Friday, December 22, 2006

aku, kau dan semua kena bayar tol

tol naik lagi!!!

satu lagi projek kerajaan barisan nasional

saye tidak setuju tol naik hanye 60% sahaje bermula 1 januari 2007. patut naik sampai 300%. bukan ape, malulah kan kat negare orang lain. harge tol kite kan adelah salah satu yg terendah dirantau ini. nanti negara lain fikir, jalan raye kat negare kite ni buruk dan tak selesa.

Bak kate Sammy no value
"rakyat perlu bayar tol jika mahu selesa dijalan raya"

kita ikuti pendapat pengguna jalan raya setelah harga tol dinaikkan

lily maizura, 28 thn, kerani
" setelah melalui jalan raya yg baru sahaja dinaik kan tol ini, saya berasa sedikit miskin. tapi takpe, bersyukurlah. harge tol kite masih lagi ditahap yg rendah. perjalanan tadi amat selesa, jalan yang jammed tiap2 hari benar2 mengurangkan stress yg dialami ketika mahu pulang dan juga ketika mahu pergi ke kerja, terima kasih pak lah kerana prihatin kpd rakyat jelata"


leong mun see, 48 thn, pemandu teksi
"saya belasa amat berbesat hati dan gembile kelana kelajaan telah menaikkan harga tol. walaupon tidak didedahkan kepada rakyat ttg peljanjian konsesi, keuntungan konsesi dan lapolan tahunan. kelajaan juga maseh itu aa... gagal mengkasi itu bukti untuk menunjukkan itu...meleka i mean itu kelajaan telus, tlanspelen dan juga betul2 beljuang untuk memastikan talaf hidup lakyat dan keselesaan teljamin. tapi saya amat konfiden aa.. talak ada lagu-lagu (ragu-ragu) sebab aa.. itu paklah aa.. manyak kuat semayang punya olang. dia itu pencetus Islam hadhari. itu pasal aa.. saya manyak pecaya sama lia wo."

saya bercita2 dan memasang hajat agar harga minyak dinaikkan lagi kerana kenaikan 30 sen itu masih lagi yang terendah di rantau ini. camne nak 'duduk same rendah, berdiri same tinggi" dgn negara2 lain sperti thailand dan singapore. tak leh jadi ni. ketinggalan kite dibuatnye.malu lah. alaa hari tu pon naik 30 sen je.ape yg nak kecoh2? ni duit laa. bukan boleh bawak mati. harge barang pun dah mahal, walaupon kerajaan dah janji dapat kawal kenaikan harge.pandai2 laa berjimat.

bak kate najib. "ubah laa care hidup tu". kalau dulu makan tambah nasik due kali, lepas ni takyah tambah. kalau dulu bagi duit kat anak rm1 sehari. sekarang bagi laa 70 sen je. kalau dulu baju kurung nak raye 2 helai. skrg, pakai laa baju tahun lepas. kalau dulu bawak femili pegi makan sedap kat luar sebulan sekali.lepas ni setahun sekali cukupla.. ubah laa care hidup tu. susah ke?

cara hidup inilah yang dimaksudkan
i'm not perfec.

umno dan rasuah



umno dan rasuah adalah satu sebatian. semunya digerakkan dengan menggunakan duit. kalau betul nak memperjuangkan hak orang melayu, ianya boleh dilaksanakan dengan kejujuran, pengorbanan dan semangat ingin melihat bangsa maju dan dihormati.

rm600 juta diagihkan oleh paklah kepada semua bahagian umno di negara. rm600 juta? untuk apa? untuk menang pilihanraye ke? nak menang pilihanraya punye pasal nak kene ade rm600 juta? untuk membeli pengundi ke? untuk kempen besar besaran ke? untuk buat majlis meraikan kemenangan dalam pilihan raye ke? betul punye takut smapai perlukan rm600 juta utk memenangi hati rakyat? kalau betul kerajaan sekarang ni betul bagus, jujur, telus dan 'islam hadhari', apekah perlu rm600 juta itu digunakan. eh, tunggu jap. rm 600 juta itu duit kerajaan, duit umno atau duit rakyat? tidak ke bernas cadangan ini, jika rm600 juta itu digunakan untuk membiayai subsidi minyak. itu adelah salah satu dari contoh cadangan.saye agak hairan dgn tahap kebijaksanaan kerajaan.

isu-isu seperti :
  • istana zakaria
  • melantik anak menantu sendiri dalam dlm majlis kerajaan tempatan
  • campur tangan ahli parlimen dalam isu balak
  • kereta mewah dan kastam
  • dakwaan skandal khalwat senator selangor
  • pembelian banglo mewah oleh kerajaan negeri utk ahli exco
semua isu ini melibatkan org2 tak gune dalam umno. isu mane yang boleh dikaitakan untuk memperjuangkan isu hak orang melayu? adekah ini contoh islam hadhari?

kes-kes rasuah, khalwat, seks, hidup mewah ttp diragui halalnye, kenaikan tol dan minyak yang membebankan dan mengsempitkan lagi hidup rakyat jelata sudah dianggap sebagai satu kebiasaan oleh rakyat. kebiasaaan..

"ala biaselah tu.. orang politik"
"biase la tu, kau nak bising2 pon nak buat ape. ape yg kau boleh buat?"

rasuah, khalwat, kaye tak pasal2 bende biase!? you must be joking man. biase ke? tak islam hadhari lah camni.

kes tan sri isa samad.

dia ( tak perlu gunekan beliau, orang yg terlibat dalam rasuah adelah org yg hina dan patut dikeji) dinasihatkan utk meletakkan jawatan dalam umno setelah didapati merasuah atau melobi ahli2 umno yang lain utk menang kerusi.

ape paklah jawab?
"ini adelah MASALAH DALAMAN di dalam umno"

tak boleh ke die jawab
" masalah ini amat merisaukan saye kerana ianya boleh menjejaskan maruah org melayu, maruah agama Islam dan maruah negara. negara ini tidak boleh dipimpin oleh seorang pemerintah yang mengamalkan rasuah. ini bukan Islam hadhari namenye. rasuah adelah satu dosa besar yang ditegah oleh Allah swt. pemimpin ini harus dihukum dgn berat. die perlulah disiasat dgn teliti samada utk memastikan die pernah mengamalkan rasuah yg lain sebelum ini. memberi dan menerima rasuah adalah satu kesalahan. kita akan membuang dan menghukum penjara kepada ahli Umno yang terlibat menerima rasuah dan Tan Sri Isa Samad. saya tak kesah jika 5 ribu ahli umno yg di dapati menerima rasuah dibuang dari parti umno. yang penting parti kita bersih dan islam hadhari! saya berasa amat malu sebagai presiden umno, sbg perdana menteri dan juga sebagai seorang pemimpin Islam. saya kecewa"

kesimpulan

jangan jadi bodoh, mengundi dan melantik orang yang bodoh, tamak, tak takut api neraka, kaut rasuah, pentingkan kekayaan sendiri dan yang tak Islam Hadhari.

jgn bersubahat dgn orang2 sperti ini.



i'm not perfec.00

Wednesday, December 13, 2006

in the state of sangapness

cuti...haiyo. giler bangkai dok kat rumah. sangap memang tak boleh nak diblahkan lagi. cuti time ni memang paling hambar skali. pikir2 balik ketidakadeape2an utk dilakukan ni boleh menyebabkan kematian. memang takleh blah la.. tak tau lagi camner nak citer






duit takde. tapi, hati mau joli. dok rumah pon perlukan duit ape. nak lepak, minom teh tarik, itu ini. nak lepak kene ade transport. ade transport tapi takde minyak pon tak gune gak.nak kene qade minyak. nak lepak takkan laa nak lepak sensorang. nak kene ade member. nak ade member kene laa ajak. nak ajak, kene laa ade sistem dan alat telekomunikasi. alat komunikasi pulak kene laa berfungsi dengan lancar. nak lancar kene laa ade kredit. nak topup kene pakai duit yang oi.

naseb baik aku takde awek. takkan laa kluar ngan awek nak blanje makan pasir. takkan nak carik awek yg jenis makan pasir kot. kalau awek anak tokey pasir tak pe gak. kaye dowh!

jadi skrg aku ingin nak membuat pemberitahuan, aku ingin pekerjaan. mane2 jawatan CEO yang kosong bolehlah dikasi tau kepade aku. gaji kalau bleh 5 digit. kwsp n socso kene ade. ade overtime. transport n driver kasi siap. elaun makan, elaun minyak, elaun lepak, elaun henpong and elaun joli (utk berfoya-foya) kene ade. kalau tak, jgn harap aku nak kerje.

jadi kepade mereka yg ade maklumat ttg tawaran kerje berkenaan boleh laa memaklumkan kepade saye.

sekian tenkiu.i miss u too.


i'm not perfec.

penyesalan dan jika


jika kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

walau emas setinggi gunung

kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung


i'm not perfec.

mind your language

spot the "your stupidity is so oustanding".



slumber diorang je kan tulis camni. mak diorang tak marah ke rasenye anak die buat iklan camni?




i'm not perfec.

wanted






2 juveniles

-suke korek hidung
-running riot and tantrums
-boroi
-like to act cuddly
-busuk



i'm not perfec.

Bandung family trip


priceless moments






family=everything



i'm not perfec.

Thursday, December 07, 2006

CINTA sebuah kisah tentang kasih





saya suka filem ini.

sinematografi, pilihan lagu soundtrack, qualiti gambar dan ceritanya sendiri patut dipuji.

saya bangga dengan kemampuan dan pencapaian filem ini.







pada akhir cerita ini, saya telah bertepuk tangan kerana rasa puati.

CINTA memang 'puati'.

lagi seronok kalau dapat tengok dgn orang yang dicintai disebelah menemani anda.

lawati cinta

you know you are in love
when you see the world in her eyes
and her eyes everywhere in the world



ain't no cheap love

i'm not perfec.

tips untuk menjadi pelajar cemerlang



gagal kerana sering tak dapat A dalam exam? terase bodo cam lembu dikalangan rakan2? kene marah ngn makabah sebab tak cemerlang dalam final?

jgn risau.aku ade tips untuk mengatasi masalah anda.

dunie ni memang penuh dgn masalah. masalah hidup, masalah pelajaran, masalah putus cinta, masalah perut buncit dan bermacam2 masalah lagi.

tapi semue masalah, konfirmation pasti ade jalan penyelesaiannya. sbg contoh.. kalau lapar, makan. kalau dahaga, minum. kalau rambut buruk, pergi la saloon. kalau penat jalan kaki, naik kete. kalau dah tau tak hensem, takyah la nak ngorat awek yg nak boyfren yg hensem. kalau tak tahu, tanyela. kalau nak kene tumbuk, tanye la banyak2 kali sampai orang yg ditanyakan naik hangin.

simple kan?

jadi kalau tau nak dapat A dlm pelajaran. belajar la.

memang sakit hati la kalau aku tulis camni kan? korang musti tak puatinyer. sabar dulu, aku blom abih tulis lagi ni.

kat meshia ni senang je. untuk jadi pelajar yang cemerlang yg paling utama skali. skill MENGHAFAL perlu oustanding. maknenye boleh menguasai hikmat menghafal dengan flying colours.

mengikut pengalaman aku. kenape aku sering gagal untuk 'mengembangkan' hidung mak abah aku dalam arena pembelajaran ni adelah kerana aku malas gila nak menghafal. padahal senang gila nak dapat A.

ni ikot pengalaman aku. step2 nak score A dlm study.

1.beli buku yang disarankan oleh lecturer.
2.make sure attendencies melayakkan anda mengambil final. tak kesah la korang nak ponteng class ke. nak suruh org lain signkan attendence. nak pakai double ke. nak jujur dtg ke setiap klass ke ape.
3.baca buku (mulekan dgn bismillah dan doa nak blajar)
4.hafal isi kandungan buku tu.
5.hafal lagi.
6. pakse diri hafal setiap kandungan buku tu.
7.hafal lagi dan lagi.sampai dah takde bende yang nak dihafalkan lagi. (nak daat A ke tak ni?)
8.pergi ambil exam. jgn tak hafal pulak name dan nombor matrix.
9.luahkan kembali ape yang korang hafalkan itu.
10. tada!!



dapat lah korang A dan kalau gempak lagi tambah 2 bintang kat atas A tu.

pemikiran kritis dan kreatif?? duh uh!tak perlu ambil peduli.

simple kan?

tapi ade orang kata. belajar ilmu dgn ikhlas untuk digunekan dalam kehidupan harian dgn belajar ilmu untuk dpt cemerlang dlm final adelah berbeza. seriously kan, kalau korang blajar untuk prekse. abis prekse je banyak yang korang hafal tu hilang camtu jer, berbanding dgn blajar untuk digunekan dalam kehidupan seharian.sampai mati ingat.

saye agak bersetuju dgn kate orang itu.


i'm not perfec.

motivated i am

assalamualaikum

tak perlu cakap sorry, sebab 'dear readers' aku rase, don't giv a damn pon aku update ke tak blog ni dgn entry2 bengong yang baru.

ta..pi, tadi. petang tadi. baru aku tahu, aku perlu update blog ni.perlu lah kot. tak sangke pulak. hahaha

sebenarnye, banyak gile bende nak tulis. tapi sperti biase, masalah yang sering dihadapi oleh bloggers untuk menulis blog mereka ialah bile diroang kat depan pc, jari jemari dah kat atas papan kekunci. hilang dah sumer ape perkare yg nak dituliskan dan yang nak dikongsi.

yerp, itu adelah salah satu daripade masalah aku. tetapi masalah utamanye ialah... standing fan kat pc umah aku ni telah dialihkan. jadi panas la. bile panas, malas pulak nak lepak lame2 dpn pc. evendo rumah aku wayarless, laptop ade.. tetapi aku malas nak guna iMac. leceh la malas blaja. adik aku ade laptop, tp die balik on weekends je. weekends aku cam kureng skit kegigihan nak menulis blog. ntahpapentah... fcuk it.

kesimpulannyer, aku dah lame tak tulis blog sebab... panas dowh! kipas takde.tapi takpe. ku gagahi jua!



i'm not perfec.

Sunday, October 22, 2006

ni satu lagi peristiwa ramdhan



bulan puase.jadi pukul 4 dan 5 tu memang dah lapo sangat dah. hefni bagi cadangan. aku pun seperti biase stuju je..nak memaksimakan kepuasan perut, aku pun turutkan aje perut ku ini. yg nak kenyang die. bukan aku. org dulu-dulu ade thoery, aku tak tahu la sejauh mane kasihahan dan ketepatan theory ini iaitu " kenyang perut, suka hati". benar kah? entah..


kul 6, aku dah sampai kat kl. hari ni menu NASI KANDAR YASEEN!!!!!! hao leng nga!

baru pukul 6, jd aku decide nak shopping sekadar mampu di tempat yg aku paleng mampu skali iaitu kat pasar bundle chow kit(choket). fyi, pasar bundle ni mmg btol2 kat tgh choket. ade jual baju, sluar n kasot bundle. beg pon ade gak.n macam2 lagi la..

yang menareknye bundle choket ni, diorang byk bundle specialist. contoh cam ade kedai yg jual, sluar jeans je, ade yang jaket je. ade yang Coat sahaja. ade yg sluar pendek je. ade yang kodroi je. bundle ni pulak banyak barang. harge pulak boleh tahan murah la.



tgh aku dok sebok2 mengusha-ngusha bundle..owh lupe plak nak citer, bapak ayam pon ramai kat situ. kebanyakannya cina la.india pon ade gak. most of them berumur dalam lingkungan 30 an. ha, sedang aku sebok membelek2 sluar. tibe2 datang apek sorang ni. bapak ayam la ni konfirm.

bapak ayam: hei, lu mau amoi ka? sabah. balu sampai ma..

aku : tak mau, tak mau (menggeleng2 kepale, sambil buat2 bz)

bapak ayam; 30 je ma. ini balu sampai punya!

aku : tak mau, saya puasa la.

bapak ayam; hokeh, takpala, kalau itu macam. lu lepas buka lu datang sini a, saya tunggu. lepas buka tau!

aku : wtf? (tak paham2 jugak apek ni).

(aku pon trus cau..die ingat aku tak nak sebab aku puase???????chi seng nga!)

i'm not perfec.

peristiwa ramadhan

masa: 4.47 minit petang
lokasi:dalam krete, otw balek dari baazar ramdhan
tarikh: lagi 3 minggu nak raya


adan, yong dan amran(driver krete)

adan: yong, ape lagi...bak la sini kebabaku. aku dah laa tak sahor pagi tadi.

yong: ye la, kejap la. awak bawak bertenang.usha line clear ke tak.

adan:panas sial hari ni. bak sini air tebu tu.slurp..slurpp...aah..
(sambil minum tertutup mata dek kerana nikmat tak hengat punye)

yong: eh, amran. tak kan menjeling jer? rase laa ayam percik ni.

amran: ah, kau jangan nak racun2 aku. aku nak puase penoh tahun ni.

yong: ala rase la.. penat je aku beli... rase laa, sikit je.. sikit je.. kayh?

amran: ah takde. aku nak puase penoh tahun ni!

yong: ye la. kan hari panas ni. jerebu pulak lagi tu. kalau tak nak rase ayam percik ni, rase la air tebu ni.

amran:kau punye pasal, aku minum la.air tebu takpe (slurpp..slirpp.) aku puase penuh makan je laa tahun ni. puase minum tak.

yong: korang ni. main buke je kan. lain kali, kite disunnatkan untuk berbuka dgn kurma. barulah dapat byk pahala.


adan & amran: ha ah dowh! terlupe plak.


-B.A.N.G.A.N.G-


i'm not perfec.

Saturday, October 21, 2006

h.a.n.g.i.n.g

f.o.r h.o.w l.o.n.g ?.?.?.?





i'm not perfec.

Monday, October 09, 2006

hazy mazy days



ni acara tahunan ke ape ni?

ah.. shit. datang lagi.
asap-asap tak berjemput dari jiran
berkepul-kepul kemari
jangankan belakang.. depan pun dah tak nampak dah nii

ape ni jiran?
timbang rasa lah sikit
ini bukan kali yang pertama
dah banyak kali sangat dah ni

kau bakar hutan
untuk tanaman
kau tanam tembakau dan cengkih
kau racik-racik, kau gulung, kau balut
pastu kau hisap.
kau hisap lagi, kau teruskan hisap
sebatang lepas sebatang.
lepas tu,
kau poskan asap tak berstem itu kemari.
yang senak dan sesak kami.


apa salah kami?
ape ni jiran, timbang rasa lah sikit.
bukan banyak pon.
sikit jer

hari tu singapura dah buat hal...
sekarang, kau pon nak join jugak?



i'm not perfec.

Sunday, October 01, 2006

Pasa O Rama




Pasa O Rama!!

pasar ramadhan stadium shah alam. check it out~





i'm not perfec.

Fiesta Cahaya Bulan



ini sebenarnye pesta tanglung.program ni pade mulenye menghadapi banyak songeh dari pihak HEP (hal ehwal pelajar). bersifat perkauman itu dan ini.

tapi papehal pon. it was a blast! serious, happening di luar jangkaan!

congrats to the top 5 n sumer AJK.


tp mmg amoi2 malam tu hot!! chuss....melecor!
i'm not perfec.

Saturday, September 30, 2006

syndrom anak dugong terdampar


dah brape hari dah kite berpuase? ntah, aku pon tak brape nak ingat sangat. fyi, aku memang fail dgn perkare2 yang melibatkan tarikh ni. ok la. senang citer mengikut pengiraan aku yang tak seberape tepat ni dah dekat 6 hari kite puase... atau baru 3 atau 4 hari je di kalangan kite ni yang puase.

yeap, seronok. suasane ramadhan ni lain sikit dari bulan2 islam yang lain. baru hari ke 2 ramadhan, dah ade budak kat kolej aku yang pasang lagu raye. giler ke ape? sampai ade member yang mengamuk dan marah kat budak yang pasang lagu raye tu. tak diketahuilah sangat apekah sebab member aku tu nak marah atau mengamuk, mungkin kerana perbuatan memasang lagu raye tu nampak seperti tidak menghormati bulan ramadhan, takpun sedih sangat takleh blah sebab tak dapat nak balik raye tahun ni. tu yang feeling lebih hingge menyebabkan kepade "emo".

syndrom anak dugong terdampar (SADT) itulah penyakit misteri yang sedang ku hidapi sepanjang ramadhan ini. simptom2nye jelas kelihatan 20 minit selepas waktu maghrib. waktu itu mulalah aku dirasuk dgn nafsu tidur yang memang susah nak dibendung. rase macam ade "dumbell" seberar 20 kg yang terletak kat kelopak mate aku ni.simptom laen pula ialah, apebila keadaan fizikal menjadi amat sukar untuk bergerak. pemalas jadinyer. nak bangun basoh tangan pon dah malas dan berat, sampai berhasrat untuk menyuruhkan kawan membasohkan tangan sendiri.

perut pula menjadi kembung secare tibe2.waktu itu, kelihatan tilam/katil dan bantal kelihatan seperti memanggil2.ngantuk, pemalas, berat.. itulah kalau dah makan terlebih sangat.berbuka macam tak pernah makan 2 bulan.

ade sekali tu, hefini ajak aku belasah nasik kandar yaseen kat k.L. pergh!! aku tak tahu ape mandrem yang mamak ni gune, mungkin akibat overdose "kas-kas". aku rase ngantuk yang memang takleh blah tak hengat dunie punye. penangan nasi kandar, memang stim "cannot gO"! nasib baik aku tak tergolek doque dari scooter hefni yang ku boncengi akibat dari rase kenyang dan ngantuk yang tak dapat dibendung lagi sewaktu dalam perjalanan pulang.kami ke kl semata2 untuk menikmati nasi kandar! punyelah murni tulus dan suci cita2 kami.

syndrom anak dugong terdampar(SADT) ini menyebabkan buku kedatangan ke surau/masjid ku ni kurang memberansangkan. mane taknye banyak tak hadir dari hadir. tetapi saudara/saudari dan saudagar jgnlah khawatir. bulan ramadhan ini tidak akan saye sia2kan begitu sahaja.

lepas berbuka je, smayang maghrib jap n then trus flat. tidor.sampai dekat pkol 12 malam then baru laa bangun. lepak dan lepak dan lepak.beribadat sket. sampai laa sahur, after subuh..collapse balik. jadi kelas or lecture "bye-bye"lah kan. so timing aku agak lari sikit dari org lain pade bulan ni.

tapi skrg berbuka kat mesjid, pon agak menarik jugak. selain daripada berpeluang menunaikan solat maghrib dgn awal, kite juge dapat berbuka dgn sunnah nabi. disamping itu. MAKAN FREE!! ayam dowh! kalau lebih boleh tapau, bawak balik untuk sahur nanti. setakat ni masjid putrajaya memang paling CHAMPION lah kan. tahniah!! clap. clap! clap!.

i'm not perfec.

Sunday, September 24, 2006

ketibaan Ramadhan




lepas syaaban.then now is Ramadhan. bulan ni agak lain sikit. ade aura. sejuk jer rasenye. tak tahu laa if aku sorang je yang rase.

ye twan2 dan pwan2. ramadhan is here. bulan yang SEPATUTNYA umat islam memfokus kepada perlaksanaan ibadah dan amal. bulan kurangnye makan. bulan yang sepatutnye di fully utilisedkan. bulan bonus. bulan yg dienuhi dgn kerahmatan dan ganjaran yang melimah ruah.

ta..pi.

bulan ni laa, bulan pesta makanan.segale macam makanan yg pelik2 dan jarang2 ade pada bulan ni. murtabak ayam, murtabak besar, ayam golek, ayam guling2, ayam meniarap,poppiah basah, poppiah kering, poppiah 'poppy' dan banyak lagi. serius, banyak giler makanan yg pelbagai ade pade bulan puase ni. dengan ade nye platform seperti pasar ramadhan ataupun bazaar ramadhan maka bermcmlaa makanan yg sedia terhidang. ayam golek.. pergh! air tembikai, jagung, teboo.. menanges!

hari ni, hari pertame puase. bagi aku cam tadehal. cool je. aku maseh sempat berkebun tadi tolong mak aku. takde laa rase cam pancit bagai nak mati. tadi kakak aku pegi laa pasar ramadhan nak beli juadah. hapekejadahnye, padehal lauk kat umah pon dah banyak dah, tom yam, nasik, mee dan mcm2 lg.

tak kesah la. kan. td kakak aku report, punyelah ramai maknusie kat pasar tadi. (fyi, pasar stadium). org beratur panjang nak beli ayam golek punye pasal.

kalau nak bercerite ttg pasar ramadhan ni mmg panjang. tapi yg aku peliknye ade pulak gerai yg bukak seawal pukul 2 petang! giler ape? org smayang zuhur pon tak abes lagi. kenape boleh die bukak seawal pul due ptg? jawapannye mudah. sbb ade laa customernye.


pasarama (pasar ramadhan) temat aku memang happening, inilah tempat paling bersosial palingf terkemuka sekali mase bulan poser ni. kalau tak silap aku gerai kat pasarama ni je bleh menjangkau ke 200 ratus buah gerai. pastu kat shalam ni pulak ramai student, budak poli, ptpl,unisel, uitm n banyak lagi la.. tu yang kalau pegi tu ade je laa budak2 yang berpakaian nak suruh org rogol die. mase ni dan kat sinilah nak berjumpe muke2 yang kite jarang berjumpe dan dah lame tak jumpe. kat pasarama lah tempat nak tayang bf or gf. kat pasarama ni laa yg nak menunjukkan kita ini puase punye orang. kat pasarama ni lah nak menunjukkan kesukaan kite membeli pelbagai juadah yg terlampau mampau banyak gila. pastu bile berbuka nanti, terbaring kekenyangan, tarawikh.. gone!

aku pun takdelah alim sangat. tapi diatas niat nak mengingatkan diri sendiri.

bulan ramadhan ni. kalau nak ikut citernye hantu dan syaitan di ikat. tapi pelik ade jugak kejahatan dan dosa yg manusia lakukan.ye la, mgkin kerjaye penghasut, penggoda, pembuat jahat tengah kosong. maka ramailah yang suka rela menawarkan diri menjadi sukarelawann, part timer, bidan terjun dan juge stand in utk syaiton dan iblis yang sedang di ikat ini semua.

walaubagaimanapon cara kita memenuhi bulan ramadhan ini, aku ingin mengucapkan, selamat mengfully utilzekan ramadhan al mubarak ini. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa mengikut waktu maghrib di malaysia bukan waktu maghrib di teheran.

assalamualaikum.

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..."



i'm not perfec.

decision making


kali ini, aku ingin membawe saudare semua ke dalam situasi yg sedang aku alami. iaitu pembuatan keputusan. dengar cam senang je kan. tapi skang aku dalam situasi yg agak bingung dan tak tahu nak buat ape. tak tahu jugak nak bereaksi dan berbuat ape.

katekan lah begini. camni la..erm.. jap.caner nak reka sati citer bagi korang dpt emphatized situasi aku ni eyh.. ok . camni citernye.

katekanlah korang adelah seorang budak tadika yg berumur 6 tahun bername alif. alif adelah seorang yg penyayang dan bertanggungjawab.

alif slalu balik ke rumah dari tadika dgn berjalan kaki. oleh kerane jarak rumah alif dan tadika tu tak brape nak jauh sangat jadi, alif pun tadehal lah nak jalan kaki.tiap2 hari alif balik umah dgn berjalan kaki, kecuali kdg2 die ditemankan oleh jirannya cum tadikamate nyer iaitu faizal.
tapi hari ni faizal takde. jadi alif pon balik laa umah sorang2.

sedang die otw, tibe2 alif terdengar suare anak kucing menangis2 kat tepi jalan. kedengaran suare tu datangnye dari anak kucing kecil yang lapar. sbb tangisannye sangatlaa cam menyayat hati dan meminta simpati. kemudian alif pun mencari2 punce dimanekah suare anak kucing itu.
rupe2nye ia datang dari sebuah kotak. alif pon membuka kotak itu. konfirm sangat, dlm kotak tu ade seekor anak kucing yg sedang menangis kerana kehilangan ibunye. anak kucing tu agak comel sbb kaki die je kaler puteh. cam pakai stokin. yg lain, satu badan kaler kelabu. cume yg slecknyer kucin tu cam mengalami anaeroxia sebb kurus sngt. mungkin dah lame sgt tak dpt makan.

tanpe berfikir pjg, alif pon membawe balek kucing itu ke rumahnye.alif menamakan kucingnye bobby.sejak dari itu alif dan bobby berkawan baek. evrytime alif balek skolah je, bobby akan menunggu di depan intu menantikan kepulangan alif. mereka makan bersama2. main bersama2 dan tido pon same2. pendek kate kemane pon mereka bersame. si bobby ni kucing yg tersangatlah ultra manje. bobby suke menggesek2kan badannye ke badan alif. dan tak kurang juge bijak membuat aksi2 manja.

kalau alif jatuh sakit atau demam, secare otomatiknye bobby pon aku jatuh sakit jugak, tak tahu apsal. mgkin dek kerana chemistry between them sngt laah kuat kot.lagi satu hal. bobby ni on dah tak serupa kucing dah perangainyer. ape je yg alif makan, die pon nak makan gak. kalau alif makan durian, si bobby pon makan same. kalau si alif makan spaghetti carbonara, si bobby pon akan order makanan yg same. satu je. yg bobby tak ikut. isap rokok. si alif seorang perokok, tapi takdelaa heavy sgt. biase je. kalau si bobby ni pon isap rokok. ngn aku sekali pon pelik. tak pernah2 tgk kucing isap rokok. pandai pulak die bengkok kan tangan dier kan. (kucing, tangan?)

skarang, alif bukan lah lagi seorang budak tadika. alif sekarang belajar di UM. die adelah seorang penuntut dlm jurusan Geologi dan kajian bulan bintang.(mengarut2 je name course). walaupun alif duduk di hostel, ia tidak sekali2 utk menghalang bobby utk tingal bersamenye. si bobby akan santiase berade bersame alif. menemankan time alif study,dan lain2 lagi. even alif kalau ade prob pun, die akan bercerite kat si bobby. dan bobby sememangnye kucing yg good listener.menangis, marah, suke, benci ke ape. semuanye bobby tahu.

namun pada suatu hari, bobby tibe2 diam je satu hari. dari pagi ke malam, bobby diam je. ni yg buat si alif saspen sikit ni...alif beli sirloin steak dari victoria station, makananan kegemaran bobby, alif letak ke dihadaan bobby. namun bobby maseh terdiam. tak bermeow pape pon. keadaan ini berlanjutan selama 3 hari. bobby maseh terus diam di sudut bilik alif di hostelnya.

kemuadiannye alif pon membawe si bobby berjumpe dengan kawan alif yg bakal menjadi doktor veterinar iaitu chandran. chandran pon memeriksa bobby. setelah melakukan ujian x ray dan macam2 lagi ujian yang patut. chandran mendapati bobby menghidap penyakit asma. jgnlah korang nak pelik pulak. bobby ni dah tue sangat sebenarnye. umurnye pon dah menjangkau dekat 22 thn. keadaan bobby sangatlah menyedihkan. bulunye banyak yang gugur. apetah lagi pergerakannye tidak lah selincah dulu. dari segi kecomelan pula. tahapnya sudah jatuh mendadak. bobby tak ubah seperti kucap kurap, kurus, tak bermaya dan busuk.

alif sangat sedih. kawannya itu semakin hari semakin lemah. secara tidak langsung ia juga menjejaskan alif. pelajarannya terganggu, hatinya sangat sedih. dan setiap hari, setia waktu dan setiap ketika alif berdoa. agar tuhan yang Maha Esa memberikan yang terbaik buat bobby.

setiap hari, bobby di suntik dgn sejenis ubat yg dapat membantu jantungnya terus berdegup. bermakna setiap pagi, itulah tugas alif untuk memastikan makhluk yang selama ini disayanginya terus bernafas.

setelah 2 minggu, keadaan bobby makin parah. die hanye tidur dan tidak membuka2 matanya. dan setiap kali alif lapang, alif akan sentiase berada di sisi bobby. berdoa agar bobby diberikan yag terbaik oleh ilahi.

hidup bobby kini hanye bergantung kepada ubat yang diberikan oleh alif. walaupun ubat itu tidak akan sesekalipon dapat menyembuhkan bobby, namun ia cukup untuk membantu bobby terus bernafas. bobby bergantung seratus peratus kepada ubat yg diberikan oleh alif itu.

pada suatu hari. alif didatangi oleh chandran.

chandran." lif, kau sampai bila nak camni? ubat tu tak akan bantu si bobby"

alif " aku tau chandran. tapi.. tak kan aku nak biarkan si bobby mati, kau pon tau kan. aku tak boleh nak hadapai kematian bobby, die dah terlalu lame menemankan aku dlm hidup aku ni"

chandran " itu aku tau, tapi. sampai bila kau nak suntik si bobby. kau mcm menyeksa die. biarlah bobby pergi dgn aman. tak usahla kau menaruh harap lagi. aku percaya ia akan mengurangkan kesakitan yang di tanggung olehnya"

alif " senanglaa utk kau cakap. kau tak kan paham perasaan aku. aku sayang bobby ni.die selalu je ade utk aku. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpe bobby."

chandran " aku tahu lif. terpulanglah kepade kau. aku harap kau okay itu je"


di tangan kiri ada pilihan. utk alif terus bahagia , tetapi tidak bobby.

di tangan kanan juga ada pilihan.utk bobby bahagia, tetapi tidak alif.

jd sekarang.. bagai mana?

situasi ku ini untuk kau tahu.



i'm not perfec.

Saturday, September 16, 2006

get back to business

1...2.....3......

start!

i'm not perfec.

Tuesday, September 05, 2006

i shoulde....



i shoulde, i shoulde be happy for you for whatever reasons that make you happy.

thank you for always being there for me. always there. you're always there. always. always...

you're such a great person and also a friend who is worth to have.

regrets, i have many.

i'm not perfec.

extremely rare



aku tido. bangun2 je, aku dpt msg dari hamdi. dlm kul 11 cam tu. (fyi aku tido pukul 7 pagi.)

famous crocodile hunter, steve irwin, died after he was stung in the chest by a stingray in northern australia.

cit? biar betul. masuk ni ntah kali ke brape ntah aku dgr citer mamat 'jakun buaye' ni mati. lantas aku pun turn ke tingkat bawah rumah n chech kat internet. sekali... betul da. steve irwin mati.

steve irwin, kalau tak silap aku die ni sorang je yg cakap binatang buaye ni cantik.

"owh look, how gorgeous she is" (slang ausiie please).

buaye-gorgeous? tak kesah laa kan.

today we're mourning over the lost ov a great wildlife enthusiast. steve irwin, we do miss u.

'crikey, mate. you're far safer dealing with crocodiles and western diomondback rattlesnake than the executives and producers and all those sharks in the MGM buildings"- comparing dealing with wildlife and show bussines.

"crocodiles. i've been catching them since i was nine. no problem."


"i have no fear of losing my life - if i have to save a koala or a corcodile or a kangaroo or a snake, mate. i will save it"



i'm not perfec.

merdeka lah sangat

nak cakap aku sambut merdeka pun tak jugak. i went camping at jande baek, pahang on the eve of merdeka's day with my upm's fren.

i managed to caught ikan keli bunting albino africa.

pasang bendera kat hood kancil, n on the way back kat mrr2 the jalur gemilang was flipped n tutup windscreen kancil. cuak jugak laa. nasib baik tak eksiden. lega mak.

i'm not perfec.

Friday, September 01, 2006

kecewa lagi..


senak....
hingga sekali lagi ku lupa perasaan riang.


i'm not perfec.

Sunday, August 27, 2006

tentang aku dan karipap



aku keluar dari kelas MGM2111, kelas 'management'. jam pada waktu itu tepat menunjukkan pukul....pukul.... brae ntah aku pun lupe. tapi yg aku tau, perut gendut ku agak lapar dek kerana cuaca hujan yg nthacamnentah hasut perut aku untuk lapar.

sedang hujan. jadi aku takleh gi mane2, sbb aku naik motor pergi kelas. lepaklah kejap. sedang aku lepak dgn kgkwn sekelas, sorang member pompuan aku offer karipap kat aku. memang tanpe segan silu dan ciri2 metroseksual, aku pun terus mengambil sebiji karipapnye tanpe rase belas ehsan. memang silap la kalau dah offer aku time aku lapar.haha

aku gigit karipap itu dgn penuh harapan dan perasaan dgn mate yg tertutup. eh jap, sumthing yg mengecewakan sedang berlaku. karipap ini kosong!!! cibai ayam! carut ku. apekah perkaitan ayam dgn masalah ini, aku pun tak dapat kaitkan. tapi aku rase cam best je menyumpah dgn menggunakan perkataan ayam.

cibai ayam. sumpah ku lagi. hapekajadahnye karipap ni takde inti, sedang mak bapak dudok terngange dirumah, anak di universiti ditipu dgn karipap kosong. hapekejadahkah semua ini?

perasan kecewa ku tidak dapat digambarkan. aku dah kene 'wakena beb!' dgn mak indon yg jual karipap di fakulti ekonomi. walaupun karipap tu bukan aku yg beli, tetapi sebagai memelihara 'consumer rights' aku nyata sekali harus melakukan sesuatu.

dgn langkah yg meyakinkan aku berjalan ke kafe yg menjual karipap itu..walaupun telah dihalang oleh kawan ku, dgn alasan, alaa biarlaa.. pasal karipap pun nak kecoh. (ni lah melayu, suke sangat mengalah..patutla senang kene jajah)

kite sebagai penggune, kite ade hak. consumer power kat meleshia ni rendah gile. senang saje nak diperkotak katikkan leh peniaga2. alasannya mudah. sebab kite takde kesedaran. kenape boleh tak ade kesedaran? sbb kite takde pengetahuan. kenape takde pengetahuan? senang je, sbb kite tak nak membace. bodoh dan sombong, dan syok sendiri. itulah dia ciri2 rakyat malaysia.

setelah 8 langkah, aku pun tiba di kafe itu..

"kak,karipap ni kosong. mane intinya?" sambil tunjuk karipap tu kat kakak indon tu.
"bukan kosong dik, karipap itu kurang intinya" balas kakak indon tu dgn muke indonnya.

"kakak, maafkan saya jika saya terkasar bahasa. tetapi kakak ini kurang bijak orangnya. inti besar taik idung ni, baik takyah. adekah taik hidung kakak sebesar keluruhan inti yg sepatutnya ada dalam sebiji karipap? tidak kan? ini adelah karipap kosong. ni namanya menipu pelanggan. tipu dosa. "ayoyoyo tipu dosa, mati seksa, masuk neraka, padan muka" (menyanyi dgn tone suare budak tadika). perlukah saya menerangkan kepada kakak ttg 4 asas dalam task environment in an organization, di mane consumer adelah salah satu asas tersebut? sudah tentu skali kakak tidak akan paham".gaji kakak bergantung kepada consumer. ish, malasla saye nak menerangkan ttg perkare ini. kalau kakak mempunyai masa lapang, silelah berjumpe dgn saya.boleh laa nanti saya menerangkan dgn lebih lanjut tttg hapekajadahnya itu "task environment"."

nak dipendekkan cerita, setelah 7 menet sesi argue meng argue. akhirnya, kakak itu cakap sori kat aku setelah penjaga cahsier itu masuk campur dalam perbualan aku dgn mak indon itu. cashier tu seorang bangla yg berjambang skit dan agak kekurangan rambut bagi aku amek karipap yg baru.

aku brase agak berpuashati. lalu, aku dgn heppinye amek laa karipap baru bagi menggantikan karipap kosong itu.

sesi pemilihan karipap yg tidak kosong berjalan dgn lancar. aku telah menggunekan teknik, angkat dan timbang berat dgn tgn sendiri. akhirnya aku telah berjaya memilih karipap yg paling berat antare ketiga-tiga karipap yg terpilih dlm seleksi akhir aku.

aku pun memblahkan diri dari kafe itu.

sambil humming lagu "linger" dari the cranberries aku ke tempat duduk yg disediakan dimane tempat kawan2ku lepak tadi.

aku melabuhkan punggungku di atas tempat duduk itu. mengambil karipap dari plastik, lalu menghala kannya ke mulut.

aku menggigit karipap itu tanpa rasa ragu2 aku ditipu lagi.

kunyah punya kunyah......


cit!!!! inti die masin! takleh blah!

cibai ayam, taik hidung masin betulla ..! hampeh.

namun aku menggagahi jua menghabiskan karipap masin itu, disebabkan perut ku yg lapar.

itulah kisah ttg aku dan karipap.

i'm not perfec.

org sekarang tak cukup duit









orang sekarang tak cukup duit. memang betul, duit pada kite memang takkan pernah cukup. ade je bende yg nak dibeli, ditambah ataupun ditukar. tetapi, maksud 'orang sekarang tak cukup duit' memang maknenye betul2 tak cukup duit.


hal ini berasal dari kenaikan minyak lagi. kerajaan boleh cakap, kencing atau bagi seribu macam alasan atas apekah rasionalnya minyak naik. harge kite maseh terendah la, naik baru 30 sen je, ubah laa care hidup dan macam2 lagi yg nak disenaraikan disini.






akan tetapi, tidak kah kite sedar. pada situasi sekarang ini dah macam2 banyak dan tak terkire jenayah yg berkaitan dengan duit berlaku? kes ragut, kes rompak, kes curik dan macam2 lagi semakin lame semakin bertamabh kat meleshia ini. yg aku tau dan sedar la, kes merompak atau mencurik kat meleshia ni mmg dari dulu lagi ade tapi mengikut penagamatan aku la.. kite dah macam kekurangan ruang dlm surat khabar utk menceritekan ttg hal2 jenayah yang mlibatkan duit di negara kite ini.


minyak naik 30 sen. itu adelah headline dalam surat khabar. pkir2 balik. alah 30 sen je. tapi jgn lupe, 30 sen itu untuk SELITER. katekan lah kalau dulu kite isi minyak rm 40 je sminggu, skarang dah jadi rm60. ala.. baru rm20 je naik. tapi jgn pulak lagi korang lupe, itu kiter bercakap ttg minyak. sekali minyak naik, bende2 atau barangan lain pun turut naik. tepung, sawi, kerusi, tayar kereta, make up, baju, stokin, penyidai kain, deodorant, buku skolah anak2, susu tepung, nasik lemak, ikan patin, sudip,sabun dan macam2 lagi la. boleh cakap sumer bende naik. ini yg dinamakan multiple effects.tak ke semakin miskin kite sebagai rakyat, yang kaye dengan hasil minyak, sumber semulajadi ini yg kemudiannya telah dirompak oleh mereka yang tak mementingkan diri sendiri.







aku mmg dah malas nak maki kerajaan. dah speechless dah sebenarnye.takde gune dah. dan diraong memang ternyate sekali tak bergune. papehal pun. selamat menjawab di akhirat nanti.


jgn pulak lagi kite lupe. bile indeks jenayah makin tinggi, banyak laa pulak kerosakan moral berlaku. bile bercakap ttg kerosakan moral ni, mcm2 la. pelacuran, rogal anak, rogol anak orang. kes raba. apekah ini tak ade kaitan dgn kenaikan harge minyak? ade.. nak tahu camne kaitannye?

bile orang takde duit. akan timbul satu tekanan, tak tekanan perasaan, tekanan ekonomi. kene buang kerje ke ape.bile dah tension, sesuatu perkare akan dilakukan utk menghilangkan rase tension itu dgn pelbagai2 care negatif, contoh macam aku cakap tadi la. bile manusia dah hilang pertimbangan, banyak laa bende bodoh yg terjadi.

berkaitan dgn kerosakan moral atau akhlak itu tadi, berlaku laa pulak, keretakan rumah tangge, cerai sane, cerai sini. anak2 pun jadi terbiar.bile dah terbiar, tak hairan lah kite bile ade yg isap dadah, jadi mat rempit, mati katak atas jalan, jadi bohsia. amek henset rakam kegiatan seks diorang.






bile rakyat secare moralnye dah rosak. ade kah logik untuk sesebuah negare itu untuk maju membangun. sudah tentu sekali produktiviti merosot. bile ini terjadi. negare menghadapi masalah ekonomi. bile masalah ekonomi timbul, negare dah takde duit. bile dah takde duit, pembangunan takde. bile ini dah takde, rakyat akan kesempitan hidup. pastu negare jadi kucar kacir.

agama pun dah dipandang sbagai bende yg remeh. dan ianya mulalah diperlekeh2kan.endapat mufti ditolak bulat2. agame, bile dah ditolak. manusia hilanglah pedoman. good values itu sudah tiada. padehal, agama lah yg akan memandu sesuatu manusia itu dan mengajar dari banyak segi. kejujuran, keikhlasan, hormat menghormati, saling sayang menyayangi, tak tamak, berhati perut, berperikemanusiaan. memelihara alam sekitar dan banyak lagi.

bile agama sudah dipandang sipi2. rakyat akan beralaih kepada hiburan sbgai platform menghilangkan sgala duka lara yg sedang dialami. pabila hiburan itu martabatnya di angkat tinggi dan dijadikan keutamaan, kepentingan ilmu itu akan menjadi sesuatu yg remeh.

jika menggunakan akal, manusia yg tidak berilmu itu adalah manusia yg useless good for nothing. bile manusia useless, apakah yg akan terjadi kepada masyarakat dan setrusnye kepada negara? boleh kah diterima akal jika, negara itu akan semakin maju dan pesat membangun bersaing dgn negara2 lain jika rakyatnya tidak berilmu?

'knowledge is power'. bile sebuah negara itu 'powerless' ia akan semakin mudah untuk dijajah dan dikuasai oleh negara2 lain, dan ianya tidak terhad melalui pelbagai cara.

bila negara kita malaysia dijajah dan dikuasai oleh orng lain, bukak balik buku sejarah dan cuba baca, bagaimanakah keadaan dan seksanya pabila kita di jajah oleh kuasa asing? heppy? seronok? suka?

segalanya disini berkait rapat. kalau tindakannya ini, kemudiannya akan menyebabkan ini. kalau ini berkurang, yg itu akan bertambah. kalau ini rosak, itu pun turut rosak. kalau pada zaman ini yg buruk itu sedang berlaku, maka makin buruklah yg akan berlaku pada zaman akan datang. kalau sekarang kita lemah, esok akan lagi lemah.

segalanya

fenomena ni mcm lagu 'bangau oh bangau'kan? segala-galanya berkaitan antara satu sama lain. akhir sekali, ape yg kite tuju, ialah kegagalan dan kehancuran.

ini adelah realiti. dan aku amat sedih bila memikirkannya. cube kite bayangkan,ape kah yg akan berlaku pada masa hadapan...tak sanggup sial.








i'm not perfec.

Tuesday, August 15, 2006

perkaitan antara mama dan test 1 management aku.


mama n nenek

balik dari memanjat gunung tu, aku terlantar keletihan..sehingga malam hari. memang tak leh blah. penat tak ingat. badan pun dah sakit2. nampak sangat tak fit (memang pun).

"ah.. damn it" text book MGM 2111 (management) aku tak bace lagi. ade 4 chapter = 150 mukasurat. macam tak sempat je ni. pukul 2 pagi, lepas merepek2 dgn budak2 ni, layan video clip n dgr lagu dari kotak elektrik kesayangan ku baru laa aku start terhegeh2 nak bukak buku.

ni first test aku, selepas 7 bulan berguling2 dan berhuha-huha ketika aku menjawat jawatan penganggur yg konon2nye bz. tak kesah la. tapi aku memang minat dgn buku text yg aku beli ni.harge die dekat 70 hinggit tapi aku seronok bace sebab die banyak citer ttg real life problem yg dihadapi oleh companies yg berkaitan dgn management. mmg aku sayang buku ni.

jadi, aku takdela berase risau sangat, karena aku tidak seperti dipakse membaca tetapi dgn rela dan 'sukanya dia' membace buku ni. ramai budak yg rase membazir beli buku ini, mgkn sbb buku teks ni mahal (mahal? ilmu nii?). berbahasa omputeh. ataupun mereka tak dapat nak mengkaitkan fakta2 ttg buku ini dgn dunia luar. serius rugi beb korang!!

maka bermula pada pukul 2.13 minit pagi bersamaan dgn hari ahad, aku pun membaca chapter 1 buku ni dgn azam yg kuat supaya berjaya menghabiskan hingga ke chapter yg ke 4. baca punya baca, pukul 7 pagi aku baru dapat baca sampai chapter 2 punya suku (suka suki aku je menjahanamkan bahasa melayu!).tido jap, amik 'power nap' hingga lahsambung balik pade pukul 12 tgh hari.

nak dijadikan cerita, pukul 7 setengah aku dah baca sampai chapter 4. tapi jgn nak yey!! sangat. bab 3 aku tak bace! berbekalkan dgn memory aku ttg pengajaran lecturer dalam kelas perihal bab 3, aku pun dengan gagahnya meminjam satu set alatan menjawab perperiksaan dari Mede (name tak kelantannyer ialah Hamdan) dgn muka yg tak bersalah. lalu dgn gaya metroseksualnye melangkah masuk ke dewan perperiksaan. kandungan caffein dari 4 paket nescafe masih lagi tak dapat menkover skala ngantuk aku yg melonjak tinggi pada garis Y di dalam graf. sori, aku tak minum tongkat ali (tak payah nak tongkat2 beb!)

tatkala itu, diberitakan. nenek masih lagi di hospital terlantar sakit. sekali lagi igin ku nyatakan, aku masih lagi berperasaan risau dgn tahap kesihatan nenek. damn it! patut aku dah boleh balik dan melawat nenek kat hospital dah ni. if sumthing that is least expected happen to her, aku mungkin akan menduduki tempat pertama ranking 'orang yang paling berperasaan bersalah seumur hidup" di dalam dunia ini. shesshh...

100 soalan, 2 jam. to be frank, takde la susah sgt. cume aku agak konfius bace soalan dalam bahasa melayu sbb buku yg aku baca itu di tulis oleh omputeh. nasib baik dwibahasa.even, kalau soalan itu di tulis dalam mothertongue aku iaitu Java aku pasti tidak akan dapat menjawabnya. sebab aku sepatah haram tak tahu bahasa yg nenek aku slalu gunakan bila berinteraksi dgn abah. fyi, ia bukanlah bahasa computer (prgramming language). ia adelah bahasa jawa. satu je yg aku tahu nak jawab bile di ajukan soalan yang berbunyi begini:-

wak "apis, wes mangan?"
aku "west side wak"

sedang aku asyik menandakan kertas jawapan kat OMR (fyi aku dah jawab semua soalan, cume belum ditandakan lagi je kat kertas jawapan). henfon aku bervibate. nasib baik dah set silent mode."ni mesti ade org call ni, mintak2 laa bukan femli aku". henfon ku masih terus bervibrate dan bervibrate dan bervibrate lagi. aku dah tak keruan dah. ni konfirm-konfirm emergency ni, banyak kali sangat call. ya Allah.....cuak sial! tuhan je laa yang tahu perasaan aku mase tu. aku pun trus tandekan jawapan tanpa ada second check kat soalan2 aku.

dalam mase sejam suku, aku dah kuar dari dewan perperiksaan. difahamkan, aku adelah anatra org yg terawal kluar dari dewan tu, bermakne di sini ade org lagi "champion" dari aku. tak kesah laa.. janji aku boleh tahu siape dan kenape orang tu call.

keluar je dewan perperiksaan tu, aku trus check henfon aku.

MAMA!!!!??? mama call aku! ah.. sudah! 6 missed call. berdup dab dup dab berdebar gile jantung. "berdetak lebih kencang, sperti genderang yg mau perang".

pastu tet tett (bunyi sms, sile gunekan sound effect semula jadi).

message dari mama yg berbunyi

"kalau balik rumah nanti jgn lupa bawak balik kain yang tak laku tu"

mak aku boleh pulak citer pasal kain!!!!!!


nak terbalik jatuh masuk longkang bile aku bace msg dari mak aku tu. hek ele.... buat saspen je.
bermakne segala rase saspen, thrill, gabra,cuak,tak keruan, adrenaline rush dan nak terkencing takut tu memang tak berbaloi langsung!!!! sangat2 tak berbaloi!

fyi : saya ada menjual kain2 baju kebaya dan blouse2 cantik yg di terbangkan khas menaiki Air Asia dari Bandung, Indonesia. memang murah! kalau pakai student card, lagilaa... murah!

ber balik kepade citer aku tadi. tak sangke aku ter kena "wa kena beb" dari mak aku sendiri. sure gile teruk markah aku tadi, sbb tak cukup mase utk jawab betul2. bermakne sia2 lah perjuangan aku membaca buku teks tu sampai nak muntah dari pagi tadi lagi........ sabar je la.

haiyaaa!!!!!

sehingga entri ini ditulis, nenek masih lagi di hospital tapi dah dipindahkan ke wad biasa. bile aku ceritakan hal ini kepada mama, mama hanye mampu tergelak je. haiyaaa lagi! mama, mama....

owh lupe, aku baru dapat markah test aku tadi! jeng!jeng!jeng!. markah aku 'ok lah kot!'. at least, lagi tinggi dari markah kawan2 aku yg lain. heppy dowh! bukan ape, aku bajet markah aku sure kantoi punye, tapi tak! hihihihihihihi..

walaupun di 'punked' oleh mak sendiri, tapi masih mampu tersenyum sinis


p/s; terima kaseh di ucapkan kepada mereka yang telah membeli kain/baju dari saya. konfirm memang korang tak rugi. dah laa cantik, segar dari ladang, murah pulak tu. kepada mereka yang belum beli... anda bila lagi?

i'm not perfec.

people

GREAT people talk about IDEAS

AVERAGE people talk about THINGS

SMALL people talk about other PEOPLE


-gossips on Datuk K, Siti ke, Mawi , erra ,Diana Kulai, Yusry, ANDA?

p/s: malaysia... what happen to Towering personality, modal insan and first class mentality?
we only have Rempits, good for nothing liars politicians, penggosip-penggosip dan
Mahasiswa yang lemah dan lembik.serupa mati pucuk. useless!
KITA?


i'm not perfec.

Monday, August 14, 2006

aku bukan tukang cat!!!!!


din, adan, jerung gergasi,wazid

semalam malam adelah hari dimana saya menduduki ujian pertama (bukan membontoti kertas ujian) saya bagi satu subjek management saya. semalam adalah hari ahad, sekaligus melayakkan saya tidak dapat balik ke ibupertiwi(shalam) seperti kebiasaannya.

nenek jenjarom(ibu ayah saye) telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas lagi. nenek menghidap kidney failure. dan rasenye dah 2 operation yg nenek harungi.tipu bidaah sangatla kalau saya bagitau yg saya tak risau langsung ttg keadaan nenek. tiap2 hari saya akan msg bah x pun mama bertanyekan ttg keadaan nenek. dan mereka akan menjawab msg yg serupa iaitu nenek masih lagi berada di Intensive Care Unit.tapi mama n abah cakap, takde bende yg perlu dirisaukan sangat. nenek ok je.
risau,resah, gundah gelana sumer cukup lah satu pakej. nak balik wiken takut tak sempat pulak. byk pulak kerja yg pelu ditinggalkan. ahad ade test. 150 muke surat kene bace, faham dan HAFAL! satu lagi, aku dah janji ngn budak2 nak bawak diorang naik gunung sabtu tu.memandangkan aku adelah pengarah program (ini sindri punya trip) tak leh lah aku menghampekan mereka iaitu wazid,adan dan din. yng masing2 sanggup meng'cancel'kan aktiviti dating mereka, malahan ada yang sanggup tak bagitau awek yg die panjat gunung, takut awek bising. haiyaa macam2 pulak karenah bile dah ber awek ni. nasib baik aku tidak terikat kepade ape2 komitmen dan mane mane entiti.


sampai kat puncak je, adan dapat satu call (byk kali uncle die call sbb tak dapat line) dari uncle die. atuk adan meninggal dunie masa kami sedang bz mendaki gunung itu. lantas, kami terpakse turun dgn kadar secepat mungkin sbb adan terpaksa bergegas ke 'diomond bay' utk menghadiri majlis pengkebumian atuknya.


melawati down there

mase adan baru je dapat call dari pakciknye tu, hati aku pulak lagi lah kuat berdebar-debar. dlm hati aku "tolong laa jgn dapat msg2 atau call2 emergency" memandangkan aku boleh selambe derk je naik gunung wlaupun nenek terlantar sakit di ICU. adan giler laju turun dari gunung tu, macam berlari-lari pulak, kami yg kat balakang ni terkedek2 nak keep up pace dgn die. ye la, aku pun macam boleh paham perasaan dan situasi die ketika itu. "ape rase bile kite kehilangan orang yg tersayang". rase sedih adan mase tu boleh mengatasi rase gayat, takut, sakit, terpele'ot,licin,penat, lutut menggeleter n macam2 lagi bile dlm proses menuruni gunung itu yg bagi aku maseh lagi mencabar walaupun dah 2 kali aku naik.

mase turun tu, aku dapat 2 msg dari maxis. die bilang aku dapat satu voicemail. cuak nak mampos lah jugak aku mase tu. bile aku bukak voice mail tu je aku dgr suare laki.. tapi tak clear sangat "......ni cik din....ame tggu...pak gard proton" ha macam tu laa lebih kurang voice mail tu. sikit2 asek bebunyi ke fon aku dgn msg tone, yg aku dapat missed call dari satu nombor. tapi nombor tu tak familiar langsung dgn aku. lepas beberape menet aku dapat lagi msg yg mengatekan ade missed call number.

last2 aku suruh budak2 ni gerak dulu, takyah nak tunggu aku mase turun tu.aku call number yg sebok call aku tadi.

"assalamualaikum, sape ni?"
"din, ni aku nih"
"sape?"
"eh ni sape ni?" (fyi, aku paling menyampah bile pertanyaan aku ni dijawab dgn pertanyaan)
"hafidz"
"sori2 sori salah nombor"

dalam hati aku, "cit!" habis kredit aku. dah la tadi aku tinggal sehinggit lebih je. ni sure tinggal brape sen je lagi ni.


ulu klang damp

selang beberape menet lepas tu, smase aku sedang asyik kejar balik budak2 ni turun gunung. aku dapat satu call.. sudda.... "tolong laa jgn dari femili aku, tolong laa" sbb mase tuh aku still lagi dalam keadaan risau gila takut samthin bad happen to nenek.

aku amek fon aku tadi dalam beg dgn susah payahnye.pemandangan cantik empangan hulu kelang masih lagi kelihatan jelas. ni maknenye aku masih lagi pada paras yg tinggi dari ketinggian laut.

"hello!"
"hei,din. ni aku la!"
"eh jap, sape ni?"
"din, bile kau nak cat rumah aku ni?"
"cat?"
"ni bukan din si tukang cat ke?"
"eh, bukan.. bukan?"
"owh, igtkan din yg slalu cat bangunan tu"
"eh, mane ade"
"sori2"
"betul eh, ni bukan din?"
"betulla"

eh mamat ni, ade jugak kene karate kat tengkuk. aku cakap bukan, makneny bukan la. nasib baik aku tak kenal sape.

hek ela.. aku punye laa saspen dgn number yg aku tak kenal ni. cibai betul la.. igtkan pasal nenek tadi. saje je nak menggabrakan aku.akhirnya aku berjaye turun gak dari gunung tu tanpa tiada lagi gangguan dari number misteri mahupun individu yg sedang mencari tukang cat.

dari taman melawati, aku terus bawak dgn kadar yg 'takdela laju sangat'. sbb abang adan tgh tunggu dier kat upm, sblm 'cau' ke diomond bay. kesian pulak aku tgk si adan. mate die merah je.nangis laa jugak. sempat laa jugakd dier citer kenangan2 die dgn atuk die.

sampai je UPM. aku msg mak aku bertanyekan ttg nenek. lega aku dgn jawapan standard tipikal answe (jawapan standard tipikal answer?). "nenek ok". sampai je bilik, kepenatan yg tak terhingga tu telah menyebabkan aku flat di atas katil hingge...haiyaa.. terlajak dowh!

same2 lah kite sedekahkan al fatihah ini kepade mereka yg telah kembali ke rahmatullah. semoga dijauhkan dari seksaan kubur dan di masukkan ke dalam syurga Allah swt.


i'm not perfec.

Friday, August 11, 2006

nenek sakit n i suck!

nenek has been warded in SMC for nearly a week now. she had operations regarding her kidney problem and she has been times n times of dialysis sessions.

abah told me thru sms just now that nenek is in the ICU. she's weak and not in stable condition but she's ok... for now. the last time i when to pay her a visit was on wednesday, there she was lying on the bad looking mcm bengkak, air dalam badan tak kluar sbb problem dgn buah pinggang nenek.

aku sendiri tak pernah tgk nenek selemah itu. nenek yg ku kenali adelah sangat aktif orangnya. walaupun umurnya sudah menjangkau 80 tahun.nenek suka bile ade orang datang menziarah dan duduk2 bersembang dengannye. nenek tak pernah marah aku sbb aku tak tahu berbahasa jawa. utk pengetahuan, nenek adelah seorang yg sangat kuat dgn sentimen 'kejawaannya'.

i am afraid that i can't be home to see nenek. malam meeting grup, poster utk one buck cinema blum setel, cable utk projector tak jumpe, company utk assignment pun blum dapat, ade 2 vclip yg blum siap, proses buat homepage pun baru siap 60%. STM presentation pun blum siap..duit semakin berkurangan yg melayakkan aku sukar utk balik ruamh sbb takde duit nak isi minyak, sticker UPM blum dapat lagi, si Kotam suke sangat buatt kerje last menet.ahad pula ade test. lagi 3 chapter blum settel. arghh .. camne nih. rambut dah serupa David Arumugam Alleycats tapi tak reti2 nak potong. (apsal aku kene bercerite ttg sumer bende ni?)

hati ini masih lagi risau, resah dan tak senang duduk.


"gadisku.. dalam koma. serius kah keadaannya....."

the times.

i'm not perfec.

Saturday, August 05, 2006

Butterfly effects


ditipu,dihkhianat.hutang.ditinggal,diduga,masalah.dikecewa,diludah,
ditumbuk,dipijak.belot.dicaci,dimaki,dihina,ditekan,disergah
tertekan.masyarakat.marah.kecewa.penat.dendam.letih.sedih,risau,hilang,
jiwa kacau.putus asa,negatif,takut.gagal.buntu.panas.resah
mari kita ambil iktibar mana yang boleh..
ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan kepompong. di dapati si anak kupu2 itu bergelut untuk keluar dari kepompong itu. atas sebab kesian, saintis tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si anak kupu2 itu tadi.
anak kupu2 itu merangkag-rangkak. kepaknya kecut dan badannya agak kecil. saintis itu menunggu dgn harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan mengembang. sangkaannya meleset sekali kerana kupu2 itu telah menjadi cacat seumur hidupnya dan tidak akan dapat terbang.
apa yang saintis itu tidak tahu ialah, pergelutan itu suatu perencanaan Allah SWT agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak. mengembangkan kepak tersebut dan memperkukuhkan binaannya.
dalam hidup kita sebenarnya adalah sebegitu juga, pergelutan,cabaran dan halangan yang datang menimpa sebenarnya membawa makna dan peluang. dengan melepasi segala itu akan menjadikan kita kuat dalam menjalani proses dan hayat kehidupan ini. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa dugaan, rintangan,pergelutan ataupun halangan. semestinya kita akan mudah gagal dan berputus asa dalam menjalani hidup kita ini.
"sometimes STRUGGLES are exactly what we need in our lives. if Allah allowed us to go thru life without obstacles, it wuld cripple us. we wuld not be as strong as we could have been......and, we would never fly "
"it is not a matter on how deep we fall, it si all about how high will we bounce back from that fall"
this is Resiliency

entri ini aku tujukan khas kepada rakan-rakan ku yang ku sayang..




i'm not perfec.

orientation, the truth revealed~!




sorry, tapi in satu lagi entry ttg orientasi aku kat UPM kira2 sebulan yang lepas. sememangnya kejadian ini sangat giler mengejutkan aku hingga aku hampir2 bertukar menjadi seekor beruk bontot merah akibat tahap atau level 'terkejut beruk' yang melepasi tahap yg dibenarkan.

