Tuesday, August 15, 2006

perkaitan antara mama dan test 1 management aku.


mama n nenek

balik dari memanjat gunung tu, aku terlantar keletihan..sehingga malam hari. memang tak leh blah. penat tak ingat. badan pun dah sakit2. nampak sangat tak fit (memang pun).

"ah.. damn it" text book MGM 2111 (management) aku tak bace lagi. ade 4 chapter = 150 mukasurat. macam tak sempat je ni. pukul 2 pagi, lepas merepek2 dgn budak2 ni, layan video clip n dgr lagu dari kotak elektrik kesayangan ku baru laa aku start terhegeh2 nak bukak buku.

ni first test aku, selepas 7 bulan berguling2 dan berhuha-huha ketika aku menjawat jawatan penganggur yg konon2nye bz. tak kesah la. tapi aku memang minat dgn buku text yg aku beli ni.harge die dekat 70 hinggit tapi aku seronok bace sebab die banyak citer ttg real life problem yg dihadapi oleh companies yg berkaitan dgn management. mmg aku sayang buku ni.

jadi, aku takdela berase risau sangat, karena aku tidak seperti dipakse membaca tetapi dgn rela dan 'sukanya dia' membace buku ni. ramai budak yg rase membazir beli buku ini, mgkn sbb buku teks ni mahal (mahal? ilmu nii?). berbahasa omputeh. ataupun mereka tak dapat nak mengkaitkan fakta2 ttg buku ini dgn dunia luar. serius rugi beb korang!!

maka bermula pada pukul 2.13 minit pagi bersamaan dgn hari ahad, aku pun membaca chapter 1 buku ni dgn azam yg kuat supaya berjaya menghabiskan hingga ke chapter yg ke 4. baca punya baca, pukul 7 pagi aku baru dapat baca sampai chapter 2 punya suku (suka suki aku je menjahanamkan bahasa melayu!).tido jap, amik 'power nap' hingga lahsambung balik pade pukul 12 tgh hari.

nak dijadikan cerita, pukul 7 setengah aku dah baca sampai chapter 4. tapi jgn nak yey!! sangat. bab 3 aku tak bace! berbekalkan dgn memory aku ttg pengajaran lecturer dalam kelas perihal bab 3, aku pun dengan gagahnya meminjam satu set alatan menjawab perperiksaan dari Mede (name tak kelantannyer ialah Hamdan) dgn muka yg tak bersalah. lalu dgn gaya metroseksualnye melangkah masuk ke dewan perperiksaan. kandungan caffein dari 4 paket nescafe masih lagi tak dapat menkover skala ngantuk aku yg melonjak tinggi pada garis Y di dalam graf. sori, aku tak minum tongkat ali (tak payah nak tongkat2 beb!)

tatkala itu, diberitakan. nenek masih lagi di hospital terlantar sakit. sekali lagi igin ku nyatakan, aku masih lagi berperasaan risau dgn tahap kesihatan nenek. damn it! patut aku dah boleh balik dan melawat nenek kat hospital dah ni. if sumthing that is least expected happen to her, aku mungkin akan menduduki tempat pertama ranking 'orang yang paling berperasaan bersalah seumur hidup" di dalam dunia ini. shesshh...

100 soalan, 2 jam. to be frank, takde la susah sgt. cume aku agak konfius bace soalan dalam bahasa melayu sbb buku yg aku baca itu di tulis oleh omputeh. nasib baik dwibahasa.even, kalau soalan itu di tulis dalam mothertongue aku iaitu Java aku pasti tidak akan dapat menjawabnya. sebab aku sepatah haram tak tahu bahasa yg nenek aku slalu gunakan bila berinteraksi dgn abah. fyi, ia bukanlah bahasa computer (prgramming language). ia adelah bahasa jawa. satu je yg aku tahu nak jawab bile di ajukan soalan yang berbunyi begini:-

wak "apis, wes mangan?"
aku "west side wak"

sedang aku asyik menandakan kertas jawapan kat OMR (fyi aku dah jawab semua soalan, cume belum ditandakan lagi je kat kertas jawapan). henfon aku bervibate. nasib baik dah set silent mode."ni mesti ade org call ni, mintak2 laa bukan femli aku". henfon ku masih terus bervibrate dan bervibrate dan bervibrate lagi. aku dah tak keruan dah. ni konfirm-konfirm emergency ni, banyak kali sangat call. ya Allah.....cuak sial! tuhan je laa yang tahu perasaan aku mase tu. aku pun trus tandekan jawapan tanpa ada second check kat soalan2 aku.

dalam mase sejam suku, aku dah kuar dari dewan perperiksaan. difahamkan, aku adelah anatra org yg terawal kluar dari dewan tu, bermakne di sini ade org lagi "champion" dari aku. tak kesah laa.. janji aku boleh tahu siape dan kenape orang tu call.

keluar je dewan perperiksaan tu, aku trus check henfon aku.

MAMA!!!!??? mama call aku! ah.. sudah! 6 missed call. berdup dab dup dab berdebar gile jantung. "berdetak lebih kencang, sperti genderang yg mau perang".

pastu tet tett (bunyi sms, sile gunekan sound effect semula jadi).

message dari mama yg berbunyi

"kalau balik rumah nanti jgn lupa bawak balik kain yang tak laku tu"

mak aku boleh pulak citer pasal kain!!!!!!


nak terbalik jatuh masuk longkang bile aku bace msg dari mak aku tu. hek ele.... buat saspen je.
bermakne segala rase saspen, thrill, gabra,cuak,tak keruan, adrenaline rush dan nak terkencing takut tu memang tak berbaloi langsung!!!! sangat2 tak berbaloi!

fyi : saya ada menjual kain2 baju kebaya dan blouse2 cantik yg di terbangkan khas menaiki Air Asia dari Bandung, Indonesia. memang murah! kalau pakai student card, lagilaa... murah!

ber balik kepade citer aku tadi. tak sangke aku ter kena "wa kena beb" dari mak aku sendiri. sure gile teruk markah aku tadi, sbb tak cukup mase utk jawab betul2. bermakne sia2 lah perjuangan aku membaca buku teks tu sampai nak muntah dari pagi tadi lagi........ sabar je la.

haiyaaa!!!!!

sehingga entri ini ditulis, nenek masih lagi di hospital tapi dah dipindahkan ke wad biasa. bile aku ceritakan hal ini kepada mama, mama hanye mampu tergelak je. haiyaaa lagi! mama, mama....

owh lupe, aku baru dapat markah test aku tadi! jeng!jeng!jeng!. markah aku 'ok lah kot!'. at least, lagi tinggi dari markah kawan2 aku yg lain. heppy dowh! bukan ape, aku bajet markah aku sure kantoi punye, tapi tak! hihihihihihihi..

walaupun di 'punked' oleh mak sendiri, tapi masih mampu tersenyum sinis


p/s; terima kaseh di ucapkan kepada mereka yang telah membeli kain/baju dari saya. konfirm memang korang tak rugi. dah laa cantik, segar dari ladang, murah pulak tu. kepada mereka yang belum beli... anda bila lagi?

i'm not perfec.

4 comments:

mindafreak said...

Love your story... heheheh. Terasa kechuakkan dan tanda-tanda saspen tuh... hope your nenek get well and gud luck with the business.. ;)

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

berat mata memandang, berat lagi lori 40 tan dan keadaan kecuakan hati yg sukar utk digambaran ini.. hehe

Rush Murad said...

just tumpang menyebok kat blog kau ni..... jalok ambong... oopssss.... tumpang lalu, monggo mampir..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

sila..sila