Thursday, September 17, 2009

Tragedi Syawal part 2

Kepada mereka yang tidak mengikuti kisah tragis komedi seram ini, sila baca posting yang terdahulu.


Jadi, apabila si Latib lalu depan rumahnya, dengan hati yang hairan dan terpinga-pinga mengapa ramai jiran berkumpul, dia tanpa membuang masa memparking keretanya. lalu Latib keluar dari pintu kereta. dia ternampak Husni, kawannya sejak kecil merangkap jirannya yang duduk di depan rumah.

Latib: ade ape ni beb? mak bapak kau semua datang rumah aku ni?

Husni: la.. kau tak tau ke? bapak kau sibuk telefon kau tapi kau tak angkat. kau pergi mane?

Latib: aku keluar jalan-jalan jap.

Husni: keluar jalan-jalan? kau tau tak rumah kau terbakar?
Latib: haa? ape bende kau ni buat lawak. esok kan nak raye?

Husni: ya Allah, kau ingat aku tipu ke? tadi Bomba baru balik"

Latib: apekejadah?

Husni: kalau tak caye, kau pergi tanye bapak kau.

Tiba-tiba husni ternampak bapaknya yang datang dari belakang rumah.

Bapak Latib: awak pergi mane? rumah terbakar.

Latib: haa?

Bapak Latib: pergi belakang, habis kat belakang tu dah hitam terbakar.

Latib berjalan dengan laju ke belakang. memang betul, ini bukan rancangan wakenabeb ataupun bang bang boom. kelibat Ashton Kutcher pon tidak kelihatan. sah lah Latib bukan di dalam rancangan Punk'd.

Setibanya di belakang rumah, Latib dah nampak bahagian belakang rumah yang terbakar tu. dia ternampak rangka peti sejuk dan sofa rotan yang terletak di belakang rumah habis rentung terbakar. depan tu sikit je dia ternampak satu kuali rendang. habis siling, tingkap-tingkap kaca bersepai akibat dijilat api.

Hampir tak percaya Latib dengan apa yang berlaku. selalu tengok dalam tv je, rumah terbakar. penah juga Latib terpikir, apelah yang susah sangat nak padamkan api tu.

tapi memang dah nature api memang cepat sangat bergerak membakar apa yang sempat. dasar tak puasa punya api.

Esok nak raya ni beb, rumah terbakar.gilelah!

nasib baik bahagian belakang rumah je, kalau lambat sikit je lagi dah satu rumah yang terbakar. mana tak sadis!

lepas menolong angkat barang dan kemas... tu la, rumah dah terbakar baru lah nak tolong..Latib mendapatkan cerita bagaimana rumahnya itu boleh terbakar daripada keluarganya.

Punca kepada segalanya ialah kerana sekuali rendang ayam.


Orang gaji latib, si Jennifer lah yang patut bertanggungjawab.

Mak Latib suruh Jennifer pasang dapur di luar. Jadi si Jennifer ni pasang lah dapur kat luar untuk masa rendang, sebab nak masak kat dalam rumah tempatnya sempit. lagipun banyak benda yang nak masak. oleh kerana ada dapur yang lebih, Mak Latib suruh je si Jennifer ni pasang dapur di rumah.

rupa-rupanya hos yang dipasang dari dapur ke tong gas itu tak dipasang ketat. jadi apabila rendang hampir 78% peratus masak. hos tu tercabut. jadi gas itu keluar dan menyambar api yang sedia ada di bawah kuali.

bila dah terbakar camtu si Jennifer ni panggil Mak n Bapak Latib untuk bagitau kegeniusan dia telah menyebabkan api yang besar di belakang rumah. Hos tu pulak dah menari-nari sambil mengeluarkan gas dan mula menyambar kerusi rotan dan peti sejuk yang ada berdekatan.

oleh kerana panik, Bapak si Latib pikir baik dia biarkan gas dalam tong tu habis. sebab nak datang dekat sikit je dah terasa bahangnya yang sangat panas. tapi bila pikir-pikir balik tong gas tu baru beli. jadi memang padatlah isi gasnya.

lepas tengok satu satu benda yang disambar oleh api di tambah pulak api dah makin rancak membakar.. Bapak Latib pikir,, tak boleh jadi ni. Lantas dia call jirannya, Uncle Rostam. sebab uncle Rostam ni kerja Petronas. memandangkan tong gas yang terbakar itu cap Petronas, jadi Bapak Latib pikir uncle Rostam ni lagi tahu macam mana nak handle tong gas yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

uncle Rostam pun datang secepat mungkin lepas bapak Latib call. setibanya di tempat kejadian.

Uncle Rostam mengajukan soalan mudah.

Kenapa tak call bomba?

ye tak ye jugak. lantas bapak Latib call bomba.

tak sampai 3 hari, bomba pun sampai. iaitu lepas 8 minit call.

satu trak bomba datang. dengan beberapa ahli bomba, dengan suit tahan apinya itu. benda pertama yang diselamatkan ialah..

Sekuali rendang ayam.

dengan gaya macho dan bersahaja.. ahli bomba itu berkata kepada Mak Latib

Rendang ayam ni selamat makcik.

simple.

pastu teruslah Bomba padamkan kebakaran itu dengan pemadam getah.... hehe tipu je, diorang matikan la api dengan air ke apentah, Latib pun tak tau. dia bukan ada pon masa rumah terbakar.

selepas kejadian itu, Latib rasa sangat bersalah. ye la. dia kan anak laki. patutnya dia yang ada kat rumah dan tolong selamatkan kebakaran tu..

tak guna.

jadi.. berayalah Latib dengan rumah separuh terbakar dan rendang ayam hangus.

Moral of the story: selagi ada kampung, berayalah puas-puas. kang dah tak da kampung nanti, malam pun tak tau nak buat apa. feel nak raya lagilah tak ada. tu yang sampai boleh pergi uptown 3 hari straight sampai pagi. pastu siang mengantuk tahap gaban. Mak minta buat kerja tolong sikit dah pergi melarikan diri. kalau Latib ada kampung, mesti tak jadi cam ni lagi.

post untuk ride mencari Pasembor ditunda sehingga gambar dapat di upload. dalam esok lusa la..

penat la kerja. macam haram.


Tingkap bilik, lambat sikit jer lagi bilik dan dalam rumah boleh terbakar. dah terbakar sikit pon sebenarnye.



api yang panas menyebabkan tiles jadi crack


Peti sejuk. dah tak sejuk lagi dah.


Kerusi rotan. dah jadi kerusi rotten


windows 98


i'm not perfec.

3 comments:

armyzonovic said...

kembangkan skit watak ala macho ahli bomba tu beb.

arin said...

somehow...the story bout the rendang being rescued made the story a bit funny... sorry...bila nih dude?

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

yeah.. it was funny.

this was abou 5 years ago.

you didnt expect this kind of things in tv will happen to you.

anything is possible.