Saturday, May 30, 2009

Revisited : Temuramah bersama seorang penebar roti canai



Eric joe Si penebar Roti sedang beraksi

Saya(Hafidz Arifin) ; apa khabar enche'?
Penebar roti (PR) ; sini surat khabar tada.sana juga ada jual.
saya ; saya tanya, apa khabar la. how are you?
PR ; owh, sori tada dengar. i'm wonderful as always thank u. i'm 26 and still single.
saya ;(ape menggelabah mamat ni?) sudah brapa lama berkecimpung dlm industri menebar roti canai?
PR : sejak emak kasi angkat saya keluar saya suda mula ini buat roti punya. (maksudnye sejak lahir laa tu)
saya ; owh lama juga ya. dimanakah encik belajar menebar roti canai.
PR : saya tada belajar juga. cekgu juga tada. sindri juga belajar.
Saya ; wah, hebat betul!
PR ; biasala.. kalu adik hensem mahu tahu. ini lah yg dinamakan sebagai 'bakat'. satu hari saya mimpi juga ada. esok pagi saya secara otomatiknya diterima berkerja sebagai penebar roti canai profesional.ini restoran.
saya ; sedap tak encik roti yang encik tebarkan ini?
PE ; hey, adik kicci. tengok tangan yang menebar la. sudah tentu la sedap sehingga menjilat dinding.
saya : mwahahaha, fani la yu.
PR : memang saya fani.itu saya tau.
saya : apekah yang perlu ada bagi seorang penebar roti canai.
PR : selain dari itu skill2 menebar. penjagaan bulu2 tangan juga perlu diambil perhatikan (diambil perhatian). tada orang pernah order itu roti canai bulu. itu pasal laa saya menggunakan Hair Conditioner Bo*y Shop. ia membantu menguatkan akar,di samping menjadikan bulu tangan saya selembut sutera. bulu saya itu.. sperti melambai2 juga ada.
Saya: owh i see. apekah skill2 menebar roti canai yg encik ada?
PR : saya itu, berkebolehan membuat trick handslide fakie to oli switch manual. selain dari itu juga saya sudah pandai membuat trick " tebaran roti tanpa bayangan peringkat semi final".
saya: wah, hebat tu! tepuk sikit. clap,clap,clap
PR : tenkiu laa adik kicci. bikin saya malu saja. hehe.kasi tepuk kuat sikit.
Saya ; trick yg sedang incik belajar ialah...?
PR : itu trick " handstand on a hot sizzling Frying Pan". ini trick sangat susah punya. suda banyak kali try laa itu handstand atas ini kuali.
Saya: owh begitu, saya yakin encik mampu membuatnya satu hari nanti.
PR : i hope so.
Saya ; terima kasih laa kepada encik Eric Johnston kerana sudi ditemuramah.
PR ; tada hal la adik kicci. i'll see u next time. taking care and keeping in touching.
Saya ; okey, bai bai.
PR : Bye2.nite2.



i'm not perfec.

Friday, May 29, 2009

Pengalaman Romzi pergi kenduri kahwin

Hadi berjalan segak menuju abangnya, Romzi yang sedang mencangkung menunggu di hadapan rumah. Sekilas pandang dah macam Zack Effron gayanya, berjalan penuh dengan gaya sambil memakai Tuxedo hitam berkilat.

Di suatu sudut yang jauh, kelihatan si abang bangun lantas memarahi adiknya. Hadi berlari masuk balik ke dalam rumah sambil matanya bertakung dengan air.

"apekejadah budak ni pakai tuxedo tengah hari buta macam ni. Dia ingat ni Cardiff ke apa, ini Segamat la. " kata Romzi dalam hati.

"Cepat lah sikit, tembel!" jerit Romzi yang dah penat menunggu di "combo" kan lagi dengan perasaan lapar.

Terkebil-kebil Hadi keluar dengan baju corak bunga raya warna kuning dan seluar Kiki Lala orang bagi yang berwarna hijau. Baru lah 90's, kena dengan gayanya.

