Friday, June 30, 2006

tiada lagi guling..



start dari disember last year... dan akhirnya adelah esok. bermakne tempoh penggulingan aku selama lebih kurang 7 bulan dah tamat. pejam celik, tido,makan, berry.. tuptup habeh doh tempoh pengangguran aku. if pompuan tambah lagi 2 bulan dah buleh kluar sa urang manusia new born dah.

ku fikir fikir.. ape je yang aku dah lakukan selama 7 bulan ni..? apakah sumbangan, jasa, pengorbanan dan khidmat yang aku dah bagi. rase cam takde je.. dah dekat last2 ni barulah nak kuar dialog2 ini

" ish, apsall laa aku tak buat tu"
"alaa.. tak sempat nak setelkan tu"
"hari tu bertangguh2, bile pulak aku nak siapkan tu"

"owh yes, i'm a great procastinator" nyanyi ikut tune lagu 'pretender' dari The Platters.

ok lah kot. selama 7 bulan ni. sempat gak jalan2 gi niu jilen.lepak ngn kak nana. pergi skolah lame kat muadzam. lepak ngn kgkawan skolah yang dah lame tak jumpe. jadi salesman jual buku jap. bisnes kecik2 skit. gi studio skali skale.n it ends with a trip dgn Bayi Yang Lagi Zezezezeze kat PD.masing2 meniduri kawan-kawan sendiri. giler gay!! it was fun dowh!!! (though).


Mann Hoon

rasenye puas la kot.

-tiap2 malam lepak Mamak. ntah brape gelen teh tarik aku dah minum.
-futsall almost every night. but sigh tak tere2 pon.
-berape byk movies and citer yg aku dah tgk kat tv
-brape tong minyak habis, aku jalan sane sini ngn kancil kesayangan
-brape kotak rokok yang aku dah sedut (in the process of quiting, ni dah masuk hari yg ke 3)
-hours of tido.
-hours of browsing the net. friendster n etc
-spending time with my family (hanna sewel n aisyah moody)
- penternakan perut yang semakin montel, kiut dan mempunyai commercial values yang tinggi.

now it is time to
-concentret on studies (heh!!)
-kembali ke fizikal ideal
-making new projects

bai bai, tilam, bantal, tv, teh tarik, lepak,babu, lect.ajak,john,farouk (khulafah's army) dan byk lagi.. i'm sure gonna miss u lah.

terima kasih kepada keluarga. kawan2. dan mereka yan turut terlibat dlm menjayakan program " anggur anggur guling guling ia ia saya saya". tanpa saya siapalah anda.sekian terima kasih pawarut.

esok daftar, dan kene attend orentasi kat UPM. orientasi? hack!!



i'm not perfec.

Wednesday, June 28, 2006

reality bites..



badut2 kesayangan ku..,
jerit la macam orang gila sekuat-kuat hati,
selongkarlah semua laci dan almari,
berjalan pun lesen 'L' lagi,
lari, main lari lari sampai smorang pening,
putihkanlah muka dgn bedak Johnson N Johnson nenek,
Jgn bagi Pok De dok senang,
gaduhla korang puas2 sebab berebut mainan,
main air liur kalau Pok De marah korang,
buat lawak2 dan aksi2 bodo jadi smorang gelak..


tak payah risau,
tak payah bimbang,
tak payah pikir pun pasal ape yg akan jadi bile korang besar.
sebab pok de sangat sure dan kondifen,
future korang nanti ialah satu masa...
yang susah, kejam dan sangat menakutkan .


kan elok kalau korang tak yah besar
jadi kecik, kiut macam tu je.. yg kadangkale annoying dan fed up gile nak layan
supaya Pok De ade 2 orang Badut yg dapat beraksi secare free sampai bila-bila.


in the future nanti...
  1. cuaca makin lama makin panas, hutan banyak dah ditebang.
  2. banyak bencana alam. banjir, tanah runtuh, tsunami,gempa bumi n etc
  3. udara makin kotor dan hitam
  4. air bersih susah nak dapat, banyak sangat pencemaran
  5. makanan banyak tercemar.
  6. bunyi peluru n bunyi bom adelah bunyi biasa. dunia akan bz berperang. nuklear sana sini. jgn fikir malaysia akan selama2nya aman damai.
  7. pada mase depan , nak makan sebiji karipap pun mungkin harganya rm1.60 satu. siapa tahu.
  8. If sakit, utk dapatkan rawatan kesihatan mesti mahal giler.
  9. taraf hidup makin tinggi. semua naik. harga petrol, elektrik,cukai itu, bayar itu, bayar ini. yang tetap aku turun tak akan pernah naik2 satu je, hujan.
  10. Islam makin dipinggir, takut tak mati as a muslim.
  11. zaman yg kiamat lagi hampir...ntah cube laa agak ape lagi yg akan berlaku..
pikir2 balik... ya Allah, kesiannnye. tak tau camner nak bayangkan 'cruelty' yang akan korang hadapi ni.hmm....

dear reader's. let's make the world a better place for tomorow. come on! please.... for the sake of our next generation. let they have the chance to cherish a quality and meaningful life.

stop corruption, liars in parliament, stupid good for nothing politicians, power abbuse, polutions, damaging mothernature, Islam offenders, capitalist, secularist, wars!!!


STOP IT! AND ACT NOW!!!

it is indeed our responsibilities.

thanks patrick!

-langit tak sentiasa cerah-

i'm not perfec.

2 sides of a coin


i always belief in this saying. there is always two sides of a story.

one is my own version with my own understanding. and the other one is 'her' own version.

for a moment i thought, this is very frustrating.

Tuesday, June 27, 2006

Check n Balance

gadoh! gadoh la. demi kebaikan malaysia.tak mengapa. bagus untuk pembangunan. baik untuk ketelusan. membongkar ape yang tersirat. membetulkan apa yang salah.

negara yang dinamik, tak semestinya sentiasa teratur. dinamik maksudnya mampu berubah. dalam konteks ini, malaysia berubah demi kemajuan. demi kebaikan. jadi perbalahan antara 2 PM ini adalah demi kesihatan kita. rakyat . power to the people bak kata afdlin.



