Wednesday, December 31, 2008

budak kecil yang kepenatan

Dahinya berpeluh-peluh. tak usah cerita pasal bajunya, memang basah lencun . Sani meneruskan pelariannya di tengah hari yang panas membakar dan berjelaga. ada lagi 4 kilometer yang perlu digagahinya sebelum sampai ke rumah dengan suhu mencecah 40 c.


perjalanan balik dari sekolah memang tidak berapa menyeronokkan bagi Sani. Sani perlu balik awal kerana dia perlu bersiap ke sekolah agama pula pada waktu 2.30 petang. perjalanan yang jauh dan cuaca yang panas terik betul-betul menguji Sani.


"entah-entah duduk dalam oven lagi nyaman dari sekarang ni". bisik hati Sani dengan nada benci. ape nak buat Sani, bapak kau bukan menteri nak suruh kau balik dengan driver naik Toyota Alphard.

lagi satu kilometer, Sani dah nampak rumah kecilnya di hujung kampung.

"yah.. sikit lagi" langkah sani dipercepatkan. habis kering mulut Sani yang dahaga. jangan kata kan 3 tempayan, 18 tempayan sirap pon mampu dihabiskannya ni.


"Mak, i'm home~" jerit Sani, dengan perkataan yang baru dipelajarinya di sekolah tadi.

"Iye, kau dah makan belum?beras ade kat dapur tu, ikan ade kat sungai, sayur... benihya mak letak tepi pangkin" Memang brutal mak Sani ni. Nak mendisiplinkan anak katanya, diajarnya berdikari.

"iyelah Mak" jawab Sani, seperti biasa.


Nasib baik Sani sempat singgah Drive thru McD tadi.

-Memang hectic kalau pagi sekolah kebangsaan dan petang terpaksa bersiap cepat tanpa hilang penat dan ke sekolah agama pula-
i'm not perfec.

Tuesday, December 30, 2008

Darjah 3

Dulu masa aku darjah 3, aku ditempatkan di dalam kelas 3 Merak kalau tak silap, kalau silap maknanya aku bukan di dalam kelas 3 Merak. Sempat beberapa minggu sahaja aku di dalam kelas itu, aku dipindahkan ke sebuah kelas yang lain. Untuk pengetahuan, rakan kelas aku di 3 Merak adalah rakan kelas aku yang sama semasa kami di dalam darjah 2.

aku tak berapa nak paham kenapa aku dipindahkan ke kelas yang baru itu. Ada khabar angin yang mengatakan, perpindahan aku ke kelas yang lain itu berjumlah RM2.7 juta setelah beberapa rundingan dijalankan dan insiden tumbuk menumbuk berlaku diantara cikgu2.

Bile dapat tahu aku ditukarkan kelas,hatta aku berkata "Okay fine, whatever. M.O.J (Mak Okay Jerr)". Setakat pindah kelas ni takde hal lah. Berhijrah bak kata orang. Macam nabi dari Mekah ke Yathrib.

Kelas darjah 3 semuanya ditetapkan dengan tema nama burung. Jadi masa tu ade kelas 3 Merak, 3 serindit, 3 Merpati dan lain2.. entah macam mana cikgu2 masa tu letak satu kelas itu dengan nama 3 pu..aku pulak tak semena-mena dilantik jadi ketua kelas aku yang baru iaitu
3 PUNAI!

gile, macam la tak ada nama lain nak bagi kat kelas.

bagi la nama yang senonoh sikit, 3 helang ke, 3 gagak hitam ke, 3 phoenix ke, paling koman pun 3 Burung Wak-wak. kadang-kadang kita tak paham macam mana orang berpikir kan?


pernah jugak aku terdengar, perbualan budak2 pompuan masa rehat.


budak pompuan 1 "hei, tgk tu. ketua kelas 3 Punai"

budak pompuan 2 " 3 ape kau cakap?"

budak pompuan 1 "3 Punai!"

Budak Pompuan 1 + 2 " hehehehehe"

*pervert punye budak *


i'm not perfec.

Saturday, December 27, 2008

Harum Semerbak





Memang bukan aku mintak 2 post berturut-turut tentang nama kedai yang sangat ironi.

tapi nak buat camne beb. kedai ni aku jumpe mase aku balik raya dari kampung aku di Zimbabwe Utara beberapa tahun yang lepas. untuk perhatian, aku bukan orang Afrika. Cuma kami sekeluarga mencari kelainan pada aidilfitri tahun itu dengan beraya dengan puak Wakukulaayimutila yang terkenal dengan sifat Cannibal mereka. Dasar tak pernah jumpe roti canai punye puak.

Walaupun mereka ganas, tetapi kami berjaya menjinakkan mereka dengan mengajar ketua puak mereka Encik Kulimitongga Aboue bermain 'snake' yang terdapat di dalam handphone 3310 aku. Satu kampung leka, baik yang laki dan perempuan, tua atupun muda.

Ada jugak beberapa minggu yang lepas Encik Mimi (nama pendek Encik Kulimtongga Aboue) menghantar surat bertanyakan khabar keluarga dan juga mana tau ada handphone 3310 telebih, boleh main snake infrared katanya. Dia jugak ada cakap high scores mereka sekarang dah 332 points. Aku hanya tersenyum sinis membaca surat itu.




peace out brader.

untuk tokay kedai di atas ini. Good Marketing strategy!


i'm not perfec.

Tuesday, December 23, 2008

Apa cerita ni?

aku pon tak berape nak sure kenape dlm banyak2 name kedai, name ini jugak yang menjadi pilihan hati tokey kedai ni.




setelah seharian, terdapat beberapa kemungkinan yang aku timbulkan tentang apekajadahnya letak nama kedai serupa ini:

1. Jujur, mengaku kelemahan diri sendiri. susah nak jumpe, peniaga yang jujur pada zaman ni.
2. feng shui, byk bawak ong mungkin. mungkin hasil atau progres bisnes adalah berlawanan dengan nama kedai.
3. tak ada cita2 nak maju, semata-mata nak break-even atau pon rugi.
4. konon-kononnye funny.
5. mengharap belas kasihan orang ramai. orang sakit yang berasa kesian akan datang ke kedai ini dan membeli ubat, walaupon banyak lagi kedai lain sebab kesian dgn annual revenue kedai ni.
6. lagi baik dari name kedai ini "Ling Corp".
7. saje nak provoke aku, supaye masokkan gambar kedai die dlm blog ni, supaya dapat publisiti meluas "lah sangat".


p/s: ini bukan gambar photoshop.

funny beb. haha.

jgn beli barang dekat kedai aquarium dekat tepi sekolah (dekat dgn pasar) kat Bentong. Orang die kerek dan racist.sombong.

i'm not perfec.