Mereka berjalan gigih beratapkan langit yang panas ke sebuah kenduri kahwin jiran. Nampak sangat lapar tahap Somalia. Mak ayah pergi balik kampung, mereka tak ikut sebab nak pergi kenduri kahwin yang ini.

Romzi nak cepat bukannya apa, dia sudah janji dengan Afida untuk datang ke kenduri itu. Afida adalah gadis pujaan hatinya. Kira macam baru nak fling fling la. baru nak kenal-kenal kata orang. Afida ni pon boleh tahan jugak suka pada Romzi. Entah bunga raya siapa entah yang dia rembat dan sisipkan di rambutnya. bajet si Romzi akan lebih terpikat dengan bunga raya merah di rambutnya yang jegang itu.

Romzi dan adiknya sampai. Potong stim betul la si Hadi ni, nak tak nak si Romzi kene bawa juga adiknya ini, mati tak makan pulak kang.

Kelihatan Afida dah menunggu di Meja sambil dua pinggan nasik yang sudah sedia tercedok dengan nasik dan lauk-lauk orang kahwin.

Malangnya meja itu juga dipenuhi oleh sebuah keluarga yang sarat dengan 6 orang anak baya-baya si Romzi dan Afida ini. Nak buat macam mana, ini bukan Hotel Ritz Carlton boleh duduk sorang-sorang.

Tanpa berlengah-lengah, Si Romzi dan adiknya duduk. Hadi dah tak fikir panjang, terus menyuap nasi ke mulutnya. Walhal si Romzi duk tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu sambil jari telunjuknya melukis-lukis bentuk bulat di atas meja.

Afida ni pon boleh tahan gatal juga, dia pun sama tersengih-sengih sambil malu-malu menyuap sebutir demi sebutir nasi ke mulutnya. Rasa macam nak lempang budak dua ekor ni pon ada.

Romzi" Awak apa khabar?" tanya Romzi memulakan dahulu..

Afida " kita... sihat.. hehe. Awak pula?"

Romzi" kita pun sehat jugak, awak?"

Afida" Kita pun sehat jugak, awak sihat?"

Romzi" Sihat, awak sihat?"

Afida"kita mestilah sihat, awak sihat jugak ke?"

Romzi" Sihat, awak sihat?"

Setelah 5 minit, barulah si Romzi menukar topik.

Romzi" Awak...cuba tengok tu..itu.."

Afida "itu? tu apa?"

Romzi" tu.. tu.. tunang! hehe"

Afida " kelakar laa abang ni..eh abang pulak, ihihiii..sowie"

Romzi" nak panggil abang pon tak apa, ihihihihiii..."

Kedua- dua mereka tergelak. Si hadi menjeling sambil menghabiskan suapan terakhirnya. Dia pasrah kerana mempunyai abang yang macam ni. Yang lagi sedih, ada jugak gadis yang nak kat abangnya. Ayat memang tak boleh blah.

Romzi dari tadi dahaga. Dia nampak air sirap atas meja. Bekas air itu nampak memanggil-manggil dengan warna merah air sirap di dalamnya. Ada ais sejuk pulak tu, berkondensasi lagi. Sambil membuat lawak-lawak tahap satu yang memang tak kelakar kepada si Afida, Romzi menuang air ke dalam gelas untuk mereka berdua.

Mereka berbual-bual lagi, lama mereka berbual, sampai pengantin pun dah mengandung anak pertama. Afida mengambil gelas itu dan minum. Tiba-tiba, kenapa dia terasa macam ada rasa kari dan nasi sikit di dalam minumannya itu. Rasa terung dan rasa jari jemari orang pon ada.

Afida kehairanan. Dia bertanya kepada Romzi dan menyuruh Romzi merasa air yang dituangnya tadi. Romzi pon meminum air itu... betul, dia pon terasa seperti ada acar buah, tulang ayam, dan daging masak rendang.

Hadi yang dari tadi diam, tiba-tiba bersuara..

