Saturday, September 22, 2007

makruh bace post ini pada siang hari ramadhan

Baked Pasta In a Sea of Cheese

"every moments spend with you, is the moment i treasure,
don't wanna close my eyes..."

hanye melalui beberapa patah lagu inilah dapat aku gambarkan tentang kesangapan aku terhadap hidangan di atas.

pasta. ya.. pasta. bukan stakat pasta biasa yg anda boleh dapati di kedai runcit MJS. pasta yg boleh menyebabkan anda berpesta ketika merasai tekstur lembutnya di dalam mulut. Pasta yg seakan-akan diperbuat dari Mont Cagliari Itali ini sebenarnye datang dari kapar Klang. kombinasi tepung dan element2 lain menyebabkan anda dapat merasai kesedapannya seolah-olah Inzaghi menjaringkan gol utk AC milan semase menentang Liverpool pada final champeon League yg lalu.

Pernahkah anda lemas di dalam lautan Cinta? ya, begitulah yg sedang dihadapi oleh pasta-pasta ini kerana terkapai-kapai di dalam lautan cheese yg begitu solid molid. seperti biasa, tekstur cheese yg kenyal ini telah memberi tamparan yg hebat kepada pasta bersama hirisan ayam dalam bentuk dadu untuk timbul di permukaan cheese. Cheese mozarella ini yg slalu digunakan di dalam pembikinan pizza menyebabkan anda terpaksa menarik sepanjang 3 meter untuk memisahkan ia dari pinggan dengan satu suapan sudu anda. seperti jari halus yg melentik lemah gemalai menari-nari di atas lidah. gelora cheese yg semakin membara terasa di dalam mulut. lemak, cheese. nah, anda akan berasa seperti diraikan semasa mengunyah cheese ini. bila cheese dan pasta bersatu menjadi satu, amukan kesedapan yg tidak dapat di gambarkan dengan perkataan. anda akan tersenyum puas untuk setiap suapan cheese dan pasta. Puas, indah dan lemak. itulah bahana yg terpaksa anda terima..

Lamb Chop but not stirred.





kambing. mungkin biasa bagi anda.

bagaimana jika saya ceritakan begini....

sekeping daging kambing terpilih dari seekor kambing yg pernah memenangi gelaran ratu cantik di kandang ternakan Pak Amid, di Tanjung Malim, Perak.

lembut, curvy, solid, mantap, berjuicy.. itulah dia.

4 keping daging kambing. di grilled dia atas hot pan. api dijaga rapi agar tidak merosakkan keayuan dan keaslian isi daging tersebut. Di marinate semalaman dengan resepi rahsia 7 turun temurun keluarga Chef Kadri. garam dan sedikit pepper semasa menambah kehangatan daging yg sedang di masak.

gravy
4 sudu bbq Sauce, 4 sudu sweet soy sauce, 4 sudu salty soy sauce, 4 sudu virgin Olive oil, 3 ulas bawang yg diblender, secubit garam, secubit herba dari itali. secubit di peha kiri untuk make sure peha kanan tak rase saket pon, Mushrooms.. more room for mushrooms..mooch

gaulan di dalam kuali. sperti gaulan anak muda zaman kini, penuh dengan memori manis, gelak tawa, berkejar-kejaran, gaulan gravvy itu tadi, gaulan anak muda yg bertukar2 alamat friendster, suke dan hepi, gaulan tadi biar dilimpah dengan Soul dan Kasih sayang.

nah, hamparkan pada daging kambing itu tadi. tuangan halus dan lemah lembut seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya yg liat untuk bangun sahur.

asap dari gravy tadi bersatu dengan asap dari daging kambing yg di masak penug tender n juicy.
aromanya.. benar2 menggamit perasaan untuk menikam dan berpelukan manja dengan daging kambing itu.

setiap suapan lamb chop ini seperti memujuk2 anda untuk mengembekk seperti seekor kambing yg mengetuai sekumpulan kambing di atas bukit di tepi pokok di sebuah padang ragut ketika musim bunga.


i'm not perfec.

3 comments:

Anonymous said...

kat mana ko makan ni tobey

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

William's KJ

superb n Mabeles

Anonymous said...

wiliAM KJ
MACAM PERNAh pergi jer
ni yg warung2 tu aite...