Raya itu hari, aku beraya dengan keluarga di Shah Alam. dah 3 malam straight aku menghabiskan masa hingga ke waktu sahur lepak di Jalan Damai, dekat Ampang Park sana tu. Nak harapkan kedai Pak Arab je laa yang tak tutup. Kedai lain kebanyakkannya tutup, ramai yang dah balik ke kampung.
Pagi raya aku bangun. (jangan carik nahas bangun lambat pagi raya). Pergi sembahyang di surau, dekat saja dengan rumah aku. kalau ikut tahun- tahun yang sebelum ni, aku beraya di Masjid Shah Alam (masjid negeri). kalau terasa nak beraya di oversea, datang la ke masjid ni. Suasana macam Karachi, Dhaka dan Jogjakarta pon ada.
immigran ramai sangat. dari pintu masuk nak ke masjid saja paling koman pon dua kali aku kena tahan.
"bayya, bayya, ambil gambar kasi satu kali tangkap boleh?" mamat bangla dah dressup smart dengan sluar slack dan baju checkers suruh aku ambilkan gambar dia dengan lagi 10 orang kawan-kawan dia dengan berlatarbelakangkan air pancut masjid.
"nak bagi kat girlfriend dia kat kampung kot" kata aku dalam hati
takpe , aku layankan aje. snap!
Bangla, India, Indon semua ada. Spanish, Guatamalan n Swedish je yang aku belum jumpa lagi.
yang tak boleh belahnye, minah-minah Indon punya dressing. Semua stok berbaju kebaya, belah sana sini dan jarang-jarang nampak bra nampak coli. ye la, aku paham raya punya pasal mestila nak cantik-cantik kan, tapi ini masjid tempat orang sembahyang. respect la siket. nak seksi pon bertempat la.dalam bilik mandi ke, dalam neraka ke,stor ke, tepi longkang ke banyak lagi tempat. aku serious ni.
ini lah lumrah orang yang tak berkampung. Dulu havoc berkemas dan bersiap-siap nak balik ke kampung, naik van kemudian pajero dengan satu famili dengan beg-beg baju. Bila atas jalan raya, bukan nampak famili aku je, famili orang lain pon boleh nampak bergerak dengan kenderaan sendat nak balik beraya kat kampung. Dia punya feeling memang satu macam.
tapi dulu Shah Alam lagi sunyi, tapi makin lama makin ramai pulak orang yang beraya kat sini. ye lah, dah beranak cucu. Shah Alam ni dah jadi kampung aku dah. sejak lahir sampai lah ke hari ni. dah 10 tahun dah!
Balik dari sembahyang raya dan selepas aktiviti itu dan ini (you know what), aku lepak tengok tv jap. layan CNN.. ada orang datang. saudara abah aku yang automatiknya saudara aku jugak. ramai anak-anak dia, makin tahun makin bertambah ahli keluarga dia. dari beraya berdua dengan isteri dengan motorsikal, dah ada anak tukar ke kancil, tukar ke Proton Juara bila dah bertambah lagi , kali ni dah naik Estima dah. tahun lusa naik keretapi agaknya datang beraya.
masa tengah tengok tv...
"adik kau yang kecik ni sapa nama dia, tahun lepas tak nampak pon?" tanya aku kepada abang budak kecik ni.
"tahun lepas dia baby lagi, sekarang dah pandai jalan." balas abang budak kecik ni
"nama dia apa?" aku tanya balik
"Alexander Danial" dengan gagah abang budak kecik tu menjawab.
"Pergh! Alexander Danial? hebat betul nama dia. Nama kau John Ape pulak?"
"eh takdelah, nama saya Muhamad Amin"
"mak yang nak nama ni" abang budak kecik ini menyambung lagi.
amacam? nama anak kau orang apa pulak?
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
3 weeks ago
3 comments:
apa Yg beSt yer Post Ni..
Gambr Chesecake HomemaDe by KekasiH haTi tu.. Wah, YummY..
malaysia semakin semak dgn pendatang...
xske..xske..xkse...
rase xselamat di negara sndri..
~sori,ter-emo.
miss laksa-
the homemade cheesecake can really make u high and smile alone..
budak hijau
it's okay to be emo, we should. anyway, i have read your writings, mcm semua emo je.. hehe..
i've linked u guys!
Post a Comment