Saturday, February 28, 2009

Sekali pun hati Imran telah dilukai

"choy! terguris hati mak ni nox!" kata Rosey (Rosli) selepas mendapat tahu yang dia tak boleh mengandung sebab dia bukan perempuan semasa di kafe.

Imran yang duduk di meja sebelah, tidak mempedulikan dia. Muka pak guard yang pakai tudung lagi cun kalau nak dibandingkan dengan si Rosey(Rosli)ni. Datang bandar, terus "Culture Shock". Kesian mak bapak dia yang jadi posmen dan suri rumah di Batu Pahat.

Imran sayu. Tak tahu kemana harus pergi, kepada siapa dia harus mengadu bomba. Apetah lagi mengaduh sakitnya. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati mak, nak dikemam mati abang, nak digigit mati kakak, nak diisap mati adik, nak dikunyah mati makcik sedara, nak diludah mati pakcik sedara. Memang carik nahas kalau meludah kat muka pak cik sedara, apetah lagi pakcik Seman peminat wrestling di sebuah kedai kopi di Kuala Pilah.

Apekajadah yang sedang dipikir kan Imran, dia sendiri pun tak tahu. Apetah lagi harga pasaran tikar sejadah pada masa kini.

Di depan meja Imran ada 3 orang budak perempuan sedang rancak bergossip.

Imran menghela nafas panjang sebanyak 8 ela.

gedebuk..keceper..bedebab.. ketiga-tiga budak perempuan tadi tumbang, terjelepuk dari kerusi mereka. Mulut mereka terkeluar buih-buih putih macam washing machine pulak tengah basuh baju gamaknya. Rosey juga tidak terkecuali, terbaring atas lantai. terkeluar semua tisu-tisu.

Mana taknya.. kalau dah sebulan tak gosok gigi, makan pulak tempoyak goreng budu dengan Petai jeruk 5 hari sekali memang boleh membawa padah dengan hembusan nafas berbau maut yang keluar dari trakea dan seterusnya mulut Imran.

"whatever" kata Imran sambil menunjuk kan lambang tangan (talk to the hand) kepada keempat-emat mangsa nafas berbau dihadapannya itu tadi.


Macam mana boleh jadi macam ni!

Imran menarik narik rambutnya yang kusut masai yang dicuci dengan perapian aloe vera 3 hari lepas itu.


"Arghhh!!!!!!" jerit Imran. Bergema satu kafe itu. Semua orang memandang Imran yang sedang memegang Mikrofon lengkap dengan 8 Amplifier itu.

"Nate hippopotemeh!" jerit Imran lagi.

"Nate hippopotemeh takde dik, Nata Di Coco ade la" bilang abang kafe yang sedang mencatatkan ape yang nak diorder Imran.


"Air mata Imran mengalir dengan lajunya macam air terjun Ulu Bendul. Memang tak dapat nak disorokkan lagi dah kesedihannya".


Tiba-tiba aku datang, sambil memakai baju berwarna merah kuning.

'sek kito jange pecoh, cubo lagi deh.." ghoyak aku dengan halus sambil mengusap-ngusap belakang Imran.

Itu lah padahnya kalau datang stadium Shah Alam tak support Selangor.

Kan dah kalah 3-0.

Kepada orang-orang Kelantan termasuk pelakon-pelakon cerita Budak Kelantan. Aku tumpang simpati beb.




Cuba lagi!!!

Merah Kuning Lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
gemuruh sorakkan menggegarkan
cabaran disambut dengan kesungguhan

kecemerlangan, kecemerlangan
kecemerlangan jadi kenyataan

Merah Kuning keberanian menempuh segala halangan

sekali melangkah buktikan kemampuan
Merah Kuning keberanian menempuh segala halangan
sekali melangkah buktikan kemampuan

Selangor Darul Ehsan


Selangor... Darul Ehsan..............!





i'm not perfec.

Sunday, February 22, 2009

Pengalaman Rashid kena lempang

Ini cerita zaman rokok boleh jual batang

Mak Limah ada kedai runcit kecik kat satu simpang jalan raya. Memang sibuk jalan tu, banyak kereta lalu lalang sebab jalan utama.

Rashid masa tu baru tingkatan 3. Trademark gangster sepertia biasa, mesti la kene ponteng sekolah dan isap rokok tepi sungai. Belajar mesti nak jahanam apatah lagi satu benda pun yang tak boleh nak dibanggakan di sekolah selain daripada pukul orang, cikgu panggil mak bapak datang sekolah sebab kes disiplin.

Satu hari tu, lepas sekolah. Rashid pergi kedai Mak Limah untuk beli rokok. Duit memang tak ada masa tu sebab bapak Rashid bukan kerabat Menteri kat Malaysia yang kaya raya boleh parking Hummer kat rumah.

"Mak Limah, mintak Dunhill 14 sebatang!" jerit Rashid dari luar kedai

"Erk" Mak Limah tebangang sekejap

"hahahaha" jerit Rashid gangster kecik kampung mengenakan mak cik tua itu

Mak Limah mengambil handphone nya dan terus meng SMS ON LEMPANG dan hantarkan kepada 32233.


Pang!! bunyi Rashid kena lempang. terngiang-ngiang telinganya. boleh tahan power jugak lempang Mak Limah ni.

Rashid terdiam.....

Kemudian mula menangis, teresak-esak dan lari balik ke rumah.






i'm not perfec.

Tuesday, February 17, 2009

Gathering SMTMS batch 01 02



14 Febuari 2008
Villa Sakinah, Janda Baik Pahang

Ramai yang datang! tak sangka aku akan jumpa Blanka dari Muadzam Shah dan Aril dari JB.

the boys with the chick to grill. Kemn, Lalat, Amad n Butat


Falahabu,Kemn,Emysha,Haniem


Pemancing.. last sekali Man Peluh yang dapat baung sekilo lebih!


Tasha, Jun (tunang lalat), Acheh.





Fun day meeting old friends.

i'm not perfec.

Sunday, February 15, 2009

Cerita bangsawan

Pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga bangsawan. Ayahnya hensem, jalan segak dan macam pandai dalam membuat satu-satu perkara. Sama juga dengan ibunya. Anak lelaki tunggulnya pun macam sama juga macam ayahnya. Dressing nak smart, cakap nak stylo, bila berjoget macam shuffle depan Maybank Bukit Bintang.

Pada suatu hari, Si Ayah yang dikenal sebagai Adi Kencana membawa anak lelaki tunggalnya, Bustamam pergi berjalan-jalan di tepi sungai oleh kerana pada masa itu tempat semacam The Curve dan Solariz Mont Kiara masih belum wujud.

Sambil berjalan-jalan pada waktu petang itu, Adi Kencana begitu bangga menceritakan kepada anaknya perihal kebanggaan mereka menjadi keluarga berdarah bangsawan.

" Keluarga kita disahkan oleh ahli nujum Jenis darah F, kerana itu lah kita darah bangsawan. F untuk fantastik! Fantabulous!Fantaghiro! Bukan macam mereka golongan marhaen, mereka semua berdarah jenis A,B,O. Mereka tak cool macam kita. Kita "cultured" punya spesis.." bilang Adi Kencana kepada anak lelakinya yang berumur 8 tahun itu.

"Daddy cool, itu apa?" Tanya Bustamam kepada ayahnya.

" Yang mana Busta Raimi?" Adi Kencana tercari-cari. Busta ialah nama panggilan Bustamam (konon Busta Rhyme)

"Yang itu Abah.."Sambil menelunjuk

"Oh.. Itu siput babi" kata Adi Kencana dengan lembut

"Itu apa?" Bustamam

"Itu Siput babi"Adi Kencana

"itu apa?" Bustamam

"itu siput babi" Adi Kencana

"Itu apa?" Bustamam

"Itu Siput babi"Adi Kencana

"Itu apa?" Bustamam

"Itu Siput babi la.."Adi Kencana

"itu apa?" Bustamam

"itu siput babi la.." Adi Kencana

"itu apa?"Bustamam









" ITU SIPOT LA... BABI!!!" kata Adi Kencana dengan penuh marah gila




Morale of the story:

Sabar itu separuh dari iman, tapi tidak bermakna kalau dua kali sabar maknanya iman anda adalah sempurna.









i'm not perfec.

Saturday, February 14, 2009

Khas buat kekasih hati

Hati ini mahu satu dunia tahu yang saya sangat sayangkan kamu

Hati ini mahu satu dunia tahu hanya kamu yang tahan dengan kerenah saya

Saya tahu saya ini seorang yang sangat tidak teurus, pemalas dan selalu cepat lupa diri

Atas segala kekurangan hati ini hanya kamu sahaja yang mampu menenangkannya, mengambil berat tentangnya, risaukan tentangnya, sayangkan kepadanya.

Hati ini mahu satu dunia tahu hanya kamu yang mengatasi segala-galanya.

Hati ini sayang kamu

Hati ini cintakan mu

Sayang.

i'm not perfec.

Sunday, February 08, 2009

Pengalaman Hamdan dan Kriesya dengan ayam

Baru darjah 3 Hamdan dah ada girlfriend. suka hati dia lah nak ada girlfriend masa darjah 3. Tapi Hamdan selalu tak nak mengaku dia 'kapel' dengan Afzan tocang dari kelas sebelah. Belum declare lagi katanya.

"apa barang couple2 ni semua, rilex la sikit. aku nak freedom" kata Hamdan berlagak seperti orang dewasa.

koya betul budak ni. freedom apa kejadah kalau pukul 5 baru mak dia bagi keluar rumah main petang-petang. susah jugak nak handle budak kecik yang berperangai seperti remaja liar.

haha. zaman sekolah. bila bercerita tentang boyfriend girlfriend mesti berkait rapat dengan perkataan 'couple' dan 'declare'. kecoh!


tapi itu bukan isu entri pada kali ini.

ceritanya begini..

mata Hamdan ini suka terkenyit-kenyit. agak buang tabiat jugak kalau dah Cikgu Rosnah janda mengajar kat depan si Hamdan ini terkenyit-kenyit. Cikgu Rosnah dah pikir lain macam.

"nak ngorat aku budak ni agaknya" kata Cikgu Rosnah janda dengan penuh berharap.

menjanda selama 17 tahun memang satu tempoh masa yang lama. Walaupun Hamdan baru darjah 3, Cikgu Rosnah optimis yang dia masih ada harapan untuk bersuami. Gila punya orang!

Pada suatu hari, Cikgu Rosnah ajak Hamdan dating di KFC. Satu bakul cikgu Rosnah order ayam. tapi Hamdan hanya makan kentang penyek dan Jurusan Undang-undang (Course Law) sahaja. Pelik Cikgu Rosnah, buang tabiat agaknya budak ni. Ayam seketul pon tak dijamahnya.

Cikgu Rosnah menjangka Hamdan tidak makan ayam KFC kerana Hamdan mahu bersikap gentleman dengan membiarkan Cikgu Rosnah memakan semua ayam yang ada.

Cikgu Rosnah tersenyum sinis.. sambil tangan kiri dan kanannya menggenggam dua ketul ayam drumstick.

Setel sebakul ayam goreng (24 ketul)

"mesti kagum budak ni dengan kebolehan aku menghabiskan sebakul ayam goreng" kata Cikgu Rosnah di dalam hati.

"kenapa you tak makan ayam ni?" tanya Cikgu Rosnah kepada budak berumur 9 tahun itu

"ayam? Cikgu order ayam ke?" kata Hamdan meminta penjelasan

"hehe. funny la you ni". sumpah mesti korang menyampah dan nak muntah bila ada janda yang nak mengorat budak kecik untuk dijadikan suami.

"Funny apa cikgu, saya serious ni" kata Hamdan dengan hairan

"ni kan ada sebakul ayam, lagipun kan kita ni kat KFC? erm... lagi satu, tak payah la panggil I cikgu, panggil i Kriesya sudah la.." Kata Cikgu Rosnah

" la ye ker.. ada sebakul ayam. I bukan apa Kriesya... I..." boleh tahan jugak budak kecik ni.

