Monday, June 19, 2006

masuk Universiti Hanyelah Tiket utk kerja Makan Gaji



"belajar rajin2 yer nak, dah besa nanti boleh masuk Unibersiti"

"kalau nak berjaye, kenalah masuk universiti"

"kau tak teringin ke masuk universiti, tgk macam abang long kau tu ha berjaye jugak masuk universiti"


ape best sgt ke masuk U ni?
konfirmkah berjaye dan mempunyai harapan cerah kalau dpt masuk U?
kalau tak masuk U tak boleh berjaye kah?

dialog2 diatas hanye laku 30 tahun yg lepas. mase tu nak masuk U mmg laa susah. yg betul2 bagus je yg dapat masuk U. katekanlah dalam satu kampung ni, hanye 1 atau 2 orang sahaje yg dpt melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. satu kampun berkenduri. 2,3 ekor lembu tumbang.satu kampung berebut2 nak menghantar ke oreintasi. manelah tahu, jika seorang ini berjaye, kelak pada masa hadapan yg berrjaya ini pula yg akan membalas jasa dan membantu.

bila pulak masuk U. dia akan belajar dengan bersungguh2. kerana bukan shj ibubapanya yg berharap dia akan berjaya, malahan adikberadiknya,saudaramaranya,org2 kampungnya, anak2 gadis yg menanti dipinang olehnya dan ramai lagi. semuanya mengharapkan yang satu. agar dia berjaya, kerana bukan semua orang berpeluang spertinya.

manalah tahu, jika dapat menamatkan pengajian. nanti diterima berkerja di dalam 'opis'. hawanya sejuk. pakai pula baju kemeja, seluar Slack, bertali leher. jika gajinya bagus boleh pakai kereta, rumah yg selesa, tinggal pula nanti di bandar, malam2 cantik byk lampu. bangunannya tinggi2. tak macam di kampung. berlumpur, berlecak, berpelita minyak tanah jika hendak berlampu.

ye la, itu cerita dulu sebelum tahun 70 an,60 an.



memang laa gempak. zaman tu mmg jarang2 orang dapat masuk U. U nye pula ade sikit je lagi kat meshia ni. sape yg dapat masuk U zaman tu memang bukan calang2. semestinya yg terbaik di dalam pelajaran dan korikulum

SEKARANG?????????

sapelaa yg tak dapat masuk U. semua tempat jadi U sekarang ni. kalau kau dapat masuk U, kau stadi pastu kau failed kene tendang keluar, buat rayaun,dapat balik masuk U. kalau tak dapat masuk U itu, masuk laa U ni. kalau U ni tak bagus, kau bayar yuran yg lagi mahal sikit, masuk laa U swasta.

U pada zaman kini dah tak jadi elit dah. semua orang masuk U. ape yg nak diherankan??? kalau semua pandai, sapa yang bodoh? mana boleh? ada yg pandai kerana ada yang hodoh. tapi tak mungkin semua orang pandai? maknanya di sini. kalau kau BODOH sekalipun, jgn laa risau sbb orang bodoh pun boleh masuk ke Universiti.

persepsi dan norma masyarakat.
kalau dapat masuk U maknanya cerah laa hidup. persepsi itu dah tak releven lagi laa pakcik dan makcik. jgnlaaa bagi nasihat kat anak2 dgn janji2 jika belajar rajin2 dapat masuk U, nanti dapat kerja bagus.

sekarang semua kolej ke maktab ke institut ke ape sumer dah tuka jadi U. kenapa byk sgt U? sbb lagi ramai orang masuk U, lagi banyak diorang boleh amik untung dari riba', atau dlm ertikata lain boleh buat duit. sbb tu tak kesah kalau ade student yg gagal, kalau die register balik die boleh amik 'loan hutang' yg baru.PTPTN ke ape ke.

bile konvo nanti. tahniah kerana anda ada segulung Geran Hutang yg bernilai beribu2. masuk U kerana berhutang. muda2 lagi dah berhutang.

kalau dah smorang masuk universiti, takkan semua orang berjaya kot???

tak logickan?

p/s: aku baru dpt offer dari UPM.boleh laa mengisi masa lapang. dah puas sgt dok berguling2 dirumah selama 7 bulan.


i'm not perfec.

5 comments:

fiqroorganisma said...

heheheh..aku suke blog ni...tobey..lepak blog ko best! hahahah...pecite skang? adesss....macam2 ade lam blog ni..lom abis bace..nanti aku commment sume..tapi bab "u" ni amat menarik perhatian aku xp

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

thanks weih... tapi siapakah dirimu? fiqset kah?

fiqroorganisma said...

yep2 ni aku...pekaba weh..aku segan gaban sebenarnye ngan korang..aku masih lom bejaya lam idop.wakakaka..heheh

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

hek ela..
abis tu aku ni dah berjaye lah yer
?

fiqroorganisma said...

heheheheh~wakaka adesss...meh ah ko datang jumpe aku..ko ade kete wakakakak