Tun mahathir.
22 years reigning as malaysian fourth Prime Minister.put the blame to paklah's goverment for dismantling and disobey many of Tun's projects and policies. issues related to
- proton , mv agusta
-AP, rafidah aziz
-the scrapping of the scenic bridge, singapore

Pak Lah
Malaysia 5th PM. 3 years 'working' as the PM, replacing Tun Mahathir. Been heavily threaten by Tun becouse of the weakness managing Malaysia.


bagi aku simple. seornag pengurus dan seorang pemimpin. masing2 ada cara yang tersendiri. benar, Tun Mahathir adalah seorang yang sangat berwawasan. pemikirannya terlalu mendahului kita. agrsif, degil dan begitu sekular. pandangan mahathir begitu jauh. ada sahaja projek meganya untuk kemajuan malaysia. from my point of view, Tun Mahathir is lack of details.

secara metaphornya begini:

-kerajaan sediakan banyak projek utk kontraktor bumiputera. tetapi kerana kurangnya pengawasan dan penyeliaan dari kerajaan, kontraktor2 bumiputera ini telah meng'sub con' projek2 yang diberikan oleh kerajaan tadi kepada kontraktor2 kecil BUKAN bumiputera. hasilnya selepas 22 tahun.kontraktor2 kecil bukan bumiputera tadi sudah menjadi suatu syarikat yang besar dek kerana berjaya mengambil subcon2 yang ditawarkan oleh kontraktor2 bumiputera tadi. akhirnya kontraktor2 bumiputera yang tahu nak dapat duit cepat tadi, terpaksa merempat dan hidup tersempit. akhirnya menagih projek2 kecil dari kontraktor2 BUKAN bumiputera.

-sekarang anda dapat lihat kebodohan orng2 UMNO. nak sangat pakai Mercedes, tapi lupe akibat jangka panjang.

Tun Mahathir, perancangan dan matlamat ada. tapi KURANG PENELITIAN dan PENGAWASAN. akhirnya timbul lah masalah RASUAH, kronisme, nepotisme, ekonomi orng melayu dan lain2 lagi.


bercerita ttg Pak Lah pula. beliau ada cara dan pendekatan yang tersendiri. cara beliau ialah 'biar lambat asal selamat'. sentiasa bersabar dan menggunakan pendekatan diplomasi. janji keputusan yang dibuat itu adalah keputusan popular. samada keputusan itu baik atau tidak itu belakang kira, janji keputusan itu lemak berkrim dan disukai ramai.

masalahnya pak lah is just to slow. nak lantik timbalan sendiri pun amik mase setengah tahun. kurang bijak kah? aku tgk muke die pun.. haduimakk.. kesian cam tak cukup vitamin. lesu, lemah dan semak je.

desas desus juga mengatakan paklah banyak MENURUT cakap menantunya Si Khairy Jamaluddin dlm pemerintahannya. lemah betul la.hishh.. geram aku.

yang sorang terlebih laju. yang sorang slow giler. nak laju2 pun nak buat ape? tapi jangan laa sampai slow sngat.

Mahathir berjanji aku membetulkan apa yang salah. manakala kerajaan paklah yang dipenuhi dgn pak angguk2 pula berikrar akan memberi segala penjelasan terhadap Tun mahathir.

bagi aku, bagus laa. barulah 'check n Balance'.

22 soalan utk Tun Mahathir. jgn sebok nak cari kesalahan orang.

i'm not perfec.

bantu saya kawan-kawan



"assalamualaikum hafidz and yan. mama appeal to both of u to quit smoking today. if u still postpone, i will be the most miserable mum around"

8.40 am 27th of june 2006



i'm not perfec.

Sunday, June 25, 2006

finally......Goodbye Friendster.

akhirnyea... berjaya juga menekadkan semangat n gather all my guts to cancel friendster account after been so long thinking of doing it.




kenape delete frenster?
aku tak malu untuk mengatakan aku seorang 'friendster sucker'. kejap2 bukak frenster, lalu depan pc je nak bukak frenster. pastu browsing frenster page orang lain, tgk gambar orang tu laa tgk gambar orang ni laa. pastu cam craving utk terime testi.habis tu camner. pc kat rumah ni on 20/7. betul2 kat centre rumah aku. haiyaa... giler sampah sial. aku bleh 'bermain' frenster sampai berejam jam lamanya. upload gambr tu, edit skit profile tu.too much of time wasting is bad for health!

akhirnya berjaya juge aku mendelete frenstar account ku. lupe aku bagaimana rasenye dulu hidup ku tanpa frenster. aman damai gak. tapi tak dapat disangkal laa.. frenster telah berjaye mengconnectkan aku dgn long lost frens yg aku sudah lama tak berjumpa.

bukan ape. aku byk buang mase aku dgn berfrenster. sangat2 membuang masa. tak dapat ape pun.mase2 yg aku terbuang tu baik aku gunekan dgn melakukan aktiviti2 yg berfaedah sperti main futsal, membaca buku atau artikel, membantu abah membasuh kereta, menolong ibu di dapur, menghelp abang membaiki basikal, menghelp kakak memasang langsir baru, menghelp adik melakukan homework kajian sejarah yg tak siap, baik afundi sa5 hahahahahahahahahahahahahahahaa ~ bodoh juga kau ni pis.dan jika diberi kesempatan menghelp mangsa2 gempa bumi di jakarta tak pun menghentikan penyembelihan saudara saudari seISLAM ku di palestine,afghanistan, iraq, kabul dan tempat2 lain. gelak?

aku penah bgtau kawan aku, yg aku tak tdo smlm sbb layan frensta. mmg aku suke bukak profile2 orang pun. pastu kawan aku saound " mesti kau bukak profile orang lain kan?". yer memang aku bukak pun. and please dont tell me aku sorang je ke yg bukak profile orang? kalau kau tak bukak profile orang.. apsal kau set account kau "VIEW AS ANONYMOUS" (btul ke aku eje ni?). bagtau aku sape yg tak set "view as anonymous". smorang set account die camtu. yg tak set tu mgkin sbb tak paham english atau baru main frenstar. ye laa . cam malu laa kan kalau kantoi bukak profile orng.

senang citer, camni laa. JGN JADI HIPOKRIT. aku paling menyampah manusie yg berpenyakit camni. jd lah orang yg jujur.

