Wednesday, December 19, 2007

waktu kecik


nostalgia zaman kecik memang best. kalau ade jin lampu mane2 bagitau aku, memang aku nak jumpe die. antare 3 permintaan yang di offer dah tentu skali balek ke zaman aku budak kecik memang aku nak mintak. itu permintaan yang pertame. permintaan yang kedue aku, aku nak mintak tambah lagi 8 permintaan. manekale permintaan ketiga aku, aku nak mintak lagi 8 juta permintaan...

zaman aku kecik memang zaman paleng enjoy skali, zaman stress free dan zaman kuran responsibility. yg aku tau pukul 4.30 aku dah bergayut dkt grill pintu depan rumah sambil usha2 jam dah pukul 5 ke belum. detik pukul 5 mmg aku tunggu, sbb time tu laa aku dibebaskan keluar.

paleng tak tahan, bile member2 dah berlegar2 dekat depan pagar rumah tunggu saat kebebasan aku dgn basikal masing2..
tiap2 petang ade je [permainan baru. aku memang jenis tak brape nak layan sangat permainan video ni, parents aku pon tak brape nak belikan mainan2 jenis camni. dulu kecoh pasal game gear laa, nintendo laa.. macam2. kadang2 rase tertekan jugak, sbb nak maen kene datang buat muke tembok maen kat rumah orang, nak buat camne? dah parents aku tak nak belikan. peer pressure lah sket. tapi dah besar ni, aku pk2 bagos jugak tindakan mak bapak aku. takdelaa aku rosak sangat maen game ni. kalau tak mesti aku dah terjebak dgn CS,DOTA N WOW ke ape..

yang aku prasan budak kecik yang tak lasak dgn aktiviti outdoor, asek maen game je.. mmg budak2 yang lembik, immature dan manje. dah besar jadi bapok.


mase petang2 memang memori paleng indah. tiap2 petang ade je game yg kitroang maen. dari bermaen bola dalam hujan, lecak. main basikal lompat sane lompat sini, maen api mase pembantu rumah bakar sampah, maen lawan2 sebab tadi beru tgk transformers/gaban/maskman, maen tamiya, maen bola kertas, main baleng slipa, maen badminton, maen panjat bukit, pastu buat kereta pakai kotak nak buat maen gelongsor kat bukit, maen pingpong.. banyak lagi laa..

memang zaman paleng best mase tu. giler carefree dowh

balek rumah memang konferm aku kotor macam hari sesat dalam hutan. mak aku mesti membebal sebab baju koto. evritime nak basoh takleh masok mesin,, tak jalan punye. kene sental sebb nak hilangkan kotor. kesian pembantu rumah aku.

zaman tu jatuh, luke, lebam, darah mmg standard prosedur la.

tapi betul laa, budak lagi banyak blajar kalau dilepaskan, biar diorang explore dunie ni, try itu, try ini.. banyak bende yg diorang develop. ketahanan badan, pengetahuan, yang mane patot buat, yang mane tak patot buat, jgn disekat2.. dah besar jadi penakot, penyegan dan kurang matang.terbuka minda. tak dikongkong dan disekat.

budak kecik bukan blaja abc,123 je. rosak budak kalau disekat2. kesannye mungkin tak obvious, tapi boleh buat rase menyesal..



i'm not perfec.

Saturday, December 15, 2007

banyak melakukan dosa dan tersasar











kebelakangan ini, aku liar.

semoga dihapuskan segala dosa dan tidak diseksa di dalam kubur. amin

i'm not perfec.

friendster. skali lagi aku terjebak



kadangkala, aku terase teraseng apabila kgkwn bercerita ttg aktivit mereka di frenster. testi sana, testi sini, nak tunjuk six packs, six layers, one pack ke, kek lapis ke, mangkok tingkat ke, sume boleh.

aku terdiam dan menyendiri. mengharap agar perubahan halatuju topik agar aku tidak ketinggalan dari arus perdana.

x boleh jadi ni. jilat balek laa ludah aku.

aku pon mengeregister frenster yg dulu aku kutuk2. pernah terdengar kata pujangga. sehebat mana pon kau, kalau ade kelemahan dan kesilapan, wajib diakui.

sehingga aku mengabaikan blog aku.. di anak tirikan.

sekarang aku sudah ada frenster.. ape lagi?

ADD LA!!!

smtms01_02@hotmail.com



i'm not perfec.

Sunday, November 18, 2007

kata pujangga "the Legend"

"biar problem dengan sangap, jangan sangap dengan problem"

-the bylz-

bak kata farit ismeth tiapkali hendak menggulung Dunia Jam 10.

"benar saudara, renung-renungkanlah....bye2 baby, cau cin cau astalavista baybeh..ismeth out!"



i'm not perfec.

membuat diri ku malu

aku masuk ke dalam kedai serbaneka di shah alam.

terus ke belakang mencari air kegemaran. (nescafe mocha)

tengok tande harge.. " aik, dah jadi due hinggit dah botol ni?"


aku pergi bayar kat kaunter..

aku "uu.. dah naek harge ye air ni kak, dulu rm.170 je.."

kakak tu" ha ah dik, sume barang naek harge...semue."

aku " betul tu kak. yg hujun, turan je"

tibe2 aku rase pelik...

"yang hujun, turan?".. aku bertanye di dalam hati.

blah, blah.. baik aku blah. buat malu je.. tesalah cakap.


ye adik-adik. soalan minggu ini...

hapekejadah itu "yang hujun, turan je?"

sebuah simpulan bahasa?
komponen air cond kereta?
pick up line yang terkini?
ayat untuk membodohkan diri sendiri?

sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.. dalam rancangan.. SIAPA YANG MALU?MEREKA DAN KELUARGA MEREKA... daa...

i'm not perfec.

Friday, October 26, 2007

apekejaddah



mencangkung di dalam parit selepas terbabas dan terbalik untuk tontonan awam.



i'm not perfec.

Tuesday, October 09, 2007

pasa o rama / aku teringin nak pergi london...

ramadhan al mubarak

bulan islam sebelum bulan syawal dan selepas bulan syaaban (ini je yang aku paleng tau) dikenali sebagai bulan dimana umat islam berpuasa.

puasa dari makan dan minum. bulan menyucikan diri. bulan bonus, bulan short cut, bulan muslimin dan muslimat.

ironinya, bulan ni lah bulan kepada pesta makanan, bulan yang pada waktu malamnya giler happening, bulan yang orang tak ingat berbelanja dan shopping.

terpulang pada kamu semua bagaimana nak memanfaatkan bulan ramadhan ini.

AKU NAK SANGAT PERGI LONDON.

tapi mak ayah aku bukan orang yang berduit...

sepanjang bulan ramadhan ini, aku kat UPM ade dan klassmate aku yang lain bukak gerai untuk kumpul duit supaye kami ramai2 dapat naik kapal terbang pergi london.

prequel kpd ceritera ini.

  • budak HRD upm batch aku ade projek nak buat interfacing programme di Oxford and Cambridge london.
  • 8 hari punye trip
  • 35 orang
  • bajet Rm230 000
  • buat2 projek2 untuk generate income n masok kan dalam dana kami
  • dah start lebih kurang setahon
  • baru ade rm20 000
  • planning nak pergi februari 2008
  • jika projek ke Cambridge ini gagal, kami mungkin akan menggantung diri di Penang bridge

jadi sepanjang bulan ramadhan ini, kami ade bukak gerai di pasa o rama (pasaramadhan) di UPM. ade 2 gerai. satu jual roti john dan satu lagi jual Dunkin's Donut.

aku incharge jage perihal Dunkin's Donut.

kami start berniage pada pukul 5 petang. tuka2 syif, ikut siape yang ade kelapangan.
alhamdulillah, bulan ramadhan rezki ade. gerai kami laku. tiap2 hari aku lepak kat tapak pasa o rama ni sampai laa ke waktu berbuke.

seronok. kami dapat pengalaman berniage. camne nak uruskan pengaliran duit. camne nak handle customer. tau laa selok belok skit.

tapi bukak gerai pada bulan ramadhan ni, brape sangat laa dapat. tak dekat2 jugak london tu.

kepade sesiape yg ingin menjadi sponsor atau ade alamat utk dapatkan sponsor, atau dapat membantu dalam ape2 jua cara (kecuali jgn nak ayat manis aku masok MLM) silelah hantarkan email kepada aku. dapat bagi tau camne nak contact mane organisasi yg boleh bagi sponsor pon dah cukup alhamdulillahhirobbilalaminm wasaqonah, waja ala nah, minal muslimin dah.

email aku

gerai kami di UPM


gadis2 cantik yang jual roti, John yang dapat nama.


warning!:senyuman manis dari abang berbaju merah boleh membuatkan anda tak tentu arah
(mari memarketkan diri.. haha)


aktiviti kapitalisme ataupon perbuatan mengaut keuntungan secara sah dan beretika



jika kami dapat pergi ke London, dapatlah kami bertemu dengan en.John (pengasas roti John)



doakan agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dan mendapat awek omputeh yang soleh dan cun.

i'm not perfec.

Sunday, October 07, 2007

tak tipu punya.


2010?????



i'm not perfec.

Saturday, September 22, 2007

30 hari terakhir nurin


beautiful

aku hangin satu badan. tak pernah2 pulak aku, pasal orang laen boleh jadi sangat marah cam ni.pasal sorang budak pompuan yg aku tak penah kenal, budak skolah rendah pulak tu. aku boleh emo sangat tengahari smlm. mmg kacau mood aku hari tu.


start malam. lepas berbuke. aku beborak dengan member aku. apsal budak yang bername nurin jazlin.

dah sebulan hilang. polis jumpe mayat budak yang macam Nurin kat tepi tangge kat rumah kedai dalam beg gym.

mayat tu seperti kene dera teruk, lebam dan biru2 boleh didapati di badan mangsa. laporan bedah siasat menerangkan terdapat pendarahan dan kerosakan pada organ dalaman dan juga kesan dari tusukan terdapat di kemaluannya.

mayat dipercayai mati 24 jam sebelum di jumpai.


ibu bapa nurin tidak mengesahkan bahwa mayat berkenaan adalah anak mereka iaitu nurin jazlin kerana cuma hidungnya sahaja yg seiras dengan nurin.

tetapi pihak pakar menyatakan, struktur gigi dan badan boleh berubah jika mangsa telah di dera secara kejam dan teruk sebelum mati.

ibubapa nurin menerima mayat yg dipercayai nurin itu dan mengebumikannya tetapi masih lagi memasang harapan bahawa nurin masih hidup.


yang buat aku emo:

kenape nak diseksa ditorture budak kecik tu. macam mane agaknye perasaan budak berumur 8 tahun yg hilang dari keluarga, hidup diseksa oleh orang yg langsung die tak kenali. di pukul, di belasah.. mungkin setiap hari. mungkinkah die rase takut.. menangis setiap hari.