Thursday, December 18, 2008

Kisah Tamrin 1

Jam quartz menunjukkan hampir pukul 1 pagi. setelah menoreh 3 ekar kebon pokok getah, Tamrin sempat juga menoreh "Tamrin wuz ere" di pokok yang penghabisan. pergh! memang champion budak ni. ini semua kerja rutin Tamrin. memang dia seorang pemuda yang rajin. tiap2 hari mesti nak menoreh. kalau kebon dia habis menoreh, Tamrin juga ade buat servis menoreh kebon orang laen. F.O.C pulak lagi tu.

kerja menoreh dan Tamrin kira dah sebati dah. satu kampong tahu, si Tamrin ini gila menoreh. sampaikan orang kampung tidak menggunakan lagi perkataan menoreh, dah "menamrin" dah sekarang ini. bersempena dengan kegiatan dan kegemaran Tamran.

kalau pagi itu hujan, memang bencana buruk pada orang kampung. Habis segala harta bende di toreh oleh Tamrin. kereta, balai raya, muka ketua kampung, rumah YB semua bercalar akibat torehan si Tamrin ini kerana tidak dapat melepaskan giannya untuk menoreh.

Tamrin seorang pemuda biasa, dia suka main bola. pemain kegemaran dia Fernando Tores kerana nama dia serupa dengan hobi Tamrin apabila ditukar kepada fernando Toreh. hebat juga si Tamrin ini bermain bola, bila bola sudah dikakinya, jangan harap lah pihak lawan nak masuk, memang terus bagi gol punye lah Tamrin ni. mana taknya, pisau menoreh pon masih digenggam erat oleh Tamrin ketika bermain bola. padah namanya, kalau masuk nak menghalang Tamrin melakukan jaringan gol.

Tamrin tidak habis sekolah, dia hanya sempat menghabiskan zaman persekolahannya pada darjah 4. Sebelum itu, Tamrin belom cukup kritikal dengan hobinya. dan pada ketika itu juga, pihak sekolah masih lagi mempunyai bajet untuk memindahkan pokok getah yang sudah dewasa di tepi kelas Tamrin. Tamrin boring asek menoreh pokok yang sama, itu pasal dia mengamok sampai habis perut pengetua Dolah di toreh.



Tamrin dulu pernah bercinta. punyelah havoc zaman die bercinta dulu. satu kampung tahu kisah cinta Tamrin dengan Noreha. Noreha ni pon bukannya cun sangat, tapi boleh laa nak bawak ke majlis ataupon fanfair. Tamrin suka budak perempuan ini pon bukan apa, selain daripada boleh memanggilnya Noreh, Noreha ni pulak anak kepada ketua segala kebon getah di daerah itu. memang seronok la si Tamrin ini dengan hobinya.

Noreha tau dia tak cun, jadi terpaksa lah dia jadi Girlfriend yang pura2 baek dan gedik. tiap-tiap hari dia ikut si Tamrin pergi menoreh dengan membawa mangkuk tingkat sebanyak 16 tingkat untuk membuktikan kisah cintanya yang teragung. dah berapa ramai pemuda yang Noreha cuba tackle tapi x dapat. akhirnya dapat juga si Tamrin ini.

Tamrin punya suka satu macam bila bercinta ni, susah nak digambarkan. pendek cerita, satu kampung pon terasa bahang percintaan Tamrin dan Noreha. Semua pokok, bukan setakat pokok getah, pokok, cengal, pokok ubi, pokok sawi pon ada tertulis.

"Tamrin Luv Noreha 4eva"

Status Tamrin pada mula tertulis "in relationship" die Friendster, kemudiannya bertukar kepada "it's complicated" apabila Noreha sengaja mengada2 tukar Profile name die kepada Noreh Jones. Akhir sekali, apa yang ditakuti oleh penduduk kampung selama ini telah terjadi. status Tamrin menjadi "single". Bunyi petir sabung menyabung, awan hitam gelap berkumpul, suasana gelap menyelubungi kampung itu. tandanya hari nak hujan.

"wholy shit, what happened?", Noreha kene grabbed dengan sapa? kata abang long Man dengan nada takut, Ketua gengster kampung itu. Muka dia tak hensem, sebab kene calar terok semasa dia berlakon jadi pokok semasa pementasan drama sekolah rendah pada suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya Noreha telah membuat pembedahan plastik, dia melakukan pembedahan kepada mukanya sampai menjadi Norah Jones. Noreha lari ke U.S, dan sengaja membuat chaos di sana apabila dia claim yang dialah Norah Jones yang sebenar. wtf?

Penduduk kampung mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kampung itu. Gali kubur sendiri maknanya kalau terus tinggal di sana.

Selepas clash, Tamrin join tabligh. Sekarang dia ada di India.

Penduduk Kampung yang panic tadi, berpindah semula ke kampung Halaman. Lega hati mereka, sambil belegar-legar di ruang tamu rumah sendiri mengupah tukang urut untuk mengurut dada dan menarik nafas lega.

sunyi pulak laa bila Tamrin tak ada. dah la sunyi, mereka pulak terpaksa pergi ke kebon pada tiap2 pagi untuk menoreh getah. selama ini, bila Tamrin ada, boleh laa orang kampung rilex siket.

apa yang akan terjadi kepada penduduk kampung jika Tamrin pulang dr India? adakah dia sudah insaf? adakah die beli pisau toreh yg lgi mahal dan berkuasa elektrik? adakah dia akan skip balek Malaysia dan terus ke U.S dan mencari Noreha Jones?

adakah perlu cerita ini disambung?

berikan pendapat anda....





i'm not perfec.

Revisited: BM to BI translations for Dungus~!

  1. Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
  2. camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
  3. Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
  4. you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
  5. hey sex baby = hai bayi yang seksi
  6. shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
  7. i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
  8. that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
  9. i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
  10. i have no power!! = tak kuasa i!!
  11. u make me irrritated~!= menyampah mak~!
  12. u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
  13. like DUH!! = saye suke Cik Midah
  14. puhleasee!! =negeri Perlis
  15. loser~ = pengalah~
  16. i hate u!! = macam laa muke kau cantik sangat!!
alala.. comeynye si 'semak' ni.

i'm not perfec.

mari kawan dan berkawan

siapa yang baca blog saya ni saya anggap kawan, walaupun mase darjah due dulu die pernah buat fitnah cakap saya suka kat amira atau walaupun kepale die dulu pernah berdarah sebab buat fitnah saya suka kat amira mase darjah due dulu. sekali anda baca, automatic jd friend in request.

(kenape aku bahasekan diri aku saya? giler akademik.? tu la.. dah lame sangat tak menulis, sampai dah lupe dah 'kebiasaan')

okay la camni. sape2 yg bace blog ni, postkan lah link anda dalam ruang komen (kalau korang ade blog sendiri) tapi kalau xde blog,dont worry kalau lawa. kalau yg sebaleknya tu, please worry lah kan. banyak laa siket blog list aku. disamping itu boleh laa kita berkawan baek sama sedarjah, belajar bersama, maen bersama.. hohoho.. hahaha..

terbaek ke ape idea aku tu?

Hana's Tale

lame tak update pasal anak saudara aku ni. makin besar makin kurang comelnye, tapi masih lagi di level yang comel la.

hana, hana. umur dah empat tahun rasanya. masih lagi dengan pelat die.

satu hari tu, abang aku bawak famili die pegi makan. makan kat luar. lepas makan tu, abang aku singgah kat rumah aku, sebab atok n nenek dah rindu sgt kat cucu diorang.

atok: hana pergi makan kat mane tadi?

hana: abah bawak hana makan kat luar.

atok: yela, kat mane?

hana; kat luar la, kat luar rumah

abang aku: kat restoran siam tu, kat shalam mall.

atok; owh, makan kat restoran siam ye. sedap ke?

hana; sedap.org siam tu orang ape?

atok (bapak aku ) tgh tgk berite, jdi die dah turn on mode kurang kaseh sayang siket nak layan

hana: atok, orang siam tu ape?

atok;......

hana: siyam bunge eh?


semua orang:..............................................

-satu family berdekah sekejap-

hana.. hana. kau punye pelat ni comel la.




Hi'm not perfec.

Thursday, December 04, 2008

Revisited. Cabaran sebagai lepakers bereputasi

sejak cuti bermula, kerjaya sebagai lepakers memanglah amat sinonim bagi aku dan kgkwan aku yg lain. tidak sukar untuk menjadi lepakers tetapi untuk mencapai title bereputasi bukan calang2 orang yang boleh memilikinya.

kebanyakan lepakers selalunya memulakan aktiviti murni mereka pada waktu malam. sejajar dengan seruan Islam hadhari yang aku pon sampai sekarang tak tahu satu haram pasal menatang ni.

kerjaya ini mudah, walaupun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan tetapi pulangan lewat ke rumah. seorang lepakers perlulah mempunyai ketekalan azam yang tinggi dan ketahanan utk duduk selama beberapa jam membincangkan isu2 negara, gossip2 hangat di pasaran dan juge kenaikan harga makanan dan minuman yg semakin menjadi2 yang berlaku di kedai2 mamak.

selalunya, lepakers akan duduk melepak sambil membincangkan isu2 yang berkaitan dgn pembangunan negara sprti apekejadahnya yang berlaku kepada remaja2 pada masa kini yg tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

gossip2 hangat yang selalu diperbualkan pula adelah berkaitan perkembangan awek2 yg slalu datang memarketkan diri di tempat kerja lepakers ini.

isu kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak memang ternyata menjadi tumpuan lepakers. mereka amat prihatin membincangkan isu ini kerana ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan kewangan lepakers. kerjaya sukarela ini amat mencabar bila tahap ekonomi dan kewangan mereka terjejas. dengan hati yang tekal, mereka masih mampu meneruskan perjalanan hidup dalam industri yang penuh mencabar ini walaupon dipelekoh ataupon disembelih oleh tokey2 mamak yang semakin hari semakin kaya dan boroi.

selain daripada itu lepakers juge bercerita dan berkongsi pengalaman mereka. terlalu banyak yg boleh diceritakan ttg pengalaman yang merangkumi pelbagai perkara, aspek dan juge kedai spek mane yang tak patut anda pergi.

kami juge berbual kosong. isinya terlalu abstrak dan subjektif di sini seperti "kenape awek tu jalan macam tu?"

lawak2 juge boleh diperolehi dengan mudah melalui sesi melepak ini. banyak klasifikasi lawak, seperti lawak bodoh, lawak gile, lawak jawe, lawak verbs, lawak ngumpat orang dan macam2 lagi wak.

teka tekijuga boleh tercetus dgn mudah semasa melepak. tidak kisah la anda nak menduga rakan2 lepakers yg lain dgn teka-teki 'out of the box', 'inside the box' dan juga 'what is inside the box".

antara teka teki yg boleh dikemukan di sini ialah

soalan 1
kambing ape yg pakai jam kat kaki?

jawapan:
kambing yang kaye.

soalan 2
tu ape?

jawapan
tu.tuuu..nang.

soalan 3
kueh ape yg x dijual di kedai kueh?

jawapan
kueh tiow goreng

selain daripada itu lepakers juga berfungsi sebagai support groups. mereka menyediakan sesi kaunseling tanpa bayar utk mendengar masalah2 anda. masalah2 sperti putus cinta, putus tunang dan juge putus tali persaudaraan. maaf, masalah putus tali pusat memang diluar kebijaksanaan dan kepakaran lepakers.

anda juga boleh dikutuk dan diperkotak katikkan secara free. ya, tanpa bayaran!


cabaran paling utama yang dihadapi oleh lepakers ini ialah apabila ada dikalangan ahli keluarga yang tidak memahami kerjaya sebagai lepakers yang penuh hectic dgn jadual yang ketat.

M, bukan nama sebenar ataupon nama glemer adalah seorang mangsa keadaan dalam isu ini. walaupon dikenali sebagai seorang lepakers yang terhormat dikalangan colleagues nya tanpa disedari M mempunyai masalah ibubapanya yang kurang memahami reputasi M sebagai lepakers terhormat yang selalu memintanya untuk pulang awal ke rumah ataupon jangan lupa yang M ada rumah untuk pulang.

M menceritakan pengalamannya. SMS2 pedas dan menikam kalbu ternyata sudah menjadi asam garam nya.

antara SMS simple tapi pedas berasap yang diterimanya:

  1. "no, 13. jalan mak minang, 5/1F seksyen 5 Shah Alam, selangor"
  2. "what r u doing? are you trying to save the world?"
  3. "pulanglah kepangkal jalan pintu masuk ke rumah"
  4. "ini rumah, bukan hotel"
  5. "bile nak check in?"
  6. "rindu sangat ke kat mamak2 tu?"
  7. " tak sayang kat mama n abah lagi ke?"
  8. " jgn sampai Batman hilang kerja"
  9. " mama terpikir nak buat extreme make over tukar rumah ni jadi kedai mamak"
  10. " ape kurangnya mama ngn abah compared tu mamak2 tu"
  11. " x dapat2 lagi ke kerja kat kedai mamak tu?"
  12. " mama doakan M bahagia selalu disamping mamak2 yang tercinta"

walaupon penat, tetapi kami sebagai lepakers terhormat masih memegang etika kami untuk senantiasa pulang awal ke rumah. barulah work life balance. selalunya walaupon waktu kerja yang panjang kami memastikan yang kami tidak akan pulang lewat malam. kami akan pulang seawal jam 5 atau 6 pagi.selalunya synchronized dengan azan subuh. pulang dan mengejutkan ahli keluarga untuk solat suboh secara berjemaah.

tak dapat dinafikan kerjaya yg memenatkan ini memerlukan tidur yang secukopnya iaitu antara 8 hingga 23 jam.

pesanan saya kepada Lepakers samada baru atau lama. teruskan kerjaya murni anda. tanpa anda siapalah kedai mamak. cheers!! (teh tarik)


a sweet betrayal indeed


i'm not perfec.

Perkebunan adalah



ntah macam mane ntah aku boleh terlibat didalam bidang perkebunan. semuenye bermula, bile lecturer aku suruh tanam pokok sayur untuk dijual, dan hasilnya boleh laa di'sadaqoh'kan kepada rumah anak yatim. (ape yang ntah macam manenye aku boleh start join scene perkebunan?mcm ni laa sebenarnye!)

jadi tiap2 petang aku akan pegang cangkul dan habiskan masa aku dikebon. satu dua hari yang pertama, memang semangatlahkan. masok hari2 yang seturusnya, rasa malas tu dah datang bertandang. mane taknye, bile orang laen sebok maen futsal, layan ezora la itu ini petang2. aku berpanas, bercangkul, bercucuk, bercabut rumput, berpeluh, ber'suntanned', ber ape lagi ntah kat tapak kebon aku.


aku tanam sawi, kangkung, bayam, kacang panjang dgn felato.(petole dik)


ade jugak tanam impian, mintak2 boleh kurus lahkan, yang hairannye tak kurus2 pon. dammit.

penat die ade mcm baru turun kinabalu.(kinabalu pon tak penah naik!kecoh!)

tapi seriously penat la, balek kelas je aku rushing nak pergi kebon, nak kene bersihkan tanah, membajak, merumput , dan itu ini yang laen.

tapi takpe, subjek volunteerism punye pasal. aku slalu ingatkan diri aku.. ini sume kerja mulia, nak sedeqah utk anak yatim. takpe2 aku layan kan aje.

bile benih yang aku semai dah besar, dah tumbuh daun itu ini. aku pon pergila menuai. basuh itu ini, packaging itu ini. bawak laa kancil aku pergi menjual kat upm.

sempat la aku naek turun fakulti jual kat lecturer, bangunan pentadbiran, foodcourt sume.

mcm kangkung aku jual rm1 utk 500 gram. memang banyak dan murah la kalau nak compare dgn harge pasar ke mane. sebab orang cakap, kalau jual mahal takde orang beli. memang pandai pon orang itu. bende mahal manusie mane pon tanak beli. cube jual mercedes CLS 3 longgok sepuloh ringgit, mesti berduyun2 n habis licin show room tu. ape laa yang diorang jual mahal2 sngt, mestila kurang orang nak beli. bende simple pon nak suruh aku pikirkan. haiyoh!

tapi lepas buat sume bende ni, baru laa tesedar sikit penat lelah petani. susah beb tanam sayur. nak hidup tu memang susah, nak jadi kaye ape lah lagi.

punyelah berminggu2 aku menanam, memabaje itu ini, bile jual.. alamak yang maximum aku dapat 3,4 ratus je. mcm tak berbaloi dgn usahe aku slame ni. takpe, pikir kerje amal punye pasal, aku kool je.

part menjual kangkung tu yang paleng menyayat hati.sedih beb.susah nak jual. dah jual banyak dgn harge murah pon orng merungut lagi. yang aku tak boleh blah mcm mane tesco boleh jual dgn harge lagi murah dari harge aku.

tesco jual rm1.49 je utk sekilo kangkung, aku pulak jual rm2 utk sekilo. kalau kat pasar sekilo tu diorang jual dekat rm3.50

gile sial tesco ni. patot la peniage runcit sume lipat tikar (ke gulung tikar, ke diorang dah pakai toto skrg ni) sbb xleh blah dgn harge 'potongan istimewa'


yang paleng aku tak tahan (tp tahan jugak laa air mate disebabkan sebak n touching my heart you know) bile aku jual kat sorang pensyarah ni.

mase tu tgh hari, aku dari pagi dah kat kebon menuai kangkung, basoh , packaging sume la. panas jugak malaysia ni. mcm tak biasse pulak. tgh hari aku pon massukkan kangkung dlm kete dgn bakul2nye sekali nak pergi menjual. nak ditambah sadis cerite ni, kete aku tu aircond die ikut suhu luar, kalau luar panas dlm kete lagi la panas. dah mcm dlm sauna bergerak.

nak tambah menyayat hati bagi mengalir air mata jatoh ke pipi lagi. hari tu bulan puase pulak. dah la panas, haus.rase mcm nak minom peel fresh apple with aloe vera je dalam gelas yg berisi ais.


aku: prof,...eh jap, lupe nak ketok pintu. dush.dush ( bukan tok, tok ye sbb tangan aku dah muscular sbb tiap2 hari pegang cangkul). er... prof, nak beli kangkung tak? saye jual murah ni.

prof: owh, boleh jugak. brape awak jual?

aku: sekilo rm2 je.

prof: oit, apsal murah? awek kaye ke?

aku: takdelah prof. saye tengok prof miskin. hehe.

prof: wuteverr

aku: amek la due paket ni.

prof: yela2.. (sambil menghulur rm2 kat aku)

aku: thank you prof

prof: saye bukan makan sangat ni. takde sape kat rumah. takpela, sayor ni nanti boleh la saye bagi makan kat arnab saye.

pergh... menusuk sial hati aku. punye laa penat aku tanam. nak bagi makan arnab je.

ikut hati memang aku nak nanges lah kan. aku sorang je yg tahu betape menyayat hatinye hati aku mase tuh. touching giler sial.

sedih. sampai ke hari ni.

takpelah pis. anak yatim punye pasal.





i'm not perfec.

