Saturday, April 04, 2009

Pengorbanan dan kegigihan seorang suami mencari sesuap nasi goreng USA

Pagi-pagi lagi Mak Mah dah sibuk dengan urusan kerja rumah. Dari subuh pagi lagi Mak Mah dah mula buat kerja, basuh baju, kemas dapur, memasak cucur badak untuk sarapan dan sekarang ni Mak Mah tengah bancuh simen untuk ikat batu bata sebab dia tengah nak besarkan dapur rumah dia. Bagus betul Mak Mah ni, memang rajin orangnya.

Sedang Mak Mah membancuh simen dengan secukup rasa, suaminya Roslan keluar dari bilik tidur sambil bersiap-siap hendak keluar berkerja.

Pak Ros (Roslan) "apa yang berdarah-darah lantai kat belakang rumah kita ni Mah?"

Mak Mah " tak ada apa bang, saya sembelih badak sumbu pagi tadi, nak buat cucur badak untuk awak sarapan"

Pak Ros " la.., kenapa lah awak sembelih badak peliharaan anak kita tu. Nangis si Lina tu nanti"

Mak Mah" apa lah abang ni, itu bukan si Danny la. saya masuk ke hutan la pagi tadi. Pinjam senapang awak sekejap"

"owh, i see" jawab Pak Ros sambil membedal cucur badak buatan isterinya

Mak Mah terus giat membancuh simen, dia tambah simen sikit dan pasir sikit lagi, agar simen yang dibancuhnya cukup padu untuk mengikat batu bata untuk dinding dapur barunya itu

Pak Ros "Mana gunting dan mesin pengering rambut aku Mah?abang dah lambat ni"

Mak Mah" ada kat depan pintu tu bang"

Mak Mah faham benar kesibukan suaminya itu sebagai pendandan rambut di pekan. Mesti penat kerja dia itu.



kredit kepada Prof Aminah. Pensyarah subjek Gender dalam Pembangunan Sumber Manusia
i'm not perfec.

9 comments:

Anonymous said...

cerite ni da abes ke belom? tak paham laa.....

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

hish.. tak seronoknya bila kena explain.

baca lagi 34 kali. nescaya faham.

mr. carl arif said...

hahahaha.. kecelaruan gender kah? lu memang crack ar.

diDy said...

haha..kene bace byk kali la kalau xpaham..kalau dah bini sembelih badak,laki hair stylist...kecelaruan gender la tu..same cam adan ngan maz..adan lembut..da besa nak jadik model pakaian dalam..haha..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

kecelanaan gender la

Little Cupcake said...
This comment has been removed by the author.
Little Cupcake said...
This comment has been removed by the author.
Little Cupcake said...

huuu...still x paham...blur2...

yg pasti mungkin cerita ini berkaitan dgn perempuan lebih hebat dari lelaki semnjak ada rancangan wanita hari ini di tv3..rancangan lelaki hari ini, tiada...kesian kan...huhu

hafidz arifin said...

suruh la didi estrella terangkan