Monday, May 29, 2006

FAM Your Stupidity Is so Outstanding!


My Team lost 1-2 Malaysia
yeah, it was not a high tempo match. not even also a balance match. malaysia was looking the one who controlled the ball possesion but lack of idea in creating goals.



but credit to MyTeam, a bunch of amateurs representing us the people of Malaysia, fighting till the end against National team. we lose the game but with pride.You'll never walk alone lah My Team!

smlm punye game takdelah best sangat. bukan high tempo game. nampak sangat my team nak main defensive dgn letak 5 defenders. n rasenye shebby pun dah arahkan utk play defensive becouse they were only relying on counter attacks. the first half, player my team nampak cam too much respect for National team.. takut2 lagi nak hold bola. 2nd half baru laa nampak My Team main lebih terorganized.

  • 80% yang datang sokong MyTeam
  • Kalau team tu power die tak kan main kasar. nampak sangat national team takleh blah!
  • national team failed. tahan bola pun ke laut. passing pun kat entah sape ntah. takde idea langsung nak create goal. gelecek player amature pun kantoi. takde skill. main bola dah bertahun2. training tiap2 hari. menghabiskan duit kerajaan jer. mmg patut sangat kene maki semalam
  • MyTeam dari segi fizikal,agility n fitness memang kite not up to National standard. tapi my team main lebih tersusun n ade idea depan goal. nampak ade confidence nak pegang bola mase second half. My team lagi ade skill dari national team. Fairuz buat skill same mcm dalam iklan. giler ah! takde luck, if tak my team dah seri 2-2. tapi last minuite attmpt hit goal post.
  • FAM tipu sbb tak turunkan senior squad. takut kalah. penakut!
  • ibrahim saad patut malu dan letak jawatan. ini ke standard bola sepak negare kita? sangat mengecewakan!
  • sultan pahang sepatutnye berundur jadi presiden FAM. FAM nampaknye dah melakukan banyak perubahan cume satu jer.. iaitu tukar Presiden.
  • hanye orang yg main bola sepak saje tahu.. ape yg diperlukan untuk bermain bola sepak. let the FA manage by footballers. we have many candidates for the seat. inilah yg terjadi jike sesuatu it di manage oleh politicians!
  • Game smlm bukan berkenaan maruah bola sepak negara.. tetapi tentang MASA DEPAN bola sepak negara. jika ada kelemahan mengaku.tak salah pun kalau ade kelemahan.
  • aku tgh emo!
Nolly Celcom

i'm not perfec.

Sunday, May 28, 2006

Sepasang Buta Bercinta



bagaimana sepasang buta bisa bercinta?
kerana yang bercinta itu bukan mata
yang bercinta itu adalah hati

mata hanya sekadar untuk melihat
hanya hati yang dapat memahami dan mengenali
hanya hati yang dapat menilai kecantikan dan luhur budi

biar kelam penglihatan
jangan sekali digelapkan hati
kerana hatilah sepasang buta bisa bercinta
dan kerana hatilah mereka saling sayang menyayangi

.



i'm not perfec.

Nak TengOk MaGiC Tak?



lalalala~


Tada~~!

the Price ; Only Rm 7.20 utk sepinggan nasi dan teh ais. tak hengat punya!

nasik kandar. dulu mase aku jadi student UPM dulu, every week.. without fail. aku akan turun KL dan makan nasik kandar dgn member baik aku hefini (yg bertanggungjawab menjebakkan aku ke dalam kancah pernasik kandaran ini). tempat yg aku selalu pergi tu kat restoren nasi kandar Yassin (jalan TAR, depan mercedes tempat bapok byk malam2). kalau tak di sebabkan nasik kandarnyer yg power tu.. takdela aku sanggup turun ke KL dari serdang semate2 nak mentekedarah. pergh!!

tapi tadi, aku tak berkesempatan laa nakpi nasi kandar yassin, jauh, panas n kaki aku pulak dan sakit2. dari pagi berjalan2. tadi aku makan nasi kandar Ibrahimsya..dekat dgn Coliseum.

p/s ; alamak, tulis2 pasal nasi kandar tibe2 buat perut aku lapar balik la..

i'm not perfec.

aisyah, hanna n De (Pak ude)




alaahai......

i'm not perfec.

