tol naik lagi!!!
satu lagi projek kerajaan barisan nasional
saye tidak setuju tol naik hanye 60% sahaje bermula 1 januari 2007. patut naik sampai 300%. bukan ape, malulah kan kat negare orang lain. harge tol kite kan adelah salah satu yg terendah dirantau ini. nanti negara lain fikir, jalan raye kat negare kite ni buruk dan tak selesa.
Bak kate Sammy no value
"rakyat perlu bayar tol jika mahu selesa dijalan raya"
kita ikuti pendapat pengguna jalan raya setelah harga tol dinaikkan
lily maizura, 28 thn, kerani
" setelah melalui jalan raya yg baru sahaja dinaik kan tol ini, saya berasa sedikit miskin. tapi takpe, bersyukurlah. harge tol kite masih lagi ditahap yg rendah. perjalanan tadi amat selesa, jalan yang jammed tiap2 hari benar2 mengurangkan stress yg dialami ketika mahu pulang dan juga ketika mahu pergi ke kerja, terima kasih pak lah kerana prihatin kpd rakyat jelata"
leong mun see, 48 thn, pemandu teksi
"saya belasa amat berbesat hati dan gembile kelana kelajaan telah menaikkan harga tol. walaupon tidak didedahkan kepada rakyat ttg peljanjian konsesi, keuntungan konsesi dan lapolan tahunan. kelajaan juga maseh itu aa... gagal mengkasi itu bukti untuk menunjukkan itu...meleka i mean itu kelajaan telus, tlanspelen dan juga betul2 beljuang untuk memastikan talaf hidup lakyat dan keselesaan teljamin. tapi saya amat konfiden aa.. talak ada lagu-lagu (ragu-ragu) sebab aa.. itu paklah aa.. manyak kuat semayang punya olang. dia itu pencetus Islam hadhari. itu pasal aa.. saya manyak pecaya sama lia wo."
saya bercita2 dan memasang hajat agar harga minyak dinaikkan lagi kerana kenaikan 30 sen itu masih lagi yang terendah di rantau ini. camne nak 'duduk same rendah, berdiri same tinggi" dgn negara2 lain sperti thailand dan singapore. tak leh jadi ni. ketinggalan kite dibuatnye.malu lah. alaa hari tu pon naik 30 sen je.ape yg nak kecoh2? ni duit laa. bukan boleh bawak mati. harge barang pun dah mahal, walaupon kerajaan dah janji dapat kawal kenaikan harge.pandai2 laa berjimat.
bak kate najib. "ubah laa care hidup tu". kalau dulu makan tambah nasik due kali, lepas ni takyah tambah. kalau dulu bagi duit kat anak rm1 sehari. sekarang bagi laa 70 sen je. kalau dulu baju kurung nak raye 2 helai. skrg, pakai laa baju tahun lepas. kalau dulu bawak femili pegi makan sedap kat luar sebulan sekali.lepas ni setahun sekali cukupla.. ubah laa care hidup tu. susah ke?
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago