Sunday, July 30, 2006

sepanjang minggu2 yang lepas

sperti biase lah kan. zaman remaja aku dikala ini banyak dihabiskan di UPM. whahahaha, dah jadi student dah pun. setelah sekian lame bermalas-malasan di rumah.

kelas!! gile exited teruja tahap dewa gaban. wuhoo! akhirnya dapat juga aku bersosial. tambah menariknya jumpe byk muka2 baru, 5 riban intake baru UPM pada kali ini. mane tak seronoknya, budak pompuan ramai gila, 70 % dari 5 ribu manusia tu. harap2,... erm.. harap2....

tak kesah la. dah lame gila menentikan saat ini. pergi kelas dgn baju baru, (suar lame, takde duit nak beli). sblm masuk upm dah shopping dulu dgn kewangan yang telah diperuntukkan oleh kedua orang tua ku. shampoo, berus gigi, bath lotion, pensel, buku dan semuanya baru.

giler semangat aku ke kelas. biaselah, awal2 ni kan. sure giler bersemangat punye. mgkin kerana terpengaruh dgn citer 'dunia baru'. giler dressed to kill sial cast dlm citer tu. hahaha. sangatlah tak lojik taik.

campus life. wohoooo.

yang aku nak citer ni ialah, ttg hal2 semasa yg berlaku di meshia. hai...macam2 la.

yang peliknya..

aku ade bace ttg fanclub artist reality tv yg ditendang kluar. konon dakwaanya ada konspirasi. sebok dok mengamuk, marah tak tentu pasal.

pelik sbb, orang kat tempat lain dok sebuk mengamuk n marah sbb tentera israel laknatullah bunuh org islam kat palestin n lubnan. kite org meshia ni dok sebok nak marah n tak puashati sbb ade peserta pilihan yg terkeluar dari program realiti tv tu. pelik2.

tadi aku baru je balik lepak kat kedai kopi baru dgn kawan sepelepakan aku. alip, amran n azam. sejak dari bulan lepas muzium shah alam tak putus2 dgn org yg jakun dgn hantu. kalau tak silap aku dlm mase lebih kurang sebulan lebih je dah 125 ribu orang jakun yg datang nak tgk hantu2 tu. bile time azan je, masjid negeri yg tersergam tu takde pulak yg berduyun2 dtg nak cukupkan tiang agama. pelik2


fyi, aku skang tgh kelam kabut carik kad matrix aku. dah masuk 2 hari dah tak nampak kad matrix aku. leceh la.nak masuk Gate nanti nak kene mengadap pak gard.leceh betul la. tapi yg paling aku risau skali if aku terhilang MYkad. kalau tak silap aku mahal samannyer kalau terhilang. hilang my kad kene denda. tak bawak mykad sbb takut hilang pun mahal jugak dendanya. aiyaaa... caamne nih?!!!

Ibrahim Saad s/u FAM nak bawak palyer import team mane ntah si Bekamnago tu jadi pemain melaysia? nak amik pemain2 import dan tukar kewarganegaraan diorang ke?btul ke dgn hanye care itu kite boleh qualify worldcup? mokhtar dahari tu orang brazil ke?gile kebodohan?

nampak tak segala kebodohan yg berlaku di muka bumi ini?

i'm not perfec.

against the odds?



we're mad on israel's action. we do truly agree that we are against the zionisme.
they have no rights to shoot n kill our sisters,brothers n childrens in lebonan.

are u ready to boycott the companies that supports the zionist regime? are sure? really? serious?

then, throw away the nokia handphones.

no more make up sana,make up sini. revlon is a no.

kalau lapar... no more maggi mee. sorry.

no coke,

go to hell lah mickey n minnie mouse.

no more interesting tv shows. no star movie, no mtv,no cnn, no national geographic.

no more beef foldover frm mcD's drivethru...

no more skin as smooth as babies, johnson n johson pergilah mamps.

no more itu, no more ini.

okay now, let see what do we have here?

erm...... nothing.

are u sure, u are willing n prepared to boycott israelis companies n products????
samelah macam duduk dlm hutan kot.hmm....

"ya Allah ya tuhan ku, berilah kekuataan dan ketaatan iman kepada hamba2 mu ini, Amin"

list of companies supporting israel




i'm not perfec.

ironically, i'm not feelin smarter.






konvokesyen ke 30 UPM. sempena 75 tahun penubuhan UPM. sidang pertama. sesi pertama. pukul 8 pagi. di hadiri oleh Cancelor UPM, Sultan Selangor.

akhirnya, aku adelah seroang manusia berdiploma. serious aku takde rase ape2 feeling pun. tak hepi. tak sedih. tak exited.tak teruja. perasaannya sangat biasa. cume menyampah bila kene duduk lama2 dlm majlis yg penuh protokol ini.

terima kasih kat mama, kak nana n masturah yg datang tgk apis konvo. wlpn apis sikit pun tak berharap langsung kedatangan mama, dan berfirikan lagi takyah datang pun takpe sbb 'ini bukan 'the event of my life' pun. buang mase je. mama pun stuju. haha

bersame Hefni

satu femli dtg tgk anaknye konvo

di sini, ingin saya ambil kesempatan kepada kawan2 saya terutamanya Mohd Hefini b. Ismail. yang telah bersusah payah menngsetelkan pendaftaraan kursus2,same2 pergi kelas, walaupun sanggup berlambat ke kelas sbb tunggu aku, signkan attendencies aku,ketuk pintu bilik sampai aku bangun,tolong fotostatkan notes,habiskan kredit msg aku, mengorbankan masa dan tenaga demi aku. dan byk lagi.

mama spt bermimpi tidak mempercayai anak bujangnya yg bermasalah ini dpt konvo

ucapan terimakasih juga ditujukan kepada aainaa (makcik), aisyah, lini,dayah,intan, izat,ayuni,billa,aliaa, wazid,akmal,ahnaf,zaim,bdk2 KTP, roomate2 ku, fido,botak,ise,apih,kwn2 upm,kwn2 bylz (mwhahahaha geli siall).kwn2 SMTMS ku, u know who u are..


bersama mael yg lamabt sikit nak konvo

tidak dilupakan kepade ayahanda dan ibunda tercinta, adik beradik ku sayang, aisyah dan hanna (penghibur tak berbayar),nenek2 ku sayang, dan mereka yang tak teringat nak disebut dlm ruangan ini.

terima kasih di atas SEGALA-GALANYA.

alhamdulillah, aku sangat bersyukur diatas segala yang telah dikurniakan ke atas diri ku ini.

i'm not perfec.

saya seorang hipokrit yg terjerut. adakah mati?

marah, geram, sakit hati. nak je aku pijak2, tembak, rodok perut askar2 yahudi yg bunuh org2 islam kat lubnan tu. nak je aku ludah kat muke bush. nak je aku sepak kepale kat "condy rice". nak je aku jadi mcm rambo 'setelkan' semua yahudi kat muke bumi ni.


adakah anda mengalami kecacatan otak? die yg bagi arahan utk bunuh org islam, kau boleh senyum?

sedih, kesian sangat, rase tak puashati kat org islam yg ditindas oleh yahudi2 mangkuk hayun ni. tak leh nak bygkan camne detik2 seorang anak kecil ditembak.boleh tak dibayangkan? cube bayangkan anak saudara aku hana n aisyah.. mati kene tembak kat kepale dgn tentera yahudi. giler takleh bayangkan!!! n inilah kejadian yang berlaku pada setiap jam di lubnan,palestine,irag,afghanistan,chechnya,selatan thailand,mindanao dan byk tempat lagi..

aku sebok nak salahkan Paklah. dah jadi presiden Owh I sEE. takde langsung tindakan utk mengatasi masalah ini. lagi2 nak gunekan kononnye pendekatan diplomasi. DIPLOMASI MY FOOT!!!. sejak dari zaman dulu lagi org islam dah diperbodoh2kan. diplomasi, rundingan itu, rundingan ini, tiap2 hari kene bunuh jugak. nak diplomasi ape lagi.


Shahd Okal, 8 month. another fresh victims of israel's babi anjing


di tambah rase meluat lagi, bile tgk si khairy jamaluddin. poyo2 je konon berdemonstrasi nak hantar memerendom kat si 'condy rice. ape yang die bangang sgt. bagi je laa kat Paklah n then paklah kalau brani bagi je laa kat si condy tu. bodoh!!! rugi je laa blajar kat oxford. nak antar surat pun failed.

aku tak pernah rase hidup dalam perperangan. terkencing ketakutan bile dgr bunyi bom, bunyi senjata membunuh org2 di sekeliling aku. sympathy sajalah yg aku ade utk mereka yg mati syahid ini. (insyaallah)

lagu : aku sedang ingin membunuh

lirik: kondi rice

setiap ada kamu, mengapa tangan ini, rase macam nak tembak orang, seprti keter kebal dlm perang.

setiap ada kamu, aku rase cam nak minum darah, dari hujung kaki dan hujang kepala org islam

aku sedang ingin membunuh, karena

mgkin kerana aku barua yahudi,

aku ingin....

dan ape yang aku dah lakukan utk menghentikan pembunuhan2 ni..?

lepak. borak pasal pirates of the caribbean.citer pasal concert pussycat dolls. dgr member bercerite ttg kebestan menonton "the OC". makan2... lupe ingat Allah swt. lepas makan pun lupe nak berterima kasih kat Allah swt, seronok punye pasal sbb membe blanje. pastu borak pasal band indon. Samson, Midji, dan ape2 je la.

sebok nak tuntut keadilan dan balas dendam ke atas penganiayaan yg dah dilakukan.

1. nak bangun subuh pun bermasalah.
2. surau punye dekat pun susah gile nak pergi.
3. rase rugi giler kalau tak tgk wayang citer2 baru.
4.and the list goes on and on....


'POYO SIAL AKU'. i am trapped.

sanggupkah kita meninggalkan segala keselesaan dan kelazatan di muka bumi ini dan sanggup berkorban menuntut bela dan keadilan di atas kezaliman yng dilakukan oleh tentera zionis terhhadap umat Islam???

kau rase kau hipokrit tak? kalau guess or levi's buat discount up to 80% kau nak beli tak? kau rase ashton kutcher tu kiut tak? buku ' the devils wear prada tu sgt chicks flicks kan? i lykeee!!


tak kah MUNAFIQ kita ini?





i'm not perfec.

Monday, July 24, 2006

self hating perhaps






unfortunate for him for not converting to a muslim. i believe he does practice the fundamental torrah's teachings. 'ahli kitab' kot.


i'm not perfec.

Sunday, July 23, 2006

ini adelah dosa-dosa mereka,

kuang ajar





AL FATIHAH

seorang wanita arab yg sarat mengandung 32 minggu, telah meninggal apabila di tembak di perut oleh seorang tentera US di Mosul Iraq. dia telah dikerjakan ke hospital bagi menyelamatkan bayinya.
para doktor telah bertungkus lumus menyelamatkan bayinya. dukacita, bayinya juga telah meninggal kerana peluru tersebut telah menembusi perutnya sendiri. malah, poluru itu juga tak dpat ditemui. boleh bygkan tak jarak peluru itu dilepaskan??

and our sins are,

NOBODY DID ANYTHING!!!!

aku yang bodoh dan tak berguna.

i'm not perfec.

orientasi, the journey.

orientasi. sucks. korang pun tahu kan?

malas nak cerita. boleh bayangkan sendiri.

-duk kolej kosas,army life ( ROTU)
-Fasilitator2 mostly junior aku.
-missed world cup matches
-penat
-tak cukup tido
-hitam. (sun tanned)
- asik2 perkataan 'aspirasi' n 'cemerlang, gemilang, terbilang' MY FOOT!!!
-Seminggu.

sheesh...

i'm not perfec.

Wednesday, July 19, 2006

berita diri ku

kawan2 ku sayang! maaf kerana jarang-jarang menghantar entri2 baru utk blog ini.

aku masih lagi sebok mengadaptasikan diri dgn situasi baru sebagai seorang pelajar universiti.

SERONOK!! AND EXITING!!

byk perkara utk diceritakan dan dikongsi bersama.

insyaallah aku akan sempat2 kan diri, utk menulis.


i'm not perfec.

Sunday, July 02, 2006

ponteng orientasi

aku ponteng 'minggu mahasiswa perkasa. so??

gile ke ape. buat orientasi mase world cup?? lagipun ape yang nak kecoh2. aku dah 3 tahun dok upm. ape lagi yang nak diorientasikan? malahan last year aku siap jadi fasilitator lagi utk bende orientasi ni.

tadi dapat msg dari seorang rakan. dia berada di upm. tak brani nak ponteng orientasi ni. dia bilang.. tadi diorang check nama seorang2. maknenye aku dah kantoi la tu. bersedia je laa menadah menerima hukuman. cool~

tadi aku datang register kat UPM pukul 4 ptg. seperti biasa, masuk Universiti ni bukan bende besar dlm famili aku, jadi aku pun pergilah register sensorang. no heart feelings lah mama n abah. anyway, aku dah inform mak aku, yang anakanda akan pulang sejurus selepas mendaftar nanti.(ponteng) bonda dont wory be happy.but dont be hippies.

sejurus selepas mendaftar kami, pelajar2 baru disuruh memakai pakaian sukan sbb ade acara beriadah. apekejadah?? nak beriadah ni? jadi aku pun dgn selambe yaya lepak dlm bilik.. sambil.. lepak je la. memandangkan i'm struggling hard of not getting back to smoking.

selepas dapat mengagak yang pukul 6.30 ialah acara makan malam. aku pun dgn selamba turun ke dewan makan dan terus beratur bersama freshies2 yang lain. akhirnya aku telah berjaya menghasut dua orang rakan ku a.k.a Wazid dan AainaA utk same2 join aku ponteng. agar jika kantoi, boleh lah kantoi ramei2.lagipun aku bawak kete.

kami telah menghilangkan diri semasa fasilitator2 skema badut( yang dulu pernah diorientasikan oleh aku) makan malam. masa tu dalam pukul 7 ptg/malam.

kami sampai shalam dalam pukul 8 mlm.

yehaaa...!

tak kesah a, janji dpt tgk kebodohan erikson dan England n kejap lagi dapat saksikan kekalahan Brazil yang main tak beautifull langsung.

Minggu mahasiswa perkasa or minggu perkasa mahasiswa. ade jaminankah aku akan jadi mahasiswa perkasa kalau mengikuti minggu itu?

-tak rela diorientasikan oleh budak2 yang pernah aku orientasikan dulu-

i'm not perfec.