HONESTY IS THE BEST POLICY.

lagilah bersalah aku kutuk kaw2 kalau dah salah tak nak mengaku salah. kite manusie biase bukan ma'sum pun. jadi mmg fitrah manusie tak dapat mengelak dari melakukan kesalahan.

satu lagi aku nak bagtau. 'secrets can make us weak'. tak percaye? try lah!!


peringatan kepade polis2 malaysia juga. PAK POLISI JUGA PERLU MENGAMALKAN 'HONESTY IS THE BEST POLICY". JADI LAH POLIS YG BEST. ELAKKAN DIMASUKKAN KEDALAM NERAKA JAHANNNAM KERANA MAKAN DAN BERI RASUAH.

-dulu aku rase cam cool je kalau ade frenster sbb kawan2 aku yg lain pun main frenster. sekarang masih lagi COOL sbb aku makan MENTOS.

jadilah remaja bebas friendster. katekan tak nak! bleh blah laa friendster! piiirah mabuk friendster! friendster sucks! anda bila lagi??


kirenye di ruangan blog inilah tempat ku nak bersosial. korang drop2 la komen. barulah kite bleh bermesej mesejan di ruangan komen ini. pathetic jugak aku nii!!

i'm not perfec.

Reader's Digest Poll

dari beberapa aspek, ye benar. KLites mmg rude. ade juge dari beberapa aspek KLites ataupun Malaysian sangat peramah dan penuh dgn kesantunan budi pekerti.

dari segi ke'rude'an orang2 di KL.

- semase menggunekan jalan raya. mmg betul2 kurang ajar org KL ni. mentang2laa berkereta besar. bawak keter nak ikut sedap hati die je. mmg betul die buat jalan macam jalan BAPAK die. tapi yg paling melampau skali mat rempit dan mat2 kerete la. dah laa bunyi bising memekak. bawak laju2. pastu membahayekan org lain. diri sendiri jgn cakap la. tunggu mase je. betul2 biadap.

- budaye kite memang susah untuk beramah dgn 'org yg tidak dikenali'. susah nak tgk 'senyuman, ucapan terime kaseh dan antare lainnye betul2 keikhlasan utk menolong dan membantu dgn penuh komited skali. kalau dekat tol tu, aku yg slalu cakap terime kasih. terime kasih kerana mengambil wang saye stiap kali saye lalu jalan ini. bukan ingin mengungkit dan benar2 mengharapkan ucapan terima kasih, tapi secara seriousa nye mmg aku damn frustrtated dgn budaye org kite utk berbudi dgn 'org yg tidak dikenali ini' dlm konteks 'pengguna,pelanggan, ataupun klien'. u know what i mean right?

- satu lagi orang kite ini 'kurang kesedaran terhadap social responsibility' sbenarnye. katekanlah seperti tandas awam atau alat2 kegunaan awam yg lain. contoh macam tandas awam. kotor, tak reti nak flush. ini semue atas dasar mentaliti yg pra matang. mentaliti 'yg penting AKU, orang lain blakang kire'. mase gunekan tandas, jamban duduk pun dikencingnye berdiri (ini bagi lelaki). tak nak flush. biar je air dan bau kencing tu kat situ. tak reti nak jirus atau siram sikit lantai tandas tu. senang citer camni la.. pentingkan diri sendiri. ini baru citer pasal tandas, blum citer lagi pasal bende lain.


SEBENARNYE camni.agak subjektif utk kite cakap malaysians adelah bangse yg kurang hajar. kite pun tahu sendirikan kekayaan budaya nenek moyang kite. yang penuh dgn sopan santun, hormat menghormati dan saling bantu membantu. budaye ini hanyelah sesuai utk digunepakai dgn orang yg kite kenal sahaja.

contoh macam ni la kan. katelah ade cashier ini, seorang pompuan dan muslim. kalau terlebih mesra dgn pelanggan nanti orang cakap, gatal, tak tahu malu, nak ngorat lah tu, itu dan ini dan macam2 lagi. jadi ini laa yg membatas pergaulan dan komunikasi dgn pelanggan yakni orang yg tidak dikenali. itu adelah salah satu dari contoh.


kesimpulannye ialah. Budaya dan adat resam ketimuran kite yg membataskan kite dari dgn mudah 'bermesra dgn stranger'. tak mcm di barat.mmg benar diorang begitu mesra dgn orang yg mereka tidak kenali. itu karena mungkin budaya mereka mmg begitu, takpun masyarakat mereka yg begitu open minded. nak one night stand ke, 18 night stand ke ape takde hal.

bagi aku poll reader digest ni kurang accurate dan cara peniliaan poll itu tidak sesuai utk semua negara. bayangkan laa singpore punya olang lagi bersopan santun dari Koreans. what the hack??
singaporeans more polite than the koreans? come on laa wei~! nak kiamat ke ape?

senang citer camni. kite patut terime kenyataan ini sbagai satu teguran dan 'wake up call' utk kite. jadi, dari membuang mase nak marah atau rase terkejut ke ape. we shoud do something to promote courtesy rather than nak marah2 kat poll ini. DAN IA BOLEH BERMULA DGN DIRI SENDIRI DAHULU. JADILAH RAKYAT MALAYSIA YG BERSOPAN SANTUN DAN BERBUDI PEKERTI TAK KIRA DIMANA DAN SETIAP MASA.SOCIAL RESPONSIBILITY AMAT PENTING DLM MEWUJUDKAN NEGARA YG BERHARMONI.


" BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

i'm not perfec.

anyway

people are often unreasonable, illogic and self-centered,
forgive them anyway.
if u are kind,
people may accuse you of selfish, ulterior motives,
be kind anyway.
if u are succesful,
you will win some false friends and some true enemies,
succeed anyway.
if you are honest and frank,
people may cheat you,
be honest and frank anyway.
what u spend years buiding,
some could destroy overnight,
build anyway.
the good you do today,
people will often forget tomorow,
do good anyway.
give the world the best you have and it may be never enough,
give the world the best u've got anyway.
you see in the finals analysis,
it is between you and god,
it never was between you and them, anyway
-astrayed theresa-
"mencoba bertahan sekuat hati, layaknya karang yang dihempas sang ombak"

i'm not perfec.

Saturday, June 24, 2006

kl: the 3rd rudest city in the world!!

what is your reaction if kl is numbered as the 3rd most rudest city in the world in Reader's Digest Poll????

marah? suka? tak aci? terkejut? reader's digest penipu?

aku baru je citer pasal manner 2 hari lepas... hmm...

bagi aku..ade beberape point yg aku stuju dan juge ade bebrape point yg aku tak stujus.

i'll story to you guys later lah. hanna nangis.

pai pai!!

i'm not perfec.

