esok aku akan join satu ride bermotorsikal ke Baling Kedah. tujuan ke sana sangat mudah. sebab nak makan passembor. apekejadah sampai nak pergi Kedah?
member aku ni claim yang pasembor kampung dia memang yang paleng tersedap di alam semesta. jadi untuk memastikan kenyataan dia tu betul dan dia tidak menipu dalam bulan puasa, kami telah bersepakat membawa berkat untuk buat satu ride naik motor ramai-ramai pergi Baling untuk mengkonfirmkan ape yang dia cakap. bulan puasa kan tak baik menipu... selalu orang cakap camtu. takpun.. hari ni kan hari jumaat, tak baik menipu... adakah ini bermaksud hari Isnin ialah hari yang baik menipu ataupun bulan September boleh menipu?
member aku ni dia claim, pasembor kat sana memang paling sedap dan unik dari mana-mana pasembor yang ada termasuklah pasembor yang dijual di Uganda. apa yang unik aku pun tak tau.
adakah mungkin tatkala mengorder pasembor tu. peniaga yang membuat pasembor itu akan menyembor-nyemborkan air liurnya ke atas pasembor sebagai sikret resepi keluarga turun temurun? ataupun kita perlu mengorder pasembor itu dengan bercakap bersembor sehinggakan peniaga itu terpaksa membuka payung bagi menangkis air tersembur yang terkeluar dari mulut kita?
ataupun adakah kerana di Baling, Kedah. kita perlu membaling duit kepada peniaga tersebut untuk membayar dan peniaga itu akan membaling pasembor yang sudah dibungkus ke muka kita?
aku pun tak dapat nak konfirmkan sekarang.
aku akan bagitau keputusan hipotesis aku sejurus selepas aku pulang dari misi ini. harap anda semua dapat bersabar dan berdisiplin.
doakan aku selamat pergi dan balik.
i'm not perfec.
73 SUNGAI TELOR
2 weeks ago
2 comments:
macam mana??? sedap x? kalu sedap nak cuba gak tersembur makan pasembor..huhu..
Sedap!!!
Post a Comment