temuramah bersama penebar roti canai



Eric joe Si penebar Roti sedang beraksi

Saya(Hafidz Arifin) ; apa khabar enche'?
Penebar roti (PR) ; sini surat khabar tada.sana juga ada jual.
saya ; saya tanya, apa khabar la. how are you?
PR ; owh, sori tada dengar. i'm wonderful as always thank u. i'm 26 and still single.
saya ;(ape menggelabah mamat ni?) sudah brapa lama berkecimpung dlm industri menebar roti canai?
PR : sejak emak kasi angkat saya keluar saya suda mula ini buat roti punya. (maksudnye sejak lahir laa tu)
saya ; owh lama juga ya. dimanakah encik belajar menebar roti canai.
PR : saya tada belajar juga. cekgu juga tada. sindri juga belajar.
Saya ; wah, hebut betul!
PR ; biasala.. kalu adik hensem mahu tahu. ini lah yg dinamakan sebagai 'bakat'. satu hari saya mimpi juga ada. esok pagi saya secara otomatiknya diterima berkerja sebagai penebar roti canai profesional.ini restoran.
saya ; sedap tak encik roti yang encik tebarkan ini?
PE ; hey, adik kicci. tengok tangan yang menebar la. sudah tentu la sedap sehingga menjilat dinding.
saya : mwahahaha, fani la yu.
PR : memang saya fani.itu saya tau.
saya : apekah yang perlu ada bagi seorang penebar roti canai.
PR : selain dari itu skill2 menebar. penjagaan bulu2 tangan juga perlu diambil perhatikan (diambil perhatian). tada orang pernah order itu roti canai bulu. itu pasal laa saya menggunakan Hair Conditioner Bo*y Shop. ia membantu menguatkan akar,di samping menjadikan bulu tangan saya selembut sutera. bulu saya itu.. sperti melambai2 juga ada.
Saya: owh i see. apekah skill2 menebar roti canai yg encik ada?
PR : saya itu, berkebolehan membuat trick handslide fakie to oli switch manual. selain dari itu juga saya sudah pandai membuat trick " tebaran roti tanpa bayangan peringkat semi final".
saya: wah, hebat tu! tepuk sikit. clap,clap,clap
PR : tenkiu laa adik kicci. bikin saya malu saja. hehe.kasi tepuk kuat sikit.
Saya ; trick yg sedang incik belajar ialah...?
PR : itu trick " handstand on a hot sizzling Frying Pan". ini trick sangat susah punya. suda banyak kali try laa itu handstand atas ini kuali.
Saya: owh begitu, saya yakin encik mampu membuatnya satu hari nanti.
PR : i hope so.
Saya ; terima kasih laa kepada encik Eric Johnston kerana sudi ditemuramah.
PR ; tada hal la adik kicci. i'll see u next time. taking care and keeping in touching.
Saya ; okey, bai bai.
PR : Bye2.nite2.



i'm not perfec.

Umno Pembela Bangsa Melayu


penghargaan terhadap keperihatinan Umno membantu menaikkan taraf hidup orang melayu sepanjang 60 tahun memerintah. kami tidak lagi makan ubi kayu.

"umno terus mara untuk rakyat tercinta"
















note; sila tutup sebelah mata berkenaan rasuah,politik wang,penjualan aset2 melayu kepada bangsa2 lain, penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan penyelewengan duit rakyat.


i'm not perfec.

Saya Seorang Mat Bunga




adik manis, bunga mau?


"cintamu hanya memori indah, ku ditinggalkan kesepian, pilu hatiku....
kembali lah .. bunga-bunga cinta.. layu di pusara.lalalalala (tak tahu lirik laa~)"


i'm not perfec.

Kuala Lumpur Hi Tech Sanitary System

as i walked on a pavement near Jalan TAR. This is what i've found...




take a guess...anyone with the right answer will have my privillege to have a taste.

we're proud to be malaysian arent we?



i'm not perfec.

Monday, May 22, 2006

the da vinci code


the Da vinci Code. a contorversial 'fiction' written by Dan Brown..uh rase cam takde mood pulak nak bercerita. alaa senang je code da vinci tu. jawapan die 'kasut orang pompuan!'. senang sangat,simple jer!

even i myself is studying a 'code'. but i need more clues... owh please, get me out of this hole. it's torturing me and i cant bear it anymore. clues,clues, i needmore clues..

i hate playing with feelings. this situation sucks.

" all you need is love.." tibe2 teringat ulak lagu The Beatles.

and now i'm singing...
"salahkah ku merasa serba salah?,fikiran mengamuk hati berkecamuk, secara serta merta aku terumbang ambing...untuk seketika ku hilang kawalan diri"


i'm not perfec.

Sunday, May 21, 2006

The Veil

they say, "poor girl, you are so beautiful you know
it's a shame you cover your beauty so"
she just smiles and graciously responds reassuringly.
"this beauty i have is just one simple part of me
the body that i have, no stranger has right to see
this long clothes, this shawl i wear, ensure my modesty
faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?"

this hijab, this mark of piety
is an a act of faith, a symbol
for all the world to see
a simple cloth to protect dignity
so lift the veil from your heart to see the heart of purity

they tell her "girl, don't you know this is the west and you are free
you don't need to be oppressed, and ashamed of your feminity
she just shakes her head, and speak so assuredly
"see the billboard the magazines that line the checkout aisles
with their phony painted faces and their airbrushed smiles?.
well, their sheer clothes and the low cut gowns they are really not for me
you call it freedom, i call it anarchy"

this hijab,
this mark of piety
is an act of faith, a symbol
for all the world to see
a simple cloth, to protect her dignity
so lift the veil from your heart to see the heart of purity
lift the veil form your heart and seek the heart of purity

The Veil, from DAWUD WHARNSBY ALI


sejuk jer

i'm not perfec.

Saturday, May 20, 2006

Berhenti Berharap Pepsi Twist (A Sad Story with The Saddest Ending)


Peristiwa menyayat hati ini berlaku ketika aku on the way balik ke sekolah lame aku di SMK Teknik Muadzam Shah. ketika itu aku dlm perjalanan menaiki bas dan bas tu singgah brenti makan jap kat betul2 kat dlm kawasan ladang kelape sawit kat Felda Keratong 6, Rompin Pahang Darul Makmur. ba kami berhenti makan kire2 jam 10.27 mlm setelah 2 jam perjalanan dari kuala lumpur. ketika itu aku dan 3 orang rakan ku iaitu Tom, Mark n Travis ( name mereka dirahsiakan sebab... entah aku pun tak tahu apesal nak berahsie sgt mgkin lagi suspen dgn penuh thrilling kot cerite ni kalau aku buat camni). ape2hal pun kejadian sadis ini memang pernah berlaku~!! betul!

seperti biasa tujuan kami turun dari bas ituun bukannye nak berhenti makan, masing2 dah tak sabar2 nak menghirup udare segar berjenama dunhill. diorang ni tak lapar sebab mak Tom ade sediakan Tempe Sambal untuk kami semase dlm perjalanan nnti.

kami pun melandingkan bontot2 kami di kerusi2 yg telah disediakan di kedai makan itu. pada saat itu, bermulalah kejadian yg tidak pernah kami sangka akan menimpa diri kami. ketika sedang rancak berbual ttg bagaimana ingin menyelesaikan masalah Pengamiran Subjek Matematik Tambahan (chehh!!) kami di datangi oleh satu lembage yg menyerupai kakak waitress kedai tersebut....

kakak waitress (KW) ; yer dik, nak order ape?
Tom ; teh ais satu eh kak.
aku ; i swear by the moon n the stars satu.
KW ; aa? ape tuu?
aku : air suam laa...

dengan suare manje, kakak tu pun tergelak sambil menjeling2 aku..
kw ; hehehehe....
kami pun tergelak.. haha
Mark ;ntah pape laa kau nii pis, konon fani la tu
aku ; memang aku fani pon, alaa saje jee buat lawak kat tgh2 felda nii..
tapi aku tahu, kakak tu sbenarnye tak paham lawak aku tapi saje buat2 gelak nak mengorat aku punye pasal..buat artificial laugh laa pulak.. aku dah biase berhadapan dengan situasi begini ( menggelabahnyer laa mamat nii)

KW ; yg lain ni nak minum ape?
Travis ; Milo ais sudda (sambil mengechech henfonnyer)
KW ; tu yg lagi sorang tu nak minum ape?
Mark ; pepsi twist satu k.
KW ; pepsi twist?
mark ; yer, pepsi twist satu...

lalu kakak itupun masuk ke dapur sambil bermain2 mate dengan aku..tapi malang skali bagi kakak tu , aku sikit pun tak layan...

tiba2 kakak waitress itu keluar dari dapur
KW ; dik, pepsi twist tu yg maner satu?
Mark ; alaa pepsi twist, pepsi yg ade limau tu.. yg baru kuar iklan tuu....
KW ;owhh....

kakak itu masuk ke dalam dapur semula...

tiba2 lagi.. kakak itu keluar dari dapur semula...kami berasa cemas!! kenape kakak suke sangat keluar masuk dapur?!! kenapa?

ketika itu lah kakak itu mengeluar sepatah perkataan.. yang telah mengubah hidup kami utk selama lamanya.... walaupun perkataan itu pendek dan tidak panjang dan tidak logic dek akal. kakak waitress itu berkata.................

KW ; dik, PEPSI TWIST TAKDER SEBAB LIMAUNYA SUDAH HABISS...

suasana di kedai itu menjadi senyap sunyi seketika.... hanya kedengaran angin sepoi2 bahasa yang dilepaskan oleh salah sorang budak pompuan skolah aku yg duduk di meja berhampiran kami... tapi di dalam hati kami berkata (' pepsi twist takde sebab limaunya habiss?").

kami pun.....kkk (ketawa kuat kuat!!!) hahahahahahahahahaha!!

oleh kerana kebijaksanaan kakak ni, kami pun ketawa terbahak2 tak leh control punya..die ingat pepsi ni kene perah limau sendiri? hahah.. mase tu mmg kami ketawe tak hingat dunie.. gile gelak pastu guling2 kat lantai..serious..if korang ade kat situ korang pun sure ketawe terbahak2 cam ktrg jugak. sumpah tak tipu!!

sampai sekarang aku tak boleh lupa kejadian tu. walaupun kakak waitress tu tak berjaye nak main mate ngn aku, atleast die dah buat satu lawak yg sangatla melawakkan.. hmm.. funny dowh~! hahaha~

dilaporkan, sejak insiden itu kakak waitress itu telahpun berpindah dan menetap di U.S untuk mengkaji dan melihat sendiri pembuatan pepsi twit di Kilang Pepsi yang terletak di Bakersfield, Los Angeles,CA

Mark pula dikatakan telah mengambil iktibar dan tidak lagi meminum air yg berperisa korbonat apetah lagi minum pepsi utk mengelakkan mimpi ngeri itu berlaku sekali lagi terhadap dirinya.
Mark sekarang hanye mengorder Teh Tarik Tongkat Ali steiap kali die melepak.sehingga entry ini ditulis,belum lagi ade kejadian dimane teh tarik yg diorder oleh Mark kehabisan 'tongkat' ataupun 'ali'

p/s : part kakak tu ngorat aku sperti biase hanyelah fantasi dan khayalan ku semata mata. hehe~

i'm not perfec.

Kusha pernah berkata "......


tadi kusha bari bagitau aku yg " sepandai2 orang pun, walau cam mane pun ade jugak bodohnyer".

aku sangat stujus dgn die. same jugak if aku cakap " secantik2 orang, ade jugak huduhnyer".

so akhlak of the story is.. jgn lah pandang perfect atau menyanjung tinggi seseorang itu. sbb setiap manusia, aku ulang skali lagi SETIAP or each one of us konfirm monfirm ade dark side jugak. boleh jadi dari segi kecacatan,keburukan,kelemahan atau pun perbuatan silam. tak kesah laa die tu Miss Vanuzuela ke, perdana menteri malaysia ke, awek kite yg kite sayang ke sesiape shj.


ini bukan kusha, ini abang mie FTG

maknenyer di sini, jgn laa menyanjung junjung tinggi seseorang itu, hormat je sudah. kalau tak pun point aku di sini.. if dier ade kelemahan atau kekurangan bersedie lah nak menerime.termasukla awek atau akwe korang yg kroang baru nak mintak kapel ni.

sedangkan rasul Allah kite (swt) pun pernah buat silap (nabi pernah buat kesilapan dlm perang, baginda ade hantar satu troop ni utk pergi meninjau tapi kene ambush dgn musuh,lebih kurang camtulaa citer die aku tak ingat sangat),tapi rasul Ma'sum inikan pule kite manusie yg kentut masing2 busuk. takde sape pun yg kentut wangi.

rase cam berterabur pulak point2 aku. ntah aku pun tak paham laaa


i'm not perfec.

Thursday, May 18, 2006

Liverpool's Triumph In The End~!!!!




i've known Liverpool before i knew bola tu bulat lagi.. mase aku start sokong Liverpool aku ingatkan bola yg diorang sepak2 tu triangle bentuknye. lepas tu, barulah aku tau bolaa tu bulat boleh bergolek2.

we won FA cup for the fifth time. we are the title holder as an England Club who won the most throphies and championships. chealse,man u or arsenal pun tak leh kejar record kitroang ni.

n yet liverpool never fails us to entertain in every final match with a dramatic n magicall winning.

Steven Gerrard u're the TERBAIKEST!!!

aku sayang Liverpool!!!

You'll never walk alone.

aku baru beli stiker kerete liverpool kat uptown shah alam. sile jeles..



i'm not perfec.

Monday, May 15, 2006

defining success

how do we indicate success?

pilih antare 2 cerita ini yg mane satuanda stujus.

citer 1
adam was born in a middle class family. he got in one of the elite boarding school n then offered a full sponsorship to study medicine in dublin. and now he works as a surgeon specialist n earns 5 digits income. he own 2 ferrari n porsyer (aku tak reti nak eje laa) parked in side his mansion in damansara. he works 12 hours a day n seldomly dpt cuti sbb ramai sangat org sakit kat meleshia ni. sampaikan kerete ferrari yg die beli pun tak sempat2 nak bawak lagi. tapi die ade beratus ratus ribu ringgit dlm account bank die.he is bloody rich. die boleh beli ape je yg die nak tanpe perlu menunggu jualan megasale.silap2 satu shopping complex tu on die boleh beli dgn tokey2nye skali..tapi malas sbb tak ade mase.adam adelah seorang yg kaye,hensem,tinggi,putih,badan ketul2 dan ramai pompuan minat kat die. tapi masalahnyer die terpakse byk spend mase kat bilik bedah (bukan bilik zubaidah yer,jgn pk lain) di hosital tempat dier berkerja makan gaji.

citer 2
hafidz pulak dilahirkan dlm keluarge biase. die adelah kacukan jawe dan minang. die tak pandai sangat belajar. bukan stakat failed dlm subject LK (lukisan kejuruteraan like for all i care lah kan~) perperiksaan spm nak mngorat awek yg die minat dah bertahun2 sejak skolah lagi pun failed ntah, sbb sengal kot. hafidz tak brape gemar belajar. die lebih suke buat bisnes kecik2 smase dlm pengajian di universiti. hafidz sikit pun tak heran kalau die tak abis belajar atau dpt degree sbb die ade plan lain yg lagi best dari amik gambar mase konvo. tapi bapak die mesti laa heran kan kalau si hafidz ni tak dpt degree.duit,keter sumer cukup takkan laa takleh complete degree. hafidz pun tak heran kalau die kene marah ngn bapak dier kalau tak complete degree sbb mak bapak mane laa yg tak marah kalau anak main2 mase belajar. oleh itu by hook or by crook degree scroll itu hafidz perlu jugak miliki.

hafidz ade cite 2 nak menternak lembu dlm mase 5 tahun lagi..cume dier risau sape laa yg nak kapel dgn penternak/penggembala lembu. hafidz berimpian at the age of 40 die akan berhenti berkerja atau takyah berhenti kerja la,suruh pekerja die jagekan (ataupun kerja sampai lembu2 die banyak dan can take care of themselves prt carik rumput sendiri,mandi sendiri dan sembelih diri sendiri) dan nak jadi backpacker tour satu dunie.

die nak melawat tmpt yg cantik dan bersejarah kat dunie ni dgn duit yg die kumpul selama die berkerja itu. die dah bajet walaupun die tak kaye perti adam yg memakai ferrari enzo (die pakai kancil maroon jer) yg penting die dapat berjume dgn many faces, learn new cultures,enjoy sunset kat mauritius,main salji kat switzerland,smyang isya' kat masjid nabawi madinah, buang air kat washington, makan piza kat turin itali,main buaian kat germany, beli handbag utk org tersayang kat christchurch New Zealand , beli sayur sawi kat sungai mekong bangkok.dan balik raye dgn family terchinta kat shah alam.

sekarang anda pilih, mane satu yg anda nak. ni sumer realiti kehidupan. jgn laa nak rate success org berdasarkan kerja atau status dier. ade orang kerja jadi kontratktor dan kaya raya tapi dier bergelumang dgn rasuah. ade orang miskin kerje sbg penyapu sampah gaji tak byk, tapi anak bini die sangat sayang dan taat setia kepada die. nih sumer ade kaitan dgn norma2 dan standard2 masyarakat. konon2nye paphal pun if nak berjaye syarat pertama KENE MASUK UNIVERSITY. itu sbenarnye utk makan gaji masuklaa U. nanti aku elaborate dgn lebih mendalam lagi ttg NORMA2,STANDARD DAN PERSEPSI MASYARAKAT dlm entri yg lain.

jd jgn laa sesekali "judge a book by its title". dan jgn laa sesekali underestimate orng. sape tau walaupun die tak hidup senang di dunie tapi hidup senang lenang sambil berguling2 kat akhirat?
akhirat tu.. eternity tau. tempoh kat dunie ni same juge cam 1/eternity....mmg tak logic, sbb logic itu adelah pemikiran manusia. ini sumer kuasa tuhan. nak tahu pasal KETUHANAN? entry yg lain jugak nanti aku akan elaborate.

bak kate abah aku.."hidup mesti ade quality".

bak kate aku pulak..."hidup byk isteri tak slalunye ade quality"

bak kate embak.... "hujhan dhah thurun,angkhat jhemuran" (takde kaitan langsung)



i'm not perfec.

Saturday, May 13, 2006

family fishing trip




pagi2 lagi kami sekeluarge dah tercegat kat jeti Bagan nakhoda Onn (konfiden je aku name die, aku igt2 lupe) nak tunggu bot ke kelong yg terletak ntah brape batu nautica di tgh laut..kire dlm 15 menet la. sbb aku malas sgt nak type.. senang citer camni laa

  • tempat tu best
  • aku dpt 6 ekor ikan senangin n 7 ekor ikan selar kuning (itu baru aku sorang blum cmpur femili member aku lagi.. banyak ow tangakapan ktrg
  • aku kene marah ngn abah aku sbb aku bagitau die aku taknak sambung blaja sbb nak duk situ nak pancing ikan tiap2 hari, kalau ade ikan duyung lagi laa aku tak balik raye.
  • next time kene pergi lagi..tp dgn Paan (dewa memancing)
  • aku frust gt sbb tak bwk kamera..hishh
  • sile jeles
  • mwhahahaha
  • esok ade femili trip lagi.. mak aku ajak gi Bagan Lalang tgk Gaban tebas lalang.
  • ala... esok liverpool final FA cup laa pulak. harap2 ade Astro kat saner.
  • hana n aisyah tak dpt join. dah dekat seminggu aku tak jumpe diorang..hmrmm



i'm not perfec.

Thursday, May 11, 2006

What Did happened this morning

yes, i had my Muet oral Test this morning at S.m.k Telok panglima garang, banting selangor. i was so damn sleepy this morning bcos i only had merely 2 hours of my beauty sleep. i woke up at 6.30 and by 7. o' i was on my way to sit for the test.

i reached there at 8 o'. (malas pulak aku nak speaking nii!!). aku sampai kul 8. tgk2 ade laa dlm 8 orang perempuan berbilang bangsa sprti bangsa melayu,india dan china sudah terjegat di depan tempat parking kereteku dkt dewan besar sekolah tu.

oral test tu patut start kul 8. tapi sampai lapan setengah batang hidung ataupun sideburn pengawas pemeriksa satu pun aku tak nampak. candidates lain dah semakin tak sabar lagi nak menunggu. hari makin panas. ade ke tak oral test hari ni. tak mungkin laa ktrg salah tarikh or tempat. selepas berbual dgn seorang cikgu cina yg bernama ms.Fong yg juga salah seorang dari colan2 test, kami pun memutuskan utk mencari tempat test kat bangunan skolah itu.

akhirnya kami pun terjumpa. tempat test ialah kat bangunan skolah tu kat tgkat 2 di dalam sebuah kelas. aku nampak seorang pengawas pemeriksaan. nak je aku maki die, tapi tak sampai hati sbb aku pun tak brani nak maki2 org ni. tapi papehal pun mmg ktrg panas ngn pengawas peperiksaan ni. ape laa yg die sengal sgt? inform laa kat mane tempat test, letak notis kat mane2 ke. ini tak, buat bodoh je. padehal dari kelas die duduk tu boleh nampak kami yg tercegat menunggu kat dewan besar skolah tu. nak menunjuk kebodohan pun jangan laa terang terangan.sengalisme!

tu yg kgkadang aku tak paham manusie ni. pangil bodoh kang marah, tak panggil nnt aku pulak yg rasa bersalah.hishh... nasib baik aku tak fail MUet test yg good for nothing ni. hisssshh.. marah betul aku pagi tadi.

nasib baik test pagi tadi senang laa jugak. takde laa teruk. semue orang agree n support opinion aku. accept seorang indian girl ni.. die tak stuju. die percaye opinion die yg betul. aku tak kesah laa kan kalau tak nak agre dgn statement aku, tapi beradab laa sikit. ni main kutuk2, perli2 aku sumer sampaikan takde kaitan langsung dgn test tu.

die perli pasal baju aku beli kat pasar malam laa, aku tak layak nak defend opinion aku la..die kate muke aku hara hensem je lebih tapi tak pakai otak. aku dgr bile orang cakap camtu kat aku.. panas lah kan.. tapi still aku bersabar lagi. tadi sebab kebodohan pengawas pemeriksaan , skang minachi ni pulak yg buat hal ngn aku,...

