Sunday, May 27, 2007

love is in the air


everywhere i look around
every sight and every sound

love is in the air



*she went shopping and forgot about her headache.how cute is that? x cute sgt laa.



i'm not perfec.

Saturday, May 26, 2007

insyaallah

insyaallah. satu istilah yang cukup terkenal yg slalu digunakan oleh kite orang melayu. mmg cukup terkenal.

insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji. dlm bahasa omputehnya ialah "with god's will".

slalunye apebila kite berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata "insyaallah" bagi memberi faham si penerima janji itu bahawa janji itu konfirm akan terjadi dengan keizinan Allah swt.

walaubagaimanapon, terdapat kontradiksi samada kecil atau besar makna penggunaan istilah 'insyaallah" itu dalam masyarakat atau budaya melayu.

maksod "insyaallah" dlm masyarakat melayu selalunya beerti:
  • "tengok ah dulu.. "
  • "aku 50-50 la"
  • yela-yela (slalunya digunakan untuk melepaskan diri)
  • "bergantung kat tuhan samada ade die nak aku pikir ye atau tidak..."
  • "tengok ah camner kalau sempat"
  • "aku malas laa smenanye"
  • "papejela"
  • " tak janji laa aku "
  • " tgk ah kalau aku rajin"
penyalahgunaan istilah ini telah menjadi begitu ketara sehinggakan jika istilah "insyaallah" itu digunakan ia masih lagi sesuatu pernyataan yang samar-samar dan tidak muktamad. dapat difahami disini penggunaan istilah ini slalunya digunakan utk melepaskan diri, untuk bagi orang yang mahu kita berjanji itu tidak sakit hati atau merajuk semasa menuntut janji kita.

maksod sebenar istilah ini dalam konteks berjanji ialah apa yang dijanji MELAINKAN jika ia dihalang atau dibatalkan oleh Allah swt.

ini dapat dikaitkan dengan satu frasa yg juga cukup fofuler dikalangan org melayu apabila sesuatu benda itu terjadi

"alaa.. nak buat camner. kau bukan tuhan pon. kita merancang je. hanye tuhan je yang menentukan. dah nak buat camner kan"

aku tak brape nak suke ngn frasa ini.



katekanlah suatu keadaan dimana Hafsham menjemput Iskandar untuk menghadiri ke majlis kenduri kahwinnya. kite ikuti perbualan mereka.

hafsham: Is, jemput ah datang ke wedding aku sabtu ni..

Iskandar: wei! brani kau datang jumpe aku yer?

Hafsham: apsal tak brani pulak? kan aku datang pasal bende baik ni. nak mendirikan masjid.

Iskandar:aku malas ah nak pergi. buat sakit hati aku je. kau pon tahu kite dah lame berkawan. sejak kite lahir lagi, mak aku dah jadi neighbour mak kau dalam hospital mase lahirkan kite. katil sebelah sebelah.

Hafsham: ye la. aku kenal kau dari kau kecik lagi. habis tu? ape masalahnye? bukan aku kawen ngn kekasih hati kau pon, bukannye aku kahwen dgn Noni AF5 yang kau sibok Afundi tu pon?

Iskandar: kau jgn buat tak faham sham. kite dah kenal lame. sampaikan Friendster pon kite kongsi satu akaun. kite berkawan baek, sama sedarjah. belajar bersama... maen bersama.hey, hey, hey..

hafsham: ape maksod kau ni? adekah kau menyintai aku Is?

iskandar: kepale hotak kau!

Hafsham: habis tu.. ape Is? ape? Ape yang u nak dari I?

Iskandar: kau jgn nak ber I U, I U ngn aku. nak muntah aku!

Hafsham: habis tu Is. ape yang Is nak dari Sham? Sham bingung Is, Sham bingung!!!ngung!ngung!ung! (suare bergema sebab dialog ni kat atas bukit)

Iskandar: eh mamat ni, ade jugak aku choke slam jap lagi. Yang kau nak pegi kahwen dengan mak aku tu apsal? haa?!! xde pompuan lain ke? tak sanggup aku jadi anak kau!!

Hafsham: nak buat camner? bende nak jadi. hehehehe. maknenye kau datang ke tak ni ke kenduri kahwen mak kau ni?

Iskandar: Insyaallah.

Hafsham: from that day u can call me papa Sham.heh heh heh

Iskandar: #$%#%@#$#%#@%@@$%*(^%!!! isnyaallah aku blasah kau satu hari nanti. PAPA JAHAT!!!

Insyaallah di sini bermaksud. iskandar akan datang ke perkahwinan kawan baiknye dan juge perkahwinan emaknya melainkan...:

  • tibe2 berlaku tsunami yg habis meranapkan kenduri kahwen itu walaupon ia terletak jauh gile dari pantai.
  • kaki iskandar tibe2 kudung
  • iskandar tibe2 jadi gile dan sawan tapir mase nak pegi kenduri tu
  • hujan ribut petir yg membahayakan nyawa
  • taufan
  • letusan gunung brapi.

maknenye isnyaallah itu bermaksud.. diri kite sendiri, kite brani nak cakap yng mmg kite pergi, cume yang tentukan adalah Allah Swt.

walaubagaimanapon penggunaan istilah ini walaupon ingin menyampaikan makna dan erti yang betol, ia bergantung kepada keadaan dan situasi untuk menggunakannnya.

Situasi yang salah untuk menggunakan istilah ini.

"Insyaallah malam ni pukul 11.30 ok guys? see you at Zouk. we gonna party!!"

"insyallah aku akan mencube yang terbaik untuk meniru dalam perperiksaan final exam ini"

gunekan istilah ini dengan bijak. kite menggunakan nama Allah Swt. jgn nak buat main2.

i'm not perfec.

Thursday, May 24, 2007

reconstruct.




our dreams were shattered in Athens, courtesy of Pippo's double. we were very much in control of the game, but no promises on things that we've planned will work on our ways.

unfortunate things happened at times. but it is not the reason for us to give up, we have to pick up ourselves no matter what and move on.

"renung di dalam diri dan bertanya kata hati"





some say, experience is a good teacher. i say experience is the only teacher that i have.

failure is an oppurtunity when you know how to manipulate it. it leads us into learning continuosly.

next season, liverpool will become more stronger and robust.

p/s: kepada mereka yang menghujani aku dengan message2 mengutuk, menghine, meminte aku bersabar,dan macam2 lagi. aku tak tau laa nak cakap ape.jage2 laa korang next season.

"one step backward, two steps forward"

3 steps forward, aa...WATCH OUT, i'll kick your guys asses!

walk on, walk on... you'll never walk alone!

hari ni aku masok tv. hehe




i'm not perfec.

Wednesday, May 23, 2007

rambutan


lazat tanpe lemak berkrim disukai ramai dan juge maisarah
soalan 1 (a)

satu biji rambutan menghasilkan satu pokok. satu pokok rambutan menghasilkan 1,354 biji buah rambutan sekali berbuah.katakanlah dalam 5 tahun, pokok rambutan itu boleh berbuah 8 kali. berapakah buah yang boleh dihasilkan oleh 1,354 biji buah rambutan yang menjadi pokok dalam masa 5 tahun?

soalan 1 (b)
berapakah harga pasaran semasa sekilo buah rambutan?

soalan 1 (c)
adakah Tanjung Rambutan tempat yg paling heaven bagi penggemar buah rambutan.

soalan 1(d)
pernahkah anda rasa bersyukur dan kerana dapat menikmati sebiji buah rambutan yang gebu dan putih isinya,mempunyai rasa yang manis?

soalan 1 (e)
pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, bagaimana sebuah pokok yang tumbuh diatas tanah dapat menghasilkan buah yang manis walhal ia hanya memerlukan air dan kadang2 tak payah baja.baja, bukan gula untuk bagi buahnya manis, baja tahi lembu pon jadi.

magic!
korang tak rase heran/pelik/ kagum ke pasal ni? jauh lagi bagus kan daripada nak heran camne rupe hantu, ape hantu buat, hantu makan orang ke tak n etc.

simple je nak explain ape yg aku nak sampaikan ni.

pokok rambutan, sekali berbuah... banyak. sangat banyak buahnye. pulak tu banyak pokok rambutan yang ade kat meleshia ni. tambah lagi slalu pulak laa berbuah tak ikut musim pulak tu. sekali kite beli paling kurang pon satu kilogram, satu ikat laa lebih kurang. satu ikat lebih kurang ade 50 biji.. katekan lah.

maksud aku, buah rambutan ni banyak. lepas makan satu, kite tau ade lagi buah rambutan yang nak dimakan. ade je buah rambutan ni.


okay, cube bayangkan eh... satu pokok rambutan hanye menghasilkan 5 biji rambutan je. tambah pulak lagi x banyak pokok rambutan kat meleshie ni. pastu berbuah 3 tahun skali. oleh sebab buah rambutan ni sikit dan limited, sebiji rambutan boleh cecah harge rm18. sebiji. dah kire murah laa tu, dah laa berbuah 3 tahun skali, sikit pulak tu berbuah.

sudah tentu skali kite akan menghargai gile2 buah rambutan ni. nak makan pon sayang. xpon lepas makan je, rase cam sedih sebab nak kene tunggu lagi 3 tahun untuk makan lagi buah tu.xpon ade jugak yang beli, pastu simpan je.. rase rugi nak makan.

haa... mase ni lah kroang tahu nak hargai buah rambutan tu.

moralnye: kite susah nak realize bende yg slalu ade di depan mate kite. kita susah nak appreciate.kite susah nak cherish. same laa cam mak ayah kite. kite tahu mereke slalu ade untuk kite. esok luse.. bile dah xde, barulah kite nak ingat segale jase mereke. kat sebelah jenazah time tu laa kite nak menangis meraung2 meratap kehilangan mak ayah kite.

segale yg aku tulis ni susah untuk kite fahami sehinggalah mase itu datang. dan mase itu akan tetap datang.pasti datang.

subhannallah. daripada sebiji jadi beribu2 biji untuk kita makan.

p/s: cherishlah setiap biji rambutan yang anda makan.



sekejap takde......



sekejap ade!!!baaaanyak pulak tu!

i'm not perfec.

Sunday, May 20, 2007

mari ambil tahu tentang kanser






apekejadah itu kanser?

kanser terjadi apabila sel dalam badan tumbuh secara tidak terkawal dan secara abnormalnya bertambah ganda dari menjadi 2, kemudian 4, 8 dan sifir 2 yang sterusnya. sel yang semakin lama semakin banyak dan menjadi besar ini akhirnya dinamakan sebagai tumour. terdapat 2 jenis tumour.

benign
jenis tumour yg tidak bbrape berbahaya. ia hanya tumbuh satu tempat dan terhenti tumbesarannya akibat kekurangan ruang atau dah malas nak tumbuh dah. contoh benign adelah seperti tahik lalat atau pon moles (moley moley moley) dan juge 'warts'.

malignant
tumour jenis yang berbahaya pula dinamakan malignant. tumour ini membiak dan membesar, seterusnya mengganggu organ2 lain dan juga kelancaran pergerakan di dalam badan.

metastasis.
ini adelah name proses sel tunour tersebar. tumour yg membesar dan masuk kedalam salur darah akan menyebabkan sel tumour itu dapat bergerak ke tempat lain. akhirnya tersekat di salur darah yg lebih kecil dan tumour itu juge boleh la start buat hal kat tempat baru dengan menggandakan sel tumour yang ade dan buat taik kat situ. ini dinamakan tahap kedua proses tumour.

adakah cancer adelah penyakit keturunan yg melibatkan 'genes'?
cancer tidak boleh di warisi. malahan kanser juga tidak diiktiraf sebagai harte pusaka yg slelau membuatkan adik bradik bergaduh satu keluarga TETAPI, seseorang itu masih juga mempunyai risiko yang tinggi utk menghidap kanser. kesilapan atau keabnormalan kecil sel kecil pada ibu bapa mereka, mampu turun kepada anak mereka. utk pengetahuan anda kita mempunyai berBILLION sel di dlm badan.sel kanser hanye memerlukan satu keabnormalan dalam pergerakan sel itu mampu berubah menjadi lebih berbahaya. mungkin ia start dengan nenek moyang kita dan akhirnya kite dapat laa kanser itu. nak kansel2 memang susah laa sikit dgn kanser ni..genes cancer yang dikenal pasti ialah BRCA1 dan BRCA2.