aku mungkin tak pandai laa nak bawe korang untuk merasai 30 hari terakhir nurin.

aku cume harap korang dapat membayangkan diri korang menjadi nurin pada 30 hari terakhir hidupnya.

cube jadi budak yg berumur 8 tahon, yg diculik, dikurung,diseksa,dicabul,dipukul, ditendang,ditarik rambutnya,yg lapar, yg haus, yg ketakutan, yg tak tahu apa-apa, yg merindui keluarganya, yg menangis sepanjang masa...

ya Allah, aku tak paham laa bende2 camni.

tak pernah aku rase marah camni.membawe kpd care aku reply msg2 yg aku dapat dlm hanphone.

amaran aku kepade penjenayah berkenaan;

jangan sampai aku jumpe kau.



i'm not perfec.

makruh bace post ini pada siang hari ramadhan

Baked Pasta In a Sea of Cheese

"every moments spend with you, is the moment i treasure,
don't wanna close my eyes..."

hanye melalui beberapa patah lagu inilah dapat aku gambarkan tentang kesangapan aku terhadap hidangan di atas.

pasta. ya.. pasta. bukan stakat pasta biasa yg anda boleh dapati di kedai runcit MJS. pasta yg boleh menyebabkan anda berpesta ketika merasai tekstur lembutnya di dalam mulut. Pasta yg seakan-akan diperbuat dari Mont Cagliari Itali ini sebenarnye datang dari kapar Klang. kombinasi tepung dan element2 lain menyebabkan anda dapat merasai kesedapannya seolah-olah Inzaghi menjaringkan gol utk AC milan semase menentang Liverpool pada final champeon League yg lalu.

Pernahkah anda lemas di dalam lautan Cinta? ya, begitulah yg sedang dihadapi oleh pasta-pasta ini kerana terkapai-kapai di dalam lautan cheese yg begitu solid molid. seperti biasa, tekstur cheese yg kenyal ini telah memberi tamparan yg hebat kepada pasta bersama hirisan ayam dalam bentuk dadu untuk timbul di permukaan cheese. Cheese mozarella ini yg slalu digunakan di dalam pembikinan pizza menyebabkan anda terpaksa menarik sepanjang 3 meter untuk memisahkan ia dari pinggan dengan satu suapan sudu anda. seperti jari halus yg melentik lemah gemalai menari-nari di atas lidah. gelora cheese yg semakin membara terasa di dalam mulut. lemak, cheese. nah, anda akan berasa seperti diraikan semasa mengunyah cheese ini. bila cheese dan pasta bersatu menjadi satu, amukan kesedapan yg tidak dapat di gambarkan dengan perkataan. anda akan tersenyum puas untuk setiap suapan cheese dan pasta. Puas, indah dan lemak. itulah bahana yg terpaksa anda terima..

Lamb Chop but not stirred.





kambing. mungkin biasa bagi anda.

bagaimana jika saya ceritakan begini....

sekeping daging kambing terpilih dari seekor kambing yg pernah memenangi gelaran ratu cantik di kandang ternakan Pak Amid, di Tanjung Malim, Perak.

lembut, curvy, solid, mantap, berjuicy.. itulah dia.

4 keping daging kambing. di grilled dia atas hot pan. api dijaga rapi agar tidak merosakkan keayuan dan keaslian isi daging tersebut. Di marinate semalaman dengan resepi rahsia 7 turun temurun keluarga Chef Kadri. garam dan sedikit pepper semasa menambah kehangatan daging yg sedang di masak.

gravy
4 sudu bbq Sauce, 4 sudu sweet soy sauce, 4 sudu salty soy sauce, 4 sudu virgin Olive oil, 3 ulas bawang yg diblender, secubit garam, secubit herba dari itali. secubit di peha kiri untuk make sure peha kanan tak rase saket pon, Mushrooms.. more room for mushrooms..mooch

gaulan di dalam kuali. sperti gaulan anak muda zaman kini, penuh dengan memori manis, gelak tawa, berkejar-kejaran, gaulan gravvy itu tadi, gaulan anak muda yg bertukar2 alamat friendster, suke dan hepi, gaulan tadi biar dilimpah dengan Soul dan Kasih sayang.

nah, hamparkan pada daging kambing itu tadi. tuangan halus dan lemah lembut seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya yg liat untuk bangun sahur.

asap dari gravy tadi bersatu dengan asap dari daging kambing yg di masak penug tender n juicy.
aromanya.. benar2 menggamit perasaan untuk menikam dan berpelukan manja dengan daging kambing itu.

setiap suapan lamb chop ini seperti memujuk2 anda untuk mengembekk seperti seekor kambing yg mengetuai sekumpulan kambing di atas bukit di tepi pokok di sebuah padang ragut ketika musim bunga.


i'm not perfec.

wrongless asnwer

we are all smart.

why put limitations?

click on these pitcures

cekidaut!







formal education sytem = bowink ah!


thanks naedy inesz..


i'm not perfec.

