Monday, May 08, 2006

i Love U buchuk~!

i love u, Buchuk~! rase cam pernah dgr je kan ayat ni.. ni cam ayat yg slalu si awekgunakan utk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada si bfnya. rase cam ade sumthing wrong jer kan dgn ayat tu?slalu kan kiter ade mendengar si gf akan memanggil si bf dgn name sperti buchuk,busuk,busyuk dan mcm2 lagi..


aku pun tak paham laa...adekah bf diorang tu mmg betul2 busuk ataupun name 'busuk' tub boleh dikategorikan sbagai nickname yg sweet dan jiwang tahap tertinggi? sweet sgt ke name bucuk tu?
apekejadahnye yg telah berlaku kepada budak2 pompuan zaman kini, sedang ibu bapa mereka dok ternganga di rumah, anak2 mereka pula gilakan kepada lelaki2 busuk.


ape yg ade pada lelaki busuk?adekah busuk itu melambangkan bau lelaki sejati,bau maskulin, bau yg sgt diangap2kan oleh sang wanita?kalau betulaa laa pompuan suke lelaki busuk. nak tak nak terpakse laa jugak aku membususkkan diri,walaupun aku wangi orangnya~!

tips2 utk menjadi lelaki busuk:
  1. lupekan kepada niat utk mandi. tiada lagi mandi utk kini dan selamanya
  2. bermastautin ataupun dptkan status PR di tempat2 pelupusan sampah
  3. makan sampah, tetapi elakkan dari memakan sampah masyarakat (boleh menyebabkan jangkitan aids)
  4. duduk dlm kandang lembu sehingga lembu tu sendiri konfius,siape yg lembu skrg nii? "aku ke kau yg lembu?"
  5. pakai baju yg member2 lap peluh lepas main futsall
  6. jadi sukarelawan pungut sampah
  7. tukar name (cth:Goh Chok Tong kpd Tong Sam Pah)
  8. aromatizedkan kereta anda dgn wangi wangian kaust2 futsall member yg tak reti2 nak basuh
  9. jgn segan silu kentut dikhalayak ramai.kalau boleh halakan ke microphone skali.(dianggap seksi oleh wanita2 zaman skrg)
  10. jgn gosok gigi.(mulut yg berbau longkang dapat menarik perhatian pompuan dari jarak radius sejauh 5 kilometer)

apis bylz @ ude @ tobey

1 comment:

~ayin~ said...

~so true....aku tergelak golek2 baca ni sih...aku sokong ini statement...heheh...~