Hilang tapi sudah ade balek

sorry la.tapi aku memang nak citer siket. 2 3 menjak memang aku malas siket nak menulis dlm blog (mesti korang malas nak bace kan. dilema seorang penulis blog yg tiade pembace), xde motivasi langsung aku nak menulis. tak tau la, rase macam malas je. tulis tak tulis xde beze pon.

tapi tak kesah la. mulai sekarang, aku pasang niat, aku menulis utk rekod aku. biarlah takde orang bace pon, biarlah aku sorang je yang syok sendiri menulis, yang penting aku syok menulis kan?

shit. cakap sorang-sorang lagi.

jadi, lepas dekat 5 bulan tak menulis ni.aku sebenarnye, sebok mengumpul material (haha) utk penulisan blog ni. dah banyak tempat dah aku pergi untuk mendapatkan idea2 baru utk diletakkan sebagai posting dlm blog aku. banyak tempat la sgt! kedai mamak je.

lepak punye lepak, cakap dgn orang sana sini. sekali aku pon terpikir, Shit.. kalau aku letak dalam blog ni mesti best. tapi lupe pulak. aku menulis ni utk diri aku sendiri.bukan ade orang bace pon.(sedih tak ayat ni?).senang2 bile dah lame sikit nnti, boleh laa aku tersengih sorang2 bile bace balik penulisan aku ni. (pathetic siyal)

no turning back! the writings will go on!


i'm not perfec.

Monday, May 19, 2008

kangkang sana, kangkang sini

"elow, jimmy.boleh datang rumah saya tak? banyak lampu rosak la.."

aku call pukul 10 pagi, pukul 5 ptg baru die sampai. bertuah punye jimmy. banyak rumah katanya..

"abang, itu lampu aa.. kangkang takda menyala ke?"

kangkang takda menyala?siape yang kangkang ni...?

"kangkang die punya starter tu suda rosak"

"saya kangkang datang sini.ada juga laa dulu"


ape kau mengarut ni jimmy? kadang-kadang laa bukan kangkang. hadui...bahaya ni.cube kalau die cakap dengan customer pompuan.


"kakak, kangkang a.. saya masuk situ"

hahaha



i'm not perfec.

Sunday, May 18, 2008

Colombo.London.Paris

akhirnya..

Paris, belakang tu menara ape ntah

bg lecture kat student Oxford.


sakai lompat, tower bridge London

present paper kat Commentwealth Secretariat,Marlborough House.London. perempuan afrika ramai keje sini mcm kakak yang baju hijau ni. Barbara dari Nigeria

Lompat lagi kat Trafalgar square

ingat tak dulu aku ade citer yang aku n classmate nak pi london? kami jual donut, jual kerepek, cari sponsor sana sini n macam2 lagi. prosesnye lame, dekat d2 tahon jugak nak sampai ke london, meeting sana, konflik sini, tak cukup duit, hati susah, tak prepare n macam2 lagi masalah.





tiket kapalterbang pon problem, MAS kami tak mampu. akhirnye sekali kami naik Air Lankan. dan akan bermalam kat Colombo, Sri Lanka untuk satu malam. Sri Lanka mmg terkenal dengan bom sana bom sininya.





seminggu sebelom pergi kami kene harung final exam, dalam mase yang same kene prepare untuk official program kat sane. dengan Oxford Uni, Brunel Uni dan juge Commentwealth secrtaeriate.





dengan bajet yg tersangat laa limited, kami redah juga. segala perbelanjaan di minimakan. kalau nak tahu, sempat juga kami jejakkan kaki ke Paris. ade rakan yang tak cukup duit, kami sama-sama cukup cukupkan. kami memang benar benar 'kami'.





lawatan ini memang best. susah nak gambarkan. tapi bila dikenang kenang kembali, memang seronok. tak cukup hari sebenarnya.











'm not perfec.

Saturday, April 12, 2008

love is..

love is always through actions and thoughts, and not through numerous hugging kissings PDA pics and dramatic declarations.
samarinda boleh la~!


i'm not perfec.

Sunday, April 06, 2008

terime cinte



megat: weh, weh... kau nampak tak awek cun melintas tadi?

syaimi: nampak la... cun giler. yang kau terkedek2 bagi die gule2 tu apsal?

megat: die suke aku la.. konfirm..

syaimi: kau ni, jgn mengarot la..apsal pulak.. tak sedar diri kau tu rempit e pangkoh limo.

megat: ah.. kau ni jeles. die suke aku laa..

syaimi:. ape masalah kau ni.. apesal pulak?

megat: die amek gule2 yang aku bagi tu..

syaimi: la.. tak kan pasal tu kau cakap die suke kau.

megat: aku bagi die gule2 HACKS la..

syaimi: huh?

megat: Harap Awak Cinta Kan Saya! H.A.C.K.S!!!

Syaimi: whatever...

hacks.. bukan stakat melegakan tekak, malah boleh buat bertekak.



i'm not perfec.

Monday, March 31, 2008

cemas

adi : aku

samem: abg aku

kak non : kakak ipar aku.


pada suatu pagi, semasa sedang tidur. tibe henset ku mengeluarkan lagu "begitu indah" dari padi. sape laa yang call ni..

aku; elo..

samem: adi, ni abang ni. abang nak pegi indon sebulan. skrang abang kat airpot. kau tolong tgk2 kan kak non kau tu. aku dah bagitau die, kalau ade ape2 inform kat kau..

aku ; okay bang. no problem lah..

aku terpikir.. problem semcm ape kah rasenye sampai nak mintak tolong kat aku. sebab jarang2 kak non ni ade problem. setau aku la..bukannye ade ape pon. tapi kadang2 boleh jadi jugak .. sebab duo orang anak sedare aku ni memang nakal ya rabbi pon kdg2.


selang 5 hari

kak non call aku. mase tu aku tgh tgk Akademi Al qur an. dlm pukol 10 malam.

kak non : adi, tgh buat ape. free tak?

adi ; free jer. ade ape kak. ade problem masalah kesulitan ke?

kak non: ni.. ha.. kat dalam dapur ni.. ade.. ade katak. kakak takot la.. dari pagi tadi lagi ha.. kakak bawak anak2 makan kat luar je hari ni. tak brani nak masak. xleh nak masok dapor. tolong kakak boleh tak adi.

adi: ya allah.. ye ke... haiyoyy... (gelak laa jugak smenanye...)

aku pon bergegas menyiapkan diri dengan sluar askar, mencelorengkan muke dengan arang, kepale yg diikat dengan kain merah dan juge peluru AK 47 dalam 3 kotak bnyknye..


abang, aku akan berbakti. yeehaaa! sambil memacu si MIMI, kude hitam peliharaan ku.


i'm not perfec.

Saturday, March 29, 2008

5 bijik seringget : Pak Man the man


karipap pak man, memang karipap paleng legend kat tempat aku. memang sedap, puashati dan mampu membuatkan anda tersenyum sambil memejamkan mata merasai keenakkan karipap itu.

kombinasi kulit karipap yg ummph..ummph yang enak dimakan begitu saja. persefahaman yang tinggi antara daging dan kentang dalam perisa kari membuatkan anda betol2 rasa lapang hati memakan karipap pak man.

jadi, kalau petang2 aku akan cube mencari duit2 syilling yang slalu berada di lokasi2.. di atas meja, di dalam kereta, dan kat mane2 shj yang mak bapak aku tinggalkan duit syilling mereka.


ini bukan karipap pak man

agak2 cukup rm1.20. aku dah boleh senang hati melangkah pergi membeli karipap pakman. seringget untuk beli karipap,lagi doplosen aku buat beli apollo.. yeah!

pak man pulak memang jenis seorang yang mesra. aku dah tak ingat mcm mane die bergurau dgn aku. tetapi pak man memang seorang yang baik hati dan senang di dampingi. sekaligus membuatkan kuih2 pak man juga menjadi semakin sedap dan lazat. dari segi fakta, kuih pak man memang sedap. selain karipap, banyak juge kuih2 yang dihasilkan oleh pak man menduduki carta kuih paleng legend dlm kelas2 yang tersendiri. seperti kuih donut (lembut dan sempurna), kuih pelita/sampan ( santan die memang pekat, yg bhgn hijau tu rase pandan manis yang walla!) dan bermacam2 kuih lagi..


tapi...

itu semua dulu. cerita mase aku budak2 dulu.

sekarang mane nak dapat karipap seringget dapat 5 bijik?tak dapat jek. last aku pegi pasar serdang hari tu pon, kuih, 5 bijik rm2. harge barang sume dah naek. tak macam dulu. mane lagi nak jumpe karipap yang ade inti daging? tak dapat jek.itupon nasib baik die letak kentang, kdg2 die letak keledek je. kentang dah mahal. those were the days..

pak man still mcm dulu, cume lagi tua. tapak gerainye masih kat situ, kat tepi surau situ. customer pon maseh maintain banyaknye. kuih2 pak man maseh sedap macam dulu. mungkin kecik saiznye sikit.. aku tak tau. kalau yer pon kecik, aku paham. diorang jual kuih bukan boleh kaye pon, setakat nak cukup makan untuk hidup. everytime aku lalu, pak man akan angkat tangannye kat aku. die masih ingat aku. mungkin bezanye dulu, aku datang jalan kaki, tgh panas, amek duit baki pon tak tau, sluar kaler hijau, baju kaler merah, muke hitam sbb maen panas, comot. tapi kalau ade rezki, kdg2 aku boleh simpan doplosen lepas beli karipap.. sebab pak man blanje aku apollo.

pak man..






i'm not perfec.

Tuesday, March 25, 2008

bener kah?

zaman skarang ni nak edit gambar memang laa tade hal. tapi.. aku pon tatau la. kalau ye pon name mamat ni batman aku memang tak terkejut.

sbb aku sendiri pernah jumpe budak yang name bapak die KINGKONG, mase aku konvo diploma 2 tahon lepas.

dulu kat sekolah aku ade budak name bapak die salah. aku pon tak paham macam mane name bapak die boleh salah. aku tak salahkan sesiape pon. kesian encik. Salah dan kesian juge anak kepade anak En. Salah itu. budak tu berbintikan Salah@Saleh.

dulu mase aku keje kat Bank perwira affin. aku kene bagi buku akaun kat student UITM. mase tu aku form 3. dah lame dah. ade satu buku tu aku jumpe name bapak die Megat Vehicle.




i'm not perfec.

Sunday, March 16, 2008

zaman kurus dulu, aku buat video

Thursday, February 21, 2008

the night

my college dinner

dewan sri endon putrajaya

Tan Sri Rozali ismail, ceo puncak niaga n pro chancellor UPM



i was so nervous, i can't stop tapping my leg



yang sebelah kanan tu, gorgeous!


this is why i was too busy.. apart from other commitments that i have to fulfill.


i'm not perfec.

Wednesday, February 20, 2008

hantu

seperti yang anda sudah maklum ataupon belom maklum, aku study kat UPM. aku tinggal di dalam sebuah kolej dan di kolej aku pegang satu jawatan. tugas aku ialah untuk mengawal selia dan mengurus perihal student yang mendiami 4 blok di kolej itu.

blok dilemma diduduki oleh penghuni lelaki. manakala blok cermin, balak dan keranjang adalah blok perempuan.



sejak kebelakangan ini kecoh ttg kejadian ade orang ketok pintu dlm pukul 3,4 pagi di blok budak pompuan.mengikut ceritanya.. nama tuan bilik itu dipanggil oleh satu suara, dan disebabkan sangat takut jadi budak2 pompuan ni takut nak bukak pintu. nama mereka disebut oleh makhluk ni sebab pada setiap pintu budak pompuan letakkan gambar n nama mereka sbg pengenalan untuk penghuni blok. dan dimaklumkan lagi, tak de pulak terdengar bunyi orang berjalan atau ape, cume bunyi ketukan pintu dan nama penghuni bilik yang dipanggil seperti menyuruh membuka pintu.

kejadian ni semakin menjadi-jadi berlaku. satu malam sampai 4 kes bilik budak pompuan yg dikacau. anehnye kejadian ini berlaku di due blok pompuan je, iaitu blok cermin dan balak. blok keranjang tak kene.

jadi sebab takut name diorang dipanggil, budak2 pompuan ini cabut segale name n gambar diorang yg ditampal dipintu bilik masing-masing. tiap2 hari ade je kes yang dilaporkan kat aku. aku pon xtau nak cakap ape, bacaan yassin dibuat setiap malam di dalam blok mengikut aras. tapi pelik kenape ade makhluk ini yang dikacaunye.

pada suatu hari ketua blok keranjang datang jumpe aku. die bagitau ade budak yang kene kacau malam tadi..

shida (bukan name dlm frenster) bgtau yang pada pukul 6 pagi ade lembaga misteri berkain puteh dan berkepale merah, mengetuk2 dan memanggil name budak ni.. budak ni takut untuk bukak pintu. tapi lembage ni terus mengetuk pintu bilik itu. pastu budak ni pon memberanikan diri untuk bukak jugak pintu tu. pintu itu dibukak, pastu budak ni ternampak lembage puteh yang berhelmet, mengilai dan kemudiannya melarikan diri. apabila ditanya kat budak pompuan tu, bagaimana rupa lembaga tu, budak tu tak dapat menjawab sebab die kate die tak nampak rupe sebenar lembaga tu. sejak kejadian tu, budak tu demam panas dan kemudiannya dihantar ke Pusat Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

kejadian ini menjadi begitu mistirius. aku tak dapat tidur lena memikirkan ttg kejadian yang berlaku. apakah lembaga itu dan bagaimana nak menangkapnya.

setelah 3 hari mengalami mencari jawapan.. tiba2 shida dtg jumpa aku dgn muka yang tersengih2..

aku bertanye, "apakah masalah saudari ini?"

shida menjawab" hehe.. sebenarnyekan..hehe.. lembage tu.. ade kawan budak tu yang menyamar nak sakat budak yng demam tu. die pakai telekong pastu pakai helmet motor. tak sangke pulak sampai demam. ni pon sebab rase bersalah die, die mengaku."

aku pon terus mengkarate tiang lampu yang berada di tempat motorsikal itu kepada 8 bahagian.

tammat sudda...

i'm not perfec.

Thursday, February 07, 2008

thank you

i'm not perfec.

bertuah kau William

aku nak citer satu kedai makan ni. makanan die memang superb terbaek, dah laa banyak melimpah ruah.. harge die memang tak berpatutan. murah laa kot kalau diikut pasaran semasa.

aku suka makan kat tempat ni, sbb gerenti kenyang. kalau tgh lapar gile bye bye.. memang tempat ni paleng afdhal nak mengenyangkan diri.

citer pasal cheese nan die pon dah cukup.

roti tu disumbat cukup2 dgn cheese macam mulut kak jah yang kuat mengumpat tu dikasi tutup dengan blender cili. korang bleh tengok kat dapor william, cara pekerjanya menyediakan cheese nan. segenggam cheese disumbat2kan lagi macam waktu petang orang balik kerje kat klcc naik lrt. prinsipnya mungkin.. biar terlebih dengan cheese jgn terkurang. terbaek ke ape.

kalau nak banding dengan tempat lain. cheese untuk cheese nan tu hanyelah sekeping cheddar cheese. pastu di charge nye kite rm4.

kat william lain., dah laa die bagi pilihan untuk cheese tu. samada anda nak cheese:
  1. cheddar
  2. parmesan
  3. blue cheese
  4. mozarella
baru je rm 7 campor dengan kuah dal n kari. memang kenyang, terbaik dan sampai bukak butang sluar sebab perot dah teroverload.






william ni pulak boleh tahan jugak terkenal dengan loyar buroknye tapi die ni friendly and down to earth.

satu cerite william dan sekeping nan cheese.

member aku bawak kakak die yang tak pernah datang ke kedai william ni. time nak amek order, si william datang ke meje kami..

kakak "erm.. nak makan ape eh kat sini, ade mcm2 ke kat sini?"

alep "macam2 ade, order je. try laa rase nan dier."

kakak" erm.. william. kat sini nan ape yang ade?"

(jawapan william, short n simple je)

william "none of my bussiness"

loyar burok punye william. kami pon bergelak manja dan tersenyum sinis dengan keletah william.

(dlm hati mau disumbat juge slipa asadi ni kat mulut william. boleh tahan klaka apek sorang ni..)


incase kau bace blog aku ni william. aku tuntut royalty sbb dah 'up'kan kedai kau ni.

i'm not perfec.

Monday, February 04, 2008

haunting


center.peace.serenity






i'm not perfec.

Saturday, January 19, 2008

bercakap dgn orang yang suke cakap blakang



kusut. 2, 3 hari ni kusut.

makin hari makin panjang. kene potong ni. bertambah kusut nanti, x pasal2 kene rebonding nanti


lepas abis cuci kereta, aku pinjam motor abah aku dan merempit ke destinasi.mase tu pagi dalam pukul 10. aku tak mandi.malas pulak.

aku "kasi trim aa.."
die" mau kasi pacak? pacak la. ini fesyen baru woo"

aku "aa.. boleh laa, pandai2 u laa, tepi kasi mesin aa"

die" saya tau laa. sapa gunting, saya awak?"

aku "aa.. okay" (sambil tersenyum sinis dgn gigi tak bergosok"


setelah menggunting sana-sini.

die" amacam?"
aku " aa.. okay la ni.tak cukur ka?"

die" dey, sapa gunting?saya, awak? sini tada cepat2. ini kedai, tutop supuluh stengah malam.."

aku"aa.. sory la. takut lupa"
die 'mana lupa.ini kirja saya.sapa gunting? saya, awak?"

(cibai die ni,asek kene sound je. aku ni customer ke anak die?)

aku "depan kasi gunting"
die" tak mau la adek, tara cantek laa"
aku" dey, sapa punya rambut? saya ke awak?"
die"aiyo, sory laa kawan.you punya rambut, saya gunting laa"


(amek kau)



i'm not perfec.

