Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman Liza bersalin

Post kali ini, aku jujur mengatakan lebih berinformasi dari post-post yang terdahulu. sedikit sebanyak jika anda membacanya, ternaik sikit la pengetahuan anda tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini.

ceh, macam prakata buku "bagaimana anda mahu menjadi seorang jutawan" pula..


kalau cakap pasal bersalin, memang tepat kalau kita tujukan hal ini sangat berkaitan dengan wanita. kalau setakat mengandung bukan sahaja wanita sahaja mengandung, lelaki pon boleh. bezanya jika wanita mengandung, dia mengandungkan bayi. lelaki pula tak boleh mengandungkan manusia, tetapi lebih kepada nasik beryani, ayam goreng kfc, Rojak karim, Cendol, lengkong jagung, Baked pasta william, ketam goreng bercili, Asam pedas ikan pari Melaka, air sirap limau, lemak daripada nasik lemak dan jugak lemak daripada haiwan yang bernama kambing hasil daripada memakan kari kambing, sup kambing dan juga kambing golek. Fenomena lelaki mengandung ini boleh juga dikenali sebagai Fenomena PJK iaitu Fenomena Perut Jalan Kedepan.

pada suatu ketika dahulu Roy (bukan nama sebenar) adalah seorang atlet lari pecut sekolah kebangsaan jenis Tamil. Roy memang lari laju, jangan katakan laju macam Cheetah, roy punya laju boleh mengalahkan Mitsubishi Lancer Jerung yang sedang parking.

badan dia masa itu memang tip top. Perut yang berketul, lengan yang pejal. "muscular" kalau disebut oleh Orang Tanzania yang tau cakap bahasa Inggeris.

tapi 13 tahun selepas meninggalkan sekolah Kebangsaan jenis Tamil dan mula berkerja sebagai kerani di sebuah Kompeni, bentuk fizikal Roy sudah berubah. Kalau dulu, dia melalui garisan penamat dengan menujahkan kepalanya, tapi sekarang tak sampai 20 meter ke garisan penamat mungkin Roy boleh memenangi perlumbaan lari pecut kerana perutnya yang terkedapan itu.

sekarang dia dikenali sebagai Boroy (bukan nama sebenar lagi, nama sebenarnya ialah Azman Shamsuddin Othman al- babun pintu).

berbalik kepada cerita bersalin tadi. Liza baru pulang dari menemankan suaminya mendapat PHD di London. Semasa di London, setelah bosan berguling-guling di rumah sewanya di London barat, ada baiknya kalau Liza berkerja disamping dari meringankan beban dan stress suaminya yang sedang menyiapkan thesis.

Suami mana yang tak naik bengang, lepas tension dan kusut bergelumang menyiapkan thesis di Universiti, balik rumah buka pintu sahaja tengok isteri terguling-guling ke rumah dari kiri ke kanan sambil hal-hal rumah tangga tidak diambil peduli.

Setelah ayat " hantar saya balik rumah mak saya, sekarang jugak" dan ayat suami memujuk isteri yang suka berguling, Liza bersetuju untuk mendapatkan pekerjaan sebagai tukang sapu di Universiti tempat suaminya belajar.

walaupun kerja itu ibarat kerja domestik saja, gajinya boleh menyamai gaji seorang pensyarah di Malaysia. Tak payah masuk MLM sebab nak kaya lah! (MLM? heh!!)

untuk pengetahuan anda, banyak kelebihan jika anda bersalin di UK. selain daripada boleh mendapat cuti bergaji minimum selama 6 bulan, anda juga berkelayakan untuk bersalin di hospital secara percuma. dapat elaun susu dan juga faedah-faedah yang lain. Berbanding jika anda berkerja di Malaysia, anda hanya layak untuk mendapat cuti bersalin maksimum 60 hari sahaja.

anda tidak perlu risau apa-apa kerana setiap perbelanjaan ditanggung. Malah, anda akan mendapat seorang pemeriksa kesihatan yang datang ke rumah anda pada setiap bulan untuk memastikan anda dan cahaya mata anda sihat hendaknya.

dah lah cuti, bergaji pula tu, dapat menyusukan anak sehingga habis dan melihat anak anda itu membesar sehingga ke tahap boleh bertatih. Cuti 2 bulan di Malaysia, tak sempat apa-apa pon beb. Menyusu anak pon tak habis dah kena pergi kerja. Balik dari kerja anak kau pon dah boleh cakap bukan "EMAK, AYAH" tapi "IBUK, GUWE MINTAK MAAFIN DEH. GUWE BISA NONKRONG SAJA HARIAN DI DEPAN TIFI" akibat dari penjagaan seorang pembantu rumah berkerakyatan Indonesia. Jangan salahkan anak itu.

Oleh itu, Liza dan suaminya memilih untuk " get herself pregnant purposedly" semasa Liza sedang berkerja. Barulah family planning yang mantap dan efektif.

bukan nak berbangga dengan negara orang lain. Negara yang telus dan jujur dalam pemerintahan dan pengurusan oleh kerajaan yang boleh dipercayai. Tiada penyelewengan dan rasuah di dalam menjalankan kerja. FYI, UK tak banyak sumber-sumber asli seperti Malaysia yang ada hasil minyak, getah, kelapa sawit, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi. Pendapatan Malaysia melalui minyak sahaja berjumlah RM60 Billion setahun.

Kita tidak mintak untuk dibayar dan semuanya diberi percuma, tetapi semua benda perlu berbayar di negara kita yang kaya ini. Tol, sekolah, mati, Cukai pendapatan, Perkhidmatan Awam, Borang- borang kerajaan dan macam-macam lagi.

Kalau semuanya perlu dibayar, mana pergi hasil tahunan negara Malaysia kita ini yang berbillion-billion?

Kalau ada masa, pergi jenguk rumah menteri. Berapa banyak kereta mewah yang anda akan nampak? itu baru cerita pasal kereta.

Pengajaran di sini. Jangan jadi bodoh memilih orang yang songlap duit kita.

Quote of the day " get yourself pregnant purposedly".


i'm not perfec.

7 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

dude,.. lu sewel.. tapi gua suka.

dan lu nak tau, word verification kali ni spesel punya.

'entri'

entri lu mmg mantap.

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

terima kasih.

sy budak baru belajar...

SyedaFauzi said...

I got pregnant purposedly as a protes sign.. Sbb bengkek result scholarship g oversea lambat kuar n macam main tarik2 tali.. Sekali bila dah disahkan 'bawak orang', esoknya result scholarship kuar lak..
Apakah ini juga dinamakan get pregnant purposedly?hahahha...
Gud entry.. Akak bersalin di US ni pun, menumpang kasih kerajaan negara org.. Merasalah bersalin kat hosp 5 star tanpa bayaran sesen pun dan dapat pulak food coupon (sbnrnya ni skim utk org low income - sy org miskin di sini..huhuh).. Insurans yg KPT bagi taknak cover 'kemengandungan' dan 'keberanakan' akak... Sedih...
Balik ni nak mintak KPT revise balik skim tu.. Ada ke nak bg insurans kat pegawai, nak expect pegawai takleh mengandung? ada ka patut?..huhu

irman_rahs said...

aku setuju entry ni memang berinfomasi bg yg terkurung d bwh tempurung macam aku ni...tq!

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

kita semua sama beb. sama-sama lah kongsi ilmu.Tau laa sakit mane nak bersalin pasni.. haha

Anonymous said...

blaja kat sini buat hape ? berambus la pegi luar negeri...mulia sunggoh negara kapir lahanat tu kan ?

tak bodoh pilih orang yang songlap bila belajar pun dapat tajaan / pinjaman dari yang songlap tu...
tapi bodoh pilih golongan gay & geng terrorist & komunist...

belaja abis dulu...

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

fungsi kerajaan adalah untuk:

1.Pertahanan ketenteraan
2.keselamataan (dalaman)
3.kestabilan ekonomi
4.Pendidikan

Kerajaan hanya bertindak sebagai pengurus dan pentadbir negara.

segala yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah duit dan hak rakyat.

ianya adalah duit dan hak rakyat yang diuruskan oleh kerajaan.

hak dan duit rakyat adalah haram dan satu kesalahan untuk disalahguna dan diselewengkan.

kerajaan wajib menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat.

ini bermaksud pendidikan sepatutnya adalah percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.

kerajaan negara luar tidak berpegang dan tidak mempunyai agama rasmi. susah untuk kita menyalahkan mereka jika terdapat golongan yang gay, lesbo dan apa sahaja kerana mereka tidak berlandaskan kepada ajaran suci agama.

jadi kita boleh faham mengapa ia terjadi.

tetapi keadaan di Malaysia sangat memalukan. walaupun agama rasmi kita Islam, tetapi banyak kita terdengar Pemimpin Melayu khususnya terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, menjual maruah dan hak bangsa.

cth : kes rasuah ali rustam dan KJ, lawatan teknikal khir toyo ke disneyland dengan menggunakan duit rakyat lebih RM1 juta, sumbangan Muhyiddin yasin ke sekolah cina sebelum pilihan raya kecil tempoh hari bernilai RM1 juta, sekolah melayu dapat apa? owh lupa, sekolah melayu mahathir dah haramkan. sedangkan melayu tidak ada sekolahnya sendiri.

ignorance kills. faham?


sekomunis komunis negara pon tengok apa jadi kat China, umat islam kat sana masih lagi teramai di dunia, negara mereka banyak peluang kerja, segala benda kat dunia ni pun keluar dari sana? apa masalahnya dengan negara komunis? China?

kat malaysia pon ada gay. lu pegi la jalan sultan ismail tepi NOUVO.
ramai, naik malu tengok bangsa melayu.

lain kali cakap ikut fakta walaupun lu sudah habis belajar

nak tanya sikit. bila masa kita habis belajar?