Sunday, September 16, 2007

in the name of humanity.. we are all one

minggu lepas aku balek shalam. weekend yg kadang2 memang aku tunggu2. lepak ngn kengkawan memang sronok jugak. tapi kalau dah lame sangat, tiap2 hari pulak boleh membawe kpd suatu aktiviti yg membosankan.

tapi hari itu, tidak. aku dah lame tak jumpe kgkawan. lepak punye lepak. pastu ade sorang kawan lame yg dah lame tak datang lepak ngn ktorg ajak kitorang lepak. mane destinasi? hartamas.

aku ikutkan aje. dah lame tak pergi. tempat yg konon2 paling 'hap' kat kl. boleh la..
azam, kawan aku dah berase ragu2 dengan penampilannya. takut tak cukup standard pergi tempat macam hartamas tu. sebab kat hartamas sumer orang dressing stylo. baik yg pompuan atau pon laki. kalu semart, mmg semacam semartnye. macam baru balik dari sumwhere je. yg pompuan pulak make up ngn dress mcm baru balek dari prom gamaknya. padehal nak minom teh tarik n isap shisha je kat sane.

aku tak brape amek port sgt pasal nakm dressing itu ini. tak kuase mak.

lepak kat sane.. sangap jugak. same ol same ol. cume yg membuatkan lepak kat sane berlainan, ade mungkin kerana dapat tgk muke2 baru yg tak pernah nampak. awek kat sane pon boleh tahan jugak cun nye. tapi aku sikit pon tak goyang. sikit pon tak berganjak.

pukul 2 pagi, ktrog gerak balek. lalu federal. masing2 tgh layan blues dgn lagu james morrison 'pieces dont fit anymore' dlm kete. tibe2.. kerete apai slow. ade jam ghopenye'. ya allah eksiden. aku bleh nampak satu kete kelise kat atas jalan motor n satu kete proton sudah berkecai. aku jugak nampak satu tiang lampu sudah tumbang mungkin telah disauk oleh kete proton itu di tepi jalan.


alip mensuggestkan supaye kite brenti tgk. apai parking keter.. lebih kurang 35 meter dari tempat eksiden. sbb ramei jugak orang yg berhenti parking. itu blom masuk 3 kumpulan mat rempit lagi.

aku pegi jalan dekat. nampak due badan telah di baringkan di tepi jalan. bergrak2 jugak lagi. darag tak banyak sangat. mungkin baru dikeluarkan dari kereta mereka tadi. pastu satu lagi badan, dibaringkan atas rumput di sebelah kete kelisa. kali ni tak bergerak langsung. diam je.. eh tetibe bergerak sket pulak badan die.

sumer hidop lagi ni.tapi aku agak cuak skit la.. tak penah tgk org mati depan mate.

orang yg kat sane sumer sebab mengkaji bagaimana eksiden itu boleh berlaku dan puncanya apa. yang aku tau ketige2 mamat india ni mabok.

bagus, dah betul dah tu. inilah namenye menyusahkan orang.

jalan dah start jam. ambulan tak sampai2 lagi.sbb mungkin sangkut dlm kesesakan. mengikut ape yg aku agak.. mangse kemalangan ni mungkin dah dekat 20 menet terbareng tepi jalan tapi blom lagi dibawe ke hospital oleh ambulan.

orang ramai berkerumun je... tapi takde buat ape pon. cume datang tgk mangse2 kemalangan ini mungkin sedang bertarung dgn hidup atau mati. takde ape pon. paling kuat pon boleh tolong kipaskan diorang pakai suratkhabar je.

aku try call ambulans. sbb sblm tu aku dah register super saver!
call, dapat. tapi operator kate ambulan dah lame kuar.

ini sebab jam lah ni. ambulan tak sampai. mati jugak jap lg macha mabok 3 orang ni.

mungkin sbb mereka orang india, mabok pulak lagi tu. orang ramai tak rase sense or urgency nak anta selamtkan diorang. mungkin aku kate

pastu naseb baik ade abang van ini, mengoffer anto diorang pakai van die.

"angkat cepat budak2 tu! aku tak kesah melayu, cine ke keling. mati jap lagi budak ni kalau kite lambat!"

steady ah brader.





i'm not perfec.

rindu datang bertandang

aisyah " cube tengok ni... kite ade cincin.. kite nak kawen"

hanna (menyanyi) " selamatkan pengantin, selamatkan pengantin"

apela budak2 ni.. mcm pengantin tu dipakse kawen dgn bukan pilihan hatinye pulak.

kami sekeluarga pergi makan. dah lame tak dinner ramai2 satu family.
habis je makan.


hanna " de, jom lari-lari?"

pak ude " lari-lari? tanak lah. pak ude makan banyak laa tadi"

hanna" de... jom la..hanna nak lari-lari"

last skali.. aku end up berlari-lari dgn budak 3 tahon di dalam restoran tu. buat malu je..

lari-lari je. takde objektif langsong!



selepas memperkotak katik kan pakcik mereka, dua orang budak ini bergambar mesra


beca ini memang sesuai. kesian diorang.

tekad.redho.tabah menjadi pak ude kpd 2 orang budak ini.

i'm not perfec.

Tuesday, September 04, 2007

berbunga-bunga



jika kita bercinta

kita mungkin duduk tidak berbicara

tetapi hati kita erat berhubung




sunshine, it's 3.34 in the morning. and i miss you.

saya dalam mode jiwang



i'm not perfec.

nak sangat cari erti merdeka







tibe bulan lapan je. sebok smorang. sebok bercakap pasal merdeka. sebok peniage menjual bendera malaysia, kerena pada waktu iniah demand utk bende ni tinggi. sebok kiter mencari dan membeli bendera. menggantung kat sane sini. kat depan pagar, kat atas bumbung. kat kereta sampai tak cukop2.

sebok pule media berbincang dan menulis mencari erti sebenar kemerdekaan.

bagi aku simple. merdeka bagi aku di bumi malaysia ini adalah apabila tanah kita dilepaskan dari penjajah. noktah. itu definisi kemerdekaan bagi aku.