Friday, June 23, 2006

xpdc bukit batu tabur

kerja gila...kul 4 pagi planned nak panjat gunung. wira n ewan yg ajak. 2 Budak Gun (budak gunung) ni mmg hati kering. other than that mereka juga sangat berpengalaman dlm daki mendaki bukit dan gunung ganang di malaysia

yg berhati kering pada malam itu ialah aku, wira, ewan, habib,thyne, rohan dan rizal. most of us memmpunyai pengalaman cetek mendaki. nasib baik ade wira n ewan.

kami tiba di kaki gunung pd pukul 5 pagi. nak kejar sunrise punye pasal. owh, sblm itu. tahu tak bukit batu kapur ini dimana? ia terletak di gate masuk empangan ulu klang, ia adelah banjaran sebenarnye dan trus yg menghubungkan melewati dan gombak.

jadi bile mendaki di seblah kanan anda ialah genting, empngan ulu klang dan uia manakala disbelah kiri pula ialah kl.

cun!!!

gambar2 xpdc ( bukan gambar band xpdc ya)

p/s: gambar kurang menarik. aku pun tak bwk camera. nasib baik ade camera orang. tekan ' view as a slide show'


i'm not perfec.

Thursday, June 22, 2006

monologue nyanyian



" malam bulan dipagar bintang, makin cantik bila dipandang, bagai gadis beri senyuman,
pada bujang idaman"
- p.romlee


"penawar rindu pada mu seorang, mengapa selalu...."
- tak tau, Salwa Abd rahman kot



" hatiku hancur mengenang dikau, berkeping-keping jadinya..."
- hetty koes endang



"datanglah wahai pujaan, datang padaku, lukisan wajah kaseh, diruangan mesra....."
-hail amir


p/s: sari lagu ini tiada kaitan dgn emosi aku. cume aku suka melodi dan patah2 lirik lagu ini.indah~


i'm not perfec.

maner manner???




maner manner? (where's ur manner?)

okay, cube bace 2 contoh ayat di bawah.


a). "apis, amek aku kat blakang concorde.aku tunggu kau kat situ k?"

b). " apis, tolong amek aku kat blakang concorde. aku tunggu kau kat situ k?"


kalau bace sekali lintas memang tak banyak perbezaaan antare 2 ayat ni. yg membezakan cume penggunaan perkataan 'tolong'. tak banyak beze ke? bagi aku banyak gile?

ayat 'a' yg digunekan cukup utk membuatkan aku rase 'panas' n rase cam kuli batak.

tapi if, ayat 'b' digunekan, aku akan berasa senang hati utk datang membantu.

ni yg membezakan adab seseorang. bukan nak bagtau aku ni orang yg sgt bersopan santun dan beradab tatasusila.

serious. inilah kelemahan aku yg paling ketare. aku can easily get mad if diroang tak reti nak menggunekan perkataan yg sesuai kalau meminta sesuatu atau bantuan.

aku pernah berbual dgn seorang pakcik ni. name die pak amid. pak amid adelah owner restron chicken shop kat putrajaya. pak amid sebelum ini duduk selama lebih 10 thn kat canada.

pak amid bgtau aku, orang meleshia ni sbnranye lack of adab dan sopan santun. pak amid bercerita dengan aku ttg 'magic words' . perkataan yg diajar oleh parents org puteh kpd anak2 mereka.

nak tahu antara contoh2 magic words?

"please"
"sorry"
"thank u"


katekan laa jika anak mereka meminta sesatu

anak "mom, may i have the ice-cream?"

mak" yes, you may dear. but u have to say the magic word first"

anak" mom, can i have the ice cream please...?"

mak " nah, hamek laa satu besen ais krim haagen daaz nih"


itu antare contoh camner org puteh mendidik anak mereka, n if aku dikurniakan anak pada suatu hari nanti pun, ini yg akan pastinye aku ajar kpd anak aku.

sbb cam aku bgtau tadi laa.. aku boleh secare mudah pissed off jike seseorang tu tak gheti nak gune magic words. serious la.. nak cakap aku sensetif ke ape, cakap laa. aku memang begini orangnye.

"kalau org tu baik kat aku, akan 100 kali gande lagi baik dari orang tu"

"kalau org tu kurang ajar dgn aku, aku akan 100000000000 kali gande lagi kurang ajar"

dan bile magic words bukan sahaje digunekan utk meminta bantuan atau sesuatu shj.

perkataan sorry juga digunekan. kadangkala ia bukan bermaksud meminta maaf. ia juga melambangkan 'respect' kite pade seseorang.

contoh

"sorry,may i pass away?"

"yes, do u want me to help u pass away?"


tak kesah laa if ia digunekan utk sblm anda mati atau ape. janji kite show respect.

cekgu aku slalu bgtau....

"hafidz, jgn harap orang akan hormat kite, jike kite tidak hormat kepade orang tu"
btul ckp cekgu aku tu, aku sokong sgt2.



ini cekgu nye Salima Habibi


dan bile bercakap ttg 'manner' atau adab ini. ia bukan sahaje ttg cara kite berkomunikasi lisan. kite perlulah sentiase beradab di mane2 sahaje. smase bercakap,dlm tandas,masjid, kat lorong haji taib dan juge semase menggunakan jalan raya.


aku tak kesah, bile memandu ade org nak potong 'que' kat tol, parking, nak overtake ke ape. janji angkat tangan kat aku. menunjukkan symbol terime kasih, repect ke ape. janji angkat tangan. serious aku takkan marah.

satu lg, jgn sesuke hati 'horn' kereta orang. melainkan jika anda ingin memberitahu kepade pemandu lain, bahaye di hadapan atau ade sesuatu yg terjadi pada kereta pemandu itu.

kurang ajar bile kite horn utk menunjukkan rase marah kite. biarpun org itu kurang ajar kpd kite. kalau die kurang ajar, kau pun kurang ajar. ape beze antare kau ngn dier?

cubelaa blaja mengalah. sesungguhnya ade ganjaran bagi org yg bersabar. ini janji Allah.

harap dapat menerima ape yg ingin disampaikan dan dipraktikan.

memuhasarawakkan diri. bukan poyo

i'm not perfec.

