Sunday, May 28, 2006

Sepasang Buta Bercinta



bagaimana sepasang buta bisa bercinta?
kerana yang bercinta itu bukan mata
yang bercinta itu adalah hati

mata hanya sekadar untuk melihat
hanya hati yang dapat memahami dan mengenali
hanya hati yang dapat menilai kecantikan dan luhur budi

biar kelam penglihatan
jangan sekali digelapkan hati
kerana hatilah sepasang buta bisa bercinta
dan kerana hatilah mereka saling sayang menyayangi

.



i'm not perfec.

1 comment:

khairulfatin said...

kita bercinta bukan dipaksa..tetapi melalui hati dan naluri kita..
aku sokong kau..!!!