Sunday, August 27, 2006

org sekarang tak cukup duit









orang sekarang tak cukup duit. memang betul, duit pada kite memang takkan pernah cukup. ade je bende yg nak dibeli, ditambah ataupun ditukar. tetapi, maksud 'orang sekarang tak cukup duit' memang maknenye betul2 tak cukup duit.


hal ini berasal dari kenaikan minyak lagi. kerajaan boleh cakap, kencing atau bagi seribu macam alasan atas apekah rasionalnya minyak naik. harge kite maseh terendah la, naik baru 30 sen je, ubah laa care hidup dan macam2 lagi yg nak disenaraikan disini.






akan tetapi, tidak kah kite sedar. pada situasi sekarang ini dah macam2 banyak dan tak terkire jenayah yg berkaitan dengan duit berlaku? kes ragut, kes rompak, kes curik dan macam2 lagi semakin lame semakin bertamabh kat meleshia ini. yg aku tau dan sedar la, kes merompak atau mencurik kat meleshia ni mmg dari dulu lagi ade tapi mengikut penagamatan aku la.. kite dah macam kekurangan ruang dlm surat khabar utk menceritekan ttg hal2 jenayah yang mlibatkan duit di negara kite ini.


minyak naik 30 sen. itu adelah headline dalam surat khabar. pkir2 balik. alah 30 sen je. tapi jgn lupe, 30 sen itu untuk SELITER. katekan lah kalau dulu kite isi minyak rm 40 je sminggu, skarang dah jadi rm60. ala.. baru rm20 je naik. tapi jgn pulak lagi korang lupe, itu kiter bercakap ttg minyak. sekali minyak naik, bende2 atau barangan lain pun turut naik. tepung, sawi, kerusi, tayar kereta, make up, baju, stokin, penyidai kain, deodorant, buku skolah anak2, susu tepung, nasik lemak, ikan patin, sudip,sabun dan macam2 lagi la. boleh cakap sumer bende naik. ini yg dinamakan multiple effects.tak ke semakin miskin kite sebagai rakyat, yang kaye dengan hasil minyak, sumber semulajadi ini yg kemudiannya telah dirompak oleh mereka yang tak mementingkan diri sendiri.







aku mmg dah malas nak maki kerajaan. dah speechless dah sebenarnye.takde gune dah. dan diraong memang ternyate sekali tak bergune. papehal pun. selamat menjawab di akhirat nanti.


jgn pulak lagi kite lupe. bile indeks jenayah makin tinggi, banyak laa pulak kerosakan moral berlaku. bile bercakap ttg kerosakan moral ni, mcm2 la. pelacuran, rogal anak, rogol anak orang. kes raba. apekah ini tak ade kaitan dgn kenaikan harge minyak? ade.. nak tahu camne kaitannye?

bile orang takde duit. akan timbul satu tekanan, tak tekanan perasaan, tekanan ekonomi. kene buang kerje ke ape.bile dah tension, sesuatu perkare akan dilakukan utk menghilangkan rase tension itu dgn pelbagai2 care negatif, contoh macam aku cakap tadi la. bile manusia dah hilang pertimbangan, banyak laa bende bodoh yg terjadi.

berkaitan dgn kerosakan moral atau akhlak itu tadi, berlaku laa pulak, keretakan rumah tangge, cerai sane, cerai sini. anak2 pun jadi terbiar.bile dah terbiar, tak hairan lah kite bile ade yg isap dadah, jadi mat rempit, mati katak atas jalan, jadi bohsia. amek henset rakam kegiatan seks diorang.






bile rakyat secare moralnye dah rosak. ade kah logik untuk sesebuah negare itu untuk maju membangun. sudah tentu sekali produktiviti merosot. bile ini terjadi. negare menghadapi masalah ekonomi. bile masalah ekonomi timbul, negare dah takde duit. bile dah takde duit, pembangunan takde. bile ini dah takde, rakyat akan kesempitan hidup. pastu negare jadi kucar kacir.

agama pun dah dipandang sbagai bende yg remeh. dan ianya mulalah diperlekeh2kan.endapat mufti ditolak bulat2. agame, bile dah ditolak. manusia hilanglah pedoman. good values itu sudah tiada. padehal, agama lah yg akan memandu sesuatu manusia itu dan mengajar dari banyak segi. kejujuran, keikhlasan, hormat menghormati, saling sayang menyayangi, tak tamak, berhati perut, berperikemanusiaan. memelihara alam sekitar dan banyak lagi.

bile agama sudah dipandang sipi2. rakyat akan beralaih kepada hiburan sbgai platform menghilangkan sgala duka lara yg sedang dialami. pabila hiburan itu martabatnya di angkat tinggi dan dijadikan keutamaan, kepentingan ilmu itu akan menjadi sesuatu yg remeh.

jika menggunakan akal, manusia yg tidak berilmu itu adalah manusia yg useless good for nothing. bile manusia useless, apakah yg akan terjadi kepada masyarakat dan setrusnye kepada negara? boleh kah diterima akal jika, negara itu akan semakin maju dan pesat membangun bersaing dgn negara2 lain jika rakyatnya tidak berilmu?

'knowledge is power'. bile sebuah negara itu 'powerless' ia akan semakin mudah untuk dijajah dan dikuasai oleh negara2 lain, dan ianya tidak terhad melalui pelbagai cara.

bila negara kita malaysia dijajah dan dikuasai oleh orng lain, bukak balik buku sejarah dan cuba baca, bagaimanakah keadaan dan seksanya pabila kita di jajah oleh kuasa asing? heppy? seronok? suka?

segalanya disini berkait rapat. kalau tindakannya ini, kemudiannya akan menyebabkan ini. kalau ini berkurang, yg itu akan bertambah. kalau ini rosak, itu pun turut rosak. kalau pada zaman ini yg buruk itu sedang berlaku, maka makin buruklah yg akan berlaku pada zaman akan datang. kalau sekarang kita lemah, esok akan lagi lemah.

segalanya

fenomena ni mcm lagu 'bangau oh bangau'kan? segala-galanya berkaitan antara satu sama lain. akhir sekali, ape yg kite tuju, ialah kegagalan dan kehancuran.

ini adelah realiti. dan aku amat sedih bila memikirkannya. cube kite bayangkan,ape kah yg akan berlaku pada masa hadapan...tak sanggup sial.








i'm not perfec.

No comments: