Sunday, April 22, 2007

diorang panggil aku jambu???

mukaddimah

jambu atau dalam bahase saintifiknye Jambusyskolupiditiris adelah salah satu dari buah-buahan yang cukup terkenal di malaysia. org melayu yg cakap omputeh menamakan buah ini sebagai Guava .rasenye yang rangup dan rase jambu menyebabkan ramai orang suke makan buah yang mempunyai rase jambu ini.

selain daripada itu perkataan jambu juge digunakan kepade lelaki yg bermuke cute dan tak macho.
wajah2 baby face or sweet face di kenali sebagai seorang yg jambu walaupon si jambu ini tidak suke makan jambu.


ini ade satu cerite.

tak pernah aku dimalukan sebegini teruk oleh orang yang tak pernah aku kenali malahan ia berlaku ke tempat yg aku jarang gile pergi.

ceritenye begini...

pada suatu hari, aku memandu kereta. selepas 3 jam memandu aku pon singgah di sebuah tempat. nampak macam happening je tempat ini. ramai orang. ade byk family. ramai juge yg dress up macam nak pergi beraye baik yang melayu, cine , india dan juge sakai gunung. ade family yg berpicnic bawah pokok dan juge atas pokok.(family monyet).

bas juge kelihatan banyak parking di tempat ini. budak skolah pon ade jugak. budak U pon ade jugak. pendek kate, tempat ni memang happening dan juge boleh berubah menjadi "hai pening".

tapi senario yg paling ketare ialah keadaan di mane selepas kereta2 yg datang berhenti di tempat ini, boleh kelihatan orang2 keluar dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa dan menuju sebuah rumah atau bangunan kecil seolah2 sperti ade makan2 pule di sane.
ade tulisan TANDAS/TOILET kelihatan ditampal di bangunan/rumah itu. tak kesah lah, janji diorang hepi dan hajat kesampaian.

sambung citer aku tadi,
setelah memparking kete aku pon pergi laa jalan2 kat kawasan sekitar tempat itu

tanpe aku sedari, aku menjadi perhatian di sane. aku cube mengawal paras hensem dan macho aku agar tidak begitu ketare. ramai perempuan yang terdiri daripade kakak-kakak dan makcik-makcik di situ. ade juge perempuan yang terduduk lantaran bisnes yang tak brape nak pulang modal.

mase aku lalu depan diorang je,



yang kakak-kakak akan bertempik:

"dik, jambu dik, jambu"

yang adik2 manis pompuan pule "

"abang jambu, meh la sini try bang jambu"

yang makcik2 pule tak nak ketinggalan memeriahkan suasane

" hai, dik jambu. makcik bagi rase dik jambu, jambu, jambu"

aku dah tak keruan. knape dioang panggil aku jambu? knape sanggup mereka menghina aku sebegitu rupe? knapa?apekah salah ku dimalukan dan dinodai maruahku sebgini?

aku cube mengawal air mata dengan mengupah seorang pengawal agar tidak jatuh membasahi bumi. hati ini terhiris seperti alan harris.

lantas aku pon memblahkan diri ku, dan berjanji kepade diriku sendiri bahawe aku akan berjanji kepade diriku sendiri yg suatu hari aku akan berjanji kepade diri ku sendiri.


sekarang tengah final exam. aku tak suke.

i'm not perfec.

2 comments:

Anonymous said...

hallo,
i stumbled upon ur blog and read ur posting on 'tips untuk menjadi pelajar cemerlang' *lol* thanks a lot! and then i went on to read all your posts (sorry, im very nosy..in other words, penyibuk/suka jaga tepi kain orang). i enjoyed reading them. i like the way you think. so i just wanna say, keep on blogging...don't ever stop :)

ikhlas from me. assalamualaikum.

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

may i know who you are. n thanx for the support. its some kind of positive stimulus for me to keep on writings