lepas die cakap macam2 kat aku, dpn candidates2 lain dan examiners sumer still aku boleh sabar. aku balas balik ape yg die cakap. dan ternyata sumorang agreee dgn aku. tp die ni takleh terime. kire cam aku bertekam lidah laa dgn die tadi. tangan die dah tumbuk2 meja. hentak2 kaki sumer. aku cool lagi.... hishhh minah ni.. aku dah laa dah lame tak menumbuk orang kan. tapi aku still cool lagi. last skali aku sound tepat kat minachi ni.. pastu dier terdiam sekejap, pastu tetibe die menangis, n then dier lari kluar macam tu je dari tempat test. yg lain yg ade dlm bilik tu sumer tercengang. tapi examiners tu bgtau aku, tahniah sbb dapat handle situation dgn baik. dier kate aku ade bakat utk jadi perdana menteri meleshia pada suatu hari nanti.

patu examiners ni blanje laa aku makan, kat restoren ikan bakar. aku pun ape lagi dah orang nak blanje. memang sebat cukup2 la.. pastu dier citer pulak anak die ade yg sebaye aku tgh blaja medic kat ireland, dulu anak die penah menang promqueen kat skolah die. n anak dara die ni jugak adelaa penah jadi model untuk beberape kompeni kosmetik kat malaysia. examiners ni berkenaan utk jadikan aku menantu die sbb die ntah pepasal ntah impressed gile ngn aku tadi. so, aku pun cakap okay je laa kan, senang citer takyah laa aku nak bersusah payah mengorat anak dare org.

last skali sblm balik tu, examiners ni sempat hulur rm200 kat aku, die kate buat duit minyak. perghh!! rm200 duit minyak? banyak tu!! aku tak nak mule2, tapi dah die insist nak bagi gak aku pun amek la...
aku sampai umah dlm pukul 12 tgh hari,...tak sangke aku bleh terjumpe orng camni..dah laa nak bagi aku kawain dgn anak die yg cun dan pandai tu, blanje makan pulak lagi tu.. pastu siap bagi aku duit pulak lagi tu... whoaaa....!! giler lah!






*err.. korang percaye ke citer aku ni....logickah? atau pun loji taik? mwahahaha. gotcha!!! (cheh!!) tapi part ktrg lambat amek test sbb kesengalan pengawas tu mmg btul pun. hahaha jgn marah eh?

i'm not perfec.

BM to BI translations for Dungus ~~

  1. Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
  2. camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
  3. Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
  4. you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
  5. hey sex baby = hai bayi yang seksi
  6. shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
  7. i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
  8. that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
  9. i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
  10. i have no power!! = tak kuasa i!!
  11. u make me irrritated~!= menyampah mak~!
  12. u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
  13. like DUH!! = saye suke Cik Midah
  14. puhleasee!! =negeri Perlis
  15. loser~ = pengalah~
  16. i hate u!! = macam laa muke kau cantik sangat!!
*entri ini sangat bodo

i'm not perfec.

walaupun...

walaupun esok test MUET. tapi aku boleh "rileks aje cool" jer main futsall pukul 12 sampai 2 pagi. test muet ku dijadualkan bermula pada pukul 7.30 pagi yg bertempat kat Banting, Selangor. lepas main bola, boleh pulak lepak kat mamak sampai pkul 3.30 pagi. skrang sudah pukul 4 pagi..tapi aku masih belum tidur lagi, walaupun dah makan Set Combo A mamak iaitu Nasi Lemak + teh tarik + ais kosong + tisu 3 helai pon tak ngantuk2 gak lagi.

bak kate alip, esok punye test 'tangkap Muet (muat) sudda. tapi tibe2 aku berase kagum pulak, member aku call die bilang Muet die dapat band (camner nak eje wei?band ke ben?) band 6. pergh~!! ni dah tahap wali ni. aku tak tau laa dapat band brape..ben stiller kot takpun band affleck mwahahaha~! (fani kan i ni?)

sedang membaca permainan pihak lawan

memberi arahan kepade pemain2 dlm usaha merencana kemenangan

seleberet 'kemenangan' di Mamak



i'm not perfec.

Menyayat Hati dan Sanubari......


Buat satu karangan tidak melebihi 360 patah perkataan berdasarkan kepada dua gambar di atas. karangan anda perlulah bermula dengan " sedang ku berjalan-jalan dengan kancil kesayanganku pada suatu petang yg nyaman, tiba-tiba..."

Wednesday, May 10, 2006

termakan budi

kali ini aku nak bercerite sikit ttg 'termakan budi'. citer ni bukannyer tentang termakan en.Budiman bin Rosli(ntahpapentah..tak lawak pon?), tetapi termakan jasa baik orang. ade pepatah yg popular tentang sikap berbudi ni "org memberi kite merasa, org berbudi kita berbahasa'. kerajaan meleshia pon dok sebok berkempen tentang berbudi bahase,memandang ade segelintir rakyat di negara ini yg kuang,kuang,kuang ajar."disebabkan nile setitik, habis rosak perniagaan dadih aku yg sebelanga itu".

yelah, spertimane yg kite tau, berbudi tu adelah nilai akhlak yg baik. penuh bermoral pulak tu.bagus laa kan kalau kiter berbudi tak kesah laa berbudi kepade orang ke, berbudi kepade tanah ke,..silap2 korek2 tanah terjumpe harte karun dgn en.harun skali..siape tau kan?


tapi itu hari mase lepak dgn kusha (kwn aku),barulah aku betul2 tersedar ttg bahana 'termakan budi' ni.susah bile dah termakan atau terhutang budi ni sebenarnye. kalau hutang wang ringgit boleh dibayar,hutang pisang mas pun kalau tak leh bayar,paling kuat un boleh di bawe belayar, tapi hutang budi? takkan nak dibawe belayar?takkan pulak nak dibawe mati?kang orang korek kubur kiter pulak nak amik budi tu balik.(apekebodoh sgt hujah aku nii?)

maksud aku..camni laa.. hutang budi ni takleh dibayar dan susah nak dibayar.pasal berhutang budi atau jase ni laa yg boleh menyebabkan kiter terikat dgn seseorang itu.tak bleh nak lari. contoh cam dialogue ni

'' i bukan ape noradanish,nak tak nak i terpakse berkapel dgn rokiah tu..sbb dulu mase susah pun,die yg tolong i,mase i sakit dier yg beli panadol,die dah banyak tolong i.bukan macam u,evendo u comel, tapi u hampeh!.so, sorry laa eh noradanish, i dah byk termakan budi dgn si rokiah ni. i nak balas balik jase2 die kat i.now u get lost, or i will get lost~!!lost!,lost!lost!!!(bunyi gema kat atas bukit)

dan slalu gak, biler terhutang budi ni. kgkadang anak2 yg terpakse membayarnye..cam citer 'natasha" kat tv3 tu laa kan. jadi susah nak lari dari menyetelkan hutang budi dan jase org ni.

morale of the story, bagi aku laa kan..elakkan berhutang budi.kalau boleh laa kan. bende kecik2 ni ok lagi, tapi bende yg besar2 ni..susah nak ganti beb.sampai ade org, yg sacrifice hidup dier semate2 nak membalas budi.kalau ade mase, balaslaa budi org yg dah berbudi kat kite tu semase tgh sempat nii..ish..ntah, aku pun tak tau laa nak cakap camner..tah laa....

i'm not perfec.

Monday, May 08, 2006

Good Widow Madness~!

3 hari bercamping di jande baik. whoaa... giler penat. 2 trip pulak tu..the first trip mase hari jumaat dgn ByLz & Co. and the 2nd trip was on Saturday bersama Budak Rumah 6 sehingga sunday.

hari jumaat tu sehari je,ktrg gerak pukul 9 n sampai kul lebih kurang kul 11 la. abe mancing dapat haruan!! giler lah, tak pernah lagi aku tgk org mancing kat kolam tu dpt haruan. smernye berjalan lancar je, tapi biasela gi ngn pompuan.. byk songeh sikit. but overall,it was fun n seems like everyone was enjoying either wit themselves or with their partner..expect the part where leen kene gigit ngn pacat. haha~n then balik dari jande,aku sempat pulak gi naik genting ngn yong,Boy n ape name lagi sornag ni lupe plak,kat atas tu cumer 'sejuk' itu je. aku tak pernah jakun pun nak naik genting, aku naik itu hari pun sbb dah bertahun2 tak naik. cume balik dari genting menujuke shah lam tu aku mengantuk sgt, gile mencabar..pergh~!!

2nd trip, bersama budak rumah 6..wohoooo~! lagi laa menarik. kali ni agak hardcore skitt.. sbb ktrg bermalam kat situ kan.mule2 aku ingatkan tak jadi nak pergi,sbb pagi tu diorang diam jer,tup2 kul 4 call,cakap nak pegi pulak. last2 skali pkul 6 baru ktrg gerak. tak pernah lagi org gi camping kul 6. sampai2 semue je ok, thanks to fendi, org paling bersemangat skali mase gi camping,semue di setelkan. sampai kul 12 je hujan pulak turun, memandangkan pondok ku usang,jadi terpakse cari tempat lain nak berteduh. idea fendi jugak la, ktrg sempat buat khemah dgn mengunekan 2 bonet keter. n then sampai tak leh handle sgt, nak tak nak terpakse runner ke genting sempah.

si Husni ngn syapiq tupac dah sebok nak balik shalam sbb takut takder tempat boleh tido sbb takut tempat basah. last2 skali,ktrg masuk balik ker camp mase hujan brenti.lepak balik, buat firecamp, n then part baling terbestest skali... mase nak Tidur.GILER FEEELING HEAVEN UNDESCRIBEBABLE(camner nak eje nih)!! cuace sejuk,takde nyamuk, bunyi hutan korang tau laa camner damainyerkan, tido pulak ramai2 ngn kgkwan..perghh!!

esok pagi, bangun je. trus mandi. n balik ke shalam ..sbb si syapiq tupac sebok nak berdating. sampai je kat shalam, etg tu pulak ade lawan bola padang kat Taman tun. nasib baik menang. Thank u to The 'midfielder', yg merencana segala pergerakan.mwahahahahahaha~!



apis bylz @ ude @ tobey

i Love U buchuk~!

i love u, Buchuk~! rase cam pernah dgr je kan ayat ni.. ni cam ayat yg slalu si awekgunakan utk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada si bfnya. rase cam ade sumthing wrong jer kan dgn ayat tu?slalu kan kiter ade mendengar si gf akan memanggil si bf dgn name sperti buchuk,busuk,busyuk dan mcm2 lagi..


aku pun tak paham laa...adekah bf diorang tu mmg betul2 busuk ataupun name 'busuk' tub boleh dikategorikan sbagai nickname yg sweet dan jiwang tahap tertinggi? sweet sgt ke name bucuk tu?
apekejadahnye yg telah berlaku kepada budak2 pompuan zaman kini, sedang ibu bapa mereka dok ternganga di rumah, anak2 mereka pula gilakan kepada lelaki2 busuk.