kalau nak cakap apasal anak muda tak merdeka sebab dgr lagu hip hop, sbb pakai baju macam mat salleh, sbb bercakap bukan dlm bahasa melayu. itu bukan dijajah namanya. time2 camni laa kerajaan sibuk menyuruh rakyat jelata "membebaskan minda dari dijajah".

paparan senario anak muda lupa diri. generasi muda tidak mengenang budi pejuang kemerdekaan. generasi muda tidak mengetahui dan memahami keperitan pejuang membebaskan negara dari belenggu penjajah.

hal2 yg aku bangkitkan diatas bukannya menunjukkan kita dijajah. knapa anak muda mendengar lagu hip hop, knapa anak muda berpakaian seperti barat, knapa anak muda bertutur dlm bahasa lain adalah bukan kerana dijajah. ini semua adalah pilihan mereka. mereka yang memilih utk sebgitu. dijajah adalah satu paksaan tanpa rela. kerana tiada siapa yang rela dijajah. benar?



knapa anak muda dgr lagu hip hop. sebab lagu hiphop mungkin sedap. kerana lagu hip hop banyak kali dimainkan di radio. kerana lagu hip hop lulus tapisan untuk memasuki radio negara. kerana lagu hip hop merupakan produk import negara luar yang masuk ke dalam negara kerana membayar cukai.

knape perempuan itu memakai skirt. kerana dia beli skirt itu di sebuah kedai yg ternama di pusat membeli belah. kerana skirt itu nampak cantik. kerana skirt itu dibawa masuk dan bayar cukai kepada kerajaan.kerana kerajaan berhasil mendapat keuntungan dan pendapatan. oleh itu banyak lagi pakaian2 yang aku di import masuk ke negaraku malaysia. lagi banyak masuk, lagi banyak cukai.lagi banyak pendapatan.

knapa dia berbahasa inggeris. kerana dia belajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menggalakkan matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris. kerana kerajaan menganggap dengan bahasa inggeris anak muda malaysia dan anak muda melayu boleh berjaya dan hidup bahagia. jika pandai, anak muda lebih gemar untuk berbahasa inggeris. lebih selesa mendengar lagu inggeris. lebih enak bercakap dalam bahasa inggeris. jika berbahasa inggeris orang akan memandang tinggi. jadi, timbulah satu insiden " i sound stupid if i speak in malay".

sekarang kerajaan nak mempersoalkan knapa minda anak muda dijajah?sebok suruh anak muda mencari erti kemerdekaan. siapa yang memusnahkan kemerdekaan itu? siapa yg sedikit demi sedikit mencabuli kemerdekaan itu?

ini namanya hipokrit. ini namanya cakap tak srupa bikin. ini namanya talam dua muka. ini namanya POYO.

apa itu Mykad? apa itu Mykid? apa itu precint? apa itu Glokal?ini bukan bahasa melayu. istilah dan nama ini diperkenalkan oleh kerajaan. dalam masa yang sama sibuk untuk memastikan kedaulatan bahasa melayu. satu rogolan tanpa didedahkan.

satu virus yang merosak dari dalam. ular di dalam selimut. tali barut. penipu.

bagaimana hendak mengukur patriotisma?
  1. melaung kemerdekaan sekuat hati sebanyak mungkin
  2. menghias kenderaan dengan bendera malaysia
  3. duduk di depan jam di dataran merdeka menantikan detik 31 ogos
  4. meramaikan perkarangan klcc menonton konsert merdeka
  5. mendengar ucapan kemerdekaan paklah
  6. menangkap gambar bunga api di putrajaya
  7. melompat2 selepas countdown 31 0gos
patriotisma boleh dilihat jika seseorang itu?

apabila kite berbicara ttg betapa risaunya keadaan atau situasi negara yang penuh dengan rasua, penyalahgunaan kuasa, menghabiskan sumber negara tanpa pengurusan yang betul sperti bukit yang ditarah, hutan yang ditebang utk balak dengan berleluasa, telalu perkara yang melalaikan anak muda, ilmu bukan perkara utama dituntut, politik wang dan bermacam2 lagi.

bermakna kita prihatin. kita prihatin kerana perkara sebegini mampu menggugat dan membenarkan kemerdekaan itu lenyap. kemerdekaan yang lenyap hasil daripada tangan kita sendiri. perbuatan tamak dan lupa diri.

nak cakap, orang yang memastikan negara bersih dgn membuang sampah di tempat yg betul juga adalah orang yg patriotik. orang yg tidak mahu negaranya kotor. secara tidak langsung. kerana kekotoran boleh membawa kepada pencemaran. pencemaran boleh mengakibatkan pencabulan alam sekitar. seterusnya memberi rugi kepada segala kehidupan yg ada di negara.

atas dasar, tidak mahu perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan kemerdekaan negara dilenyapkan. atas dasar menyayangi negara malaysia. atas dasar kebaikan dan masa depan negara.

bukan pak turut yang membebaskan negara. bukan penerima rasuah yang berjuang mati. bukan hipokrit yang mengalir darah. bukan tali barut yang bermuka-muka. bukan penamak yang mengaut untuk kepentingan diri.

tapi mereka yang berani dan mengambil berat. tidak takut menyatakan pendapat. berjuang atas dasar kebenaran. tidak membiarkan penyelewengan dan salahguna kuasa.
dan kerana merekalah aku hidup di bumi merdeka.







i'm not perfec.

dialogue dinding


i'm not perfec.

