Petang-petang lepak mamak, aku bawak Ferrari Terra Rossa kaler merah parking betul-betul tepi meja. Memang bakar line mamat-mamat yang lepak kat situ. Naik lenguh memandang kereta aku.
Tapi pada realitinya, aku hanya bawak kancil kaler Maroon. Parking ke tak parking tidak ada siapa pun yang tahu.
Kaya ada 3 definisi sebab macam-macam kaya yang ada kat dunia ni. Kaya dengan minyak, kaya dengann perempuan, kaya dengan senyuman, kaya dengan kayap dan macam-macam lagi. Jadi, aku akan bagitau korang jenis-jenis kaya yang ada di alam semesta ini.
Kaya 1
kaya yang ini, ialah apabila semua yang anda nak.. anda akan dapat.
Rumah besar gila yang masih boleh menyebabkan kematian sebab 7 hari tak makan dan minum sebab mati sesat. Kereta James Bond Aston Martin DB9 yang pakai buang. Swimming pool siap dengan ikan lumba-lumba. Ada orang gaji yang bakar duit (macam bakar sampah depan rumah) sebab duit tu dah banyak sangat sampai jadi bersepah rimas mak. Memang "the world is not enough" la. Ada jet peribadi, nak lunch dekat Paris dan makan malam di Los Angeles. Tapi kalau nak rasa Mee Udang di batu Pahat mungkin tak dapat sebab kat sana tidak ada Airport. tapi sebab anda kaya, anda akan upah tukang masak mee udang batu pahat tu untuk masak kan mee udang di Rome Itali. Baru lah Mee Udang Rome Itali jadinya.
hulishet, kaya gila!
pergh! pergh! pergh! tak habis-habis.
Kaya 2
Kaya yang anda mungkin tidak ada semua, tetapi anda berpuashati dengan apa yang ada. You are content with what you have.
Ada rumah teres dua tingkat, dan sebuah kereta. Ada suami baik yang mungkin tidak berapa kaya tapi jujur dan sangat bertanggungjawab dalam keluarga. Ada anak-anak yang pandai dan cantik-cantik pula tu. Hidup anda tiada masalah kewangan, kerana semuanya cukup , tidak kurang dan tidak berlebih.
Sekurang-kurangnya anda tidak lah hidup tak berumah, bila panas dan berhujan anda akan merintih meratapi kemiskinan. Tidak berkahwin, tiada siapa yang mengambil berat, apetah lagi sayang. Anda hidup keseorangan. Sakit dan lelah hanya anda sendiri yang tahu. tiada siapa untuk berkongsi duka. berjalan kaki untuk sampai, berpeluh-peluh melecet kaki dan penat kerana tiada kenderaan. Jangan katakan kereta, basikal pun terlalu mahal. Kalau ada anak, untung-untung boleh la mereka yang picit kepala bila pening. anak-anak menjadi satu-satunya harapan anda untuk masa hadapan.
Kaya 3
Anda sapukan di atas sekeping roti. Tapi sebelum tu sapukan butter dulu. Cicah pulak dengan Milo dan makan pada waktu hujan dengan mata yang tertutup dan tersenyum. Sedap!
Nikmat beb. seriously...
Cubalah.
Moral of the story: belajar bersyukur dan ingat orang yang lebih susah dari kita.
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
5 comments:
biar x kaya,,
asal hati owiz hepy=)
very true!
aku t'golong dlm kaya 1 kot! kaya 3 ni makan kat kedai je...adios!
Asalkan hidup senang...
Senang bangun tidur, senang g keje, senang makan, senang berkeluarga, senang bekerja, senang besarkan anak2, senang solat, senang mengaji, senang jumpe kengkawan, senang menyayangi, senang disayangi, senang etc....
Tak kaya pun takpe....
Sesungguhnya manusia tidak akan cukup..
Post a Comment