Tuesday, June 20, 2006

ingat lagi tak, zaman skolah rendah?

korang ingat lagi tak zaman skolah rendah dulu? zaman karipap berharge seringgit Lima biji. zaman takde frenster. zaman henfon jika dibaling ke anjing, anjing itu akan mengalami conclusion dan pendarahan otak sbb henfom zaman tu lagi berat dari sebiji batu bata?

kali ni aku ni berstory skit pengalaman aku mase aku darjah satu.

dulu aku masuk kelas 1 Anggerik kat skolah syen 6 shalam. name cikgu kelas mase tu aku ingat lagi, Hajjah Cik Tom. lamer giler tak berjumpe die. ape khabar laa agaknye.. hmm...

dulu baju skolah aku yg berwarna puteh tu konfirm kiri dan kanannye penuh dgn kaler merajh. dulu bdk2 panggil kalau baju ade kaler merah, paku sarjan. sbbnye dulu, lepas je makan nasik lemak, sambil nasik lemak yg ade lagi kat mulut aku,aku lap mulut aku dgn bahu kiri atau kanan aku.. aku prasan bukan aku sorang je camtu. budak2 lain pun ade jugak. selekeh n selebet. cube bayangkan kalau aku dah besar2 camni lepas makan pakai lap je kat baju. mesti giler buruk kan? haha~

zaman tu blum reti kontrol hensem lagi, blum metroseksual.hahahaha~yela bdk2 pompuan mase tu pun selekeh gak. hidung pun berhingus, belum kenal ape itu "rebonding',mascara,blusher,foundation,lipgloss n byk lagi bende mengarut yg aku tak tahu lagi.

n kalau budak tu mak die tak kerja atau housewife. budak2 ni mesti smart je. i mean budak laki la.. rambut mesti sikat tepi. muke ade bedak. pastu pakai sapu tangan,baju bergosok cantek punye, dtg skolah bawak bekal, pastu mesti pakai singlet.time rehat ke balik konfirm mak datang jemput. lambat sikit je,dah menggelabah, pastu nangis. anak emak la katekan. dah besar baru laa nak tunjuk gangster. nak masuk 3 line laa itu ini. cube ingat sikit asal usul.nak kene gelak dgn aku?bodoh!!

cam aku, kecik2 dah kene pandai2 jage diri sendiri. mak kene kerje, if mak aku housewife tak kerje aku nak makan ape? gaji abah aku bukan nye besar pun. aku bukan nak buat citer sedih la.. cume aku rase cam aku cool je. kecik2 dah pandai berdikari dan lap kari kat bahu.haha~

aku tak brape igt banyak bende mase aku darjah satu dulu. tapi yg paling pasti, tulisan aku memang paling terhodohest skali. sampai aku pun tak paham. nak cakap cam tulisan doktor pun tak jugak. tulisan die cam 'fond' tulisan kaki kiri doktor.haha~ naak membayangkan kpd korang betape buruknyer tulisan aku. sbb tu aku slalu kene marah dgn hajjah cik tom. dier pernah lempang aku sbb tulisan aku buruk dan aku tak bwk sebatang pensel pun ke sekolah utk menulis. teruk sungguh aku ni. terime kasih kepade chek e gu hajjah cik tom, kalau die tak lempang aku takde laa aku hensem seperti hari ni. lempangannye telah mengubah struktur wajah dan tulang rangka muka aku, agar nampak lebih hensem, tertarek, menarek.

sperti biase pelajaran mase darjah satu, takde laa susah pon. disebabkan aku adelah 'pelajar terbaik tadika kemas seksyen 11' pd thn 1990. (hahahahahahaha giler market sial aku). sbb mase tu takde lagi blaja pengamiran,elektrovalens, prinsip bernoulli dan ntah hape2 lagi yg mengarut. dalam kelas part yg aku paling benci skali ialah time kene mengeja beramai2. sgt memenatkan tahap kene kejar anjing. time tu kene macam menyanyi. mengeje time tu macam dah ade standard rythmnyer sendiri. alaa korang ingat macam mane kan? kene sebut satu2 huruf pastu bunyikan setiap suku kata. S.E se, K.O ko, L.A.H lah = sekolah. itu untuk satu perkataan. kalau satu perenggan camner? tak ke mengah?

n sari utame dalam entri ni..time cikgu takde dalam kelas.. wohoo party!!! aktiviti bebas. kau nak terbalik ke, nak terbongkang ke. ikut suke hati. ade budak main roket, bdk pompuan main kaler2 buku, ejek kengkawan, citer pasal "the Maskman/Flashman/gaban/" yg baru tgk smlm kat kawan evendo kawan tu pun tgk gak citer tu smlm. yg bdk2 line2 skema badut, time ni laa nak asah pensel,siapkan homework dan ape2 lagi yg skema.

tapi yg paling 'potong stimnyer' bile.. sblm cikgu kuar kelas.. die ade tinggalkan pesan " ketue kelas, tolong tulis name murid2 yg bercakap di papan hitam, name sape yg ader kat papan hitam nanti bile cekgu balik cekgu bagi hadiah istimewa". istimewa ape, kene rotan istimewa. bagilaa kerusi rottan ke, roti ke, ro.. ro...ro ape lagi? hahaha takde idea aku.

itulah ugutan cekgu aku mase aku darjah satu.. bercakap pun forbidden? so ketua n penolong ketua kelas aku pon berdiri kat depan, ceh! konon menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab laa tu. ngeje pun kantoi lagi. nak tulis name orang. kecowh je.. hahaha~

jadi rule nya begini. kalau cakap sekali name akan ditulis. pastu kalau bercakap due kali atau due perkataan, di sebelah name yg tertulis tu akan ditulis 2x. kalau 3, jadi laa 3x. dan begitulah sterusnye. tapi kalau anda bercakap 800 ratus kali mungkin takkan ditulis sbb ketue n penolong aku pun mengira blum smpai 40.

tapi jika anda diam dan berkelakuan baik. name anda akan dipadam balik. tapi mase darjah satu, diroang dah pandai politik. geng main2 petang2 ketue aku name diorang tak kan ditulis. sbb ketue aku takut kene pulau mase petang nanti, takut nanti takde sape nak main dengan die lepas balik skolah. kecik2 lagi dah pandai kronisme dan nepotisme... sigh~ (geng budak2 seksyen 8 lapan niii)









mengikut gambarjah di atas, korang dpaat tgk name aku ade tertulis dan ade 3 kali. sbb mase tu aku bercakap 3 perkataan. yerp mmg aku admit.. mmg wrong timing pun. ku tak prasan cikgu kuar time tu. so aku dgn gentlemannyer pergi laa mintak 'kapel' dgn penolong ketue kelas aku.. aku cakap "i .... love.... U". pastu penolong ketua kelas aku tu diam jer.. time tu keadaan sunyi. rase cam satu kelas terdiam n pandang aku. pastu penolong aku tu pun pergi laa kat papan hitam, aku igtkan die nak tulis "i Love U too sayang ku owh hafidz yg hensem". since die sgt malu kot nak ckp face two face dgn aku.. rupe2nye sangkaan aku jauh meleset.

die tulis name aku budak bising dalam kelas!!! ceh, tak gune punye penolong ketue kelass.. tak romantic langsung!!!!


zaman aku darjah satu. hahaha lawak n comel je. main je tiap2 hari...missing those days laa!!



i'm not perfec.

Monday, June 19, 2006

masuk Universiti Hanyelah Tiket utk kerja Makan Gaji



"belajar rajin2 yer nak, dah besa nanti boleh masuk Unibersiti"

"kalau nak berjaye, kenalah masuk universiti"

"kau tak teringin ke masuk universiti, tgk macam abang long kau tu ha berjaye jugak masuk universiti"


ape best sgt ke masuk U ni?
konfirmkah berjaye dan mempunyai harapan cerah kalau dpt masuk U?
kalau tak masuk U tak boleh berjaye kah?

dialog2 diatas hanye laku 30 tahun yg lepas. mase tu nak masuk U mmg laa susah. yg betul2 bagus je yg dapat masuk U. katekanlah dalam satu kampung ni, hanye 1 atau 2 orang sahaje yg dpt melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. satu kampun berkenduri. 2,3 ekor lembu tumbang.satu kampung berebut2 nak menghantar ke oreintasi. manelah tahu, jika seorang ini berjaye, kelak pada masa hadapan yg berrjaya ini pula yg akan membalas jasa dan membantu.

bila pulak masuk U. dia akan belajar dengan bersungguh2. kerana bukan shj ibubapanya yg berharap dia akan berjaya, malahan adikberadiknya,saudaramaranya,org2 kampungnya, anak2 gadis yg menanti dipinang olehnya dan ramai lagi. semuanya mengharapkan yang satu. agar dia berjaya, kerana bukan semua orang berpeluang spertinya.

manalah tahu, jika dapat menamatkan pengajian. nanti diterima berkerja di dalam 'opis'. hawanya sejuk. pakai pula baju kemeja, seluar Slack, bertali leher. jika gajinya bagus boleh pakai kereta, rumah yg selesa, tinggal pula nanti di bandar, malam2 cantik byk lampu. bangunannya tinggi2. tak macam di kampung. berlumpur, berlecak, berpelita minyak tanah jika hendak berlampu.

ye la, itu cerita dulu sebelum tahun 70 an,60 an.



memang laa gempak. zaman tu mmg jarang2 orang dapat masuk U. U nye pula ade sikit je lagi kat meshia ni. sape yg dapat masuk U zaman tu memang bukan calang2. semestinya yg terbaik di dalam pelajaran dan korikulum

SEKARANG?????????

sapelaa yg tak dapat masuk U. semua tempat jadi U sekarang ni. kalau kau dapat masuk U, kau stadi pastu kau failed kene tendang keluar, buat rayaun,dapat balik masuk U. kalau tak dapat masuk U itu, masuk laa U ni. kalau U ni tak bagus, kau bayar yuran yg lagi mahal sikit, masuk laa U swasta.

U pada zaman kini dah tak jadi elit dah. semua orang masuk U. ape yg nak diherankan??? kalau semua pandai, sapa yang bodoh? mana boleh? ada yg pandai kerana ada yang hodoh. tapi tak mungkin semua orang pandai? maknanya di sini. kalau kau BODOH sekalipun, jgn laa risau sbb orang bodoh pun boleh masuk ke Universiti.

persepsi dan norma masyarakat.
kalau dapat masuk U maknanya cerah laa hidup. persepsi itu dah tak releven lagi laa pakcik dan makcik. jgnlaaa bagi nasihat kat anak2 dgn janji2 jika belajar rajin2 dapat masuk U, nanti dapat kerja bagus.

sekarang semua kolej ke maktab ke institut ke ape sumer dah tuka jadi U. kenapa byk sgt U? sbb lagi ramai orang masuk U, lagi banyak diorang boleh amik untung dari riba', atau dlm ertikata lain boleh buat duit. sbb tu tak kesah kalau ade student yg gagal, kalau die register balik die boleh amik 'loan hutang' yg baru.PTPTN ke ape ke.

bile konvo nanti. tahniah kerana anda ada segulung Geran Hutang yg bernilai beribu2. masuk U kerana berhutang. muda2 lagi dah berhutang.

kalau dah smorang masuk universiti, takkan semua orang berjaya kot???

tak logickan?

p/s: aku baru dpt offer dari UPM.boleh laa mengisi masa lapang. dah puas sgt dok berguling2 dirumah selama 7 bulan.


i'm not perfec.

Thursday, June 15, 2006

my life sucks!


"my life sucks"
"my parents hate me"
"they dont love me"
" i hate myself"
"they never understand me"

ini adelah contoh ayat2 bodoh yg aku pernah dgr. alaa.. konon cam standard laa teenagers dgn masalah2 camni. transitions period yg sangat problematic bak katenyer lah kan. the period where konon cam trying to find identity ape ke calat.


then layan laaa lagu emo. dengn lyrics "u sucks, i sucks, the world,sucks,life sucks" wtf?

remaja dgn masalah identity clarification? boleh terime ke alasan bangang ni. kenape remaja perlu bermasalah. kenape konon2nye perlu ade mthod tertentu when dealing wit teenagers?

bulshit je sumer ni. kau remaje ke. kau org tue ke. kau budak umur 3 bulan ke same je.