to be continued...

listen to My Chemical Romance's Song : cancer

a story about cancer patient

"i'm soggy from the chemo, i'm counting down the days to go.."

p/s : lepak umah alip sat, diorang dah rindu sangat dah tu kat aku..haha.



i'm not perfec.

Friday, May 18, 2007

Cerita lucu pasal AP


Dalam sidang parlimen yang lepas, datuk seri. S Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara Tun M dgn Menteri MITI Rafidah Aziz. idea beliau sangat jelas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman. berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan.

Tuan yg Dipertua, selaku menteri kabinet, ali barisan nesyenel dan Presiden YemAisi.. saya telah berbincang wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan panjang lebarnya. akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat PedanaMentri supayye wissyu wini disilisaikan dingan simangat pesefahamn dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TunMahadey. ini idea tilahpon lama diterimapakey woleh suuuuummmmma ali-ali YemAiSi termaso ali kuluarga saya sindri. maka dengan ini YemAisi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa segan silunya kasi menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang...... RAFIDAH A/P MAHATHIR.




hahaha.. this is damn very funny..

got it from tok Rimau's blog i guess..

i'm not perfec.

Thursday, May 17, 2007

kawan.







masuk ni dah brape tahun aku pon tak ingat.

baik, burok, poyo, konon2 funny, budaye barat, boroi, kuat maen name bapak, racist n mcm2 lagi nak tak nak... kawan aku jugak.



i'm not perfec.

Monday, May 14, 2007

duli yang Maha Mulia



aku secara jujurnya mengaku.. kenape sultan orang panggil duli yang Maha Agung?
bukan kah maha agung itu merujuk kepada pencipta kita iaitu Allah SWT?
siapa dia nak disamakan dengan maha pencipta?

2 hari lepas baru aku dapat jawapan kepada yg selama ini aku tak puashati dengan orang2 yang patut membetulkan gelaran ini.

korang tau tak ape makne DULI itu sebenarnya?

DULI itu jika merujuk kepada pakar-pakar bahasa Melayu membawa makna 'debu'. aku pon tak brape familiar dengan istilah ini. mungkin istilah melayu lama yang hampir jarang skali di gunakan pada masa kini.

dan Maha Agung pula merujuk kepada pencipta kita.

jadi, Duli yang Maha Agung itu membawa maksud, debu kepada Si pencipta.

'laa.. ye ker"... kate hati ku ketika pertama kali diberi faham maksud kepada gelaran ini.

kalau sultan itu debu kepada si Maha Pencipta, kita ini apa pula?
ape yg lebih rendah martabatnya daripada debu?

sesungguhnya yang membezakan setiap manusia adalah tahap keimanannya.

p/s: sultan mizan nampak educated orangnya, permaisuri agung pula bertudung. baru la kena dengan gelaran ketua agama Islam negara Malaysia.


i'm not perfec.

WARNING: Explicit lyrics!!!!


KENTUT

kentut umpama suria yang membawa cahya
kentutlah dari hati duniamu berseri
kentut umpama titian dalam kehidupan
kau terkentut
ku terkentut
kemesraan menguntum

kentut...membahagiakan
kentutan amatlah berharga
kentut... kepada semua
dengan kentutan terjalinlah...... ikatan


prot..prot.. owhh... yeahh.

kentut adalah hak milik setiap insan

i've warned you guys!

i'm not perfec.

Sunday, May 06, 2007

a message i got

this is an sms i received while watching selangor beat Johor fc 3-0 last night. (support your local team wei, korang bukannye lahir kat manchester, london or liverpool nak poyo lebih2 support team EPL)

" badawi & mahatir in helicopter. looking down at KL, badawi said 'if i throw 2 rm100 notes down now, 2 fortunate people r goin to be happy'. mahathir said 'if i throw 200 m1 notes, 200 ppl wil b happy'. pilot heard & said "if i throw both of u down, 27 million ppl will be happy'

this msg was origanally from a pak arab which happens to be my fren's classmate.

i'm not perfec.

