Saturday, September 22, 2007

30 hari terakhir nurin


beautiful

aku hangin satu badan. tak pernah2 pulak aku, pasal orang laen boleh jadi sangat marah cam ni.pasal sorang budak pompuan yg aku tak penah kenal, budak skolah rendah pulak tu. aku boleh emo sangat tengahari smlm. mmg kacau mood aku hari tu.


start malam. lepas berbuke. aku beborak dengan member aku. apsal budak yang bername nurin jazlin.

dah sebulan hilang. polis jumpe mayat budak yang macam Nurin kat tepi tangge kat rumah kedai dalam beg gym.

mayat tu seperti kene dera teruk, lebam dan biru2 boleh didapati di badan mangsa. laporan bedah siasat menerangkan terdapat pendarahan dan kerosakan pada organ dalaman dan juga kesan dari tusukan terdapat di kemaluannya.

mayat dipercayai mati 24 jam sebelum di jumpai.


ibu bapa nurin tidak mengesahkan bahwa mayat berkenaan adalah anak mereka iaitu nurin jazlin kerana cuma hidungnya sahaja yg seiras dengan nurin.

tetapi pihak pakar menyatakan, struktur gigi dan badan boleh berubah jika mangsa telah di dera secara kejam dan teruk sebelum mati.

ibubapa nurin menerima mayat yg dipercayai nurin itu dan mengebumikannya tetapi masih lagi memasang harapan bahawa nurin masih hidup.


yang buat aku emo:

kenape nak diseksa ditorture budak kecik tu. macam mane agaknye perasaan budak berumur 8 tahun yg hilang dari keluarga, hidup diseksa oleh orang yg langsung die tak kenali. di pukul, di belasah.. mungkin setiap hari. mungkinkah die rase takut.. menangis setiap hari.

aku mungkin tak pandai laa nak bawe korang untuk merasai 30 hari terakhir nurin.

aku cume harap korang dapat membayangkan diri korang menjadi nurin pada 30 hari terakhir hidupnya.

cube jadi budak yg berumur 8 tahon, yg diculik, dikurung,diseksa,dicabul,dipukul, ditendang,ditarik rambutnya,yg lapar, yg haus, yg ketakutan, yg tak tahu apa-apa, yg merindui keluarganya, yg menangis sepanjang masa...

ya Allah, aku tak paham laa bende2 camni.

tak pernah aku rase marah camni.membawe kpd care aku reply msg2 yg aku dapat dlm hanphone.

amaran aku kepade penjenayah berkenaan;

jangan sampai aku jumpe kau.



i'm not perfec.

makruh bace post ini pada siang hari ramadhan

Baked Pasta In a Sea of Cheese

"every moments spend with you, is the moment i treasure,
don't wanna close my eyes..."

hanye melalui beberapa patah lagu inilah dapat aku gambarkan tentang kesangapan aku terhadap hidangan di atas.

pasta. ya.. pasta. bukan stakat pasta biasa yg anda boleh dapati di kedai runcit MJS. pasta yg boleh menyebabkan anda berpesta ketika merasai tekstur lembutnya di dalam mulut. Pasta yg seakan-akan diperbuat dari Mont Cagliari Itali ini sebenarnye datang dari kapar Klang. kombinasi tepung dan element2 lain menyebabkan anda dapat merasai kesedapannya seolah-olah Inzaghi menjaringkan gol utk AC milan semase menentang Liverpool pada final champeon League yg lalu.

Pernahkah anda lemas di dalam lautan Cinta? ya, begitulah yg sedang dihadapi oleh pasta-pasta ini kerana terkapai-kapai di dalam lautan cheese yg begitu solid molid. seperti biasa, tekstur cheese yg kenyal ini telah memberi tamparan yg hebat kepada pasta bersama hirisan ayam dalam bentuk dadu untuk timbul di permukaan cheese. Cheese mozarella ini yg slalu digunakan di dalam pembikinan pizza menyebabkan anda terpaksa menarik sepanjang 3 meter untuk memisahkan ia dari pinggan dengan satu suapan sudu anda. seperti jari halus yg melentik lemah gemalai menari-nari di atas lidah. gelora cheese yg semakin membara terasa di dalam mulut. lemak, cheese. nah, anda akan berasa seperti diraikan semasa mengunyah cheese ini. bila cheese dan pasta bersatu menjadi satu, amukan kesedapan yg tidak dapat di gambarkan dengan perkataan. anda akan tersenyum puas untuk setiap suapan cheese dan pasta. Puas, indah dan lemak. itulah bahana yg terpaksa anda terima..