Dulu zaman nabi, if im not mistaken nabi appointed seroang remaje ni umur baru belas2 tahun untuk pegang panji islam. leader laa lebih kurang. kalau betul 'peringkat remaje' ni peringkat bermasalah, knape nabi kite lantik remaja utk lead dlm perang?

ni sumer theory2 bodoh org2 puteh. saje nak mengkomplikatedkan keadaan.

aku ade seroang kawan. dier permpuan. sebaya dgn aku. aku pun ntah apesal tak paham ntah ape ntah masalah dier dgn family dier ke ape. 3 kali attempted suicide. ntah brape puluh kali masuk wad hospital.die fikir die lahir sbgai seorng yg paling unfortunate kat dunie ni. kalau kau rase kau lah orng yg peling bernasib buruk, ingtlaa bahwe ade lagi orng yg lagi bernasib buruk dari kau. kalau kau rase kau hense., ade lagi org lagi hensem dari kau, kalau kau rase kau pandai, adelagi org yg lagi pandai dari kau.

aku baru je tgk csi las vegas tu hari. the killer tu cakap thank you kat Grissom sbb bekerja keras cari n nak tangkap die sbb abah die pun tak penah buat cam tu kat die. kononnyer the killer ni 'lack of' kasih sayang ayah die. jadi oleh sbb die sedih sgt sbb abah die tak pedulikan die, die start bunuh org.

grissom replied " kau rase kau lah org yg paling kesian kat dunie ni sbb abah kau tak pernah cium n bagi kasih sayang kat kau? kau ni bodoh,ade ramai lagi orng yg bernasib lagi teruk dari kau tapi takdelaaa sampai nak bunuh2 orng. i hope you'll rotten in hell u son of a bitch!!"



p/s: tibe2 aku pulak rase aku yg emo. hehe!

i'm not perfec.

melawat rakanku Paan si penternak ikan


ikan berusia sebulan

aku dah lame nak post entry ni, tapi asyik tertangguh je. world cup punye pasal hinggekan mengalami masalah 'sleeping disorder'. anyway, i visited Paan last two weeks kot kat upm. fyi, Paan was my schoolmate. die jawe. aku pun org jawe. jadi atas dasar satu bangsa aku melepak ngn Paan as a sign to give moral support.

Paan menghabiskan masa cutinya di upm. die sedang handle satu projek usahasama dgn UPM dlm menternak ikan keli. infra n bajet sumer UPM cover n tugas paan ialah menguruskan projek tu.

kalau lah aku tahu ade projek camni. dah tentunye aku join. tapi kalau nak join pun.. cam aku ade mase je. memandangkan projek2 aku yg lain pun tak terhandle. tapi tak kesah la.. membela ikan keli, cam best jer kan. baru rase cam org jawe sikit. kuat berusaha, gigih, tabah dan world. kalau ikut cakap abah aku, org jawe ni rajin orangnye. senang je nak tahu org tu jawe ke tak. tgk laman rumah die, kalau rumah dier bersih n byk tanam2 pokok sayur. dah betul dah tu. tu laa rumah org jawe. tapi aku pulak curious.. jawe tak aku ni? haiyaa..


Paan

tak kesah laa. berbalik kepade citer paan tadi. upm ade 8 buah kolam utk menternak ikan. rase cam well build laa sikit. ikut citer paan ini ade lah research join venture UPM dgn syraikat jepun. jadi kolamnya adelah sgt ideal utk menternak ikan. di sebabkan infrastruktur dan sistemnye yg effektif dan well organized. sperti contoh, ttg pengaliran air, kebersihan, kemudahan utk mensetelkan sesuatu tugas.


si gemok dtg nak pau ikan keli.tapi hampa

tapi papehal pon. aku sangat berbangga dan kembang hidung dgn paan. mude2 lagi dah pandai pikir pasal future. contoh kawan camni laa beneficial. bagus laa. aku pun tak tau nak 'ghoyak lagu mane'. tapi paan. kau memang best dan Jawe.

cayalah!

i'm not perfec.

Monday, June 12, 2006

Try this!! it works for me!! seriously!!!

ragu ragu tentang kesudahan kehidupan cinta anda?

try to fill the questionnaire here. it's so sangatlah accurate prediction. now i know whom i will married in the future.

klik here


i'm not perfec.

Sunday, June 11, 2006

Abah bilang...... 1

seperti biasa, hari sabtu malamnya mmg slalu ade family gathering sebelah Jawe (abah) kat rumah cik Wa. satu family pergi cume mama n mastura tak folow, konon2nye mama nak stay rumah dan memandaikan anak bongsunye yg akan menghadapi PMR tahun ni. good luck to mama dan byk2kan bersabar. haha~


seperti biase aktiviti malam tu ialah makan2, minum2, lepak2 dan beramah mesra dgn sanak saudare. kalau nak dgr lawak2 org veteran yg kengkadang susah nak diterime oleh orang mude dan ade kadang2nya sangatlah melawakkan. dtglah ke family gathering ni.


Menu malam tu memang terbaik, terbalik, tercantik, termenarik dan terstroke. mane tak nye, the main menu was "eat all u can Lamb Chop". jgn ditanye brape kilo daging kambing aku dah telan.sedih pule aku nak menjawabnyer....huhu. above all daging kambing memang terbaiklah! tang lemak die tu laa yg di cari2. pasal kambing jugak laa nanti aku masuk hospital. wak n paman aku sumer dah tak amik kesah pasal kesihatan laa. yg penting satisfy kan selera dulu. kesihatan dah jatuh ke perkara ke dua. haha~

"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut..perut gendut"


ntah camner lepas masing2 dah tersadai menikmati lamb chop, wak dan paman2 ku masing2 dah bukak cerite. pasal politik, pasal world cup, pasal kebun la n mcm2. aku pun tak tahu mane awalnye, tapi abah ade cakap ttg org melayu..

abah ku bilang...... " orang melayu ni lame2 nanti pupus. mane taknye yg lelaki sebok menghisap dadah, penuh sgt pusat serenti. yang perempuannye pulak sebok taknak kawin nak kosentret kat karier katenye"

dalam hati aku berkate.. "hahaha btul jugak tu".

bercerite pasal kambing tadi. wak aku pulak buat lawak.

wak " apis penah rase makan daging kambing gurun?"

aku " kambing gurun? mane nak dapat kat sini wak? ade ke org makan daging kambing gurun?"

wak " eh ape takde pulak? baru minggu lepas wak makan.daging kambing tu siap masak gulai lemak lagi. kat Gurun Kedah"

aku " haha, fani la yu"


itu ade lah satu contoh lawak org veteran. haha. lawak gak kgkadang. hmm...


p/s: bangsa MELAYU ku...semakin hilang jati dan tak lame lagi diri.


i'm not perfec.

