Saturday, May 26, 2007

insyaallah

insyaallah. satu istilah yang cukup terkenal yg slalu digunakan oleh kite orang melayu. mmg cukup terkenal.

insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji. dlm bahasa omputehnya ialah "with god's will".

slalunye apebila kite berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata "insyaallah" bagi memberi faham si penerima janji itu bahawa janji itu konfirm akan terjadi dengan keizinan Allah swt.

walaubagaimanapon, terdapat kontradiksi samada kecil atau besar makna penggunaan istilah 'insyaallah" itu dalam masyarakat atau budaya melayu.

maksod "insyaallah" dlm masyarakat melayu selalunya beerti:
  • "tengok ah dulu.. "
  • "aku 50-50 la"
  • yela-yela (slalunya digunakan untuk melepaskan diri)
  • "bergantung kat tuhan samada ade die nak aku pikir ye atau tidak..."
  • "tengok ah camner kalau sempat"
  • "aku malas laa smenanye"
  • "papejela"
  • " tak janji laa aku "
  • " tgk ah kalau aku rajin"
penyalahgunaan istilah ini telah menjadi begitu ketara sehinggakan jika istilah "insyaallah" itu digunakan ia masih lagi sesuatu pernyataan yang samar-samar dan tidak muktamad. dapat difahami disini penggunaan istilah ini slalunya digunakan utk melepaskan diri, untuk bagi orang yang mahu kita berjanji itu tidak sakit hati atau merajuk semasa menuntut janji kita.

maksod sebenar istilah ini dalam konteks berjanji ialah apa yang dijanji MELAINKAN jika ia dihalang atau dibatalkan oleh Allah swt.

ini dapat dikaitkan dengan satu frasa yg juga cukup fofuler dikalangan org melayu apabila sesuatu benda itu terjadi

"alaa.. nak buat camner. kau bukan tuhan pon. kita merancang je. hanye tuhan je yang menentukan. dah nak buat camner kan"

aku tak brape nak suke ngn frasa ini.



katekanlah suatu keadaan dimana Hafsham menjemput Iskandar untuk menghadiri ke majlis kenduri kahwinnya. kite ikuti perbualan mereka.

hafsham: Is, jemput ah datang ke wedding aku sabtu ni..

Iskandar: wei! brani kau datang jumpe aku yer?

Hafsham: apsal tak brani pulak? kan aku datang pasal bende baik ni. nak mendirikan masjid.

Iskandar:aku malas ah nak pergi. buat sakit hati aku je. kau pon tahu kite dah lame berkawan. sejak kite lahir lagi, mak aku dah jadi neighbour mak kau dalam hospital mase lahirkan kite. katil sebelah sebelah.

Hafsham: ye la. aku kenal kau dari kau kecik lagi. habis tu? ape masalahnye? bukan aku kawen ngn kekasih hati kau pon, bukannye aku kahwen dgn Noni AF5 yang kau sibok Afundi tu pon?

Iskandar: kau jgn buat tak faham sham. kite dah kenal lame. sampaikan Friendster pon kite kongsi satu akaun. kite berkawan baek, sama sedarjah. belajar bersama... maen bersama.hey, hey, hey..

hafsham: ape maksod kau ni? adekah kau menyintai aku Is?

iskandar: kepale hotak kau!

Hafsham: habis tu.. ape Is? ape? Ape yang u nak dari I?

Iskandar: kau jgn nak ber I U, I U ngn aku. nak muntah aku!

Hafsham: habis tu Is. ape yang Is nak dari Sham? Sham bingung Is, Sham bingung!!!ngung!ngung!ung! (suare bergema sebab dialog ni kat atas bukit)

Iskandar: eh mamat ni, ade jugak aku choke slam jap lagi. Yang kau nak pegi kahwen dengan mak aku tu apsal? haa?!! xde pompuan lain ke? tak sanggup aku jadi anak kau!!

Hafsham: nak buat camner? bende nak jadi. hehehehe. maknenye kau datang ke tak ni ke kenduri kahwen mak kau ni?

Iskandar: Insyaallah.

Hafsham: from that day u can call me papa Sham.heh heh heh

Iskandar: #$%#%@#$#%#@%@@$%*(^%!!! isnyaallah aku blasah kau satu hari nanti. PAPA JAHAT!!!

Insyaallah di sini bermaksud. iskandar akan datang ke perkahwinan kawan baiknye dan juge perkahwinan emaknya melainkan...:

  • tibe2 berlaku tsunami yg habis meranapkan kenduri kahwen itu walaupon ia terletak jauh gile dari pantai.
  • kaki iskandar tibe2 kudung
  • iskandar tibe2 jadi gile dan sawan tapir mase nak pegi kenduri tu
  • hujan ribut petir yg membahayakan nyawa
  • taufan
  • letusan gunung brapi.

maknenye isnyaallah itu bermaksud.. diri kite sendiri, kite brani nak cakap yng mmg kite pergi, cume yang tentukan adalah Allah Swt.

walaubagaimanapon penggunaan istilah ini walaupon ingin menyampaikan makna dan erti yang betol, ia bergantung kepada keadaan dan situasi untuk menggunakannnya.

Situasi yang salah untuk menggunakan istilah ini.

"Insyaallah malam ni pukul 11.30 ok guys? see you at Zouk. we gonna party!!"

"insyallah aku akan mencube yang terbaik untuk meniru dalam perperiksaan final exam ini"

gunekan istilah ini dengan bijak. kite menggunakan nama Allah Swt. jgn nak buat main2.

i'm not perfec.

2 comments:

Anonymous said...

Guilty as charged :)

Im far from perfect.

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

we all are...