Lamb Chop but not stirred.





kambing. mungkin biasa bagi anda.

bagaimana jika saya ceritakan begini....

sekeping daging kambing terpilih dari seekor kambing yg pernah memenangi gelaran ratu cantik di kandang ternakan Pak Amid, di Tanjung Malim, Perak.

lembut, curvy, solid, mantap, berjuicy.. itulah dia.

4 keping daging kambing. di grilled dia atas hot pan. api dijaga rapi agar tidak merosakkan keayuan dan keaslian isi daging tersebut. Di marinate semalaman dengan resepi rahsia 7 turun temurun keluarga Chef Kadri. garam dan sedikit pepper semasa menambah kehangatan daging yg sedang di masak.

gravy
4 sudu bbq Sauce, 4 sudu sweet soy sauce, 4 sudu salty soy sauce, 4 sudu virgin Olive oil, 3 ulas bawang yg diblender, secubit garam, secubit herba dari itali. secubit di peha kiri untuk make sure peha kanan tak rase saket pon, Mushrooms.. more room for mushrooms..mooch

gaulan di dalam kuali. sperti gaulan anak muda zaman kini, penuh dengan memori manis, gelak tawa, berkejar-kejaran, gaulan gravvy itu tadi, gaulan anak muda yg bertukar2 alamat friendster, suke dan hepi, gaulan tadi biar dilimpah dengan Soul dan Kasih sayang.

nah, hamparkan pada daging kambing itu tadi. tuangan halus dan lemah lembut seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya yg liat untuk bangun sahur.

asap dari gravy tadi bersatu dengan asap dari daging kambing yg di masak penug tender n juicy.
aromanya.. benar2 menggamit perasaan untuk menikam dan berpelukan manja dengan daging kambing itu.

setiap suapan lamb chop ini seperti memujuk2 anda untuk mengembekk seperti seekor kambing yg mengetuai sekumpulan kambing di atas bukit di tepi pokok di sebuah padang ragut ketika musim bunga.


i'm not perfec.

wrongless asnwer

we are all smart.

why put limitations?

click on these pitcures

cekidaut!







formal education sytem = bowink ah!


thanks naedy inesz..


i'm not perfec.

Sunday, September 16, 2007

in the name of humanity.. we are all one

minggu lepas aku balek shalam. weekend yg kadang2 memang aku tunggu2. lepak ngn kengkawan memang sronok jugak. tapi kalau dah lame sangat, tiap2 hari pulak boleh membawe kpd suatu aktiviti yg membosankan.

tapi hari itu, tidak. aku dah lame tak jumpe kgkawan. lepak punye lepak. pastu ade sorang kawan lame yg dah lame tak datang lepak ngn ktorg ajak kitorang lepak. mane destinasi? hartamas.

aku ikutkan aje. dah lame tak pergi. tempat yg konon2 paling 'hap' kat kl. boleh la..
azam, kawan aku dah berase ragu2 dengan penampilannya. takut tak cukup standard pergi tempat macam hartamas tu. sebab kat hartamas sumer orang dressing stylo. baik yg pompuan atau pon laki. kalu semart, mmg semacam semartnye. macam baru balik dari sumwhere je. yg pompuan pulak make up ngn dress mcm baru balek dari prom gamaknya. padehal nak minom teh tarik n isap shisha je kat sane.

aku tak brape amek port sgt pasal nakm dressing itu ini. tak kuase mak.

lepak kat sane.. sangap jugak. same ol same ol. cume yg membuatkan lepak kat sane berlainan, ade mungkin kerana dapat tgk muke2 baru yg tak pernah nampak. awek kat sane pon boleh tahan jugak cun nye. tapi aku sikit pon tak goyang. sikit pon tak berganjak.

pukul 2 pagi, ktrog gerak balek. lalu federal. masing2 tgh layan blues dgn lagu james morrison 'pieces dont fit anymore' dlm kete. tibe2.. kerete apai slow. ade jam ghopenye'. ya allah eksiden. aku bleh nampak satu kete kelise kat atas jalan motor n satu kete proton sudah berkecai. aku jugak nampak satu tiang lampu sudah tumbang mungkin telah disauk oleh kete proton itu di tepi jalan.


alip mensuggestkan supaye kite brenti tgk. apai parking keter.. lebih kurang 35 meter dari tempat eksiden. sbb ramei jugak orang yg berhenti parking. itu blom masuk 3 kumpulan mat rempit lagi.

aku pegi jalan dekat. nampak due badan telah di baringkan di tepi jalan. bergrak2 jugak lagi. darag tak banyak sangat. mungkin baru dikeluarkan dari kereta mereka tadi. pastu satu lagi badan, dibaringkan atas rumput di sebelah kete kelisa. kali ni tak bergerak langsung. diam je.. eh tetibe bergerak sket pulak badan die.

sumer hidop lagi ni.tapi aku agak cuak skit la.. tak penah tgk org mati depan mate.

orang yg kat sane sumer sebab mengkaji bagaimana eksiden itu boleh berlaku dan puncanya apa. yang aku tau ketige2 mamat india ni mabok.

bagus, dah betul dah tu. inilah namenye menyusahkan orang.

jalan dah start jam. ambulan tak sampai2 lagi.sbb mungkin sangkut dlm kesesakan. mengikut ape yg aku agak.. mangse kemalangan ni mungkin dah dekat 20 menet terbareng tepi jalan tapi blom lagi dibawe ke hospital oleh ambulan.

orang ramai berkerumun je... tapi takde buat ape pon. cume datang tgk mangse2 kemalangan ini mungkin sedang bertarung dgn hidup atau mati. takde ape pon. paling kuat pon boleh tolong kipaskan diorang pakai suratkhabar je.

aku try call ambulans. sbb sblm tu aku dah register super saver!
call, dapat. tapi operator kate ambulan dah lame kuar.

ini sebab jam lah ni. ambulan tak sampai. mati jugak jap lg macha mabok 3 orang ni.

mungkin sbb mereka orang india, mabok pulak lagi tu. orang ramai tak rase sense or urgency nak anta selamtkan diorang. mungkin aku kate

pastu naseb baik ade abang van ini, mengoffer anto diorang pakai van die.

"angkat cepat budak2 tu! aku tak kesah melayu, cine ke keling. mati jap lagi budak ni kalau kite lambat!"

steady ah brader.





i'm not perfec.

rindu datang bertandang

aisyah " cube tengok ni... kite ade cincin.. kite nak kawen"

hanna (menyanyi) " selamatkan pengantin, selamatkan pengantin"

apela budak2 ni.. mcm pengantin tu dipakse kawen dgn bukan pilihan hatinye pulak.

kami sekeluarga pergi makan. dah lame tak dinner ramai2 satu family.
habis je makan.


hanna " de, jom lari-lari?"

pak ude " lari-lari? tanak lah. pak ude makan banyak laa tadi"

hanna" de... jom la..hanna nak lari-lari"

last skali.. aku end up berlari-lari dgn budak 3 tahon di dalam restoran tu. buat malu je..

lari-lari je. takde objektif langsong!



selepas memperkotak katik kan pakcik mereka, dua orang budak ini bergambar mesra


beca ini memang sesuai. kesian diorang.

tekad.redho.tabah menjadi pak ude kpd 2 orang budak ini.

i'm not perfec.

Tuesday, September 04, 2007

berbunga-bunga



jika kita bercinta

kita mungkin duduk tidak berbicara

tetapi hati kita erat berhubung




sunshine, it's 3.34 in the morning. and i miss you.

saya dalam mode jiwang



i'm not perfec.

nak sangat cari erti merdeka







tibe bulan lapan je. sebok smorang. sebok bercakap pasal merdeka. sebok peniage menjual bendera malaysia, kerena pada waktu iniah demand utk bende ni tinggi. sebok kiter mencari dan membeli bendera. menggantung kat sane sini. kat depan pagar, kat atas bumbung. kat kereta sampai tak cukop2.

sebok pule media berbincang dan menulis mencari erti sebenar kemerdekaan.

bagi aku simple. merdeka bagi aku di bumi malaysia ini adalah apabila tanah kita dilepaskan dari penjajah. noktah. itu definisi kemerdekaan bagi aku.

kalau nak cakap apasal anak muda tak merdeka sebab dgr lagu hip hop, sbb pakai baju macam mat salleh, sbb bercakap bukan dlm bahasa melayu. itu bukan dijajah namanya. time2 camni laa kerajaan sibuk menyuruh rakyat jelata "membebaskan minda dari dijajah".

paparan senario anak muda lupa diri. generasi muda tidak mengenang budi pejuang kemerdekaan. generasi muda tidak mengetahui dan memahami keperitan pejuang membebaskan negara dari belenggu penjajah.

hal2 yg aku bangkitkan diatas bukannya menunjukkan kita dijajah. knapa anak muda mendengar lagu hip hop, knapa anak muda berpakaian seperti barat, knapa anak muda bertutur dlm bahasa lain adalah bukan kerana dijajah. ini semua adalah pilihan mereka. mereka yang memilih utk sebgitu. dijajah adalah satu paksaan tanpa rela. kerana tiada siapa yang rela dijajah. benar?



knapa anak muda dgr lagu hip hop. sebab lagu hiphop mungkin sedap. kerana lagu hip hop banyak kali dimainkan di radio. kerana lagu hip hop lulus tapisan untuk memasuki radio negara. kerana lagu hip hop merupakan produk import negara luar yang masuk ke dalam negara kerana membayar cukai.

knape perempuan itu memakai skirt. kerana dia beli skirt itu di sebuah kedai yg ternama di pusat membeli belah. kerana skirt itu nampak cantik. kerana skirt itu dibawa masuk dan bayar cukai kepada kerajaan.kerana kerajaan berhasil mendapat keuntungan dan pendapatan. oleh itu banyak lagi pakaian2 yang aku di import masuk ke negaraku malaysia. lagi banyak masuk, lagi banyak cukai.lagi banyak pendapatan.

knapa dia berbahasa inggeris. kerana dia belajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menggalakkan matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menganggap dengan bahasa inggeris anak muda malaysia dan anak muda melayu boleh berjaya dan hidup bahagia. jika pandai, anak muda lebih gemar untuk berbahasa inggeris. lebih selesa mendengar lagu inggeris. lebih enak bercakap dalam bahasa inggeris. jika berbahasa inggeris orang akan memandang tinggi. jadi, timbulah satu insiden " i sound stupid if i speak in malay".

sekarang kerajaan nak mempersoalkan knapa minda anak muda dijajah?sebok suruh anak muda mencari erti kemerdekaan. siapa yang memusnahkan kemerdekaan itu? siapa yg sedikit demi sedikit mencabuli kemerdekaan itu?

ini namanya hipokrit. ini namanya cakap tak srupa bikin. ini namanya talam dua muka. ini namanya POYO.

apa itu Mykad? apa itu Mykid? apa itu precint? apa itu Glokal?ini bukan bahasa melayu. istilah dan nama ini diperkenalkan oleh kerajaan. dalam masa yang sama sibuk untuk memastikan kedaulatan bahasa melayu. satu rogolan tanpa didedahkan.

satu virus yang merosak dari dalam. ular di dalam selimut. tali barut. penipu.

bagaimana hendak mengukur patriotisma?
  1. melaung kemerdekaan sekuat hati sebanyak mungkin
  2. menghias kenderaan dengan bendera malaysia
  3. duduk di depan jam di dataran merdeka menantikan detik 31 ogos
  4. meramaikan perkarangan klcc menonton konsert merdeka
  5. mendengar ucapan kemerdekaan paklah
  6. menangkap gambar bunga api di putrajaya
  7. melompat2 selepas countdown 31 0gos
patriotisma boleh dilihat jika seseorang itu?

apabila kite berbicara ttg betapa risaunya keadaan atau situasi negara yang penuh dengan rasua, penyalahgunaan kuasa, menghabiskan sumber negara tanpa pengurusan yang betul sperti bukit yang ditarah, hutan yang ditebang utk balak dengan berleluasa, telalu perkara yang melalaikan anak muda, ilmu bukan perkara utama dituntut, politik wang dan bermacam2 lagi.

bermakna kita prihatin. kita prihatin kerana perkara sebegini mampu menggugat dan membenarkan kemerdekaan itu lenyap. kemerdekaan yang lenyap hasil daripada tangan kita sendiri. perbuatan tamak dan lupa diri.

nak cakap, orang yang memastikan negara bersih dgn membuang sampah di tempat yg betul juga adalah orang yg patriotik. orang yg tidak mahu negaranya kotor. secara tidak langsung. kerana kekotoran boleh membawa kepada pencemaran. pencemaran boleh mengakibatkan pencabulan alam sekitar. seterusnya memberi rugi kepada segala kehidupan yg ada di negara.

atas dasar, tidak mahu perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan kemerdekaan negara dilenyapkan. atas dasar menyayangi negara malaysia. atas dasar kebaikan dan masa depan negara.

bukan pak turut yang membebaskan negara. bukan penerima rasuah yang berjuang mati. bukan hipokrit yang mengalir darah. bukan tali barut yang bermuka-muka. bukan penamak yang mengaut untuk kepentingan diri.

tapi mereka yang berani dan mengambil berat. tidak takut menyatakan pendapat. berjuang atas dasar kebenaran. tidak membiarkan penyelewengan dan salahguna kuasa.
dan kerana merekalah aku hidup di bumi merdeka.







i'm not perfec.

dialogue dinding


i'm not perfec.