Tuesday, May 01, 2007

examination hall break





korang layan tak prison break. cerite brape gempaknye sorang mamat ni dah buat detailed plan utk bwk keluar abang die dari satu penjare kat fox river, us.

die punye gempak, die dah study semue structure jail tu, dah tsudy siape orang2 dalam jail tu, sampai batang skrew pon die study skali.

as a successful young n talented structure engineer, he dah nekad to get in the same jail where his brother is by robbing a bank and get his self caught while in action so that he can start digging out his brother.

he even tattooed himself with the jails plan, the pipelines inside, the important numbers and a sign to project the wall to get through.


kat malaysia... haiyao..ni yg tak sabar nak cerite ni. fyi, aku baru je habis final exam. susah la bagi orang yg takde ability menghafal segale tulisan yg ade dalm buku teks.

ade satu subject ni, kite orang bukan kene study, tapi hafal, faham ttg practicality the theories, steps and model of the subject itu blakang kire. janji ape die tanye n ape yg kertas tu nak, korang boleh tulis balik. jadi boleh lah dapat A. girlfren pon suke lah kan..

150 pages, front and back!!! susah dowh.

aku memang dah pasrah, disebabkan aku bajet pandai sangat aku start study lambat dan kesannye padan muke aku, tak habis hafal, ngantok n not well prepared.

member aku dah tersengih dengan toyol die (korang tau toyol tu ape? kat upm toyol tu dikenali sbgai notes kecik yg membolehkan korang tiru dan menjawab dengan jayanya).

mamat ni memang master buat toyol. kecik tapi padat dgn informasi2. n satu lagi die tau care n langkah2 yg betul untuk menggunekan bantuan toyol semase berade di exam hall agar tak terkantoi dengan pengawas perikse.

aku tak pandai nak gune toyol, perasaan takut utk gune toyol mmg takleh nak dielakkan lagi. mungkin sudah disemat dengan nilai2 integriti sejak kecil oleh family. B atau C aku tak kesahla. orang nak cakap bodoh pon aku tak kesah. tapi kalau die cakap aku bodoh depan aku tak pasal2, dah laa aku tak kenal pulak tu. memang silap laa kene blasah dengan aku. cari pasal punye orang.

lupe nak citer.. exam hari tu subjective. apekejadah yg aku nak tulis kalau aku tak hafal pape???

paper tu 2 jam. n aku antare orang yg terawal kluar. memang tak leh blah laa tgk orang rajin menulis atas kertas jawapan. pelik la. pressure tgk bdk lain bz menonyoh kertas jawapan dgn pen masing2. apelaa yg budak2 ni goreng ni, n not suprisingly ade jugak yg betul2 hafal sebijik2 ape yg ade dalm buku teks... hebat la. tepuk tangan sikit.

mase habis exam tu, budak kolej aku seorang india name die Muthusamy karuppiah (bukan name hero citer tamil dan juge bukan name sebenar) tersengih nak tumpang kete aku balik kolej.

aku tanye die. yg kau ni ape hal heppy sangat? senang ke paper tadi. aku memang kantoi besar besaran. habis subjektif semua aku memang takleh nak buat.


aku rase aku betul semua laa subjektif. aku jawab semua. detailed. takde yg salah punye lah.

aku " biar betul, kau dapat soalan bocor ke?"

m.k" xdelah, aku pakai toyol lah beb. kau tgk laa tangan aku ni... ini lah rahsie kejayaan pelajar cemerlang. confirm A punye lah"

eh eh mamat ni.. bleh tahan poyo jugak, aku tgk kat tangan die. halamak!!!!! penuh dengat notes n jawapan2 yg patut aku tulis dalam exam hall tadi.

sial je. nasib baik laa die ni gelap. memang tak nampak dengan mate kasar laa notes tu.