" Bro, lu nak bercinta, bercinta la .. tapi agak-agak la tuang air basuh tangan dalam gelas, siap minum pulak lagi tu. Malu beb! haduimak.. foul la.."


P/s: aku pergi kursus 2 minggu ni. doakan aku kurus

take care weih!





i'm not perfec.

KisahTamrin The Finale

Perhatian: Sila hayati dahulu kisah berepisod ini dengan membaca postings yang terdahulu untuk memahami dengan lebih lanjut. Kalau tak paham-paham jugak, sila bersedih kerana kekurangan anda menghayati kisah komedi romantik seram aksi ini.

Kisah Tamrin 1
Kisah Tamrin 2
Kisah Tamrin 3


Jauh di satu sudut lorong yang gelap, tempat itu terlalu jijik dan busuk untuk diceritakan................(Penulis pergi tandas jap.. muntah hijau. sebab mendalami sepenuh jiwa dan raga kisah ini)

Noreha kelihatan duduk bersandarkan salah satu daripada beribu dinding blok bangunan yang terdapat di New York. Air mata Noreha tidak henti-henti mengalir membasahi pipi. Hatinya sedih, sedih dan sayu. Dia memikirkan nasib dan masa depannya keseorangan merempat dan putus asa untuk terus hidup di negara itu. Kadang-kadang Noreha menanyanyi, untuk mengubat kesepian dan menghilangkan sekejap kehibaan yang melanda dirinya.

"Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang benderang" nyanyi Noreha. Walaupun busuk dan tak mandi, Noreha bernyanyi bersungguh-sungguh sambil menari street dance kalah Stacy.

Ada lah dua tiga orang lalu lalang yang berhenti menyaksikan persembahan Noreha. Walaupun terpaksa menutup hidung dan muntah-muntah (muntah sebab mengandung pon ada) dek kerana kebusukan Noreha yang melampau, mereka masih setia menonton persembahan Noreha.

Kadang-kadang ada jugak Noreha menanyi lagu rancak yang lain

"Mari tuan-tuan dan puan-puan
Jangan malu jangan segan
Ikut langkah gerakkan badan
Mari berjoget
Cik adik dan cik abang
Ikut rentak berkumandang
Hati gembira rasa riang
Mari berjoget" sambil menari dengan lincah dan menghiburkan.

Sedar tak sedar, orang ramai yang lalu lalang banyak yang berhenti dan menengok persembahan impromptu Noreha. Makin hari makin ramai yang datang menonton. Ada yang mencampak kan duit syiling ke dalam topi Noreha. Yang peliknya, mereka yang sedang demam campak pon tidak ketinggalan mencampak kan duit syilling kepada Noreha. Yang campak syabun dan shempoo pon ada. Nak suruh Noreha mandi lah tu.

Hari makin hari, beribu-ribu umat manusia datang menonton persembahan Noreha. Bermula daripada persembahan jalanan yang tiada pentas,penari, props dan lampu lip-lap sampai lah hari ni pon tak ada lagi benda tu semua. Noreha masih lagi membuat persembahan macam biasa, cuma hingga hari ini nampak lah sikit Noreha ni nampak mandi sikit, bau pun wangi dan ada jugak dekat 4-5 orang yang menawarkan diri menjadi penyanyi latar.

Nampak sangat orang New York suka dengan persembahan Noreha. Mereka nampak kelainan yang ada pada Noreha. Ini kerana mereka sungguh tertarik dengan nanyian Noreha di dalam bahasa Melayu. Ada jugak yang fanatik tu, bersusah payah mempelajari bahasa Melayu bagi "menggali" pemahaman lagu yang dibawa oleh Noreha. Sampaikan ada juga mereka yang berkebolehan bernanyi bersama Noreha ketika membuat persembahan. Mereka mendapati Bahasa Melayu amat sesuai di dalam nyanyian lagu.

Noreha makin seronok bernyanyi. Dia dilamar oleh seorang homeless untuk mengahwininya. Dah kaya, siapa yang tak nak ye ndak? dengan bersahaja Noreha me'reject'. Kemudian Noreha dilamar lagi oleh syarikat rakaman terbesar di Amerika iaitu 'The biggest Company in American Inc." untuk membuat album.

Album Noreha memuatkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu yang dicipta sendiri oleh Noreha. Selain daripada itu, album ini juga memuatkan gambar-gambar semasa Noreha darjah 3 Anggerik dan gambar Noreha praktikal di sebuah kilang di Bangi tidak lama dahulu.

Fenomena Noreha melanda di seluruh Amerika. Cakap sahaja Noreha, siapa yang tak kenal? tapi ada jugak lah yang tak kenal, itu pun tak ramai sangat. Dalam 3 % daripada rakyat Amerika Syarikat. Itupun sebab mereka adalah pesakit yang mengalami kerosakan Neuro dan Medula Oblangata yang sedang menjalani rawatan rapi di Hospital seluruh Amerika Syarikat.

Makin lama makin pupus bahasa inggeris yang digunakan oleh rakyat Amerika. Mereka lebih menggemari menggunakan bahasa Melayu. Lebih dekat dihati mereka. Sampaikan beberapa istilah yang kita sering dengari dulu di dalam bahasa Inggeris sudah bertukar kepada bahasa Melayu seperti:
  1. Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
  2. camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
  3. Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
  4. you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
  5. hey sex baby = hai bayi yang seksi
  6. shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
  7. i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
  8. that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
  9. i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
  10. i have no power!! = tak kuasa i!!
  11. u make me irrritated~!= menyampah mak~!
  12. u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
  13. like DUH!! = saye suke Cik Midah
  14. puhleasee!! =negeri Perlis
  15. loser~ = lusa

Di India, ternampak seorang pemuda sedang duduk di atas bertimbun-timbun duit Rupee di dalam sebuah bilik. Akibat dah kaya sangat, Tamrin tidak tahu nak buat apa lagi dengan duit yang ada padanya. Cakap sahaja kereta mewah, kereta apa lagi yang di takda. Ferrari model apa, semuanya Tamrin dah buat koleksi peribadi.. terima kasih kepada Shell yang buat promosi.

Kalau nak bercakap pasal rumah, sebesar-besar rumah Tamrin sudah miliki. Rumah banglo, rumah urut, rumah sakit jiwa, rumah merah, apa ke benda semua dia dah miliki. Tapi jiwanya masih kosong, dia masih lagi kekurangan sesuatu.Mungkin kurang ajar, tidak kot. Tak mungkin walaupun dia hanya sempat sampai darjah 4.

Akhirnya pada suatu hari, selepas flush dan keluar daripada bilik itu dengan muka yang lega dan perasaan dan jiwa yang lapang, barulah Tamrin dapat mengenal pasti apa yang di benar-benar dia perlukan. Tamrin sebenarnya memerlukan Noreha. Ya Noreha!

Lagipun Tamrin pun dah naik bosan tinggal di India, bukan setakat naik bosan, naik bas, naik minyak, naik angin, naik tingkat 8 semua Tamrin dah buat kat India. Naik haji je belum. Apa da.
Tamrin sudah buat keputusan, dia mahu pulang ke Malaysia. Dia rindukan semua perkara yang ada di Malaysia semasa dia meninggalkan tanah airnya itu.

Dia rindukan pemandangan sampah sarap yang mengalir laju di sungai yang dahulunya bersih, berjalan di semak-semak sambil terjumpa bayi yang dibuang oleh ibunya, sekawanan lembu-lembu yang asyik meragut rumput di sebelah kubur salah seorang ibu mengandung yang menjadi mangsa ragut, kemerduan bunyi ekzoz samseng jalanan yang mencilok-cilok di tengah kehangatan ibu kota, kebodohan rakyat yang masih lagi menyokong pemimpin dan parti yang mengamalkan rasuah berleluasa dek kerana rakyat tidak mengangkat tinggi ilmu pengetahuan dan sifat ingin tahu. tetapi paling utama adalah kerinduannya kepada kekasih hati yang pernah mintak clash dengannya iaitu Noreha, anak tokay ladang getah di kampungnya.

