kena tukar bateri ni.
Ipoh 21 Oktober 2009 12.03 Tengah hari (Kinta City, depan Infinity)Tiba-tiba terdengar muzik Dangdut dengan bunyi "dag, dig, dug" nyanyian kumpulan Eva kalau tak silap.
Dari mana datangnya bunyi ini, kami kehairanan. kami mencari-cari dari mana asalnya lagu itu.
Rupanya dari perut si Akmal.
"Piirah! kata Bunkface? Indie lah ape. Ape cerita lagu dangdut yang keluar ni?" Jerry mengherdik Akmal. Seorang mamat yang mengaku dirinya Indie hardcore malaysia. Siap fuck Hujan lagi katanya.
" Aku lapar ni beb. tak boleh blah dah ni" Akmal mengadu
"Jom makan kat kedai member aku, nama dia Razak. Orang kata popular betul Mee Rebus Razak dia tu. Aku pun dah lama tak jumpa dia" aku mengajak
Ipoh 21 Oktober 2009 12.33 petang (Kedai Mee Rebus Razak)Suasana kedai itu memang sesak dengan orang. Nak carik parking pun memang berjanggut. Nasib baik aku bawak gillette. Sempat jugak cukur.
Nak masuk kedai tu je, memang dah beratur dah orang. Sempat jugak kami tengok adegan berbalas tembakan dan lontaran bom akibat daripada insiden pergaduhan kerana potong barisan di kalangan pelanggan. Dapat dilihat ada yang sanggup bergadai gelang tangan dan cincin emas demi mendapatkan kedudukan barisan yang hadapan.
Darah berlumuran dengan jeritan anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka yang bergadai nyawa demi mendapatkan sebungkus Mee Rebus Razak.
Oleh kerana tidak mahu merisiko kan nyawa kami, tambahan pula minggu depan Manchester United menentang Liverpool, kami beratur.
Ipoh 23 Oktober 2009, 2.13 petang (Kedai Mee Rebus Razak)"lagi seorang customer...." aku berkata dalam hati
Berbaris untuk dua hari ternyata bukan sesuatu tugas yang boleh dipandang enteng. Struktur kaki dan lutut yang jitu diperlukan disamping keazaman, tekad, redha dan ketabahan beratur di dalam barisan.
Jerry dan Akmal dah tersengih antara satu sama lain. penantian mereka akhirnya berbaloi. Perut Akmal tak usah cerita la, dah bermacam lagu dangdut yang kedengaran. Dah macam konsert sambutan seratus tahun dangdut yang menyatukan semua artis-artis dangdut dan lagu-lagu terbaik mereka. Sebut sahaja Amelina, Inul, Eva, Sheeda, Leina Hangat, Rhoma Irama, Iwan dan ramai lagi dah menyanyikan lagu mereka.
Jerry yang berdiri di belakang Akmal sepanjang 2 hari tu dah naik hafal dengan lagu yang dimainkan oleh perut Akmal.
Ipoh, 23 Oktober 2009 2.33 petang (Kedai Rebus Razak)" ye dik, nak makan ape? Makan?Bungkus?" Tanye makcik yang menjual mee itu
"Mee Rebus 3 makan" jawab aku lapar
"Okay nak" makcik tu menjawab
"Razak mana mak cik? sudah lama tak jumpa dia. maju betul kedai dia ni ye. Dulu saya satu kelas dengan dia masa kat Sekolah Pendidikan Khas dulu"
tiba-tiba makcik itu mula menangis, bermula dengan air mata yang jatuh satu persatu, akhirnya teresak-esak dia menangis dan meraung-raung macam mati suami.
owh, padan la. tengah potong bawang rupanya sambil menumbuk cili.
"Razak kau....betul ke kau kawan dengan dia nak?" mak cik tu mintak kan pengesahan
" betul makcik, tak kan la saya nak tipu. Ini bukan rancangan Just Kidding" aku berceloteh bajet kelakar.
" Razak kau dah lama tak ada..." makcik itu menangis, kali ini bukan dengan bantuan bawang ataupun cili.
"apa?!!"aku terkejut
"jeng jeng jeng" bunyi dari mulut dua ekor budak ini menyampuk
"Dah 3 tahun dia mati. Mak cik sedih nak. Tapi disetiap kejadian itu, pasti ada hikmahnya nak. Semenjak Razak mati, perniagaan kami maju. Sebab itu mak cik tak berapa sedih sangat. Mak Cik plan nak angkat Mercedes CLS bulan depan" mak cik itu menceritakan kepada aku
" Kat mana kubur dia mak cik?" Aku ingin tahu
Tiba-tiba makcik itu dengan menggunakan senduk kuah menyenduk dalam periuk besar kuah mee rebus itu
" Nah, ni ha Razak kau" kata mak cik itu sambil menyenduk keluar kepala Razak dari periuk itu
"gulp.." aku terkesima
"ha.. ini lah secret recipe mee ini. Anak jangan bagitau orang lain ye. Sebab tu lah namanya Mee Rebus Razak, cubalah.." Kata Mak Cik dengan mesra
Ipoh 23 Oktober 2009, 4 petang (Kedai Mee Rebus Razak)Kelihatan sekumpulan Forensik dari Polis Diraja Malaysia turun dari sebuah Pajero. Mereka berjalan masuk di dalam kedai tersebut sambil membuat gaya perbualan serius tentang kerja.
Cis, diorang pi pekena Mee Rebus rupanya.
Ipoh 23 November 2009, 3 petang (Pusat Jualan Kereta Kah Wing Motors) Dilaporkan Mak cik yang menjual mee rebus itu telah berjaya memiliki Mercedes CLS impiannya dan juga 3 Audi TT untuk pembantu kedainya yang berwarga negara Indonesia.
Cis lagi...
i'm not perfec.