Baru darjah 3 Hamdan dah ada girlfriend. suka hati dia lah nak ada girlfriend masa darjah 3. Tapi Hamdan selalu tak nak mengaku dia 'kapel' dengan Afzan tocang dari kelas sebelah. Belum declare lagi katanya.
"apa barang couple2 ni semua, rilex la sikit. aku nak freedom" kata Hamdan berlagak seperti orang dewasa.
koya betul budak ni. freedom apa kejadah kalau pukul 5 baru mak dia bagi keluar rumah main petang-petang. susah jugak nak handle budak kecik yang berperangai seperti remaja liar.
haha. zaman sekolah. bila bercerita tentang boyfriend girlfriend mesti berkait rapat dengan perkataan 'couple' dan 'declare'. kecoh!
tapi itu bukan isu entri pada kali ini.
ceritanya begini..
mata Hamdan ini suka terkenyit-kenyit. agak buang tabiat jugak kalau dah Cikgu Rosnah janda mengajar kat depan si Hamdan ini terkenyit-kenyit. Cikgu Rosnah dah pikir lain macam.
"nak ngorat aku budak ni agaknya" kata Cikgu Rosnah janda dengan penuh berharap.
menjanda selama 17 tahun memang satu tempoh masa yang lama. Walaupun Hamdan baru darjah 3, Cikgu Rosnah optimis yang dia masih ada harapan untuk bersuami. Gila punya orang!
Pada suatu hari, Cikgu Rosnah ajak Hamdan dating di KFC. Satu bakul cikgu Rosnah order ayam. tapi Hamdan hanya makan kentang penyek dan Jurusan Undang-undang (Course Law) sahaja. Pelik Cikgu Rosnah, buang tabiat agaknya budak ni. Ayam seketul pon tak dijamahnya.
Cikgu Rosnah menjangka Hamdan tidak makan ayam KFC kerana Hamdan mahu bersikap gentleman dengan membiarkan Cikgu Rosnah memakan semua ayam yang ada.
Cikgu Rosnah tersenyum sinis.. sambil tangan kiri dan kanannya menggenggam dua ketul ayam drumstick.
Setel sebakul ayam goreng (24 ketul)
"mesti kagum budak ni dengan kebolehan aku menghabiskan sebakul ayam goreng" kata Cikgu Rosnah di dalam hati.
"kenapa you tak makan ayam ni?" tanya Cikgu Rosnah kepada budak berumur 9 tahun itu
"ayam? Cikgu order ayam ke?" kata Hamdan meminta penjelasan
"hehe. funny la you ni". sumpah mesti korang menyampah dan nak muntah bila ada janda yang nak mengorat budak kecik untuk dijadikan suami.
"Funny apa cikgu, saya serious ni" kata Hamdan dengan hairan
"ni kan ada sebakul ayam, lagipun kan kita ni kat KFC? erm... lagi satu, tak payah la panggil I cikgu, panggil i Kriesya sudah la.." Kata Cikgu Rosnah
" la ye ker.. ada sebakul ayam. I bukan apa Kriesya... I..." boleh tahan jugak budak kecik ni.
"You ape Hamdan. Cakap lah. I sedia untuk menghiasi taman mu.. You apa.. cakap lah Hamdan"
"I...I sebenarnya..." kata Hamdan
" You apa Hamdan, I rela bermadu dengan Siti tocang kelas sebelah tu.."kata Cikgu Rosnah Janda
" I sebenarnya...." Hamdan masih belum menjawab
"apa dia Hamdan.. cakap" Cikgu Rosnah tidak sabar
" I.. I sebenarnya.. Rabun ayam" kata Hamdan tunduk
"wtf?" kata Cikgu Rosnah buat muka tak paham
itu lah padahnya kalau nak kapel sangat dengan budak kecik.
Soalan pada minggu ini.
Adakah Hamdan.....
A. memang betul-betul rabun ayam
B. Bodoh sejati
C.Saja nak buat lawak
D.Bapak ayam
E.Bayam
Selamat menjawab!
Credit to Alep and BYLZ inc.
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
3 comments:
kau ni kan....tetiba pulak ade soalan! benci tau. hahaha
apa jawapannya?
jawapannye e!!bodoh sejati!!
Jawabnya F....
Kenape?
Suke hatila..saya punya jawapan!
Sekian utk hari ini....:P
Post a Comment