Mampukan Tamrin meluahkan perasaanya kepada Noreha. Sudahkan Noreha mandi semalam? Nantikan jawapannya pada episod " Kisah Tamrin paling last, janji!"


P/s: panjang pulak cerita ini. sambung la ye!

P/s lagi: Walaupun Shell buat promosi, tetapi Petronas masih lagi yang terbaik. ada kad Mesra. Isilah minyak di Petronas! Lagipun itu kan syarikat kebanggaan kita, rakyat Malaysia.


i'm not perfec.

Tuesday, May 19, 2009

Menang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Tok Rimau

Alhamdulillah, post aku antara satu menjadi pemenang dalam pertandingan di dalam blog otai negara TOK RIMAU.

tak sangka.

petang tadi, aku terima panggilan telefon penting, bukan.. bukan panggilan Ilahi. tapi panggilan dari satu syarikat.

aku bagitau abang aku pasal impak panggilan itu. abang aku jawab

"dream job for many, privileges for exclusively few". Gila pujangga kata yang dibalas tak sampai dua minit menerusi SMS. abang aku memang terbaik habaq hang.

Terima Kasih Allah, mak dan ayah dan kekasih hati.




i'm not perfec.

Sunday, May 17, 2009

Kisah Tamrin 3

WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE

Tamrin nampak tenang menduduki kerusi yang bertentangan dengan Jalal Khan, Pengacara bagi WWTBAM versi India.

(Sudah ditranslatekan)

Jalal Khan (JK): AHahahaa.. Selamat datang ke WWTBAM India. Ahahahah. Adakah anda sudah bersedia Enche Tamrin?

Tamrin: Sudah!

Tamrin nampak begitu tenang. Dia nampak macam cool je duduk dikerusi panas itu. Gayanya macam dia sedang duduk dikerusi urut OGAWA.Kebiasaannya, peserta akan berpeluh-peluh dan rasa tak senang duduk sebab nervous nak menjawab soalan. Nampaknya, taktik Tamrin menjadi. Dia sempat memakai Pampers orang dewasa sebelum datang ke rancangan ini.

Jalal Khan: Ahahahaha.. soalan pertama. Ahahaha.. ini soalannya berbunyi begini... Sambil membuat formasi wisel dengan kedua belah tangannya, lalu meniup.. "Wiwiwiiwuuuwiwuwuuuu" (macam bunyi burung Terkukur). Itulah bunyi soalannya.

Tamrin:......... (terbangang sekejap)

Jalal Khan: Ahahaha.... saya main-main sahaja. Just kidding. hehe..

Penonton semua tergelak. Kelakar jugak Jalal Khan ni.

Jalal Khan: Okay. Okay. Lets be serious.... Ahahaha... Ini soalannya . Soalan pertama yang bernilai 100 Rupee. Ikan apakah yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan ayam? A. Tenggiri B. Sepat C. Sardin D.Emas

Tamrin: Erm....

Jalal Khan: Ahahah..

Tamrin: Diamlah

Jalal Khan: Ok. sorry.

Tamrin: Saya pilih jawapan D iaitu Ikan emas. Sebab Ikan emas campur ayam jadi Ayamas!

Jalal Khan: adakah anda yakin dengan jawapan itu

Tamrin: ye

Jalal Khan: Muktamad?

Tamrin:ye

Jalal Khan: Kenapa tak ikan tenggiri atau ikan sepat?...

Tiba-tiba lampu studio itu terpadam selama 4 saat. Gelap gelita. Kemudian lampu itu terpasang semula. Kelihatan Jalal Khan telah teruk dibelasah. bukan setakat benjol, kehilangan 3 batang gigi dan lebam-lebam sahaja. dah la kena belasah, sempat kena balut pulak lagi. Tamrin kelihatan puas.

