Sunday, March 22, 2009

Champione

Post ini memang khas untuk satu-satunya aset yang paling banyak berjasa dan berkhidmat kepada aku iaitu seekor kancil


aku dapat kancil ni memang dah lama. Dah masuk 5 tahun dia berkhidmat untuk aku. Bawak aku balik kampus, pergi kelas, kadang-kadang otw pi kelas pon boleh jadi tak jadi sebab aku ambil keputusan nak lepak kat kedai mamak pagi-pagi sebab nak baca surat khabar punya pasal.

walaupun kancil ini standard biasa, tak ada nak modified apa-apa.. tapi kalau nak modified pon aku nak modified apa. kalau dah kancil berlagak seperti kancil sudah. Ini bukan wira tapi Subaru Impreza wanna be.


selain daripada kereta ini dah habis bayar, penggunaan minyak pula sangat ekonomi.

Pertama sekali, kita kena terima kereta kita seadanya. Kalau laju dia itu, maknanya itu sajalah kelajuannya. Kalau kita tak boleh terima kondisi dan kapasiti kereta kita, itu sebab lah kereta tu ubah sana-sini. dah elok tinggi pergi lowered kan, dah jumpa 'bumper/hump' baru nak terkedek-kedek nak serong kereta.

kalau nak komen pasal kereta modified ni memang banyak kerja. tapi setahu aku, orang yang modified kereta ini rata-ratanya tak tahu apa pun pasal kereta. Kalau dia tau, tak akan mungkin dia modified kereta dia.

walaupun kancil aku ini boleh dianggap picisan sahaja di jalan raya, tapi meh sini aku nak cerita tentang apa yang kancil aku dan aku telah capai.

Reputasi kereta ini memang cemerlang. Aku tak pernah risau nak bawa kancil ini. Masalah kerosakan memang jarang jarang sekali. tak ada masalah tingkap tak naik, gearbox rosak dan banyak lagi macam kereta-kereta lain.

dari segi jasa, memang banyak. kalaulah dia ni manusia memang dah boleh sangat nak dapat pangkat Tan Sri, kalau dapat Tun pun orang tak heran.

-bawak aku bergerak dari point A ke Ampang point
-pergi kelas
-pergi ponteng kelas
-balik kampus ( pergi mampus setakat ni tidak ada lagi)

-pergi ambil donut dan hantar tray donut. (rekod setakat ini ialah 22 tray)

masa orientasi kat kampus memang paling banyak berjasa kat kolej aku
-budak-budak yang orientasi yang sakit itu ini (kaki melecet, sakit tulang belakang, demam, pura-pura demam) semuanya naik kereta aku nak bergerak.

-pukul 2 pagi budak telefon suruh bawak budak kene histeria kat blok perempuan pun pernah. macam tak ada ambulans kat kampus aku.
-budak-budak pinjam bawa awek pergi dating pun pernah. banyak jugak la couple ni. ada yang dah clash dan ada jugak yang dah kahwin. kau bayangkan lah kalau tak ada kancil ni, macam mana nak jumpa awek, bawak pergi dating dan mintak "couple".

-bawak budak pergi pasar sebab malam ada yassin floor.
-ambil dan bawak budak dari stesen komuter dan mana-mana perhentian pengangkutan awam tak usah cerita. beratus kali dah. (naik teksi mahal lah, beg berat, hari panas, nak tunggu bas lama)

Jalan kat Malaysia ni dari hujung ke hujung kancil ni dah jejak

Sintok, Kedah. lagi 10 Km Thailand
-kenduri kahwin kawan aku kat UUM. gerak pukul 12 tgh hari, pukul 8 malam sampai dan terus shoot balik gerak pukul 11 malam dan sampai pukul 6 pagi.

Johor Bahru
-itu hari aku ada satu interview kerja (yang pertama) kat Senai. Itu pun selamba aku redah. dah nak balik KL baru check minyak hitam tinggal nyawa-nyawa ikan. tak jadi masalah.

kalau nak cerita banyak lagi, boleh menimbulkan perasaan bongkak dan riak yang amat sangat.

Pendek cerita, memang kereta ini yang paling Champion.

Lu punya Volkswagon Golf GT ada ke rekod semacam ini?

Morale of the story: Jangan tanya bila aku nak tukar kereta, kerana aku tak akan belot 'kancil' yang berjasa.


Champion

i'm not perfec.

10 comments:

FAR said...

betul3... yang waja perasan nak jadi evo... yang kelisa perasan nak jadi mini cooper... please lahh...

btw aku pon rasa sama mcm kau... kereta dah habis bayar, tak banyak ragam, minyak murah, banyak jasa... sayang sangat kat kereta sendiri! haha

armyzonovic said...

wakakaka. bagus2. boleh dimasukkan dalam majalah kereta ini. analisis kepenggunaan & memorial.

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

Ha! baru lah seronok ade orang komen!


yeay ye


Sayang beb aku dengan kancil aku ni!

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

itu dunkin kat tol sungai besi kan?

apsal hitamkan no plet. kalau jumpe boleh main hon.

hafidz arifin said...

ha ah. aku jual donut tu kat kampus.\

kalau kau 'gadis' mungkin aku akan bagi tau nombor telfon teros.

cam gay pulak nanti maen hon-hon. haha

diDy said...

haha..kete tu berjasa mase buat shooting kat fakulti tu..buat2 rosak..padahal xrosak..haha..

Anonymous said...

haha, this one is good. i like..

ps: you WILL buy a new car tapi this one tak payah laa jual. hehe

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

yeah, i like to dream that way. keep this car and have another one.

this car ade banyak sentimental value wo

Angah Jaja said...

kancil ko mmg terbaek ude...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.