Wednesday, April 15, 2009

Mamak 1

Restoren mamak memang dah amat sinonim dengan scene lepak di Malaysia. Ramai orang pilih mamak (restoren mamak) kalau nak melepak, jumpa kawan lama, nak hasut orang masuk MLM, mintak clash (masa mintak couple boleh pulak kat tempat mahal), baru lepas main futsal, lapar pukul 2-3 pagi dan macam-macam lagi sebab.

Persoalannya, kenapa kedai mamak? kenapa tak kedai cina, kedai melayu ataupun rumah urut yang menjadi pilihan rakyat jelata?

Setelah hampir 10 tahun terlibat dengan arena perlepakkan yang banyak melibatkan mamak-mamak di Malaysia dan setelah berpenat lelah mencari jurnal penyelidikan tentang kedai mamak di Malaysia yang tak pernah aku jumpa, akhirnya aku telah berjaya menterjemahkan apa yang aku lihat selama ini ke dalam post kali ini.


Kenapa orang pilih kedai mamak?:

1. Mamak murah- kedai mamak ada makanan yang murah dan ekonomi seperti roti canai dan teh tarik yang hanya memakan belanja dalam 2-3 ringgit je. (dulu lagi murah). tak dapat dinafikan makanan kat kedai mamak pun ada jugak yang mahal (kari kepala ikan RM30, sotong boleh jadi sampai RM12) boleh tahan jugak mamak-mamak ni pelekoh kita. tetapi masih kita lepak kat kedai diorang

2. Servis- aku rasa inilah sebab utama kenapa kita lepak kedai mamak. servis da laju. Yang datang ambil order kadang-kadang boleh sampai 3-4 orang. hantar makanan atau minuman pun cepat. Nampak komited pelayan-pelayan kedai mamak ni. bukan nak cakap apa lah kan, tetapi berbanding kedai melayu. dah duduk kat meja 2 hari terhegeh-hegeh nak mintak order, baru nak datang. Jalan pulak malas-malas je.

3. Macam raja- walaupun ini tak elok, tapi kat kedai mamak sahaja yang kita boleh buat camni. Mintak oreder cepat, kalau lambat marah. Suruh ambil tisu, ambil air kosong, dia mesti ambil punya tak banyak cerita. tak macam kat kedai lain, kalau dia salah bagi air, air termanis gila ke, berani kita nak tegur dia macam apa yang selalu kita buat kat kedai mamak? tak dapat jack?

4. Banyak- merata-rata ada kedai mamak. lu datang Shah Alam, kedai mamak bersepah gila. Sekarang diorang pun dah naik taraf. dah bukan warung mamak tepi jalan di lorong-lorong gelap macam 20-30 tahun lepas. sekarang semua sudah bistro, 2 tingkat punya.

5. Bagi yang dahagakan kasih sayang ibu- kat sinilah tempat mereka menumpang kasih. ramai budak-budak bujang yang datang ke kedai mamak, bukannya datang nak makan sangat pon. tapi diorang sebenarnya ada agenda lain. kat sini mereka boleh bermanja.

"mak, teh tarik satu"

"mak, roti tadi mana"

"mak, nak susu"

nampak je brutal dan indipendent. padahal rindu kat mak budak-budak bujang ni.


post ini akan bersambung selepas cerita tamrin 2
i'm not perfec.

6 comments:

aQieYa said...

kau ni kan... boleh pulak nak bermanja... hahahhahahaha

mr. hafis said...

gua panggil "aney" instead of mamak.

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

lu panggil aney or ani? baru lah manja.

aku lagi la.. aku panggil bos, slamber je suruh bos aku amik kan teh ais.

kat tempat lain silap hari bulan boleh kene terajang sebelum dipecat kalau buat kat bos macam tu?

Afyan said...

Saya datang kedai mamak, panggi "Zamri, teh tarik satu!"

:)

Mungkin ulisan ini boleh dijadikan panduan sebelum melangkah ke kedai mamak;
http://afyan.com/ver1/?p=159

hafidz arifin said...

ni kedai mamak zamri seksyen 9 tepi DEMC tu ke?

memang kalau dah regular customer kat mamak, kite memang dah naik kenal dengan mereka yang lain mereka.

datang bersambut, bersalam, bergurau senda. tapi assik cakap aku gemok lepas tu tanya nak makan apa. memang lah aku tak order. teruk punya bisnes marketing.

hafidz arifin said...

afyan: anda punya post sangat bermanfaat. bagus untuk umat Islam. terima kasih. Saya sudah link blog kamu.

info-info begini yang buat blog anda sangat bermakna kepada pembaca.