Wednesday, April 15, 2009

kasi jawab tengok!

selepas mengumpul 10 komen secar ugut dan pujuk rayu, akhirnya salah satu daripada post aku telah mencipta sejarah dengan mengumpul 10 komen. apa tak percaya? ya! 10 komen. 1/100% daripada komen yang dikumpul oleh che det.

Sekarang, aku akan berkongsi dengan korang koleksi teka-teki yang pernah aku jawab, pernah aku bagi kat orang, dan segala macam pernah.

Koleksi ini dikumpul hasil daripada sesi lepak kat kedai mamak, lepak kat kenduri member kahwin, lepak dengan gerai burger kawan dan juga mendapat ilham semasa sedang tidur dan bilik berfikir.

Teka-teki ini merangkumi segala aspek kehidupan, sosial, ekonomi dan spek mata.

kalau korang tere, kasi jawab tengok!

1. Dalam banyak-banyak kotak.kotak apa yang paling jahat?

2. Dalam banyak-banyak janji, janji apa yang besar macam bandar.

3. Kuih apa yang tak dijual di kedai kuih?

4. Apa yang paling sakit?

5. Kalau semua binatang jadi ikan ikan jadi apa?

6. apa yang masuk 3 segi dan keluar gulung?

7. Apakah nama seorang lelaki cina yang sedang menangkap ikan?

8.Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?

9. Dalam banyak-banyak kotak apa yang pendek?

10. Apa yang menyebabkan ubi jadi kayu, pencuri kene tangkap, perempuan jadi mengandung?

11. Apa yang masuk lurus, keluar bengkok?

12. Dalam banyak-banyak air, air apa yang berani?

13. Kasut apa yang orang gunakan untuk buat rumah?

14. Kuih apa yang isinya kat luar, daun bungkusnya kat dalam?

15. Katak apa yang telah digilis oleh kereta kebal, tetapi hidup jugak lagi?

16. Dalam banyak-banyak ayam? ayam apa yang warna hijau?

17. Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang paling banyak?

18. Dalam banyak-banyak sikit, sikit apa yang paling sikit?

19. Dalam banyak-banyak kerusi, kerusi apa yang paling jauh?

20. Kenapa anjing kalau berlari, dia pandang belakang?

21. Kenapa lembu melintas jalan tak tengok kiri dan kanan?

22. Bila masa boyfriend boleh jadi binatang?

23. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?

24. Kenapa siput babi jalan lambat?

25. Solat apa yang ada 3 tahiyat?

Selamat menjawab

Terima kasih kerana sudi menjawab dan mengspam pos yang terdahulu (Spam pun tak seberapa). ini aku bagi jawapannya.

boring la bila korang senang sangat tahu.


1. Kopikirlah sendiri
2.Copy paste
3.Kopi Annan
4.Kopiah





i'm not perfec.

10 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

gila kuasa! hahahahaha.. otak aku tak brilliant macam kau. 1 teka teki pun aku tak tau nak jawab.

mr. hafis said...

peh, tang kopi aku betul 2. yeah.

untuk entri ni.

5. ikan jadi banyak.
6. seluar dalam.
8. kerani.
10. lambat cabut.
16. bantai, ayam organik.
20. sebab tiada side mirror.
22. bila jadi buaya.
23. bunga tayar.

hah, tu je yang gua tau.

diDy said...

3. kuih teow
5. ikan jadik byk
6. seluar dalam
7. fi se men
8. kera ni
10. lambat cabut
12. air terjun
16. bAYAM
17. banyak sangat
18. sikit sangat
20. anjing xde side mirror
21. lembu bodoh
22. bile dia ngorat pompuan lain (buaya darat)
23. bunga tayar
24. dia pening sambil pikir dia tu siput ke babi??(siput babi mane jalan)

ini sahaje yang boleh kupikirkan..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

hafis: nice job man, tapi ayam organik tu memang tak ade la.


didy; nombor 7,17,18,21 tu tak tepat la. lu macam pernah dengar teki teki ni dari aku ke? banyak pulak betulnyer..

mr. hafis said...

kepada yang komen lepas gua.

tak payah la jawab kalau dah nampak jawapan gua dengan lu sama.

kang tak pasal2 orang lain tuduh lu tiru jawapan gua. hehe.

Anonymous said...

salam, kite try ye.....

4. sakit leher
5. ikan jadi heran la
9. kotak katek

yang laen takot kena tuduh la pulok

diDy said...

mr.hafis
haha..aku hanya cuba untuk score banyak..trauma mase spm dulu xcube btol2..

udhe
aku masih ingat sikit2 ko soal aku kat single room ko dulu..haha..pc perang ko dulu tu..

hafidz arifin said...

anonymous: jawapan anda betul, kecuali yang ikan tu tak berape tepat tapi boleh lagi dianggap betol. thank you


didy: pc tu legend tu. hidup lagi sampai skarang. tak pernah format sial. video k6 sume buat dengan pc tu dulu. skarang kat kolej semua dah buat video dah tak jadi nak heran apa.

budak sampai senyap-senyap hantar video kita. menang pulak tu.pastu kantoi.

enchek CAMERA said...

1. ko tak sembahyang
5. ikan jd banyak
26 > solat maghrib ape daa..lupe2..

diDy said...

piala aku mane?