Kisah Tamrin 1
Kisah Tamrin 2
Kisah Tamrin 3
Jauh di satu sudut lorong yang gelap, tempat itu terlalu jijik dan busuk untuk diceritakan................(Penulis pergi tandas jap.. muntah hijau. sebab mendalami sepenuh jiwa dan raga kisah ini)
Noreha kelihatan duduk bersandarkan salah satu daripada beribu dinding blok bangunan yang terdapat di New York. Air mata Noreha tidak henti-henti mengalir membasahi pipi. Hatinya sedih, sedih dan sayu. Dia memikirkan nasib dan masa depannya keseorangan merempat dan putus asa untuk terus hidup di negara itu. Kadang-kadang Noreha menanyanyi, untuk mengubat kesepian dan menghilangkan sekejap kehibaan yang melanda dirinya.
"Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang benderang" nyanyi Noreha. Walaupun busuk dan tak mandi, Noreha bernyanyi bersungguh-sungguh sambil menari street dance kalah Stacy.
Ada lah dua tiga orang lalu lalang yang berhenti menyaksikan persembahan Noreha. Walaupun terpaksa menutup hidung dan muntah-muntah (muntah sebab mengandung pon ada) dek kerana kebusukan Noreha yang melampau, mereka masih setia menonton persembahan Noreha.
Kadang-kadang ada jugak Noreha menanyi lagu rancak yang lain
"Mari tuan-tuan dan puan-puan
Jangan malu jangan segan
Ikut langkah gerakkan badan
Mari berjoget
Cik adik dan cik abang
Ikut rentak berkumandang
Hati gembira rasa riang
Mari berjoget" sambil menari dengan lincah dan menghiburkan.
Sedar tak sedar, orang ramai yang lalu lalang banyak yang berhenti dan menengok persembahan impromptu Noreha. Makin hari makin ramai yang datang menonton. Ada yang mencampak kan duit syiling ke dalam topi Noreha. Yang peliknya, mereka yang sedang demam campak pon tidak ketinggalan mencampak kan duit syilling kepada Noreha. Yang campak syabun dan shempoo pon ada. Nak suruh Noreha mandi lah tu.
Hari makin hari, beribu-ribu umat manusia datang menonton persembahan Noreha. Bermula daripada persembahan jalanan yang tiada pentas,penari, props dan lampu lip-lap sampai lah hari ni pon tak ada lagi benda tu semua. Noreha masih lagi membuat persembahan macam biasa, cuma hingga hari ini nampak lah sikit Noreha ni nampak mandi sikit, bau pun wangi dan ada jugak dekat 4-5 orang yang menawarkan diri menjadi penyanyi latar.
Nampak sangat orang New York suka dengan persembahan Noreha. Mereka nampak kelainan yang ada pada Noreha. Ini kerana mereka sungguh tertarik dengan nanyian Noreha di dalam bahasa Melayu. Ada jugak yang fanatik tu, bersusah payah mempelajari bahasa Melayu bagi "menggali" pemahaman lagu yang dibawa oleh Noreha. Sampaikan ada juga mereka yang berkebolehan bernanyi bersama Noreha ketika membuat persembahan. Mereka mendapati Bahasa Melayu amat sesuai di dalam nyanyian lagu.
Noreha makin seronok bernyanyi. Dia dilamar oleh seorang homeless untuk mengahwininya. Dah kaya, siapa yang tak nak ye ndak? dengan bersahaja Noreha me'reject'. Kemudian Noreha dilamar lagi oleh syarikat rakaman terbesar di Amerika iaitu 'The biggest Company in American Inc." untuk membuat album.
Album Noreha memuatkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu yang dicipta sendiri oleh Noreha. Selain daripada itu, album ini juga memuatkan gambar-gambar semasa Noreha darjah 3 Anggerik dan gambar Noreha praktikal di sebuah kilang di Bangi tidak lama dahulu.
Fenomena Noreha melanda di seluruh Amerika. Cakap sahaja Noreha, siapa yang tak kenal? tapi ada jugak lah yang tak kenal, itu pun tak ramai sangat. Dalam 3 % daripada rakyat Amerika Syarikat. Itupun sebab mereka adalah pesakit yang mengalami kerosakan Neuro dan Medula Oblangata yang sedang menjalani rawatan rapi di Hospital seluruh Amerika Syarikat.
Makin lama makin pupus bahasa inggeris yang digunakan oleh rakyat Amerika. Mereka lebih menggemari menggunakan bahasa Melayu. Lebih dekat dihati mereka. Sampaikan beberapa istilah yang kita sering dengari dulu di dalam bahasa Inggeris sudah bertukar kepada bahasa Melayu seperti:
- Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
- camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
- Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
- you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
- hey sex baby = hai bayi yang seksi
- shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
- i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
- that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
- i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
- i have no power!! = tak kuasa i!!
- u make me irrritated~!= menyampah mak~!
- u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
- like DUH!! = saye suke Cik Midah
- puhleasee!! =negeri Perlis
- loser~ = lusa
Di India, ternampak seorang pemuda sedang duduk di atas bertimbun-timbun duit Rupee di dalam sebuah bilik. Akibat dah kaya sangat, Tamrin tidak tahu nak buat apa lagi dengan duit yang ada padanya. Cakap sahaja kereta mewah, kereta apa lagi yang di takda. Ferrari model apa, semuanya Tamrin dah buat koleksi peribadi.. terima kasih kepada Shell yang buat promosi.
Kalau nak bercakap pasal rumah, sebesar-besar rumah Tamrin sudah miliki. Rumah banglo, rumah urut, rumah sakit jiwa, rumah merah, apa ke benda semua dia dah miliki. Tapi jiwanya masih kosong, dia masih lagi kekurangan sesuatu.Mungkin kurang ajar, tidak kot. Tak mungkin walaupun dia hanya sempat sampai darjah 4.
Akhirnya pada suatu hari, selepas flush dan keluar daripada bilik itu dengan muka yang lega dan perasaan dan jiwa yang lapang, barulah Tamrin dapat mengenal pasti apa yang di benar-benar dia perlukan. Tamrin sebenarnya memerlukan Noreha. Ya Noreha!
Lagipun Tamrin pun dah naik bosan tinggal di India, bukan setakat naik bosan, naik bas, naik minyak, naik angin, naik tingkat 8 semua Tamrin dah buat kat India. Naik haji je belum. Apa da.
Tamrin sudah buat keputusan, dia mahu pulang ke Malaysia. Dia rindukan semua perkara yang ada di Malaysia semasa dia meninggalkan tanah airnya itu.
Dia rindukan pemandangan sampah sarap yang mengalir laju di sungai yang dahulunya bersih, berjalan di semak-semak sambil terjumpa bayi yang dibuang oleh ibunya, sekawanan lembu-lembu yang asyik meragut rumput di sebelah kubur salah seorang ibu mengandung yang menjadi mangsa ragut, kemerduan bunyi ekzoz samseng jalanan yang mencilok-cilok di tengah kehangatan ibu kota, kebodohan rakyat yang masih lagi menyokong pemimpin dan parti yang mengamalkan rasuah berleluasa dek kerana rakyat tidak mengangkat tinggi ilmu pengetahuan dan sifat ingin tahu. tetapi paling utama adalah kerinduannya kepada kekasih hati yang pernah mintak clash dengannya iaitu Noreha, anak tokay ladang getah di kampungnya.
Mampukan Tamrin meluahkan perasaanya kepada Noreha. Sudahkan Noreha mandi semalam? Nantikan jawapannya pada episod " Kisah Tamrin paling last, janji!"
P/s: panjang pulak cerita ini. sambung la ye!
P/s lagi: Walaupun Shell buat promosi, tetapi Petronas masih lagi yang terbaik. ada kad Mesra. Isilah minyak di Petronas! Lagipun itu kan syarikat kebanggaan kita, rakyat Malaysia.
i'm not perfec.
2 comments:
cibet..ade lagi paling last tuh..haha..
ade la.. tambah saspen skit. aku ade kursus 16 hari kat PERMATA bangi.
Post a Comment