Sunday, August 26, 2007

veni vedi vinci




dah dekat 3 minggu aku tak jumpe muke due orang juvenile ni. minggu ni aku balek rumah dgn harapan..harap2 sebelum aku sampai pintu rumah aku terdengar suare due orang budak pompuan kecik yang bising riuh rendah.

malangnye mase aku balek tu. suare diyg ditunggu itu tidak langsung kedengaran. kecewa lagi minggu ni....

mak ayah aku. aku tahu bile mase diorang hepi. due kali je yang diorang hepi

pertama
mase due orang budak ni dtg rumah

kedua
mase due orang budak ni balek rumah diorang.


diorang datang. dari jauh lagi, dari pintu pagar rumah lagi dah boleh dengar. samada suara exited memanggil-manggil nama atuk dan nenek ataupon suara tangisan, takpon bunyi2 merengek kat mak ayah diorang.

salam aku... tak nak. cheh jual mahal.
perkare pertame skali yang akan si kakak buat.. mesti ade bende nak show off punye. kalau bukan barang permainan baru, mesti cerite ape yg die dah ataupon baru tengok. aku pon layankan je.

si adek. akan dtg lari ke arah aku.. sambil tergedik-gedik. buat2 artificial laugh.

selepas itu, mereka pon aku mulakan aktiviti pembinasaan dan pemporak perandakan rumah aku. kalau bukan almari yang di selongkar, mesti ade perabot tak pon pintu yang akan dilanggar dengan basikal diorang. kalau bukan sofa yang dilompat, kalau bukan makanan yang direbutkan, kalau bukan sebok menangis nak tengok kartun kat tv, kalau bukan bergaduh due orang. bukan diorang laa maknenye.

perkara2 diluar kawalan semcm ini lah yang membuatkan aku dgn mak ayah aku hidup dalam keadaan tertekan. rimas pulak rase. kalau aku dah sampai buat donno tu, maknenye memang aku sendiri takleh handle lah tu. tapi slalunye aku yg akan main dengan diorang dulu. main2 sampai aku pon dah pancit nak melayan.

kalau dah kene ajak p kedai. lagi laa aku takleh buat ape. utk kali pertame aku gelengkan kepale cakap taknak, aku nak tgk tv. tapi kalau dah asik mintak berulang2 kali, merengekr. sape lah yang tak tensyen. nak tak nak tepakse lah melayang demand diorang.

7 E jugak destinasinya.. takpon mane2 kedai runcit. aiskrim, slurpee, kacang.itu jelah stakat ni.

time diorang nak balek. situasi ini yang ditunggu2. aman damai rumah ni tak lame lagu. tenteram.

tapi sebelum tenteram itu, tantrums dulu. aksi2 hentak2 kaki dan mintak aku "kong" memang perkara rutin. susah sangat nak balek rumah. nak kene dipujuk barulaa nak balek. nak kene dijanji macam2 dulu baru makan pujuk rayu.

materealistik punya budak kecik

bile dah balek tu lega....

tapi.. dah 3 minggu lebih sejak kali terakhir perasaan lega tu.
ape cite diorang? ape skill2 terbaru dan aksi2 menghiburkan yg mereka dah master ni?
lame sangat tak jumpe ni..


aisyah, hanna.. lamelah pokde tak jumpe..
i'm not perfec.

Saturday, August 11, 2007

........................

..
she walks in beauty



i'm not perfec.

Sunday, August 05, 2007

7 kali demi



by the name of Allah, the compassionate, the merciful


by the sun and its rays

by the moon when it follows it

by the day when it unveils it

by the night when it conceals it

by the sky and what built it

by the earth and what spread it

by a soul and what fashioned it

then inspired it its brazeness and its guardfullness

thrived indeed has he who purifies it

and failed indeed has he who corrupts it

surah al-shams (1-10)


for He the absolute authority





i'm not perfec.

siapa kamu




siapa kamu?
aku seorang perdana menteri malaysia.

itu bukan kamu, itu jawatan mu.


siapa kamu?
Dato' seri abdullah ahmad badawi.

itu bukan kamu, itu gelaran mu.

siapa kamu?
aku bernama Abdullah Ahmad Badawi.

itu bukan kamu, itu hanya nama mu.

sekarang, akan ku tanya sekali lagi. siapa kamu?



siapa kamu disisi Allah SWT?
seorang perdana menteri? seorang dato' berstatus tinggi?




i'm not perfec.

proven

hmm.. camne nak start ni. aku tau, dah lebih kurang sebulan aku tak menulis dalam blog. lupe pulak camne nak start menulis post. banyak bende yg aku nak share dengan korang. kadang2 bile aku terpikir ttg satu perkare tu.. dalam sangat aku pikir. rase bekobar2 utk menulis. tapi bile nak menulis je.. lupe pulak nak tulis ape.

my friends told me.. i'm becoming a typical woman blogger. haha.tulis pasal diri sendiri. well, friends.. i write what i want to write. but dont worry.. i'll be a successful typical woman blogger.

kali ni. aku nak cerite satu issue ttg kaya dan berkat. satu perspektif dari diri aku sendiri. pendapat luhur aku ttg perkara kaya dan berkat ini.

standard ah.. sape yang taknak jadi kaye kan. alasan yg kononnye logic. kalau kaya, hidup senang. yerp.. mungkin equationnye sesimple itu. dan mungkin juge tidak.

ade 3 definisi kaya.

pertama
kaya apebile kite ade semue yg kite nak.. kite dapat. nak ferrari enzo.pup! dapat. siap bayar cash lagi. nak rumah banglo 4 tingkat siap swimming pool lagi, kat kawasan perumahan yg elit cam damansara heights or bukit antarabangsa. sediekan rm8 juta je. pup! siap dah rumah idaman kite tu. nak makan sedap2 dapat. nak bini yg cun giler hot xleh blah, supermodel.. tunjuk je duit ataupon baki terkini dari resit ATM. sekejap je dah cakap Yes untuk berkawen dgn anda. Philosphynye cukup simple. Money equals to power. takkan ade problem dengan hal yg berkaitan perlukan duit.

kedua.
bile kite bersyukur/puashati dengan segale ape yg kite ade.yeah, mungkin kite xde rumah yang besar. kerete pon, kerete biase2 je. Kancil Maroon je. henfon pon biase2 je. takdelaa berkamera 9 megapixel ataupon 3G. tapi cukup boleh call orang n orang call kite. kite tahu yg kite kaye dgn ape yg ade sbb kite tahu erti bersyukur dan kalau nak compare dengan orang laen, kite lebih bernaseb baek dan takdelaa hidup sesukar dan sesempit orang laen yg lagi miskin. kene selalu ingat, kalau kite rase kite lagi miskin.. ade orang yg lagi miskin dari kite. kalau kite rase kite paleng bermasalah dlm dunie.. ade orang yang punye masalah yang lagi dashat dari kite jike nak dibandingkan. sbb tu pentingnye utk tahu dan rase bersyukur sbb itu yg akan membuat kan kite appreciate dan sedar apa yang kite ade

abah aku bgtau
"lagi kite kejar dunia.. lagi kite tak kan dapat"

katekanlah camni.

aku seorang yg kaya raye. aku ade rumah banglo 4 tingkat tadi. besar, cantek, mewah, selasa. cakap ape je.. sumer ade dalam rumah tu. tapi, aku kene upah pakguard 8 orang utk jage rumah tu siang malam. pasanglaa segale system security dan alarms yang tercanggeh kat dunie. insurancekan rumah tu berjuta ringgit. semuanye sebab takut, rumah tu dirompak dan diceroboh. rase takut dan risau jer sepanjang mase.

aku ade isteri yg gile hot xleh blah. mane2 orang sure jeles tengok kalau aku jalan ngn die berdua. body shape. superb.rambot lurus kalah pembaris. gune jari kaki pon boleh. seksi. tapi, die cume sayangkan duit aku tapi bukan aku. gi mampos nak kawen dgn aku kalau bukan kerane aku kaye. katekanlah aku jatoh miskin, memang die blah dan kawen dgn orang kaye laen.

bile ade duit. makan nak sedap2. order je, apebende mengarot yg ade kat restoran or tempat2 makan yg mahal. sekali makan rm300. tadehal lah. siap bleh bagi tips rm1000 lagi kat waiter yang datang serve. tapi sayang, aku hanye bleh tgk dgn amek bau jer. banyak sangat penyakit. makan kene jage. takleh pakai blasah je. last2 makan ikan rebus dengan ulam. nak jage makan. diebetis, gout, high blood pressure. package lengkap utk mati.


berkat.
antare bende yang paleng precious kat dunie.seriously.

katekan lah aku seorang posmen. gaji rm1400. rumah ade. tak besar, tak kecik. orang pun takde nafsu nak masuk nak rompak. bini, xdela cun kat mate org laen. tapi sebab hati dah sayang. bini aku lah paleng cun. elisha cuthbert mintak couple pon aku tolak. takleh nak lawan bini aku. pandai masak, pandai amek hati, takde nak maen kayu tige, papehal pon yg die buat pon utk suami die je. bukan utk orang lain. katekanlah kalau aku miskin pon, die takkan lari cari hidup yg lain. dapat pulak anak2 yang tahu mendoakan mak bapak. pandai belajar. sumer orang suke. walaupon takde henfon cam anak2 orang lain. die tahu situasi parents die. tahu ape priorities. xperlu ikut cam anak2 orang lain.


hidup kat dunie ni ade macam2 perkare.

ade masenye kite perlu berhenti sekejap. dan berfikir. bile kite berfikir, akan buat kite sedar.seterusnye barulah boleh kite hargai. appreciate life. dan kemudiannye kite tahu ape yg kite nak buat.dan ape yg patut kite buat. mulekan dgn berfikir, dan jangan berhenti.


i'm not perfec.i'm a hunnykins.

Sunday, July 08, 2007

hancur badan dikandung tanah


pagi, sebelum menjalankan t/jawab

yes, dekat 2 3 minggu jugak aku tak brade dihadapan laptop aku menulis blog yg sangat ku sukai ini.

aku jadi fasilitator untuk intake baru UPM 2007/08. 2 minggu sebelum intake tu ade la beberape kursus lagho yang patot aku hadiri. aku tak pegi kursus BTN. sebab aku sangat menyampah dengan hal2 kursus untuk mengbrainwash aku support government yg korup dan retorik ini.dalam kate lain, aku tak pegi sebab aku pegi holiday dgn kgkwan aku ke pulau perhentian terengganu. mungkin jugak kejadian bot terbalik disebabkan ketidak keberkatan kerana tak pergi kursus BTN tu. pegilah mampos!

jadi hari pendaftaran pelajar baru adalah pada hari Ahad yang lepas. aku menerima tanggungjawab sebagai pengangkat beg2, barang2,teddy bear, biskot pingpong dan macam2 lagi kepade pelajar baru.

seronok, tapi amat memenatkan. budak2 ni bawak barang macam baru lepas kene halau dari rumah. banyak nak mampos. novel berjilid2 pon die bawak gak.


a good friend of mine, christine Hor

tugas aku adelah untuk menyambut mereka dan menjadi machai untuk bawak barang. yang datang menghantar sampai 2, 3 kereta. ade yang sampai 18orang ahli keluarge datang menghantar seorang pelajar baru. nampak sangat mereka sangat teruja, bangga dan betol2 mengharapkan yang terbaek akan dibawa pulang ketika sudah bergraduat nanti.


keluarga yg datang dari jauh

mak ayah yang tua, yang tak brape sihat, orang kampong, orang bandar. adik kakak yang cun, tapi sorry tak dapat memikat hati aku. abang adik yang berpakaian hensem. berspek mata hitam yang secara majoritynya mahu kelihatan cool, dengan harapan dapatlah menarik perhatian akak2 fasi yang berada disitu.

memang penat kerja aku ni. bawak barang. sambot mereka. berbual dengan mak bapak mereka, ramah mesra sikit. nak tunjuk first good impression kpd mak ayah yang datang daari jauh menghantar anak.

aksi2 mendebarkan ketika sedang bertugas di perbatasan

lepas dah hantar barang, dah penat sumer, peloh mencurah2 mengalir, ditambah lagi dengan cuaca panas global warming. ternyata ia bukanlah satu tugas yg dianggap enteng.

tapi yang memotivasikan aku untuk terus bertugas ialah bila menddapat penghargaan dari keluarga pelajar2 baru itu.

"terima kaseh ye nak, tolong pakcik. nanti tolong tgk2 kan anak pakcik tu. nah amek nombor telpon die..."

"mak bapak kamu mesti bangge dgn kamu, banyak btol tolong kami ye, awak ni orang mane"

"thank you aa. u vely good la"

tinggi harapan mak bapak ni

SATISFACTION giler. puas aku. puas aku dapat menolong.

kdgw aku curi mase rehat aku. memang takleh blah laa tahap kepenatan die. aku lepak dengan rakan2 setugas aku yang lain. ini ade satu cerite menarik. pengalaman rakan aku tolong family angkat beg. name die OD. rajin jugak budak ni tolong orang. ade satu family ni sangat terharu bile si OD ini terbongkok-bongkok dan berpeluh2 mengangkat beg mereka.

Makcik" terime kaseh laa kamu, tolong makcik angkat beg. pakcik tu memang tak larat nak angkat beg berat-berat yang banyak ni"

OD" ish, tadehal lah makcik. tak banyak pon. sikit je ni"

Makcik" banyak la.. sampai 3 beg besar. makcik tak tahu nak balas budi baik anak ni. makcik orang kampung. tanam padi je. orang susah"

OD" takpe makcik. saye okay je"

Makcik" terime kasih laa nak. tolong makcik. makcik hargai sangat". makcik ni dah start sebak. mungkin kerana nak meninggalkan anak mereka di tempat yang baru. dan mungkin juga disebabkan sangat terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh OD.

OD" saye okay je makcik"

Makcik" makcik tak tahu nak balas budi anak. nah, amek laa se ikat rambutan ni. ini je yang makcik boleh bagi. kalau nak bagi duit tu, makcik takde. sumer dah dibagi kat anak makcik. ambiklah.."

OD" ish, takpelah makcik"

Makcik" ambiklah nak, ini je yang makcik termampu nak balas. duit makcik takde.Ambiklah nak, lapang hati makcik nanti" makcik tu dah start menangis dah

OD" terime kaseh la makcik"

Makcik" baik anak ni, makcik balik dulu ye. pakcik tu tak brape sehat sangat"

OD" jumpe lagi makcik"

mungkin care aku bercerite ni tak nampak dramatik sangat, tapi sumpah sikit lagi air mate aku nak mengaler mase OD citer ngn aku. sebak ke, atau terharu.. ntah aku pon tak tahu laa

bende2 camnilaa yang memotivatekan aku untuk terus membantu. kerana aku percaya..

" buat baik, akan dibalas baik"


pakcik dari kelantan. sebak la bile aku tengok die last berpelok dgn anak die sebelum balek.


" sebaik-baik manusia itu, adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"


current song. beautifull girl by Shawn kingston.



i'm not perfec.

Monday, June 25, 2007

mari berjalan bersamaku


mari berjalan bersamaku

ke sebuah tanah yang kau janjikan kebebasan dan demokrasi

di tempat Ibrahim dan Musa pernah berjuang

jajahan diktator Saddam sebelum mati digantung


mari berjalan bersamaku

ini tapak sebuah sekolah sekumpulan kanak-kanak iraq
mereka belajar membaca, belajar menari,

tapi selalunya mereka lebih suka bermain

hari-hari penuh dengan gelak tawa riang

ini peristiwa sebelum mereka mati


mari teruskan berjalan bersamaku

melihat darah yang masih basah pada tubuh
menanggung kesedihan yang sayu dipandang
mahukah kau teruskan berjalan?
atau kau terlalu sombong memikirkan hal sendiri?
atau kau terlalu bagus untuk semua ini?
atau kau fikir kau tiada kaitan untuk pembunuhan kanak-kanak ini?

riwayat kanak-kanak bumi iraq
tak disangka jenazahnya menjadi ratapan
tak terfikir begini akhir kehidupan


belum,
mereka masih belum
masih belum puas bermain sebelum mati.
mati.MATI.mati.

mari berjalan bersamaku...






current song: everybody hurts ; R.E.M

i'm not perfec.