Tuesday, September 04, 2007

nak sangat cari erti merdeka







tibe bulan lapan je. sebok smorang. sebok bercakap pasal merdeka. sebok peniage menjual bendera malaysia, kerena pada waktu iniah demand utk bende ni tinggi. sebok kiter mencari dan membeli bendera. menggantung kat sane sini. kat depan pagar, kat atas bumbung. kat kereta sampai tak cukop2.

sebok pule media berbincang dan menulis mencari erti sebenar kemerdekaan.

bagi aku simple. merdeka bagi aku di bumi malaysia ini adalah apabila tanah kita dilepaskan dari penjajah. noktah. itu definisi kemerdekaan bagi aku.

kalau nak cakap apasal anak muda tak merdeka sebab dgr lagu hip hop, sbb pakai baju macam mat salleh, sbb bercakap bukan dlm bahasa melayu. itu bukan dijajah namanya. time2 camni laa kerajaan sibuk menyuruh rakyat jelata "membebaskan minda dari dijajah".

paparan senario anak muda lupa diri. generasi muda tidak mengenang budi pejuang kemerdekaan. generasi muda tidak mengetahui dan memahami keperitan pejuang membebaskan negara dari belenggu penjajah.

hal2 yg aku bangkitkan diatas bukannya menunjukkan kita dijajah. knapa anak muda mendengar lagu hip hop, knapa anak muda berpakaian seperti barat, knapa anak muda bertutur dlm bahasa lain adalah bukan kerana dijajah. ini semua adalah pilihan mereka. mereka yang memilih utk sebgitu. dijajah adalah satu paksaan tanpa rela. kerana tiada siapa yang rela dijajah. benar?



knapa anak muda dgr lagu hip hop. sebab lagu hiphop mungkin sedap. kerana lagu hip hop banyak kali dimainkan di radio. kerana lagu hip hop lulus tapisan untuk memasuki radio negara. kerana lagu hip hop merupakan produk import negara luar yang masuk ke dalam negara kerana membayar cukai.

knape perempuan itu memakai skirt. kerana dia beli skirt itu di sebuah kedai yg ternama di pusat membeli belah. kerana skirt itu nampak cantik. kerana skirt itu dibawa masuk dan bayar cukai kepada kerajaan.kerana kerajaan berhasil mendapat keuntungan dan pendapatan. oleh itu banyak lagi pakaian2 yang aku di import masuk ke negaraku malaysia. lagi banyak masuk, lagi banyak cukai.lagi banyak pendapatan.

knapa dia berbahasa inggeris. kerana dia belajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menggalakkan matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menganggap dengan bahasa inggeris anak muda malaysia dan anak muda melayu boleh berjaya dan hidup bahagia. jika pandai, anak muda lebih gemar untuk berbahasa inggeris. lebih selesa mendengar lagu inggeris. lebih enak bercakap dalam bahasa inggeris. jika berbahasa inggeris orang akan memandang tinggi. jadi, timbulah satu insiden " i sound stupid if i speak in malay".

sekarang kerajaan nak mempersoalkan knapa minda anak muda dijajah?sebok suruh anak muda mencari erti kemerdekaan. siapa yang memusnahkan kemerdekaan itu? siapa yg sedikit demi sedikit mencabuli kemerdekaan itu?

ini namanya hipokrit. ini namanya cakap tak srupa bikin. ini namanya talam dua muka. ini namanya POYO.

apa itu Mykad? apa itu Mykid? apa itu precint? apa itu Glokal?ini bukan bahasa melayu. istilah dan nama ini diperkenalkan oleh kerajaan. dalam masa yang sama sibuk untuk memastikan kedaulatan bahasa melayu. satu rogolan tanpa didedahkan.

satu virus yang merosak dari dalam. ular di dalam selimut. tali barut. penipu.

bagaimana hendak mengukur patriotisma?
  1. melaung kemerdekaan sekuat hati sebanyak mungkin
  2. menghias kenderaan dengan bendera malaysia
  3. duduk di depan jam di dataran merdeka menantikan detik 31 ogos
  4. meramaikan perkarangan klcc menonton konsert merdeka
  5. mendengar ucapan kemerdekaan paklah
  6. menangkap gambar bunga api di putrajaya
  7. melompat2 selepas countdown 31 0gos
patriotisma boleh dilihat jika seseorang itu?

apabila kite berbicara ttg betapa risaunya keadaan atau situasi negara yang penuh dengan rasua, penyalahgunaan kuasa, menghabiskan sumber negara tanpa pengurusan yang betul sperti bukit yang ditarah, hutan yang ditebang utk balak dengan berleluasa, telalu perkara yang melalaikan anak muda, ilmu bukan perkara utama dituntut, politik wang dan bermacam2 lagi.

bermakna kita prihatin. kita prihatin kerana perkara sebegini mampu menggugat dan membenarkan kemerdekaan itu lenyap. kemerdekaan yang lenyap hasil daripada tangan kita sendiri. perbuatan tamak dan lupa diri.

nak cakap, orang yang memastikan negara bersih dgn membuang sampah di tempat yg betul juga adalah orang yg patriotik. orang yg tidak mahu negaranya kotor. secara tidak langsung. kerana kekotoran boleh membawa kepada pencemaran. pencemaran boleh mengakibatkan pencabulan alam sekitar. seterusnya memberi rugi kepada segala kehidupan yg ada di negara.

atas dasar, tidak mahu perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan kemerdekaan negara dilenyapkan. atas dasar menyayangi negara malaysia. atas dasar kebaikan dan masa depan negara.

bukan pak turut yang membebaskan negara. bukan penerima rasuah yang berjuang mati. bukan hipokrit yang mengalir darah. bukan tali barut yang bermuka-muka. bukan penamak yang mengaut untuk kepentingan diri.

tapi mereka yang berani dan mengambil berat. tidak takut menyatakan pendapat. berjuang atas dasar kebenaran. tidak membiarkan penyelewengan dan salahguna kuasa.
dan kerana merekalah aku hidup di bumi merdeka.







i'm not perfec.

2 comments:

aqieya said...

inilah pemuda yg kita cari selama ini!! pehhh

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

come and join us. jangan kita jadi melayu 'mainstream'.

where do we go from here?