Friday, June 09, 2006

World Cup 2006. Dah Demam??


last week, aku tolong antar bini member au ke salah satu klinik kat shalam.mase tu dah malam kul dlm kul 11 mlm. disebabkan yg sakit tu bukan bini aku, jadi aku lepak je laa kat tempat menunggu kat luar sementare member aku masuk bilik jumpe doktor untuk meminta penawar kepade sakit bininye.


sedang aku melepak kan diri di bangku tmpat menunggu klinik tu, datang laa pulak due orng mude, lagak macam bujang lagi la..yg sorang tu demam, rasenyer yg sorang lagi tu tolong temankan membernye yg demam tu. diorng landingkan punggung2 diorng jauh sikit dari aku, kire cam kat sebelah hujung sikit dari bangku yg aku duduk tu la..

kesian mamat demam tu.. nampak cam lemah jer.teruk kot demam dier. hmm...



tibe tibe aku terdengar perbualan diorng. yg tgh demam tu cakap...

si demam: " mung tengok dok jermeng, skek lagi nak kene tibai ngang jepung maring"
si tak demam: " hu.. tau.seri 2 samo. aku dok tgok dengang si pejal maring laa"

dlm hati aku " huk aloh! demam2 panas camni pun boleh berbual pasal worldcup. wah... betul punyer demam world cup nih"

esok luse tu pulak biler aku bace NST. ade satu citer mamat ni sanggup resign as a bank manager position sbb world cup. alasan die sangatlahh valid giler ..

"i couldnt leave world cup, so i have to leave from this job
"

hahaha...
oh wira ku..

aku tak sokong England k. puh lease....!

semua tentang WORLD CUP


i'm not perfec.

Thursday, June 08, 2006

Kita yg Bersikap 'aiman tak kisah' - tariff elektrik-



tariff elektrik naik sehingga 12% SAHAJA. ala.. 12 peratus jer, ape yg nak kecoh2?

1. tarif elektrik malaysia adelah yg termurah di rantau ini
2. dah lame tariff elektrik tak naik
3. rakyat perlu ubah gaya hidup
4. kita tahu ia menyusahkan rakyat. (???????)
5. kita akan pastikan peniga tidak akan mengambil kesempatan.




kami faham, ini semue adelah untuk kebaikan negara. untuk mengurangkan beban KERAJAAN. beban rakyat, siape yg tahu.takpe, naik kan lah lagi.. kami memang 'aiman tak kesah'.





persoalan?

-ape dah jadi dengan projek penswastaan tenaga elektrik? kelancaran perkhidmatan takdelah bagus sgt. slalu jugak black out. patutnye servis lagi efisyen. same je.

- hari tu aku jalan kat tesco, jumpe satu kedai yg jual satu alat ' yg boleh mengoptimumkan penggunaan elekrtik'. what the hack? rupenye arus elektrik yg dialirkan ke rumah kita adelah melebihi penggunaan elktrik yg kita perlukan. katekan laa if tnb antar 100 watts ke setiap rumah, kite cume gunekan 6o watts jer. yg lagi 40 watts burn cam tu jer. itu pun TNB boleh rugi lagi ker? giler bodoh!!

- jgn laa nak kuarkan statement 'jimatkan tenaga elektrik'. sebenarnye TNB akan lagi rugi kalau kite berjimat gunekan elektrik.what happened to IPP projects?

-minyak naik? harge minyak kite kan adelah yg termurah di rantau ini selepas brunei. bersyukurlah sikit. rm4 billion tu boleh digunekan utk memperbaiki sistem pangangkutan awam. pengangkutan awam????? ape die? MAS? awam kah?

takpe. kami memang 'aiman tak kesah'. ambil lah kesempatan lagi.

thank u pakdi

i'm not perfec.

Tuesday, June 06, 2006

ya Allah.. hebatnyerlah dugaan


bangku ini kosong


i'm not perfec.

Monday, June 05, 2006

Jemput nengok filem pendek saya

sila click:

Mahasiswa Melayu UPM terlampau!

video ni aku buat mase aku 3rd semester di UPM. utk satu majlis di kolej kediaman ku. if ade sambutan, aku akan bagi korang nengok video2 aku yg lain.

p/s:maaf, masih tak pandai lagi nak bermain2 dgn html codes. kalau tak senang skit. takyah nak click sana sini.

sila beri tunjuk ajar!!!

i'm not perfec.

Lights




i'm not perfec.

Khabar buat kakak ku di Zealand Baru


Adrianna aisyah
inilah padahnye jika pinggan lagi tinggi dari kepala
.




berdialog dgn aisyah
aisyah: de, de atok onald jom?
ude ; haa? atok onald? gapo dio tuh?
aisyah; alaa.. atok onald,aica nak gi atok onald
ude ; owhh.. bukan atok onald laa. macdonald.
aisyah; atok onald!
ude ; MACDONALD!
aisyah; ATOK ONALD!
ude ;bukan atok onald laa. MACDONALD! M.A.C.D.O.N.A.L.D!
aisyah; m.a.c..............ATOK ONALD!!!
ude; ye laa.. yelaa ikut suke hati aicah laa. hish. (bile pulak atok bukak kedai burger?)


ini hannah khadijah

berdialog dgn hanna
hanna ; kakak! kakak! (sambil berjalan cam org mabuk)
ude ; itu bukan kakak laa.. itu 'cat'. kucing! bukan kakak,
hanna: ee..ee cat. ee cat. (dgn suare kecik n kiut dier)
ude; haa pandai pun.
hanna: eee.. kakak. ee kakak.
ude: bukan kakak laa.. itu 'cat'. baru ajar sekejap dah lupe..sukehatila!


i'm not perfec.

guitar n laptop for sale!!!



ASUS laptop pentium 3. 128 RAM. 20 G memory
price: rm1000 nego


Yamaha Pacifica Japan made
pickup Effective EMG
with Hardcase
price: rm800 boleh kow team
lagu2 D-Va rakam dgn gitar ni la!





i'm not perfec.

Blogging for the Dungus

need help! need help!

pengetahuan aku yg cetek utk mengupgrade blog telah banyak menyusahkan hidup!

aku dah terpadam html codes utk upgrades 'links' ke blog kwn2 ku yg lain...

camner nak buat wei!!!!


p/s: jari ini dituding ke arah Aqie. tulaa itu hari suruh datang umah taknak! haa skrang sape yg susah? aku jugak! tolong wei.. pleasee......


i'm not perfec.

Sunday, June 04, 2006

Hati ini kecewa sejak 2 Jun 01:17:52

senak...
hingga ku lupa rasa riang

i'm not perfec.