semalam malam adelah hari dimana saya menduduki ujian pertama (bukan membontoti kertas ujian) saya bagi satu subjek management saya. semalam adalah hari ahad, sekaligus melayakkan saya tidak dapat balik ke ibupertiwi(shalam) seperti kebiasaannya.
nenek jenjarom(ibu ayah saye) telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas lagi. nenek menghidap kidney failure. dan rasenye dah 2 operation yg nenek harungi.tipu bidaah sangatla kalau saya bagitau yg saya tak risau langsung ttg keadaan nenek. tiap2 hari saya akan msg bah x pun mama bertanyekan ttg keadaan nenek. dan mereka akan menjawab msg yg serupa iaitu nenek masih lagi berada di Intensive Care Unit.tapi mama n abah cakap, takde bende yg perlu dirisaukan sangat. nenek ok je.
risau,resah, gundah gelana sumer cukup lah satu pakej. nak balik wiken takut tak sempat pulak. byk pulak kerja yg pelu ditinggalkan. ahad ade test. 150 muke surat kene bace, faham dan HAFAL! satu lagi, aku dah janji ngn budak2 nak bawak diorang naik gunung sabtu tu.memandangkan aku adelah pengarah program (ini sindri punya trip) tak leh lah aku menghampekan mereka iaitu wazid,adan dan din. yng masing2 sanggup meng'cancel'kan aktiviti dating mereka, malahan ada yang sanggup tak bagitau awek yg die panjat gunung, takut awek bising. haiyaa macam2 pulak karenah bile dah ber awek ni. nasib baik aku tidak terikat kepade ape2 komitmen dan mane mane entiti.
sampai kat puncak je, adan dapat satu call (byk kali uncle die call sbb tak dapat line) dari uncle die. atuk adan meninggal dunie masa kami sedang bz mendaki gunung itu. lantas, kami terpakse turun dgn kadar secepat mungkin sbb adan terpaksa bergegas ke 'diomond bay' utk menghadiri majlis pengkebumian atuknya.
mase adan baru je dapat call dari pakciknye tu, hati aku pulak lagi lah kuat berdebar-debar. dlm hati aku "tolong laa jgn dapat msg2 atau call2 emergency" memandangkan aku boleh selambe derk je naik gunung wlaupun nenek terlantar sakit di ICU. adan giler laju turun dari gunung tu, macam berlari-lari pulak, kami yg kat balakang ni terkedek2 nak keep up pace dgn die. ye la, aku pun macam boleh paham perasaan dan situasi die ketika itu. "ape rase bile kite kehilangan orang yg tersayang". rase sedih adan mase tu boleh mengatasi rase gayat, takut, sakit, terpele'ot,licin,penat, lutut menggeleter n macam2 lagi bile dlm proses menuruni gunung itu yg bagi aku maseh lagi mencabar walaupun dah 2 kali aku naik.
mase turun tu, aku dapat 2 msg dari maxis. die bilang aku dapat satu voicemail. cuak nak mampos lah jugak aku mase tu. bile aku bukak voice mail tu je aku dgr suare laki.. tapi tak clear sangat "......ni cik din....ame tggu...pak gard proton" ha macam tu laa lebih kurang voice mail tu. sikit2 asek bebunyi ke fon aku dgn msg tone, yg aku dapat missed call dari satu nombor. tapi nombor tu tak familiar langsung dgn aku. lepas beberape menet aku dapat lagi msg yg mengatekan ade missed call number.
last2 aku suruh budak2 ni gerak dulu, takyah nak tunggu aku mase turun tu.aku call number yg sebok call aku tadi.
"assalamualaikum, sape ni?"
"din, ni aku nih"
"sape?"
"eh ni sape ni?" (fyi, aku paling menyampah bile pertanyaan aku ni dijawab dgn pertanyaan)
"hafidz"
"sori2 sori salah nombor"
dalam hati aku, "cit!" habis kredit aku. dah la tadi aku tinggal sehinggit lebih je. ni sure tinggal brape sen je lagi ni.
selang beberape menet lepas tu, smase aku sedang asyik kejar balik budak2 ni turun gunung. aku dapat satu call.. sudda.... "tolong laa jgn dari femili aku, tolong laa" sbb mase tuh aku still lagi dalam keadaan risau gila takut samthin bad happen to nenek.
aku amek fon aku tadi dalam beg dgn susah payahnye.pemandangan cantik empangan hulu kelang masih lagi kelihatan jelas. ni maknenye aku masih lagi pada paras yg tinggi dari ketinggian laut.
"hello!"
"hei,din. ni aku la!"
"eh jap, sape ni?"
"din, bile kau nak cat rumah aku ni?"
"cat?"
"ni bukan din si tukang cat ke?"
"eh, bukan.. bukan?"
"owh, igtkan din yg slalu cat bangunan tu"
"eh, mane ade"
"sori2"
"betul eh, ni bukan din?"
"betulla"
eh mamat ni, ade jugak kene karate kat tengkuk. aku cakap bukan, makneny bukan la. nasib baik aku tak kenal sape.
hek ela.. aku punye laa saspen dgn number yg aku tak kenal ni. cibai betul la.. igtkan pasal nenek tadi. saje je nak menggabrakan aku.akhirnya aku berjaye turun gak dari gunung tu tanpa tiada lagi gangguan dari number misteri mahupun individu yg sedang mencari tukang cat.
dari taman melawati, aku terus bawak dgn kadar yg 'takdela laju sangat'. sbb abang adan tgh tunggu dier kat upm, sblm 'cau' ke diomond bay. kesian pulak aku tgk si adan. mate die merah je.nangis laa jugak. sempat laa jugakd dier citer kenangan2 die dgn atuk die.
sampai je UPM. aku msg mak aku bertanyekan ttg nenek. lega aku dgn jawapan standard tipikal answe (jawapan standard tipikal answer?). "nenek ok". sampai je bilik, kepenatan yg tak terhingga tu telah menyebabkan aku flat di atas katil hingge...haiyaa.. terlajak dowh!
same2 lah kite sedekahkan al fatihah ini kepade mereka yg telah kembali ke rahmatullah. semoga dijauhkan dari seksaan kubur dan di masukkan ke dalam syurga Allah swt.
i'm not perfec.
72 RANCANGAN B
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment