Rokok. Rasa dia memang tak sedap langsung.
ada satu cerita ni. cerita cinta
Kamil suka kat Gina. mereka satu sekolah. Walaupun Kamil ini di dalam tingkatan 4, tetapi dia masih lagi lembab bila nak menyelesaikan soalan matematik. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan operasi bahagi. Operasi ponteng sekolah pandai pulak dia.
Jadi, disinilah Gina memainkan peranannya di dalam mencuri hati Kamil. Gina tak pernah lesu untuk membantu mengajar Kamil memahami matematik. Setiap kali Kamil, tak faham.. Gina akan datang membantu. Sampaikan buku latihan Kamil pun Gina yang tolong periksa. Kalau betul, Gina akan tandakan 'right' kalau salah Gina akan tandakan pangkah sebagai tanda salah.
Lupa pulak nak cerita, Gina ni cikgu matematik Kamil.
Lepas mintak 'couple', Gina selalu dilihat bersama Kamil selepas sekolah.
Kamil adalah gengster sekolah. kalau ikut cerita Highschool Hollywood "Girls dig bad boys in school". itu pernyataan yang Kamil ikuti. Sebab itu dia berlagak seperti gengster. Curi karipap, conteng buku budak baik, letak kapur kat atas kerusi budak lain, main sep tiang, dan nama dia paling kerap kena tulis sebab buat bising bila cikgu tak ada.
Kamil hisap rokok. Gina tak suka. tapi Kamil selalu buat tak kisah sebab Gina pun hisap rokok juga, cuma Gina tak suka Kamil yang hisap rokok.
Satu hari Gina bagi Kamil satu ultimatum. Kamil tak nak. Dia kata dia nak Taro.
Gina pulak tak faham.
Kamil kata dia nak Ultraman Taro. Ultimatum tu Ultraman apa?
Gina tepuk dahinya yang jendul itu. Dia baru tersedar yang dia sedang menghadapi kenyataan bahawa dia sedang berurusan dengan budak berumur 15 tahun.
Gina tahan sabar.
3 minit selepas itu..
Gina tak boleh tahan sabar.kalau Sabariah budak kelas sebelah boleh lah dia tahan dari pergi tandas pada waktu mengajar.
Gina malas nak cerita banyak, akhirnya Gina mintak clash.
Kamil tak dapat nak terima kenyataan. Kenapa Gina mintak clash?
Selepas beberapa minit barulah Kamil tersedar yang dia tak 'declare' lagi dengan Gina.
Cikgu pun perangai dah macam budak-budak.
*************************************************************
berbalik kepada cerita rokok tadi yang sekarang ini ada banyak perisa.
kalau dulu ada satu perisa tapi banyak peringkat.
Light, Mild and premium. Ada jugak yang jenis suka berangin dan berasap. Itu orang panggil Menthol.
Tapi tahun ini sudah lain. ada tambahan perisa.
sekarang sudah ada perisa paru-paru, kaki, kerongkong, dan bayi.
sekarang kalau dekat kaunter. Lu dah boleh mintak
"mamak, Dunhill 14 perisa paru-paru satu"
tak pun
"perisa kaki ni tak sedap la.. perisa kerongkong kau ni sedap tak?mintak 3 batang"
mungkin aku salah tafsiran.
mungkin ini tafsiran yang betul
Hamid rasa sesak nafas, dia pergi kedai dan membeli rokok yang ada gambar paru-paru untuk melegakan pernafasannya
tak pun
Esok adalah perlawanan final pertandingan bola sepak piala datuk bandar. Kaki Rizal sakit pada bahagian buku lali. Dia pergi mendapatkan Winston merah yang ada gambar kaki untuk memulihkan prestasi dan mengembalikan tendangan bola tanpa bayangannya.
tapi, kepada semua perokok..
BERHENTI WEI!
Nik Aziz pun dah cakap macam-macam dah sekarang ni.
(aku tau korang tak dengar punya)
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
8 comments:
perokok legih hina dari lembu..hahaha...btol x?
silap "lebih"..hehe
sadis!
kalau lembu tebuang air besa sambil lintas jalan, perokok macamane? sambil jugak ke atau lintas jalan dulu.......... hehehe
didi! jawab!
lembu xterbuang air besar..sebab tu memang dia nak buang..kalau manusia time kat skola rendah dulu ade la yang terbuang air besar dalam seluar..hahaha..lembu saje je nak dengki mercedes E class yang slalu bawak laju kat kawasan dia..sebab tu berak tgh lintas or tgh jalan..ok?
rasa nak mengandung, isap rokok perisa bayi pramatang. gila! ahahaha.. peh nak muntah.
itu la pasal. sekarang ni kalau isap rokok, lu boleh pileh kanser ape lu nak?kanser tekak?kanser paru-paru?kanser kaki? terbaek ke ape?
Post a Comment