Monday, January 14, 2008

kenduri kawen





sejak dari pukul 6 pagi aku dah msg budak2, kite gerak pilahdeplhia pukul 8 sperti yang dijanjikan sewaktu mamak session smlm. tapi haram budak2 ni..TAK bangon. aku pulak tak tido2, tak boleh tdo.
xtau laa. bile badan penat sangat di tambah pula kerinduan yang melanda hati pada kekaseh membuak2.

10 pagi aku ger. nak jimat punye pasal naik laa 850 turbo charge aku. walopon dah diberi peringatan yang keter laju camni memang hamjadah takde aircon, sbb semua tenaga dan pembakaran minyak ditujukan kepada prestasi kuasa enjin dan tidak ade sedikitpon peruntukan untuk bahagaian siti hawa atau pon pendingin hawa. apetah lagi hawa nafsu untuk kekal di dalam iklim selesa dan nyaman.

kami tabah. sambil menyanyikan lagu hujan dan harap2 hujan tak turun dengan lebat, kalau tidak nahas aku dalam keter yang berkabus akibat siti hawa tak tumpang skali dan takde pendingin hawa.



dlm kul seblas. aku sampai pilah. tapi ontheway tu aku dah nampak sawah dan trus menyatakan visi aku kepada amran dan azam bahwa kita akan bergambar disana. yeah!

sampai, je orang ramai. sronok tgk suasana kenduri ni. awek baj kur. pakcik2 makcik2 yang kengkadang terlebih peramah menyapa kita. layan jer. eksotik sket pergi tempat yang laen ni dgn bahasa dan budaya yang berlainan. orang nogoghi.



alhamdulillah, kakak alep slamat kawen. dan kakak alep menyatakan kontrak untuk trus memberi kebenaran membuat persidangan di markas kami seperti biasa. fuh!! kami jamin ia tak akan menganggu institusi kelaurga yang baru tertubuh itu.




bergambar sana. bergambar sini. nampak budak kecik. nampak pengantin. nampak crowd.nampak awek cun, owh.. tak nampak pulak. nampak orang tgh makan.. snap!snap!snap!


last skali singgah sawah. aku bagi azam dan amran untuk mulakan sesi penggambaran. sampai turn aku...




BATERI HABIS!!!

aku pon terus melafazkan ayat2 suci al-quran bagi menenangkan diri



TAMMAT



i'm not perfec.

Sunday, January 06, 2008

tak lawak

kasi murah kalkulator encik tabo..


kanggaroo patahkan shin guard amar..






angkara friendster. maafkan daku

aku sadari sejak keberadaan friendster aku cenderung untu menghabisin masa ku di sana, aku jga sadari aku bercakap bahasanya indonesia.brengset!! pecahkan saja gelasnya biar terdera. ada jaring labah2 di tembok keraton... loeh. apaan aku ni sih?

tu laa pasal. buang mase laa frienster ni. ni ade yang baru pulak facebook. tak pasal nak main dodgeball, poker , vampire itu laa dan ini laa. serabot aku.

jis utama yang ingin aku sampaikan disini ialah, blog ini yang semakin ditinggalkan. kasihan die.

sebagai antara resolusi 2008, aku berjanji akan rajin menulis pada setiap minggu! yeeha!!



i'm not perfec.

Saturday, January 05, 2008

kondifen terlebih!!

" jangan bermaen kata" kerana padahnya memakan diri.

konfiden memang diperlukan oleh seseorang. memang perlu pon konfiden ni. tapi kalau dah terlebih konfiden n too high of self esteem boleh juge membawe padah dan kemaluan yang terlampau.

bak kate member aku azam, seorang hussla ayat-ayat pujangga dan mamat quote of the day..
"there's a fine line between confidence and over confidence." genius!

cerita 1.

aku ngn kengkawan plan satu trip utk bercamping di jande baek pahang. aku dan seramai 5 orang kawan yang laen. jadi malam sebelum bertolak, ktorang shopping dulu kat tesco, beli ayam, itik, marinate souce, burger, aiskrim, rokok, itu dan juge ini. dan seorang kawan aku yang bername dahlan zainuddin mat don (bukan name sebenar) folo skali, walopon die tak ikut pergi camping kat jande baek ni.

lepas dah beli barang sume, dengan mengangkot plastik beg nak bawak masuk dalam van, si dahlan pon berkate..

dahlan" ala,, bestnye korang dapat pegi convocation esok..."

aku" convocation apekeJDnye kau ni?"

dahlan" yela, aku tak dapat folo korang pegi convocation kat jande baek.frust ni..."

aku " ........................ (sambil memandang bono dengan ke'jam'man seketike).."

smorang ".......................(selame beberapa detik)"


aku" kelakar ke ape kau nii? bukan concvocation laa.! vacation!"

dah, ape lagi bantai gelak laa smorang..

bono" sengal laa dahlan ni, naseb baek kite tak bawak di, habis mati gelak je esok kang!"



cerite 2.

seorang kawan skolah. dah lame tak jumpe. pastu kat satu openhse, terjumpe si Ahmad boestamam ini (obviously bukan name sebenar).die ni cam nyah lembut2 skit.

tamam " hey, guys.. lamenye i tak jumpe u all.."

alep " tu la pasal, kau buat ape sekrang?"

setelah diselang beberape dialog........

tamam" hey, u guys dah rase dah property burger mcD tu?"

aku " property burger? (dalam hati)"

ni lagi sorang mamat kelakar. bile mase pulak mcD kuarkan property burger? prosperity ade laa..

tapi si tamam ni, memang konfiden level die tinggi, ni salah satu contoh lawak die laa. aku pon dah lost count brape banyak lawak die dah buat sebab tahap kekonfidenan yang tinggi die ni...diploma jadi dipolma.. ntah buku cerite ape ntah yang die bace, takpon mungkin cikgu yang mengajar matapelajaran BI kat skolah dah malas nak layan mamat ni..



cerite 3

s " wei, korang ade nak beli keter tak?member aku jual kete laa.."

w " kete ape? condition okay?"

S" nissan sunny kot, dah lame jugak laa.. Condition takde, dah rosak. gas habis kot........"

giler ape kete.. condition takde?

cerite 4

lagu usher
, ade tajuk lagu die ni.. confesssion n confession part two..

arep... turun dari motor n datang ke kawasan pelepakkan hariannye, sambil menyanyi...

"this is my convention... (patutnye confession)"


CONFIDENT!!!!!!!!!

saket otak.


i'm not perfec.