tersengih-sengih si muniandy ni. die ni dah macam michael scofield dlm prison break dah ni. si scofield ade tattoo. die pulak ade toyol satu badan

cina beng.

manusia itu terdiri dari pelbagai kaum, warna dan rupa. agar kamu boleh saling kenal mengenali antara satu sama lain.

sekarang aku dah tahu. yg berkulit gelap tu, memang ade laa kelebihan die.!


i'm not perfec.

apostasy in malaysia


satu malam tu. hari ahad yg lepas kalau tak silap aku, aku lepak ngn family aku kat living room dlm pukul 9.30 malam sambil dinner depan tv sperti biase. aku exited sangat dgn incoming match liverpool lwn chelsiyal(okay liverpool kalah 1-0).

sambil tgk tv, sambil makan n sambil bace newspaper (itupon aku bace pasal prediction match yg bakal berlangsung malam tu).

mak aku suruh aku tukar channel. aiyak.. kate aku dlm hati.takkan nak tukar channel kot. camner ni.,

mama" hafidz, cari channel al jazeera"

aku" ade ape ma?"

mama" apostasy in malaysia, dokumentari.. mama nak tak tgk"

aku "apostasy tu ape ma?"

mama"murtad..."

aku pon tukar channel 22. aljazeera.

aku" xde pon ma, skrg ke?"

mama" xde ke, mama pon tak sure sangat. but i would like to watch it."

aku" alamak, biler eh.. pak lah patot tgk ni. "

malang skali, aku tak tau timing dokumentari tu. i'm looking forward to watch it. shocking it is.
kalau bende ni x besar isu nyer. tak kan la al jazeera nak buat dokumentari ni. satu lagi, al jazeera yg produce dokumentari ni. orang luar. bukan dari malaysia. orang kite takkan mengaku hal- hal sebenar yg berlaku dlm negara. semuanya kononnya baik. tak nak mengaku kesilapan. semuanya cemerlang, gemilang. yg kelemahannya tak terbilang.

ya, kite hipokrit. mengaku lah. kite hipokrit dan ade hati nak masuk syurga. bukan stakat ade hati, malah konfiden kite akan masuk syurga atas tiket dalam ic status agama kita islam.

berbicara ttg murtad. mufti perak ade claim yg pemohon utk memohon menukar status agama di jabatan pendaftaran negara adalah seramai 250 ribu org. itu jumlah mereka yg memohon, yg tak memohon dan tidak peduli utk menukar status agama diorang janji diorang bukan lagi Islam, berapa ramai?kita pon tak tahu. mungkin pemimpin dan ulama2 malaysia tahu. tapi disebabkan takut kedudukan mereka tergugat, mereka berdiam diri. janji orang tak tahu kelemahan mereka. aku berfikir, berapa kebal diorang ni nak menghadap hari akhirat dan maha pencipta. mungkin mereka kuat.. aku tak tahu.



utk pengetahuan, kalau nak murtad tak semestinya kene tukar nama. yg penting dah kluar islam. itu dah murtad. masalah skrg, macam mana nak tahu orang di sekeliling kita murtad. namanya masih islam. bilangan 250 ribu bukan sedikit. mungkin ade org disekeliling kita sudah pon murtad, saudara, rakan, guru dan sesiapa sahaja sudah tidak lagi bahawa Muhammad swt adalah rasul terakhir dan ade tuhan yg maha agung selain Allah swt.

seperti biase.. buat ape kite nak sibuk2 nak susah2kan hati. boring laa nak cakap pasal bende ni. orang yg nak tunjuk alim je yg bercakap ttg hal ni. tak cool lah.

baik kite cakap pasal second leg liverpool lwn chelsea. Drogba macam sial laa tere die. susah nak jage. silap2 die score 2 malam ni.

xpon kite cakap pasal, macam mane aizat bleh kene tendang dar AF pulak. die kan berbakat( ape itu berbakat? ) buta seni itu kata suratkhabar kosmo hari ini. ttg murtad ini, buta ape pula.

aku juga seorang hipokrit. mungkin juga korang???

living in denial.


i'm not perfec.