ceritanyaa,,, bermula begini

pada suatu hari iaitu hari sabtu sblm bermulanya Minggu Perkasa Mahasiswa (minggu orentasi UPM). aku telah meregisterkan diri aku di Kolej KOSASS. kolej ini terkenal sbg kediaman untuk budak2 Rotu,dan kalau yg bukan budak rotu tapi duduk kat kolej itu, mereka dikenalai sbgi "civillian" (macaam nak perang je bunyi nyer). sudah diketahui umum, kolej ini terkenal dgn disiplinnye yg ketat dan mereka sangat menggalakkan budak2 mereka berpakaian skema pada setiap waktu dan ketika. aku mmg takleh nak masuk sgt bende2 camni. sbb giler memang takleh blah. ape barang baju masuk dlm 24/7. camner nak dress upp metroseksual camni??(hihi)

wazid,tak kenal,aainaa (yg comel),killa


mase orientasi tu aku adela berkenalan dan saling bertukar2 number telpon dgn sorang budak yang baru masuk ni iaitu satu batch dgn aku. name die firdaus tapi die lebih berkenan jike kgkwn memanggilnye dgn nama manja pilihannya sendiri iaitu 'juice'. die ni budak lepasan STPM dan skrng die amik course Bachelor Matematik.

si juice ni kire ok la jugak, walaupun aku tgk die dress up cam org kaye tapi giler frendly ngn orang. sepanhang orientasi ni dielah junior yg paling bersemangat skali.fyi, kami disuruh membuat cheers kolej dan belajar "tarian aspirasi(my foot!!)". dan setiap kali buat due bende ni iaitu cheers n joget aspirasi die ni lah jr. yg paling bersemangat lagaknye seperti teroverdose vitamin c, kerana komitmen yg tinggi yg telah dipamerkan olehnya.

dalam hati aku "apsal poyo ni bersemangat budak ni? cam poyo je". kalau joget tu aku tgk die yg lenggok punggong lebih2 nak kalau cheers tu dielah yang paling nak bersuare lantang skali. ade die ingin menikmati populariti instant ataupun mmg si juice ini dilahirkan begini sejak kecil? aku pun tak tahu pada mulanya.

namun, pada suatu petang si juice telah dipanggil oleh abg fesi utk jadi instructor joget n cheers di hadapan budak2 jr. yang lain disebabkan komitmennya yang tinggi dlm 2 acara ini telah dikesan oleh fesi2.

mase tu baru aku start nak respek dan bagi spek aku kat si juice ini. die bgtahu junior2 lain..
"korang tak payah laa nak simpan ego korang tu, tak payah laa nak tunjuk malu korang tu. ini kan orientasi .. layan jer. sminggu ni jer orientasi, slumber. poyo je. bdk2 pompuan tak payah laa nak kontrol2 ayu. kalau joegt tu joget btul2, kalau nak cheers tu jerit laa kuat2, kitekan Kosass's boys n girls!!!jgn malu malu.poyo je, takyah laa nak simpan ego kroang tu!!!".

mendengar kepada seruan si juice ini, sejak dari itu budak2 jr. yg lain telah mengambil iktibar. lepas je bdk2 ni dgr si juice cakap camtu, masing2 terus poyo dan tak lagi n sumer cam bersemangt je lapas tu. sampaikan budak2 pompuan takdelaa lagi nak kontrol2 ayu, hingge kgkadang huduh pula kelakuan mereka krn ade yg terover.

bagi aku, aku pulak terasa malu dek krane sblm ni aku agak cam malas sgt nak layan orientasi ni. yelaa sbb aku kan bdk ex-dip. dah ade 3 thn pengalaman dok upm. n satu lagi mostly fesi2 ni sumer adelah jr. aku. tapi start dari itulah aku mule respek kat si juice ni sbb evendo baru masuk die dah 'have a good start in upm'.

sejak dari itu aku dan juice sering dilihat melepak bersama2 pada minggu orentasi tersebut. termasuk laa jugak due jr. iaitu Boh dan Ipin (mamat ni mamak tapi name same cam name bapak aku, hinggekan aku seringkali berasa berdosa memanggilnya IPIN , ia tak ubah sperti memamnggil nama ayah ku dgn gelaran yg salah).

walaupun begitu, si juice ni takdelah skema sgt. kire cam cool lah jugak. ktrg byk kali datang lambat ke dewan, ponteng dan larikan diri ke tandas. boleh cakap setiap mase aku dgn si juice ni.

tau2 la kan camne kehampehan orientasi ni. bangun awal sblm ayam warming up suare sblm berkokok, jalan kaki tgh panas ke dewan yg hampir 1 kilo jauhnye berulang alik, makan pun tak sempat, mandi pun ala kadir, tidur tak cukup, dgr ceramah yang sangat membosankan dan byk lagi. sumer itu aku harungi bersame budak si juice ni.

namun pada suatu hari si juice ni terpakse balik umah sbb ade emergency katenya. die takde selame 2 hari. dan selama itulah budak2 ni kire cam hilang smgt akibat ketiadaan si juice ini terase begitu ketare skali. berat mata memandang, berat lagi lori 40 tan. itulah yang di alami oleh kami ketika itu.

namun pada hari terakhir orentasi UPM, juice muncul smula seperti sekeping biskut coklat yg di selaputi krim puteh manis yg sekejap ada, sekejap takda. budk2 kembali bersemangat dgn adanya juice di sisi mereka. malang skali selang satu hari selepas itu, aku telah berjaya berpindah ke kolej lama aku iaitu kolej ke Enam. rase lega gila sbb takda lagi aku kene folo orentasi. lagipun fesi2 kosas agak terlebih skema sikit. jadi sedikit sbyk ia memberi tekanan kepada aku.

aku pun sempat bagitau si juice betapa die sangat bernasib buruk sbb dapat kolej kosas ni. aku bagtau die yg kolej kosas ni buruk, dah laa bilik cam baru lepas kene bomb, itu tak cukup, ini tak cukup. tandas die plak sgt menyedihkan. tak sabar pulak aku nak pindah kolej nam. cantik skit. semuenye lengkap. mase tu juice, hanye duduk dan mendengar je. lagi pun die jr. byklagi bende yg di nak tau. tapi mmg betul pun kenyataan aku. kolej nam memang jauh lagi baik dari kosass.
mase nak blah tu, aku ade bgitau si juice yg lepas orientasi ni mai lah lepak2 ngn aku. juice pun mase tu cam berat hati je nak tgk aku berpindah ke kolej lama aku. kami sempat bersembang2 mesra di bawah sepohon cemara yg terletak di hadapan koleh itu sblm aku memblahkan diri. nasib baik air mate si juice tak mengalir, kalau tak dah lame kene lempang dgn aku. gile gay ke ape?!@#@#@

dgn hati dan beg yg berat aku pun blah cau cin cau.


kuliah pun bermula selepas tamatnya minggu perkasa mahasiswa. tapi jr. kosas terpaksa mengaharungi satu lagi minggu orientasi iaitu oreiantasi kolej kosas. kesian aku tgk bdk2 ni, dah dkt 2 minggu tak cukup tidor n evrything. camnelaa keadaan si juice, boh dan ipin yang aku tinggalkan itu. fyi, ipin happend to be my coursemate.

pada suatu pagi di dalam kelas ipin tanpa memberi salam, telah mambawa satu khabar berita yg gile shcoking!!!!

"ude, ude kau tau tak pasal si juice?"
"apehal? die ade masalah ke?"
"takde lah. kau tau tak die tu sebenarnye siape?"
"aa? siape?"
"die tu sebenarnye senior kosas!!!"
"eh pin, kau biar betul, heart attack aku dibuatnye nanti"
"ish, wei betul laa. si juice tu senior. die tu undercover je. die menyamar"
"haaa!!!!apesal pulak nak menyamar?biar betul wei?"
"betul laa...! die tu sbenarnye budak rotu, die tu fesi gak, die menyamar kononnye cam sbg pembakar smgt utk budak2 baaru"

aku speechless time tu, tak tau nak cakap aku. aku terbangang skejap. memang susah nak caye.
sanggup die, menyamar selama lebih kurang 2 minggu smate utk orentasi ni? maknenye selama ini?

pergh giler lah!!!!!

rupenye si juice ni adelah budak ROTU jugak. die pun kalau tak silap aku main rugby utk UPM. si firdaus ni dikenali di kosas sbgai "shasha". aku tak tau apesal budak2 ni panggil die dgn name tu. tapi yg pastinye si ipin dan boh rakan2 selepakan ku mase orientasi berase agak janggal bile jumpe dgn si juice ni. ye laa mane taknye, mamat ni senior dioraang kat kolej, dah laa pulak tu budak ROTU pulak lagi tu.

tadi setelah sebulan di UPM. aku terjumpe si juice ni kat masjid mase smyang jumaat tadi. sempat pulak nak main nyorok2 ngn aku. tak byk yg dapat kami borak kan. aku x sempat nak tanye byk2 kat die dek kerana keinginan ku utk beribadah semakin membuak2 ketika itu (hek ele kecoh,padehal dtg lambat..)

papehal aku respek kat si juice ni. die menyamar dgn jaye dan cemerlangnye sbagai budak jr. cam askar perisikan pulak. mmg flawless hingge aku sendiri tak dapat nak kesan penyamaran dier,..

itulah antara insiden menarik mase orentasi dulu..... fuuuuhh...
ni lah si juice tu,yg kiri skali tgh mkn pisang

i'm not perfec.