"You ape Hamdan. Cakap lah. I sedia untuk menghiasi taman mu.. You apa.. cakap lah Hamdan"

"I...I sebenarnya..." kata Hamdan

" You apa Hamdan, I rela bermadu dengan Siti tocang kelas sebelah tu.."kata Cikgu Rosnah Janda

" I sebenarnya...." Hamdan masih belum menjawab

"apa dia Hamdan.. cakap" Cikgu Rosnah tidak sabar

" I.. I sebenarnya.. Rabun ayam" kata Hamdan tunduk

"wtf?" kata Cikgu Rosnah buat muka tak paham

itu lah padahnya kalau nak kapel sangat dengan budak kecik.

Soalan pada minggu ini.

Adakah Hamdan.....

A. memang betul-betul rabun ayam
B. Bodoh sejati
C.Saja nak buat lawak
D.Bapak ayam
E.Bayam

Selamat menjawab!



Credit to Alep and BYLZ inc.

i'm not perfec.

Sunday, February 01, 2009

Kaya

Petang-petang lepak mamak, aku bawak Ferrari Terra Rossa kaler merah parking betul-betul tepi meja. Memang bakar line mamat-mamat yang lepak kat situ. Naik lenguh memandang kereta aku.

Tapi pada realitinya, aku hanya bawak kancil kaler Maroon. Parking ke tak parking tidak ada siapa pun yang tahu.

Kaya ada 3 definisi sebab macam-macam kaya yang ada kat dunia ni. Kaya dengan minyak, kaya dengann perempuan, kaya dengan senyuman, kaya dengan kayap dan macam-macam lagi. Jadi, aku akan bagitau korang jenis-jenis kaya yang ada di alam semesta ini.

Kaya 1

kaya yang ini, ialah apabila semua yang anda nak.. anda akan dapat.

Rumah besar gila yang masih boleh menyebabkan kematian sebab 7 hari tak makan dan minum sebab mati sesat. Kereta James Bond Aston Martin DB9 yang pakai buang. Swimming pool siap dengan ikan lumba-lumba. Ada orang gaji yang bakar duit (macam bakar sampah depan rumah) sebab duit tu dah banyak sangat sampai jadi bersepah rimas mak. Memang "the world is not enough" la. Ada jet peribadi, nak lunch dekat Paris dan makan malam di Los Angeles. Tapi kalau nak rasa Mee Udang di batu Pahat mungkin tak dapat sebab kat sana tidak ada Airport. tapi sebab anda kaya, anda akan upah tukang masak mee udang batu pahat tu untuk masak kan mee udang di Rome Itali. Baru lah Mee Udang Rome Itali jadinya.


hulishet, kaya gila!

pergh! pergh! pergh! tak habis-habis.

Kaya 2

Kaya yang anda mungkin tidak ada semua, tetapi anda berpuashati dengan apa yang ada. You are content with what you have.

Ada rumah teres dua tingkat, dan sebuah kereta. Ada suami baik yang mungkin tidak berapa kaya tapi jujur dan sangat bertanggungjawab dalam keluarga. Ada anak-anak yang pandai dan cantik-cantik pula tu. Hidup anda tiada masalah kewangan, kerana semuanya cukup , tidak kurang dan tidak berlebih.

Sekurang-kurangnya anda tidak lah hidup tak berumah, bila panas dan berhujan anda akan merintih meratapi kemiskinan. Tidak berkahwin, tiada siapa yang mengambil berat, apetah lagi sayang. Anda hidup keseorangan. Sakit dan lelah hanya anda sendiri yang tahu. tiada siapa untuk berkongsi duka. berjalan kaki untuk sampai, berpeluh-peluh melecet kaki dan penat kerana tiada kenderaan. Jangan katakan kereta, basikal pun terlalu mahal. Kalau ada anak, untung-untung boleh la mereka yang picit kepala bila pening. anak-anak menjadi satu-satunya harapan anda untuk masa hadapan.



Kaya 3

Anda sapukan di atas sekeping roti. Tapi sebelum tu sapukan butter dulu. Cicah pulak dengan Milo dan makan pada waktu hujan dengan mata yang tertutup dan tersenyum. Sedap!

Nikmat beb. seriously...

Cubalah.


Moral of the story: belajar bersyukur dan ingat orang yang lebih susah dari kita.

i'm not perfec.