Jalal Khan: Okay, got it. Jika anda memilih jawapan A anda adalah salah. Jika anda memilih jawapan B.... anda mungkin betul, tetapi awak telah memilih jawapan D. Jawapan anda...... SALAH!. Ahahaha... bodoh.

Tamrin: Apa!

Jalal Khan. Jawapannya adalah C. iaitu ikan sardin. sebab ikan sardin akan ditinkan dan menjadi Sardin Cap ayam. Walaupun ayam bukan sejenis ikan, tetapi ikan sardin telah dimiliki oleh ayam lalu mengcapkan ikan itu sebagai kepunyaan ayam. Makanya di sini, sardin tidak berhak memecat speaker dewan apetah lagi memasang speaker radio kuat-kuat macam kereta wira modified buka tingkap pasang muzik kuat-kuat lagu feng tao dan techno. (mengarut la si Jalal ni)


"Kuang, kuang kuang" jerit penonton yang majoritinya rombongan belia 4B yang diterbangkan khas dari Kuang, Rawang Selangor.

Tamrin, optimis. Yang pastinya dia sudah melalukan yang terbaek sambil mengheret beg keluar dan selepas diumumkan antara peserta paling cetek kerana terkeluar pada soalan yang pertama.

Tamrin memandang sesuatu kegagalan itu sebagai satu peluang. Dia memajukan lagi perniagaan nasi lemaknya dengan memperkenalkan menu Sambal Sardin Ayam dan semua kerusi plastik kedai itu telah ditukar kepada kerusi yang serupa dengan kerusi yang Tamrin duduki semasa menjawab soalan di dalam WWTBAM itu. Lagi rancak jadinya perniagaan Tamrin. Satu India dah makan nasi lemak Tamrin, termasuk bapak mertua Shah Rukh Khan. Nasik lemak Tamrin punya popular sampai orang India dah lupa makanan ruji mereka iaitu kari dan roti nan. Yang diorang tau sekarang ialah telur mata kerbau 'goyang' dan sambal paru kasi lebih sikit.

Dalam masa yang sama tetapi lokasi yang berlainan, di New York. Kelihatan seorang gadis sedang bermain piano di tepi kaki lima sebuah bangunan. Nampak macam buta. Dia nyanyi lagu Azie "Pelamin angan ku kena tiap angin". Ramai orang yang tak tengok persembahan gadis itu. Tak sedap langsung. Itulah dia Noreha. Awek lama Tamrin. Dia gagal di Amerika Syarikat dengan harapannya untuk " Living the American dreams".

Selepas gagal menjadi Norah Jones, dia cuba menjadi orang lain iaitu Lady Gagap.Single yang berjudul "Pokemon Face" hanya terjual sebanyak 3 unit. Itu pun dia sendiri yang beli.

Malam itu, Noreha tidur di tepi jalan, di sebelah longgokan sampah dan kotak-kotak kosong. Cuaca pada malam itu sejuk kerana hujan petang sebelumnya. Noreha tidur dalam keadaan kotor, kelaparan dan menggigil kesejukan. Pada saat-saat ini dia teringat kepada kepermaian kampung halaman, sawah padi yang menghijau, segar mata memandang keindahan pemandangan berlatarbelakangkan gunung-ganang yang membiru. Masakan emak dan telatah orang kampung yang dirinduinya.

Paling tidak terperi ialah kerinduan Noreha kepada balak lamanya iaitu Tamrin. Sambil memandang ke langit malam yang tiada satu bintang dan bulan pun malam itu, termuncul muka Tamrin yang sedang menoreh perut boroi Pak Leman ketua kampung sambil darah mencurah-curah sekali dengan isi perut dan mee rebus sambil ketawa orang jahat.


Noreha rindukan Tamrin.....

Apakah nasib dan masa depan Noreha? apa pula yang terjadi kepada Tamrin, dengar cerita dia ada skandal dengan gadis tempatan di India.

Nantikan kesudahannya dalam episod terakhir Tamrin.

Bersambung lagi!





i'm not perfec.