Saturday, February 28, 2009

Sekali pun hati Imran telah dilukai

"choy! terguris hati mak ni nox!" kata Rosey (Rosli) selepas mendapat tahu yang dia tak boleh mengandung sebab dia bukan perempuan semasa di kafe.

Imran yang duduk di meja sebelah, tidak mempedulikan dia. Muka pak guard yang pakai tudung lagi cun kalau nak dibandingkan dengan si Rosey(Rosli)ni. Datang bandar, terus "Culture Shock". Kesian mak bapak dia yang jadi posmen dan suri rumah di Batu Pahat.

Imran sayu. Tak tahu kemana harus pergi, kepada siapa dia harus mengadu bomba. Apetah lagi mengaduh sakitnya. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati mak, nak dikemam mati abang, nak digigit mati kakak, nak diisap mati adik, nak dikunyah mati makcik sedara, nak diludah mati pakcik sedara. Memang carik nahas kalau meludah kat muka pak cik sedara, apetah lagi pakcik Seman peminat wrestling di sebuah kedai kopi di Kuala Pilah.

Apekajadah yang sedang dipikir kan Imran, dia sendiri pun tak tahu. Apetah lagi harga pasaran tikar sejadah pada masa kini.

Di depan meja Imran ada 3 orang budak perempuan sedang rancak bergossip.

Imran menghela nafas panjang sebanyak 8 ela.

gedebuk..keceper..bedebab.. ketiga-tiga budak perempuan tadi tumbang, terjelepuk dari kerusi mereka. Mulut mereka terkeluar buih-buih putih macam washing machine pulak tengah basuh baju gamaknya. Rosey juga tidak terkecuali, terbaring atas lantai. terkeluar semua tisu-tisu.

Mana taknya.. kalau dah sebulan tak gosok gigi, makan pulak tempoyak goreng budu dengan Petai jeruk 5 hari sekali memang boleh membawa padah dengan hembusan nafas berbau maut yang keluar dari trakea dan seterusnya mulut Imran.

"whatever" kata Imran sambil menunjuk kan lambang tangan (talk to the hand) kepada keempat-emat mangsa nafas berbau dihadapannya itu tadi.


Macam mana boleh jadi macam ni!

Imran menarik narik rambutnya yang kusut masai yang dicuci dengan perapian aloe vera 3 hari lepas itu.


"Arghhh!!!!!!" jerit Imran. Bergema satu kafe itu. Semua orang memandang Imran yang sedang memegang Mikrofon lengkap dengan 8 Amplifier itu.

"Nate hippopotemeh!" jerit Imran lagi.

"Nate hippopotemeh takde dik, Nata Di Coco ade la" bilang abang kafe yang sedang mencatatkan ape yang nak diorder Imran.


"Air mata Imran mengalir dengan lajunya macam air terjun Ulu Bendul. Memang tak dapat nak disorokkan lagi dah kesedihannya".


Tiba-tiba aku datang, sambil memakai baju berwarna merah kuning.

'sek kito jange pecoh, cubo lagi deh.." ghoyak aku dengan halus sambil mengusap-ngusap belakang Imran.

Itu lah padahnya kalau datang stadium Shah Alam tak support Selangor.

Kan dah kalah 3-0.

Kepada orang-orang Kelantan termasuk pelakon-pelakon cerita Budak Kelantan. Aku tumpang simpati beb.




Cuba lagi!!!

Merah Kuning Lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
gemuruh sorakkan menggegarkan
cabaran disambut dengan kesungguhan

kecemerlangan, kecemerlangan
kecemerlangan jadi kenyataan

Merah Kuning keberanian menempuh segala halangan

sekali melangkah buktikan kemampuan
Merah Kuning keberanian menempuh segala halangan
sekali melangkah buktikan kemampuan

Selangor Darul Ehsan


Selangor... Darul Ehsan..............!





i'm not perfec.

4 comments:

SyedaFauzi said...

Lambang tangan? Tanda mesra ke...(ask Dr Azahari...:))

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

owhoh.. i will

Anonymous said...

aku letak blog ko dalam list rakan2 blog aku... lawat http://akuoldman.myportal.my

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

thanks wadi. trully an honour.

aku akan link kau punye k.