ape yg ade pada lelaki busuk?adekah busuk itu melambangkan bau lelaki sejati,bau maskulin, bau yg sgt diangap2kan oleh sang wanita?kalau betulaa laa pompuan suke lelaki busuk. nak tak nak terpakse laa jugak aku membususkkan diri,walaupun aku wangi orangnya~!

tips2 utk menjadi lelaki busuk:
  1. lupekan kepada niat utk mandi. tiada lagi mandi utk kini dan selamanya
  2. bermastautin ataupun dptkan status PR di tempat2 pelupusan sampah
  3. makan sampah, tetapi elakkan dari memakan sampah masyarakat (boleh menyebabkan jangkitan aids)
  4. duduk dlm kandang lembu sehingga lembu tu sendiri konfius,siape yg lembu skrg nii? "aku ke kau yg lembu?"
  5. pakai baju yg member2 lap peluh lepas main futsall
  6. jadi sukarelawan pungut sampah
  7. tukar name (cth:Goh Chok Tong kpd Tong Sam Pah)
  8. aromatizedkan kereta anda dgn wangi wangian kaust2 futsall member yg tak reti2 nak basuh
  9. jgn segan silu kentut dikhalayak ramai.kalau boleh halakan ke microphone skali.(dianggap seksi oleh wanita2 zaman skrg)
  10. jgn gosok gigi.(mulut yg berbau longkang dapat menarik perhatian pompuan dari jarak radius sejauh 5 kilometer)

apis bylz @ ude @ tobey

Friday, May 05, 2006

i'm producing an album


Semoga semuanya berjalan dgn lancar insyaallah...amin

aku baru je balik dari bandar tasik selatan, bukannya pergie memancing..tapi terlibat dlm proses pembuatan album. korang jgn salahsangke atau serkap jarang pulak.. bukan aku yg nyanyi dan buat album atau amik gambar byk2 pastu letak dlm album gambar yer..bukannye sbb suara ku tak sedap, cuma suara ku bukan utk dikomersialkan..sbenarnye, 2 bulan yg lepas aku bersama Yong dan 2 org rakan(zarul n kusha) yg lain ade mengset up satu kompeni ya itu, RUNUT BUNYI SDN BHD..(maksud runut bunyi ialah soundtrack dlm bahse inggris) dan kini ktrg dlm proses merakamkan album pertama artis kami.. tapi aku malas nak bagtau name artis aku dulu.. bg suspen sikit (aku suke buatt suspen memandangkan aku anak kpd pakcik ipin)


gile lah.. camne aku bleh terlibat ngn industri muzik aku pun tak tau,industri pembuatan dadih(fyi, aku tokey dadih n hotdog kat serdang di bawah satu syarikat yg aku set up dgn due org kawan yg lain SIDRATUL MARKETING SDN BHD..kami jual dadih,hotdog dan kain lampin pakai buang kanak2..pampers wanita dan org tue aku blum try lagi) adelah aku terlibat tapi takpernah termimpi langsung bleh terlibat dgn industri muzik meleshia..dan kini, ia bukan satu mimpi,tp ia adelah satu realiti sbenar..

dan katekanlah kalau projek aku ni tak jadi..mmg laa aku akan menghadapi risiko malu besar..since aku dah war2kan (bukan perang-perangkan, MAKE PEACE NOT WAR or LOVE APEACE NOT WARdina) kpd korang.kalau laa projek ni kantoi..malunyer dapat kat aku.jadi mintak2 tak kantoi dan semuenye berjalan lancar insyaallah dgn adenye sokongan dari sahabat2ku iaitu korang sumer.

kini, kami dlm proses yg paling genting atau paling cameron skali....jike ade sikit jinx dan badluck dlm proses ni.. mgkin akan lebur segala objektif dan harapan kami..

wait for our first single...till now,smoga muzik meleshia akan dimartabatkan kembali,dan kite tidak akan mengagung2kan muzik dari negara lain.

aku akan ceritakan dgn lebih lanjut perkembangn projek aku ini dlm enrti2 yg lain..pada masa akan datang.

nak citer sikit pasal artis pertama RUNUT BUNYI ni.. name band ni, aku rahsiekan dulu name dier. 5 piece band.1 vocalist (wanita), 1 guitarist,1 bassist,1 keyboardist n 1 drummer. ni ade lah line up yg sgt talented dan betul2 jujur dlm bermain muzik, bukan sbb duit or glam.(serious talking). berharap dapat wujudkan satu impact yg sgt positiv dlm industri muzik meleshia, (sbb kebalakangan ni byk band2 indon overshined band2 artis kite)we play variety of rocks dan sgt catchy..

rasenye aku tak payah nak upah ahli bomba bunuh diri atau suicide bomber utk bagi lagu2 dlm album ni meletup jika adenye support dan penghargaan dari korang sumer..lagu2 dlm ni best2 dan catchy belaka(tak tipu).aku pun tak tau laa nak describe ape lagi.. harap2 korang dpt support album dari sebuah band yg betul2 independent dan diy ini yg sgt berkualiti tak sama standard dgn artis2 uderground yg lain. (runut bunyi ade lah kompeni independent ,100% melayu bumiputra)





yong berimpian akan mempunyai album selaris album mawi pada suatu hari nanti
ini bukan omong omongan kosong